Tip Magnet Rezeki

Sunday, June 4, 2017

Hargai Ilmu - Tarik Rezeki Melimpah

Bismillah
.
Kisah dapat rm6000++ selepas beli buku FTR tak sampai sebulan. 😊😊

Kisah ini diceritakan sendiri oleh Puan Nora Yusof, penulis buku FTR - Formula Tarik Rezeki.
.
.
Ada seorang pembaca. Dia diserabutkan hutang. Hidup tak pernah tenang. Di luar orang nampak memang dia berduit. Sebab postnya beratus orang like. Post-postnya ramai follower. Tapi tak sangka hidupnya dipenuhi hutang. Yelah kisah di fesbuk mana ada nak cerita kesesakan kepayahan. Cerita yang indah-indah je.
.
.
Pada suatu hari. Beliau mesej saya. Nak buku ftr. Okey saya cakap. Baiklah. Waktu dia nak buku ni, dia tak cakap lagi masalah dia pada saya. Saya pun tak pernah terfikir kenapa dia nak buku ni sebab kalau tengok dari segi follower, pemakaian dan sebagainya boleh kaya dia tak perlukan buku ni pun sebab ilmu dia yang dia share pun dah cukup sebenarnya.
.
.
Saya malas nak fikir, jadi pos jelah. Ikut suka dialah, dia beli dia nak buat apa dengan buku tu pun. Satu je ayat saya, kalau beli buku sebab nak selesaikan masalah hidup. Anda akan dapat yang tu lah.


Kalau beli buku sebab nak kondem ilmu apa ada dalam tu, anda takkan dapat apa yang dicari. Ilmu walau satu ayat dalam buku tu, kita pernah baca atau tak, kita dah biasa dengar atau tak tunjukkan rasa 'hormat' pada ilmu tu dengan setinggi-tinggi iman.

Macam kita rasa kita dapat hadiah gitu. Anggap ilmu tu kita nak hadam lagi dengan penuh rasa cermat dan teliti tanpa mengira siapa yang tulisnya.
.
.
Itu je pesan saya.
.
Selang beberapa hari, dia tamat baca. Dia dapat sesuatu. Dan perlahan-lahan dibongkarkan kisah hidupnya satu persatu pada saya. Saya pun tak jangka rupanya dia dalam kesempitan. Kalau anda tengok pun memang takkan jangka langsung.
.
.
Okey kemudian, saya cakap takpalah. Sekarang cuba ikut saranan ftr terutamanya tulisan saya yang bahagian pelengkap rezeki dan bab hutang. Fahami betul-betul.
.
.
Dalam masa 4 hari, dia dapat balik duit dia rm1000++ lebih tanpa modal dengan jualan satu produk. Dia rasa seronok. Kemudian, dia baca lagi ftr, dia luahkan rasa seronok dengan ketenangan hati yang dia dapat. Tak macam sebelum ni. Dia terus jual produk sampai 28 hari lamanya. Dalam masa 28 hari tu. Macam-macam perkara ajaib jadi kat dia, hutang dia yang bertahun tak selesai, selesai dalam masa sebulan.
.
.
Saya tanya, apa dia buat? Jawapan dia?
.
.
Hargai ilmu. Seperti anda hargai berharganya duit dan emas.
.
.
Itu je jawapan dia.


.
.
Dia dah faham. Saya Alhamdullillah. Tanda orang sombong dengan ilmu.
.
'Alah yang ni aku dah tau dah.'
'Yang ni aku dah baca dah'
'Ini je yang nak dicakap'
.
.
Ada je perkara atau seumpama ayat diatas ni terdetik dalam hati. Maka nahaslah kita. Itu pesannya.
.
.
Dan dengan gembiranya dia beritahu sales dia melebihi rm6000++ dan dia sekarang sibuk nak pilih pakej nak pergi bercuti reward diri.
.
.
Saya. : erk... Alhamdullillah.
.
.
Tahniah dan syukur pada Allah. 😊😊

-----

Subhanallah. Ini bukanlah perkara pelik yang berlaku pada pembaca FTR. Malah ramai lagi yang dah lalui pengalaman ajaib macam ni. Antaranya..

Klik untuk view lebih besar


Klik untuk view lebih besar

Nak juga rasa macam ni? Dapatkan naskah anda sekarang 
di sini >> Formula Tarik Rezeki <<

Jika ada kemusykilan, 
Whatsapp 019-491 7769


baca lagi

Friday, June 2, 2017

Doa Mohon Rezeki (Dari Al-Quran)

Assalamualaikum semua.

Hari ni nak share 2 Doa Mohon Rezeki yang kita boleh amalkan ya. Doa-doa ni dipetik dari Al-Quran.

1. Doa yang dibaca oleh Nabi Isa A.S ketika memohon rezeki pada Allah SWT.

Saya dapat doa mohon rezeki ni semasa dengar audio Rahasia Magnet Rezeki dari Ust Nasrullah.

Ustaz sarankan kepada sesiapa yang ada masalah atau isu tentang rezeki, cuba amalkan doa Nabi Isa ketika memohon rezeki dari Allah (Surah Al-Maidah:114).


Baca dan hayati maknanya. Sesungguhnya Allah sebaik-baik Pemberi Rezeki.

Kata Ustaz, walaupun Nabi Isa A.S tahu rezekinya dijamin Allah, namun masih berdoa pada Allah memohon rezeki.

Sesungguhnya berdoa adalah adab seorang hamba terhadap Tuhannya. Subhanallah.

- - - - -

2. Doa mohon rezeki yang kedua saya nak share hari ni adalah dari Surah Az-Zaariyat ayat 58.

Dalam satu kuliahnya, Ust Dr Khalid Basalamah menceritakan kisah seorang lelaki bertemu seorang yang a'lim dan minta doa supaya di mudahkan rezeki.

Syeikh yang a'lim itu hanya teringat suatu doa yang di petik dari ayat 58 Surah Az-Zaariyat.

Tidak lama kemudian, lelaki tadi datang lagi dan mengucapkan terima kasih. Hidupnya berubah menjadi lebih baik dengan rezeki melimpah ruah datang padaNya setelah dia amalkan doa itu dengan penuh yakin pada Allah.


Doa yang boleh dibaca:

"Ya Razzaqu ZulQuwwatil Matin.. Urzuqni"

Ya Allah, yang Memberi Rezeki, Yang mempunyai kekuasaan, lagi Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.. Berilah aku rezeki.

Pendek saja doanya. Duduk saja-saja pun boleh amalkan ya.

Yang penting Yakin, Yakin dan YAKIN lagi.

Mudah-mudahan dengan berkat doa dari Al-Quran diiringi KEYAKINAN TOTAL pada Yang Memberi Rezeki, rezeki kita melimpah ruah dan tidak putus-putus. Aamin..

Jangan lupa amalkan ya sahabat.

Oh ya.. Jika ada sahabat yang rasa ada masalah rezeki, hutang kian menggunung, hidup rasa sempit, saya berrani rekemen 1 buku ni.

Boleh baca tentang buku tu di >> sini << ya.



baca lagi

Friday, May 26, 2017

Kisah Si Tukang Gunting Rambut

Terbaca satu kisah seorang tukang gunting rambut berbicara dengan pelanggannya yang kelihatan sedang mengantuk.


Tukang Gunting : Kamu percaya adanya Tuhan?

Pelanggan: Ya, sudah tentu percaya.

Tukang Gunting : Saya tak percaya adanya Tuhan. Kalau Tuhan tu ada, pasti tiada orang yang susah dalam dunia ni.

Pelanggan tersebut terdiam, tiada idea nak jawab lagi. Si tukang gunting tersenyum sinis, puas dengan hujahnya.

Selesai gunting rambut, pelanggan buat bayaran dan melangkah keluar dari kedai. Tiba-tiba beliau ternampak seorang gila di luar kedai, lalu "tingg...", Allah ilhamkan sesuatu.

Dia kembali ke Si Tukang Gunting dan berkata..

Pelanggan : Saya percaya, dalam dunia ni tiada tukang gunting!

Tukang Gunting : Mana mungkin begitu, kan saya baru lepas gunting rambutmu.

Pelanggan : Saya lihat di luar sana masih ada orang gila yang rambutnya langsung tidak terurus, pasti tiada tukang gunting di dunia ini.

Tukang Gunting : Masalahnya orang itu tak datang ke saya. Jika tidak, pasti saya dah rapikan rambutnya.

Pelanggan : Ya.. Nampaknya tuan dah dapat jawapan kepada persoalan tuan tadi. Tuhan itu ada, namun ramai yang hidupnya sukar dan sulit kerana tidak kembali ke Tuhan.

Jika mereka kembali ke Tuhan, pasti semua masalah mereka selesai!

Subhanallah. Dapat sesuatu dari kisah ni?

Kongsikan jika bermanfaat.
baca lagi

Wednesday, May 24, 2017

Amalkan Tips Ini Ketika Berbelanja

#TipMagnetRezeki - Ketika Berbelanja.

Dengan berbelanja pun boleh tarik rezeki tau, asalkan niat yang baik.

Inspirasi dari video live Prof Muhaya.
Katanya..

Ketika berbelanja, jangan ada mindset..
"Ala..habis la duit.. Berkurang dah duit"

Namun..

Ketika berbelanja tu, fikirkan..
"Alhamdulillah, aku sedang menjana ekonomi orang lain"

Setiap kebaikan pasti dibalas kebaikan, janji Allah Taala.

+

Guru pernah berpesan,

1. Setiap kali kita belanja, tanam dalam minda, setiap kali keluarkan duit, makin banyak duit yang bakal masuk.

2. Setiap kali berbelanja, amalkan ayat ke 54 surah Sod. Inna haaza larizquna maa lahu minnafaad.. (Fahami maknanya)


P/s: Apapun jangan la sampai membazir pulak kan. Islam menuntut kita bersederhana dalam segala hal. Gitew..

--
Sahabat semua dijemput join group Nota Jemput Rezeki di FB. Group khas untuk saya kumpulkan nota, tips, doa dan ebook tentang rezeki.

Buat masa ni group Nota Jemput Rezeki masih public. Join segera di >> sini <<

Silakan share jika bermanfaat :)
baca lagi

Monday, May 22, 2017

Allah SWT Uji Kita Di Titik Terlemah

Allah uji kita di titik terlemah kita, supaya kita dapat baiki dan jadi insan lebih baik dari sebelumnya.

Bila Allah uji saya dengan rasa marah meluap, baru perasan, saya lemah dalam kawal marah! Ermm.. Contohhh.. Hehe

Cepat-cepat kembali ke Allah, mohon bantuan untuk hadapi sesuatu tu dengan lebih tenang gitew.

Sama jugak la diuji dengan rasa sempit, rezeki tersekat, hidup huru hara, Allah nak kita belajar, perbaiki diri. Mungkin ada salah yang kita tak sedar.

Apabila kita berjaya atasi, selesaikan perkara / ujian tu (dengan bimbinganNya), pasti hidup kita makin baik dan melayakkan kita mengecapi segala nikmatNya. Saat itu ketenangan jiwa datang, rezeki melimpah ruah tanpa dapat ditahan lagi. Subhanallah..
.
.
.
Selalunya, kita perlu sesuatu sebagai asbab yang menyedarkan kita akan kesilapan yang menyebabkan ujian terus datang pada kita tak henti-henti. Contoh, ada akak ni komen di FB saya, beliau menangis lepas dapat kenalpasti banyak kesilapan beliau melalui buku FTR.

Kata beliau..

betul.....bila baca buku ni....saya menangis.....Ya Allah....banyaknya kesilapan dlm hidup ini.  Alhamdulillah masih hidup....masih diberi peluang memperbaiki kesilapan....semoga Allah menerima taubat kita


Buku yang beliau maksudkan adalah 111 Formula Tarik Rezeki yang memuatkan formula-formula lengkap dan terperinci tentang rezeki. Kadangkala ada perkara yang kita anggap kecil dan remeh namun besar disisiNya. Secara tak sedar perkara itu menyebabkan rezeki kita seolah tersekat.

Komen akak Harni lagi..


Allahu, saya pulak yang tergenang air mata bila baca komen akak ni. Huhu. Alhamdulillah, mudah-mudahan dengan bantuanNya, kita selalu sedar untuk kembali padaNya dalam apa jua keadaan selepas ni.

Bak kata Ustaz Yusuf Mansur,
Allah Dulu, Allah Lagi, Allah Terus..

baca lagi
 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard