Tip Magnet Rezeki: August 2013

Friday, August 16, 2013

Vitamin SHAKLEE: Cadangan Set Haji

Assalamualaikum wbt

Hari ni & esok Mama, ayah dan abang sulung pegi kursus perdana haji peringkat negeri kedah. Kira practical training la ni sebelum bertolak ke tanah Suci bulan depan. Saya dah mula check stok supplemen diorang untuk pastikan cukup utk 45 hari mama ayah & abang kat sana.

Tambahan pula Tabung Haji pun ada pesan supaya amik supplemen untuk kesihatan yg optimum ketika menunaikan ibadat haji nanti. InsyaAllah kita berusaha untuk mempersiapkan diri sepenuhnya untuk mendapatkan ibadat haji yg TERBAIKK.. Moga mereka dikurniakan haji yg MABRUR..

Disini saya nak cadangkan beberapa set vitamin yang sesuai untuk bakal2 haji.

Terdapat 3 jenis Set Haji yang ditawarkan mengikut bajet

1) Set Premium (Haji/Umrah)

- Set A (Vita Lea, Vit C , B Complex)
- Nutriferon
- Performance Drink
- Ostematrix
- Advance Joint Health Tablet

2- Set Advance (Haji/Umrah) Pesakit Diabetis/Darah Tinggi/Kolestrol

- Set A (Vita Lea, Vit C , B Complex)
- Performance Drink
- Ostematrix

3 - Set Basic A (Haji/Umrah)

- Set A (Vita Lea, Vit C , B Complex)
- Performance Drink
- Ostematrix

- Set Basic B (Haji/Umrah)

- Nutriferon
- Performance Drink
- Ostematrix

Harga spesel meletopss..

Fb: Syakirah Kapli
Sms/whatsapp: 013 3353751

baca lagi

Thursday, August 15, 2013

GLA Complex membantu untuk cepat hamil

Bagaimana GLA Complex membantu anda untuk cepat hamil?

GLA boleh membantu wanita hamil cepat dengan cara memakan GLA secara konsisten. Ia akan menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Jika anda perasan, setiap bulan hanya sekali wanita akan mengeluarkan cecair warna putih dari faraj. Itu adalah petanda waktu anda sedang subur. Adalah sangat penting untuk setiap wanita yang ingin hamil memeliki cecair subur yang berkualiti. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak kena hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5



Khasiat dan kebaikan GLA COMPLEX SHAKLEE

    + Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
    + Membantu meningkatkan kesuburan
    + Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
    + Membantu dalam menangani menopus
    + Menguatkan kuku dan rambut
    + Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
    + Membantu menangai ekzema
    + Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
    + Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
    + Menguatkan imuniti tubuh
    + Memperlahankan proses penuaan
    + Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
    + Mengawal kencing manis dan darah tinggi
    + Mengawal kolesterol
    + Untuk fungsi saraf

kredit

Boleh hubungi saya untuk info lanjut

FB: Syakirah Kapli 
Shaklee Independent Distributor : 956611
sms/whatsapp: 013-3353751
FB Page: Jom Sihat & Cantik Semulajadi
baca lagi

Wednesday, August 14, 2013

10 Fakta Menarik Mengenai Bayi Di Dalam Kandungan Anda

10 Fakta Menarik Mengenai Bayi Di Dalam Kandungan Anda :

1. Di sekitar usia 3 bulan usia di dalam kandungan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel.
 
 
SUMBER: Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Jom Hamil
baca lagi

Tuesday, August 13, 2013

INFO: Tips paling cepat tambah susu ibu

Tiada cara yang betul atau salah dalam usaha menambah pengeluaran susu ibu kerana sesetengah kaedah berjaya bagi ibu A mungkin tidak berkesan pada ibu B. Oleh itu, sekiranya salah satu kaedah tidak berjaya, cuba kaedah yang lain pula. Jangan berputus asa dan sentiasa dapatkan sokongan dari orang-orang yang rapat dan mempunyai pengetahuan mengenai penyusuan

(1) Tambah masa dan kekerapan - Ini adalah asas dalam penyusuan susu ibu kerana secara asasnya pengeluaran susu ibu adalah mengikut konsep supply & demand. Lebih kerap menyusukan, lebih banyak yang dihasilkan. Cuba pam setiap kali selepas menyusukan bayi. Hormon prolaktin banyak dihasilkan pada waktu pagi, oleh itu luangkan sedikit masa untuk mengepam sebaik bangun dari tidur. Luangkan masa untuk menyusukan bayi sekerap yang mungkin ketika bersama mereka. Keberkesanan biasanya boleh dilihat selepas sekurang-kurangnya tujuh hari. Ada juga yang lebih sehingga 2 minggu.

Menurut pakar Laktasi Farah (Sarakids Owner), memerah pada masa yang tetap juga mempengaruhi pengeluaran. Walau pun ketika berada di tempat kerja, kita seringkali sibuk dan terleka dalam menyiapkan tugas yang diberikan, cuba sedaya upaya untuk menetapkan masa yg tetap untuk memerah setiap hari. Sediakan satu jadual memerah yang tetap dan tuliskan jumlah hasil yang diperolehi setiap kali. Oleh itu, anda akan dapat melihat sendiri perubahan pada hasil perahan setiap kali memerah.


(2) Minum air yang mencukupi - Air yang dimaksudkan adalah air kosong/masak semata-mata tidak termasuk teh,kopi,sirap dan air barli. Minimum 8 gelas (bagi seseorang seberat 25kg) lebih untuk yang lebih berat dari itu ;)

(3) Pemakanan seimbang - Secara peribadinya saya mendapati saya menghasilkan lebih banyak susu ketika kenyang berbanding dalam keadaan lapar. Sekiranya ibu-ibu sedang dalam usaha menurunkan berat badan, makan pada jumlah yang sedikit tetapi kerap bagi mengelakkan rasa lapar. Ini kerana dalam keadaan yang lapar kita lebih cenderung makan berlebihan. Utamakan sarapan pagi kerana ia adalah permulaan hari anda.

(4) Pemakanan yang menggalakkan pengeluaran - Keberkesanan adalah bergantung kepada individu. Halba, Oats, alfalfa , air soya, sawi, lobak putih (resepi), longan kering, daun kucai, kurma, jantung pisang (resepi), betik muda dan sebagainya.

(5) Mengambil hormon/suppliment untuk menambah susu - Terdapat banyak suppliment yang dirumus bagi membantu ibu-ibu yang mengalami masalah pengeluaran susu.

Bagaimana pun perlu diingat juga bahawa asas pengeluaran adalah supply & demand. Pengambilan suppliment/makanan penggalak susu hanya sebagai pemangkin bagi menggalakkan pengeluaran.

KREDIT: Penyususan Susu Ibu
baca lagi

Vitamin SHAKLEE untuk penghidap buasir

Penyakit buasir atau hemoroid adalah penyakit yang terjadi pada bahagian dubur. Penyakit ini dapat dikesan apabila saluran dubur membengkak. Ianya boleh berlaku sama ada di dalam dubur atau di kawasan luar. Biasanya pesakit akan berasa sakit kesan tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit.

Faktor2 buasir berlaku:
· Regangan yang melampau semasa pergerakan usus atau ketika sembelit.
· Cirit-birit yang kronik.
· Kurangnya pengambilan makanan berserat dalam diet harian.
· Mengandung atau bersalin.

Simptom2 nya pula:
· Rasa sakit yang berdenyut-denyut.
· Pendarahan berlaku selepas dan sebelum membuang air besar.
· Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.
· Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.
· Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur.

Dan peringkat2 buasir:

Tahap 1:
Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar

Tahap 2:
Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan kembali ke dalam (saluran dubur)

Tahap 3:
Keadaan yang sama seperti tahap dua, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal

Tahap 4:
Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur

Vitamin Shaklee Yang Disarankan

OSTEMATRIX
Membantu mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.

OMEGA GUARD
Baik untuk sendi dan otot. Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi omega membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut.

ZINC COMPLEX
Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. Zinc complex membantu menyembuhkan luka di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.

Tips...
Banyak meminum air sekurang-kurangnya 1.5 - 2 liter sehari
    
Makan makanan seimbang: banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
    
Gunakan tandas pada masa yang ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.
   
 Elakkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).
    
Apabila terdapat gejala-gejala tertentu (seperti darah dalam najis,sakit atau gangguan pada dubur), berjumpalah doktor.
    ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 


Untuk pertanyaan:


FB: Syakirah Kapli 
Shaklee Independent Distributor : 956611
sms/whatsapp: 013-3353751
FB Page: Jom Sihat & Cantik Semulajadi
baca lagi

Monday, August 12, 2013

Shaklee dan bakal haji..

 Sembang Sahur

Ayah: Tabung Haji pesan kena makan supplemen sebagai satu usaha untuk kesihatan optimum semasa menunaikan ibadat haji di Mekah. Nak elok makan supplemen yg kak juai tu. (Shaklee le tu)... Ayah rasa ok la sejak makan tu..

Saya: Amboi ayah.. promot nampak.. (cakap dlm dalam hati sambil senyum2..) haha..

Abg sulung: Apit pun.. sejak makan tu, alhamdulillah dengan izin Allah rasa bertenaga, tak letih sangat time kerja pun. (abg saya makan ESP + alfalfa + GLA) 

Menurut kak ipar, dulu time balik kerja memang keletihan dah dia, pi mana pon tak mau, sekarang dah ok. alhamdulillah. Balik keja siap boleh pi jalan2 lg...

Tahun ni insyaAllah jika tiada sebarang halangan Ayah, Mama & Abg sulung saya akan menunaikan ibadat haji. Moga mereka dikurniakan kesihatan yg baik disana dan mendapat Haji yg Mabrur..Mode: happy & syukur sebab mereka beroleh manfaat (dengan izinNya) dari Shaklee yg saya kenalkan kpd mereka beberapa bulan lalu.

baca lagi

Sunday, August 4, 2013

Vitamin Shaklee dapat membantu kesuburan suami isteri. InsyaAllah.

Anda inginkan zuriat? 
Dah lama kahwin tetapi masih belum dikurniakan zuriat?

Saya percaya ramai yang mempunyai masalah ni. Dan usaha ke arah itu bukanlah sedikit kan. Rawatan altenatif mahupun moden semua dah cuba. Kalau belum berhasil apa kata anda cuba pula supplemen dari Shaklee?

Apa yang bermian2 difikiran anda tentang vitamin kesuburan SHAKLEE nih?

➲ Apakah supplement yang dapat membantu kesuburan suami dan isteri?
✔ Untuk isteri 유 GLA Complex dan B Complex
✔ Untuk suami 웃 Vita-E Complex dan Zinc Complex

➲ Bagaimana supplement tersebut membantu meningkatkan kesuburan suami dan isteri?

유 GLA Complex
✔ Membantu untuk menstabilkan kitaran haid
✔ Membantu untuk menghasilkan lendir serviks yang berkualiti yang membantu meningkatkan kesuburan iaitu lendir yang berwarna putih telur
✔ Membantu menstabilkan hormon dan mencegah aktiviti sel yang abnormal seperti cyst

유 B Complex
✔ Lengkap dengan kesemua vitamin b yang diperlukan
✔ Juga mengandungi vitamin B6 (asid folic) yang penting untuk persenyawaan telur oleh sperma

웃 Vita-E Complex
✔ Membantu menyokong pengeluaran sperma
✔ Membantu mencegah kerosakan sperma
✔ Mengandungi selenium yang membantu mencegah pengoksidaan sel-sel sperma

웃 Zinc Complex
✔ Membantu pengeluaran sperma yang berkualiti
✔ Membantu memberi kekuatan kepada sperma
✔ Membantu mengelakkan pengecutan testis dan penurunan hormon testosteron

➲ Berapa lama supplement ini boleh bertahan?
✔ Kesemua supplement tersebut boleh bertahan sehingga 2 ke 4 bulan

➲ Berapa biji dalam satu botol?
✔ GLA Complex - 60 biji
✔ B Complex - 120 biji
✔ Vita-E Complex - 120 biji
✔ Zinc Complex - 120 biji


Sumber FB: Supplemen4all 

FB: Syakirah Kapli 
Shaklee Independent Distributor : 956611
sms/whatsapp: 013-3353751
FB Page: Jom Sihat & Cantik Semulajadi
baca lagi

Saturday, August 3, 2013

Kebaikan AJHT : Supplemen terbaik untuk melegakan sakit sendi.

10 Kebaikan AJHT (UBAT SAKIT SENDI PALING HOT)

  1. menyokong keselesaan sendi
  2. membantu kekalkan tulang rawan
  3. memelihara tisu penyambung yang sihat
  4. melancarkan pergerakan harian
  5. sangat berkesan, kesan positif selepas 5 hari pengambilan (ada ujian klinikal tau)
  6. menghalang pembentukan bahan kimia yang merosakkan tulang rawan
  7. anti radang semulajadi
  8. dibuat dari sumber tumbuh-tumbuhan semata-mata, asli dan semulajadi
  9. memberi kekuatan kepada struktur sendi
  10. bertindak seperti kusyen untuk melindungi tulang rawan, juga membekalkan glukosamina (penting untuk binaan tulang rawan dan lendir untuk licinkan sendi dalam tendon dan ligamen.
hanya dibuat dari tumbuhan semulajadi 100%

kenapa perlu pilih AJHT?

Jom dapatkan AJHT sekarang,,,!!


baca lagi

Friday, August 2, 2013

Bisnes SHAKLEE secara PART TIME

Assalam..

Malam ni tak mau cerita tentang khasiat vitamin. Nak cerita bab berbisnes plok eh..

Saya bekerja. Dalam masa yg sama ingin berbisnes atas minat dan nak tambah pendapatan. Bukan tamak.. Cuma inginkan hidup yg lebih baik... Nak bantu lebih ramai orang.. Nak share kelebihan SHAKLEE dengan kawan2..

Acaner nak buat tu? Sambil kerja sambil bisnes? Tak ganggu waktu kerja ke?

Ok jawapannya... Mesti la ada strateginya.. Gunakan medium facebook sepenuhnya. Untuk makluman..(mesti dh ramai yg tau kan..huhu) page kat FB tu boleh buat scheduled post. So apa yg saya buat.. Di malam hari saya akan schedule siap2 post utk hari esok. Sekurang2nya setkan 3 post setiap hari. Kan senang tu.. Tak perlu ganggu waktu kerja pon.

P/s: Post kat blog pon boleh buat scheduled post jugak.

Bila ada order.. Saya akan ambil masa rehat atau time balik keja untuk pos barang. Yg nak COD di kawasan berdekatan pon sama.

Senang kan.. Semuanya tak mustahil..!!
Nak ke tak nak jer..

Zassss...!!

Syakirah Kapli
Shaklee Independent Distributor (id:956611)
Page: Jom Sihat & Cantik Semulajadi

baca lagi

FOLIK ASID : RISIKO KEKURANGAN FOLIK ASID


FOLIK ASID : RISIKO KEKURANGAN FOLIK ASID

Asid folik adalah sejenis vitamin B9 yang larut air.Larut air ni bermakna ia larut di dalam air. Ia dilakukan melalui saluran darah dan dikumuhkan dalam air kencing. Tubuh kita tidak dapat menyimpan asid folik, justeru kita perlu mengambilnya setiap hari untuk memastikan pengambilan jumlah yang mencukupi. Vitamin B9 (termasuk asid folikdan folat) adalah penting untuk beberapa fungsi tubuh, termasuklah :

· Untuk mensintesis DNA, RNA dan untuk membaiki.

· Membantu pertumbuhan pesat sel-sel dalam tubuh.

· Untuk menghasilkan sel-sel darah merah yang sihat

· mencegah kecacatan kelahiran utama otak atau tulang belakang bayi (kecacatan tiub neural, termasuk spina bifida dan anencephaly) sebab itu penting bagi wanita hamil mengambil asid folik yang mencukupi.

· Meningkatkan kesihatan otak.


SIAPA YANG PATUT MENGAMBIL ASID FOLIK?

Pengambilan dan keperluan asid folik sebenarnya bukan sahaja untuk mereka yang sedang merancang untuk hamil. Mac Dimes pengarah, Richard Johnston, Jr MD, berkata bahawa untuk mencegah kecacatan kelahiran, wanita perlu mengambil asid folik sebelum hamil serta sepanjang 4 minggu pertama. Kajian di AS melaporkan hampirseparuh daripada kehamilan adalah tidak dirancang, oleh itu setiap wanita yang mampu hamil perlu mengambil makanan tambahan harian asid folik. Kajian lain juga menyebut bahawa wanita yang mengambil suplemen asid folik sekurang-kurangnya 12 bulan sebelum hamil boleh mengurangkan risiko kelahiran bayi pra-matang.

SUMBER SEMULA JADI ASID FOLIK
Sayuran hijau gelap adalah sumber asid folik yg baik. makanan berikut kaya dengan asid folik:

· Asparagus

· Roti yis

· Brokoli

· Pucuk Kamel

· Kubis

· Kembang kol

· Kuning telur

· Jaket kentang (besar)

· Buah pinggang

· Lentil

· Salad

· Hati (wanita hamil tidak perlu mengambil hati)

· Limau

· Parsnips

· Peas

· Bayam

· Biji bunga matahari

· Roti gandum (biasanya diperkaya)


ANEMIA & KEKURANGAN ASID FOLIK

anemia berlaku apabila kekurangan pengambilan makanan yg mengandungi folik asid. tanda-tanda dan gejala penyakit kekurangan asid folik termasuk :

· Kelesuan, keletihan

· Rasa lemah

· Sifat Pelupa

· mudah marah

· Hilang selera makan

· Masalah Berat badan

Pesakit anemia perlu mengambil asid folik setiap hari.


RISIKO-RISIKO LAIN YANG DIKAITKAN DENGAN KEKURANGAN ASID FOLIK

Selain dari anemia dan kecacatan kelahiran, kekurangan asid folik boleh mengakibatkan:

· Risiko serangan jantung

· Risiko strok. Satu kajian dalam jurnal perubatan melaporkan bahawa menambah asid folik dalam makanan dapat menyumbang kepada pengurangan risiko kematian akibat strok

· Kanser perut

· Pengurangan jumlah sperma lelaki

· kemurungan

· Masalah ingatan

· Penyakit alahan

· Kepadatan tulang rendah

Sumber: FB Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Hamil

PSSTTTT....!! siapa yg tak tahan dengan bau dan rasa vitamin B yg diberi di klinik kesihatan, jom cuba Vitamin B Complex SHAKLEE. Lengkap dengan asid folik yg ibu2 perlukan..

FB: Syakirah Kapli 
Shaklee Independent Distributor : 956611
sms/whatsapp: 013-3353751
FB Page: Jom Sihat & Cantik Semulajadi



baca lagi
 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard