Tip Magnet Rezeki: Tips: POWER PUMPING ~ salah satu kaedah meningkatkan penghasilan susu badan

Sunday, June 23, 2013

Tips: POWER PUMPING ~ salah satu kaedah meningkatkan penghasilan susu badan

Apa itu Power Pumping? 

  • teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu ibu
  • melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik
  • Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?

  • Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu. 
  • Ibu yang ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan.
  • Ibu yang kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc. 
  • Ibu berkerjaya yang sibuk hingga tidak dapat mengepam mengikut jadual masa tertentu di tempat kerja.

Bagaimana Nak Buat Power Pumping? 

Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam (walaupun susu tak keluar, tak pe habis kan sesi sejam tu).

Macammana tu ?? Haaa, ini dia secara ringkasnya :-

0-10min : Pam B1                                                                 
10-20 min : Pam B2                                                                 
20-30 min : Pam B1                                                                 
30-40 min : Pam B2                                                                
40 – 50 min : Pam B1                                                                
50 – 60 min : Pam B2 

Nota : bergilir2 payudara sebelah kanan dan kiri. Buat sehingga sejam.

Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam (waktu rehat tu cuba minum seteguk air ok).

Ini pulak kalo anda guna double pumping :-

0-10min : Pam
10-20 min : Rehat
20-30 min : Pam
30-40 min : Rehat
40 – 50 min : Pam
50 – 60 min : Rehat

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknya waktu malam ke subuh, pengeluaran hormon lebih tinggi pada tinggi waktu ni.

Power pump di hujung minggu 
Ada juga ibu yang fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang weekend, dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja (weekdays)

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata,teruskan misi sehingga mendapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyaAllah dipermudahkanNya.

 Tips umum mengepam
  • Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk powerpumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunatterutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan powerpumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih :)
  •  Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45minit ke 1jam selepas pengambilannya
  • Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan
  • Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam. (saya suka teknik nie, lumba sama ada baby kenyang dulu atau botol penuh dulu.., baby saya pun macam dah faham je, ehehehehe)
  • Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu
  • Pum setiap 2-3jam sekali
  • Be kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik :)
  • Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain :) 

Untuk mama-mama diluar sana yang mengambil suplemen bagi menjayakan penyususan, anda haruslah :- 

  • Memastikan sesi perahan yang konsisten setiap 2-3 jam sekurang-kurangnya. 
Walaupun breast tidak menunjukkan tanda bengkak atau berat dengan susu, si ibu perlu teruskan perahan agar susu akan terus terhasil. Allah menjadikan penghasilan susu ibu based on DEMAND vs SUPPLY rules. 

  • Minum air sebanyak 3 liter. 
Minum sedikit tetapi istiqamah, Air sangat bagus untuk kesihatan luar dan dalaman tubuh kita. Saya selalu memesan pada ibu-ibu untuk sukat air minuman supaya kita tahu berapa kita dah minum setiap hari. Cara mudah, sediakan bekas air 1L, letak di tempat yang senang Nampak dan senang dicapai. Habis kan setiap 1L dari pagi – lunch hour, lunch hour-petang, petang-malam. InsyaAllah, ianya mudah. 

  • DOA yang berterusan.
Doa yang ibu maksudkan bukan sekadar niat menyusu dan tadah tangan semata-mata. Sebagai muslim kita perlu mendirikan solat kerana ia tiang agama, ada pendapat mendapati si ibu yang tidak menjaga solat akan sedikit lemah semangat untuk meneruskan perjuangan penyusuan. Disamping itu boleh amalkan baca surah al-waqiah dan zikir.

Credit :
Zura Betty
Kak Laila

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard