Tip Magnet Rezeki: 2014

Friday, December 5, 2014

6 Punca Jerawat Yang Anda Perlu Tahu

6 Punca jerawat yang anda perlu tahu.. Sebenarnya banyak lagi, tapi antara punca utamanya adalah seperti dibawah:


Bakteria
Ada bakteria yamg biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati yang terdapat dipermukaan kulit. Orang berjerawat mempunyai bakteria lebih banyak.

Hormon
Semasa remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan akan mengeluarkan banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Sebab itu ramai di kalangan perempuan pada usia remaja dan awal dewasa kerap mengalami masalah jerawat.

Walau bagaimanapun, lama-kelamaan liang sebaceous akan menghasilkan sebum yang semakin berkurangan.

Stress
Tahukah anda, tahap stress yang tinggi boleh memberi kesan terhadap jerawat, ia boleh manjadi lebih teruk. Walau bgaimanapun ia masih boleh dicegah dengan rawatan yang betul.

Selain itu, apabila kita dalam keadaan stress, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat.

Pemakanan
Jerawat juga boleh muncul akibat pemakana yang tidak sihat. Anda dinasihatkan mengambil makanan yang seimbang dan lengkap dengan vitamin dan mineral.

Alat Solek
Sebenarnya alat solek bukanlah punca utama jerawat, tetapi sekiranya make up tidak dibersihkan dengan baik akan membuatkan keadaan jerawat lebih kritikal.

Muka Berminyak
Peluh akan menyebabkan muka berminyak dan seterusnya akan menyebabkan liang pori tersumbat dan terhasilnya jerawat.

Bagaimanakah cara mengatasi masalah jerawat ni?

Saya cadangkan anda mengambil suplemen-suplemen yang terbukti mampu membantu ramai orang yang ada masalah sama.

Fungsi-fungsi vitamin yang dicadangkan adaah seperti dibawah.


Sekiranya anda perlukan maklumat lanjut boleh hubungi saya melalui;

Facebook : Syakirah Kapli
Whatsapp : 013-3353751


baca lagi

Tuesday, November 18, 2014

Allah Maha Mendengar, Tapi Adakah Allah Nak Dengar?

Assalamualaikum. Dua tiga harini saya asyik benar mendengar ceramah ustaz Yusuf Mansur di Youtube. Ada bunyi indon sikit tak? Hehe. Walaupun ceramah dalam bahasa indonesia, ku dengar jua sebab isinya sangat menarik.

Rupanya Ustaz Yusuf Mansur ni selalu buat seminar tentang bisnes jugak. Kalau di Malaysia, mungkin macam seminar Dr Azizanla kot, tengok ramai sangat yang ikut seminar ustaz ni. Dalam ceramah-ceramahnya banyak ditekankan tentang sedekah, tentang keyakinan kepada Allah. Memang banyak la membantu saya untuk lebih yakin dan menyerah 200% kepada Allah.

Beliau ada sebut sesuatu yang buat saya berfikir-fikir sampai sekarang. Beliau cakap.

Allah itu MAHA MENDENGAR..
Minta lah apa pun..

Cuma... Takut² Allah TAK MAHU DENGAR..
Maka mintalah ampun banyak-banyak dulu sebelum meminta-minta.

Jelas kan maksudnya..



Apa yang saya pelajari dari situ, kalau rasa doa tak dimakbulkan Allah, atau susah sangat nak dapat sesuatu yang kita nak, bertaubatlah.. Banyakkan istighfar. Mulakan doa dengan memohon ampun atas kealpaan kita dalam mengingatiNya.

Sebab tu mentor saya pesan, sebelum tidur buat solat taubat. Tidur dalam keadaan dah mohon ampun pada Allah. Kadangkala kita lalai dalam hidup sehari-hari.

Allah kan Maha Pengampun, setiap masa dan ketika pintu taubat sentiasa terbuka untuk kita.

 Moga perkongsian ringkas ini memberi manfaat buat teman².

Catatan ini untuk ingatan diri sendiri juga. :)

Selamat beramal!
baca lagi

Monday, November 17, 2014

Cara Mengurangkan Senggugut. Wanita Wajib Baca!!

Ada tak pembaca kat sini pernah mengalami senggugut? Mesti sakit kan? Saya takda la pengalaman senggugut yang teruk, sikit-sikit ada la. Tapi saya pernah tengok rakan-rakan yang mengalami senggugut yang serius. Ada kawan yang sakit senggugut sampai tahap sterika perut sendiri!

Seriusss...???

Hehe.. Camni, dia panaskan sterika, pastu lapik kain kat perut dan gosok-gosok sterika tu. Sterika perut la kan? Ada juga yang tahap langsung tak boleh bangun dari katil. Saya la tolong masak air dan bagi kawan tu minum supaya senggugut berkurangan.

Senggugut ni ape?

Senggugut ni adalah kesakitan akibat kekejangan pada bahagian bawah perut dan kadangkala bahagian belakang. Secara purata 8/10 orang wanita akan mengalami senggugut setiap bulan, bezanya hanya teruk atau tidak je.


Kalau yang teruk tahap guling-guling. Tak boleh tidur, ada yang sampai kena ambil MC la senang cerita. Memang kesian sangat saya tengok rakan-rakan yang senggugut.


Apakah jalan penyelesaiannya?

Kebanyakan wanita tidak tertahan menanggung kesakitan tu lama-lama dan terpaksa ambil panadol. Bayangkan, setiap bulan mengalami sakit dan terpaksa mengambil panadol atau pain killer setiap bulan.


Anda rasa bagus ke tak? Memang panadol / pain killer mampu membantu hilangkan rasa sakit, tapi bagaimana dengan kesan jangka panjang terhadap badan anda? Dari pembacaan saya, ia membayakan. Malah ada pernah terjadi, orang yang mengambil panadol setiap kali period akhirnya disahkan mengalami kerosakan buah pinggang!


Kalau sebelum ni anda makan panadol/paracetamol ataupun pain killer, saya sarankan anda hentikannya. Sebab, saya ada cadangan yang lebih selamat dan berkesan, insyaAllah.

Saya cadangkan anda cuba GLA COMPLEX!!

Kenapa GLA COMPLEX?

GLA Complex dibuat dari 100% bahan semulajadi, tiada pewarna, perasa tiruan, dijamin selamat dan berkesan dengan izin Allah.

Senggugut melibatkan kekejangan otot didalam rahim. Kajian menunjukkan, keadaan ini berlaku apabila tubuh seseorang kekurangan GLA (gamma-linolenic acid). Jadi sangat penting untuk wanita yang mengalami senggugut mengambil GLA Complex bagi menampung keperluan tubuh.

GLA Complex juga mampu memperbaiki masalah hormon bavi yang mengalami masalah haid tidak teratur dan lain-lain masalah akibat ketidakstabilan hormon.


Testimoni










Sekiranya anda berminat nak dapatkan GLA Complex boleh hubungi saya ya..

Fb: Syakirah Kapli
Whatsapp: 013-3353751

baca lagi

7 Sebab Allah Belum Izinkan Kita Kaya

Artikel ini dikongsikan dalam group whatsapp. Sangat bermanfaat dan memberi kesan terhadap saya.

---------

Nak kaya? Nak berjaya dalam perniagaan? Nak jadi usahawan? Dah banyak kali cuba tapi tak berjaya ? Kenapa eh ...

Ok lah ... untuk bincang isu ni rasanya seminggu tak habis. Kita ringkaskanlah sikit ya ... Begini ... saya sudah 14 tahun terlibat dalam bidang training ni dan rasanya tidak kurang dari 200 orang usahawan dan perniagaan yang telah saya diminta untuk beri nasihat dan tunjuk ajar, untuk troublehoot masalah, bantu bagi nasihat dsbg ... baik perniagaan kedai runcit, kedai makan, klinik perubatan, insuran agency, law firm, engineering, syarikat MLM, dsbg...

Dari situ saya rasa saya nak simpulkan kenapa seseorang itu tidak berjaya dalam perniagaan / tidak boleh jadi kaya / Tuhan tak bagi dia kaya / tak bagi dia jadi usahawan berjaya dsbg ...

1. Niat tak betul - tujuan nak jadi kaya sebab nak jadi bos boleh rilek orang lain bekerja kita pantau je ... hekk elehhhh ... tahu tak jadi bos lagi bnyk kerja lagi bnyk benda kena pikir ... nampak sangat sifat bossy dan malas serta angkuh tu menebal dlm diri ...

Niat tak betul juga termasuk nak bantu adik-adik, nak bantu orang tu orang ni ... nak bantu makhluk tu makhluk ni dan macam2 lagi janji untuk bantu ... SEMUANYA TAK TEPAT !! Bantu diri tu dulu yg masih tak terbantu ...

Sepatutnya niat yg utama untuk jadi kaya / untuk berjaya dalam perniagaan ialah UNTUK MENDEKATKAN DIRI DENGAN ALLAH ... agar jadi lebih beriman dan bertakwa ... agar dapat beribadat dengan lebih khusyuk ... agar Allah lagi sayang ... agar dapat bantu diri tu dulu agar lebih beriman, lebih bersabar, lebih bersyukur, lebih soleh ... It's all about ourself NOT about others.

2. Bangun pagi - memang perangai tak layak jadi orang berjaya. Pukul 8 baru bangun ... subuh entah ke mana ... pukul 10 baru keluar rumah ... pukul 2 pagi tak tidur lagi layan TV .. lepak kat warung dsbg... subuh asyik terlepas ... jgn cakaplaa dhuha ke tahajud ke ... huhh .. yg tu jauh sama sekali ...

3. Biadab dan angkuh - baru je pandu wira / viva / pesona / kereta biasa2 dah cilok sana cilok sini ... berlagak dijalan raya ... biadab ! tekan minyak kuat2 taruk sound system kuat2 bukak lagu kuat2 biadab di jalan raya ... guna laluan kecemasan potong que ... SANGAT KURANG AJAR ... tu baru pandu wira tu ... belum lagi mercedes ... sbb tu Tuhan tak bagi kaya ...

Tuhan bagi setakat wira tu jelah ... Kalau Tuhan bagi kaya dapat beli mercedes tak tahulah macam mana takbur lagi dia atas jalan raya ... infact, habis duit duk repair mercedes tu ... SBB tu kita tengok orang kaya yg drive kereta mewah ... ada ke yg cilok sana cilok sani jadi road bully ... tak ramai kan ... mereka semua drive sangat berhemah ... enjoy the driving ... drive safely ... sbb tu mereka bertambah kaya ... sebab mereka layak utk jadi kaya

4. Pakai nak cantik makan nak sedap kerja malas - baru je bisnes buat untung sikit, baju dah berubah corak dan imej dah berubah ... baju murah dah tak pakai ... semua jadi branded ... makanpun tempat yg highclass ... kat gerai tak boleh ... jatuh standard ... hek elehhhhh ... hari minggu bawak keluarga pergi bercuti pantai itulah pantai inilah ... tiap2 mlm tak payah masak ... makan kat luar ... gaya hidup terus jadi mewah ... bukannya nak guna duit untung tu utk kumpul pergi umrah ke ... set matlamat selesaikan dulu yg wajib tu dulu ke ...

5. Berkira bab sedekah dan zakat - nak keluar sedekah sangat susah ... zakat lagilah ... ada je alasan utk mengelak bayar zakat pendapatan tu ...

6. Malas - asal ada duit sikit je terus malas buat kerja ... semua jadi delay ... semua jadi tertangguh .. baru sikit je Allah bagi rezeki terus lupa diri jadi malas ... tidur jadi banyak ... makan jadi melampau ... Kerja jadi malas ... CONFIRM TUHAN TAK BAGI KAYA !

7. Solat - asal ada duit sikit je solat terus tunggang tebalik ... sibuk sampai tak solat ... masa susah dulu bukan main berdoa sahaja dah setengah jam ... kaya sikit je ... baru sikit Allah bagi rezeki terus lambat2kan solat ... Dhuha?? Huhhhhh ... jauhhhh sama sekali ... Dia lupa bahawa yg bagi rezeki tu adalah ALLAH ...

Share article ni untuk sedara mara /kawan2 anda yg nak berniaga atau baru nak jadi usahawan / yg alami masalah dlm perniagaan ... insyaAllah sama2 kita bantu mereka dan bg sokongan pada mereka untuk berjaya.
baca lagi

Sunday, November 16, 2014

Ibu Hamil Loya Dan Muntah? Peppermint Mungkin Membantu

Dua hari lepas, ada customer nak beli peppermint ginger plus. Sia tengah hamil dan mengalami loya serta muntah-muntah. Ada rakan yang suggest dia cuba peppermint ginger plus ni.

See.. Dah terkenal sangat dah peppermint ni dikalangan ibu hamil yang mengalami loya, tak perlu saya explain pun ha. Saya just bagitau cara makan je la dan mendoakan dari jauh semoga loya customer saya berkurangan.



Apa Peppermint Ginger Plus ni?

Peppermint Ginger Plus adalah salah satu dari suplemen Shaklee, ia diperbuat dari 4 jenis herba iaitu daun pudina, halia, fennal (pokok adas) dan anise (cekur manis)

Daun Pudina

+ Membantu proses penghadaman
+ Mengurangkan rasa loya
+ Mengurangkan gasteik, pedih hulu hati dan cirit birit.
+ Mengurangkan kesan sampingan kemoterapi. (Muntah, hilamg selera)
+ Merangsang pengeluaran peluh & menjadikan tubub lebih cerdas

Halia

+Merangsang penghasilan rembesan enzim salvia untuk mencerna makanan
+ Bantu mengurangkan ketidakselesaan perut
+ Mengurangkan senggugut
+ Mengurangkan rasa loya

Fennal (Pokok Adas)

+ Bantu mengurangkan sakit / kembung perut
+ Mengurangkan alergi pada saluran usus

Anise (Cekur Manis)

+ Mengurangkan senggugut
+ Mengurangkan masalah pencernaan
+ Membantu merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan

Haaa...banyak kan khasiatnya, bukan untuk ibu hamil je ni. Kalau ada rasa tak selesa pada perut, angin dalam badan pun boleh cuba.


Kalau anda nak cuba peppermint ni boleh hubungi saya k.

Fb: Syakirah Kapli
Whatsapp : 013-3353751
baca lagi

Kegilaanku

Taktau nak letak tajuk apa.. Haha boleh gitu?

Saya ada satu hobi, dari kecik lagi, saya suka sangat beli buku. Kononnya ulat buku la. Haha.. Kecik-kecik dulu saya suka mintak ayah belikan komik je la. Doraemon la, ntah apa-apa lagi la, tapi jarang la dapat sebab ayah lebih suka belikan saya buku/majalah ilmiah.

Antara majalah yang saya masih ingat Kuntum, Dewan Pelajar, Tunas Sains.. Apa lagi aa.. Tapi semuanya ilmiah je la. Ayah tak bagi beli komik-komik tu. Membazir kata ayah.

Dah besar sikit, sekolah menengah, masuk hostel. Kawan-kawan perkenalkan novel. Tapi tak kena dengan jiwa. Sebuah novel kalau saya baca sebulan belum tentu habis la. Saya lebih suka baca komik. Antaranya Budak Getah, Penyiasat Remaja, Detektif Conan. Hasilnya... Cita-cita saya masa form five adalah DETEKTIF.

Detektif hokayy. Tak dapat kubayangkan!! Haha..

Dah habis sekolah, masuk matrik, minat masih sama. Komik, majalah komik. Sebab dah pegang duit sendiri, bebas beli majalan/komik. Bertong-tong la majalah komik yang saya miliki. Antaranya Arena, Gempak Starz, Utopia apa lagi ntah tak ingat sangat. Pastu suka jugak majalah ujang. Baca dan sengih sorang-sorang.

Masuk Universiti pun masih sama ja genre buku/majalah yang saya baca. Haha. Kononnya baca komik, tengok anime boleh mengasah minda, lebih kreatif, release tension. Layannn..

Bila masuk alam pekerjaan, minat saya mula berubah. Agak drastik perubahannya. Saya lebih suka baca buku² motivasi. Tak lupa juga buku-buku keagamaan. Alhamdulillah. Berubah juga akhirnya. Hihi.. Dalam masa yang sama saya dah pandai baca novel! Tapi satu-satunya penulis novel yang diterima adalah Ramlee Awang Mursyid. Novel lain tak layan.

Tapi sejak berkecimpung dalam bidang perniagaan, saya lebih minat membaca buku-buku perniagaan, pengurusan kewangan, motivasi pun baca lagi, buku keagamaan pun ada jugak. Pantang jumpa buku mesti nak beli. Hasilnya berlambak buku yang belum diselak walaupun sehelai.

Baru-baru ni kan ada pesta buku PTS, harga buku serendah rm3.. Tak ke menjadi-jadi kegilaan saya ni. Haha.. Saya dapat beli berbelas buah buku dengan harga rm100 je.

Takpe..takpe.. Saya akan baca sedikit demi sedikit. Hehe.. Jom tengok koleksi buku saya. Tapi majalah2 komik banyak dah masuk kotak dah. Yang hilang pun banyak, adik2 amik baca kot dulu.






Bawah sekali ni antara komik kesayangan saya, sebab tu masih ada disitu. Minat sangat penyiasat² ni. Cuma sekarang takda masa lagi nak baca komik, banyak benda lagi penting nak dibuat. Hehe.

Rak buku pun dah makin nazak. Salah satu impian saya adalah mewujudkan sebuah library dirumah. Baru boleh muat rak yang besar dan gagah. Hehe. Akibat kegilaan saya membeli buku ni, buku-buku saya pasti beranak dari semasa ke semasa. Cabaran saya sekarang adalah mencuri masa dan merajinkan diri membaca buku-buku tersebut.

Sekian..
baca lagi

Saturday, November 15, 2014

Mudahnya Menjemput Rezeki Dengan Bersyukur

Assalamualaikum semua, selamat berhujung minggu. Harini nak bebel sikit bab syukur. Sebenarnya sangat mudah menjemput rezeki dengan bersyukur. Buktinya?

Dan ingatlah ketika Tuhan mu memaklumkan, sesungguhya jika kamu bersyukur, NESCAYA aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari nikmatku, maka azabku sangat berat.
Surah Ibrahim 14:7

Allah dah janji kan. Nescaya akan ditambah nikmat bagi hambanya yang bersyukur. Orang yang bersyukur akan sentiasa redha dan sabar dengan ujian, mereka yakin Allah pasti sedang mengaturkan yang lebih baik.

Walaupun nama saya Syakirah, bermaksud 'Yang Bersyukur' saya juga kadang-kadang lupa nak bersyukur. Bila di uji mula merungut, bila diberi nikmat, alpa! Astaghfirullah.

Tapi saya bernasib baik bila dipertemukan dengan keluarga besar Shaklee yang mementingkan bab syukur ni. Master Zura, moyang Shaklee saya melancarkan cabaran 40 hari Jurnal Kesyukuran. Sekurang-kurangnya tulissss 5 perkara yang disyukuri setiap hari.

Tadaaa... Inila jurnal kesyukuran saya. Comel tak? Nampak super tak? Hehe

'S' for Syakirah, Super, SYUKUR... Wahh...gitteww..


Rupa-rupanya bila bersyukur kita akan sentiasa fokus yang baik-baik sahaja. Walaupun ada saja rintangan pada hari tu, PASTI masih ada nikmat yang boleh disyukuri. Nikmat masih bernyawa, masih ada rumah selesa, kesihatan yang baik, nikmat boleh makan, tidur, saudara, keluarga, anak...hoiii banyak lagi nak syukur oii.. Tak payah la nak sedih² gi main biola tepi sawah. (Ok..ok..ni betul-betul bebel ni)

Dr Azizan pun cakap hal yang sama, bila bersyukur, minda kita akan fokus benda yang baik-baik. Tulis yang baik-baik, baca yang baik-baik. Bukankah fikir, tulis, baca itu adalah doa. Kita akan menarik perkara yang lebih baik bila fikir, tulis dan baca yang baik-baik ni. Faham ke faham?



Pengalaman saya

Saya hanya konsisten dan komited dengan cabaran syukur ni selepas kelas IMKK Dr Azizan Osman Oktober lalu. Saya mula tulis setiap malam perkara yang saya syukuri. Tapi ada juga yang tertinggal.

Saya masih leka sebenarnya, sehinggalah saya 'termengadu' sesuatu dengan mak Shaklee saya. Mengadu tentang kekecewaan saya. (Ketuk kepala sendiri)

Mak Shaklee saya cakap...
"Ya Allah... SYUKUR la kirahhh.. Ada jugak, itu petanda baik!"

Saya terkedu... Betul jugak, ok la tu...aku patut bersyukur sebenarnya!! Allah hantar mak shaklee saya untuk sedarkan saya malam tu, rasa ada satu ketukan di kepala. Haha.. Terus tulis dan tampal dua kata-kata keramat mak shaklee saya dan tampal kat work station.

Jangan tunggu buah yang tak masak..faham?
Sejak tu saya mula tulis benda yang saya mengadu tadi tu tapi dari sudut yang positif. Saya sedar, saya perlu bersyukur walaupun atas sekecil-kecil nikmat. Disusuli juga doa selepas solat mengharapkan yang lebih baik.

Cuba teka apa yang terjadi?

Ya Allah... Syukur alhamdulillah saya rasa banyak yang berubah lepas seminggu. Segan pulak nak cerita detail kat sini. Haha.. Tapi, perkara yang saya 'kecewa' tadi tu dah berubah menjadi seperti yang saya harapkan.

Rasa macam... Magiknya..

Lepas tu banyak lagi nikmat-nikmat yang tak disangka-sangka muncul. Mungkin saya akan ceritakan di lain entry.

Air mata saya sentiasa bergenang bila fikirkan nikmat yang Allah beri sekarang ni. Sayangnya Allah pada saya. Kenapa la saya tak sedar dari awal.

Syukur pada Allah...

Terima kasih yang tak terhingga buat mak Shaklee saya, Suhaili Yaacob. Tak lupa nenek, moyang-moyang Shaklee saya yang sentiasa mendidik hati ini walaupun bertemu hanya di alam maya.

InsyaAllah saya akan duplicate perkara yang sama untuk anak cucu Shaklee saya pula.

Love you all!
baca lagi

Suplemen Menaikkan Berat Badan

Ada tak kawan-kawan yang tengah cari suplemen untuk menaikkan berat badan? Shaklee ada set untuk naikkan berat badan secara sihat dan semulajadi.


Secara umumnya kita perlukan makanan yang seimbang nutrisinya untuk mendapatkan berat badan yang ideal, tidak terlalu kurus dan tidak terlalu gemuk. Ramai dikalangan kita yang terlalu kurus akibat tidak mendapatkan makanan seimbang atau tiada selera makan.

Antara suplemen Shaklee yang boleh membantu adalah Meal Shakes, Vitalea dan B Complex.



Apakah khasiat/manfaat setiap satu suplemen ni? Jom saya terangkan satu persatu.

Meal Shakes
Meal Shakes membekalkan 35% atau lebih nilai harian. Ia mengandungi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan tubuh. Ia juga merupakan makanan instant yang kaya kalsium, fiber dan protein. Rasa pun sedap tau, perisa vanilla..

Vitalea
Vitalea pula membekalkan 23 jenis vitamin bersama iron yang penting untuk pembentukan sel darah merah. Ia membantu mencantikkan kulit, kuku dan rambut. Dari segi internal, ia membantu mengurangkan kenarangkalian kita mengidap tiroid serta membantu badan kita lebih sihat dan bertenaga.

B Complex
B complex Shaklee mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk tubuh. Ia dapat mengawal metabolisma dan mempertingkatkan kesihatan sistem kardiovaskular, memgurangkan rasa letih, lesu, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.

Testimoni set menaikkan berat badan


"Lepas ambil meal shake berat saya dari 37kg kini naik lagi 4kg, sekarang berat saya 41kg. Hari raya tu ramai yang tegur saya dah berisi" - Momo Bear


"...selepas minum meal shake almost 2 weeks ni, berat badan za dah naik 2 kg tau, suka sangat..." - Pn. Norieza


"..alhamdulillah berat badan saya dah naik 1.8kg. Minta2 dapatla capai target berat badan yang saya inginkan sebelum sebulan." - Nur Athirah

P/s: Semalam ada customer saya nak beli set menaikkan berat badan, tapi tak suka suplemen yang kena bancuh. Jadi saya just cadangkan Vitalea dan B Complex. Harap-harap membantu la beliau naikkan berat badan.




Kalau anda berminat nak dapatkan set suplemen untuk menaikkan berat badan ni boleh hubungi saya k. Saya akan berikan cadangan pemakanan lengkap nanti. Hubungi:

Fb: Syakirah Kapli
Whatsapp : 013-3353751
baca lagi

Friday, November 14, 2014

Omega Guard Untuk Ibu Hamil

Mungkin ramai yang tertanya-tanya omega guard ni sesuai ke untuk ibu hamil? Ramai yang tahu kan omega guard kaya dengan DHA yang baik untuk perkembangan otak bayi, sebab tu ramai ibu hamil nak cuba omega guard.



Bagi menjawab kegusaran ibu-ibu, omega guard memang sesuai untuk ibu hamil. Ibu hamil disarankan mengambil sebiji omega guard sehari mulai trimester kedua dan berhenti dalam masa 2 minggu sebelum tarikh bayi bakal dilahirkan.

Manfaat Omega Guard Untuk Ibu Hamil

# Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
# Membantu perkembangan memori janin
# EPA dan DHA dalam Omega Guard adalah antara nutrien keperluan utama untuk otak, retina dan sistem saraf janin
# Membantu mengawal kadar kolesterol ibu
# Mengawal berat badan ibu secara semulajadi
# Meningkatkan sistem imun ibu
# Mengurangkan risiko alergi pada bayi selepas kelahiran nanti
# Mengurangkan risiko murung selepas bersalin


Info: Perpindahan DHA daripada darah ibu kedalam uri adalah paling laju berbanding asid lemak lain.

Tapi kenapa ibu hamil mesti pilih omega guard ye? Tak boleh ke jenama lain? Saya pun dulu-dulu ambil suplemen minyak ikan jenama lain, tapi lepas tahu kelebihan omega guard berbanding jenama lain terus ambil omega guard je sekarang. Hehe


Selain untuk ibu, boleh juga beri pada anak yang dah setahun ke atas tau. Baik untuk sistem imunisasi, minda cerdas, otak bijak, meningkat daya fokus, mengurangkan asma, alergy dan lain-lain lagi.

Saya juga tak ketinggalan beri omega guard pada Muhammad Rayyan Aziz, anak saya yang berumur 3 tahun tu. Suka dia, syedappp katenye. Hehe


Kalau ada yang nak cuba boleh contact saya k. Nak lebih info pun boleh, hubungi saya, nanti saya explain ye.

Fb: Syakirah Kapli
Whatsapp : 013-3353751

baca lagi

Tips Ibu Bekerja Dirumah

Assalam semua. Berapa ramai kat sini ibu yang bekerja dari rumah, sila angkat tangan? Hehe. Mesti ramai kan.. Zaman sekarang dah tak macam dulu, ramai ibu yang selesa bekerja dirumah, membesarkan anak sendiri walaupun ada degree, master malah PHD!

Saya juga dah bekerja dari rumah sepenuhnya bermula bulan April 2014. Kira dah 8 bulan la. Sebelum ni saya bekerja sebagai Jurutera Awam di Jabatan Kerja Raya Malaysia, berstatus kontrak. Mula bekerja pada Februari 2009 di Ibu Pejabat JKR KL, berpindah ke JKR KEDAH pada April 2013. Bila nampak peluang yang lebih baik dalam bisnes, saya istikharah dan Allah lorongkan saya untuk resign pada Mac 2014. Sempat la bekerja di JKR 5 tahun. Itulah secara ringkasnya jalan hidup saya sebelum bergelar WAHM. Work-at-home-mom.

Sebelum bergelar WAHM
Bumbung Stadium Bukit Jalil pun kupanjat ok..hehe

Sekarang...

Saya bergelumang la dengan bisnes dirumah ni. Kadang-kadang ke branch, kadang-kadang keluar COD barang customer, kadang-kadang ke pejabat pos. Sibuk jugak, update blog, update status FB, coaching anak cucu bisnes.. Tapi saya happy. Sebab anak sentiasa disisi. Boleh jaga anak sendiri depan mata. Hehe.

Tips...

Saje nak share tips sikit, sebagai WAHM kita mesti jadi BUTA, PEKAK dan BISU. Hahaha...

Kena jadi BUTA.. Kalau tak, asyik nak mengamuk aje bila tengok anak sepah-sepahkan barang. Maksudnya kalau time kita kerja tu, butakanla mata sekejap.. Bila dah siap kerja tu baru amik masa kemas balik.

Kena jadi PEKAK sebab, kadang-kadang memekak je la budak ni. Huhu. Kalau tak sabar dan pekakkan telinga memang rasa nak jadi singa jadian je. Tapi sekali sekala stop la kerja, layan dia kejap. Peluk-peluk, puji sikit, pastu explain la.. Ummi nak buat kerja jap, nanti kita main k. Selalunya kalau dipujuk dia ok ja. Tapi kalau dimarah-marah maka spoil la mood kita sepanjang hari tu. Huhu

Kena jadi BISU supaya dapat kawal diri. Istighfar je la banyak-banyak. Jangan marah-marah kalau anak buat hal.

Kalau boleh, jangan benarkan anak masuk ke 'workstation' kita. Itu lagi bagus. Tapi anak saya kalau nampak ja pintu tu tutup meraung² la dia. Siap warning... "Ummi jangan tutup tau, jangan tutup tau"

Sabo je lah..


Tengok la atas meja saya, macam-macam ada.. Mainan, tongkol kayu, cebisan roti, kadang-kadang batu pun ada. Semua nak dilonggoknya atas meja ummi. Huhu..

Layan je la. Dah siap kerja baru saya kemas dan layan la dia main, bercakap dengan dia.. Camtu la..

Nasib baik family shaklee saya ni banyak menerapkan amalan-amalan rohani seperti sentiasa beristighfar, zikir, selawat. Sedikit sebanyak membantu saya menjaga emosi. Saya juga join group MAK TAK MARAH ANAK kat FB sebagai pedoman dan panduan. Hehe..

Membantu tak tips ni..

Hehe.. Harap² membantu la ye.

Bye..
baca lagi

Thursday, November 13, 2014

Suplemen Untuk Ibu Hamil

Semenjak dua menjak ni ramai kawa-kawan update status hamil. Bulan agaknya. Heheh.. Jadi saya pun rasa terpanggil nak update tentang suplemen untuk ibu hamil ni. Semoga ramai bakal mendapat manfaatnya nanti.


Bila hamil ni, yang menjadi isu utama mestila pemakanan, apa yang boleh, apa yang tak boleh. Perlu amik suplemen apa yang sesuai untuk ibu hamil.

Untuk perkembangan sihat baby dan ibu, dah tentu kena ambil makanan yang berkhasiat. Apa makanan yang berkhasiat tu?


Mampu tak nak ikut piramid makanan ni setiap hari. Ada yang mampu tu alhamdulillah, anda memang ibu terbaik. Yang tak mampu ni biasanya ibu yang ada alahan, loya, pening, tak selera nak makan. Kalau makan pun muntah.

Ibu berkerjaya pun agak sukar sebenarnya nak pastikan dapat makanan yang thorrrbaik ni. Selalu makan kat luar, makan fast food. Walaupun dah pilih makanan berkhasiat seperti sayuran, kadangkala sayur tu dah kurang zat-zatnya akibat dimasak lama.

Disinila pentingnya suplemen untuk ibu-ibu hamil ni..

Set kehamilan shaklee terdiri daripada:

Vitalea
SR Vita-C
B Complex
ESP
Ostematrix
Omega Guard


Hubungi saya untuk dapatkan details set hamil shaklee ok.

Saya juga akan guide cara pemakanan yang betul jika anda dapatkan set hamil shaklee dari saya.

Fb: Syakirah Kapli
Whatsapp : 013-3353751


baca lagi

Kegunaan Garam Bukit Yang Patut Anda Tahu

Assalamualaikum semua, apa khabar. Seperti yang dijanjikan kat FB saya nak cerita tentang kegunaan garam bukit yang saya baru je tahu ni. Nampak macam garam kasar biasa, cuma warnanya agak keperangan.


Sebelum ni saya tak pernah ambil tahu pun tentang kegunaan garam bukit ni. Rupa garam bukit pun tak tahu macam mana. Hehe. Sampai la saya join IMKK Dr Azizan pada bulan lepas. Boleh dikatakan setiap hari dalam kelas 4 hari 3 malam tu Dr Azizan cakap pasal garam bukit. U all dah beli garam bukit? Dah start mandi garam bukit? Camtu la.

Dr Azizan juga bagi tau kegunaan garam bukit ni untuk memelihara aura kita dari anasir-anasir negatif. Biasa la hidup kita sehari-hari ni mesti ada ja kesan-kesan negatif yang hinggap. Contoh, terrrrbaca gosip, terrrrsangka yang tak baik terhadap orang lain. Eh macam-macam lagi la sebenarnya yg membuatkan aura negatif terpalit pada kita. Salah satu cara untuk membersihkan diri adalah dengan mandi garam bukit la selain sentiasa istighfar, solat sunat taubat dan lain-lain.

Berbalik kepada kisah saya tadi, lepas IMKK tu terus cari garam bukit, saya beli online 2kg dengan harga rm50 termasuk pos. Lepas tu terus start guna la setiap hari mesti mandi air garam bukit sekali. Antara kegunaan lain garam bukit kan untuk menghindar gangguan syaitan. Ada digunakan juga dalam perubatan islam. Jadi, saya terfikir untuk gunakan pada anak saya, Muhammad Rayyan Aziz. Kenapa?

Kisah anak saya yang saya tak pernah cerita dari dulu. Jeng...jeng..jeng... Memang saya tak tulis perkara yang tidak elok dalam blog atau FB sebab benda negatif akan mempengaruni diri saya dan orang lain. Sebab apa yang kita tulis kan doa.. Disebabkan sekarang dah ok, boleh la saya cerita sebagai pedoman sekiranya ada orang yang mempunyai masalah yang sama.

Anak saya dari dulu memang sukar tidur malam. Sejak dalam pantang kot. Lepas pantang pun anak saya akan menangis sekuat-kuatnya waktu maghrib. Bayangkan stress nya saya waktu tu, masih bekerja di KL, balik kerja hadap jamm, sampai rumah masak untuk makan malam, anak pulak nangis tak berhenti. Lepas maghrib baru dia tidur, saya pun pengsan sekali.

Dah besar sikit, tak la nangis masa maghrib, tapi bila suka meracau waktu tidur. Menangis-nangis tanpa sebab waktu malam, mata pejam je. Pernah beberapa kali juga cuba rawatan perubatan islam, ok la sikit. Pastu jadi balik walaupun berkurangan la meracau tu. Memang jarang sangat saya dapat tidur yang lena dan berkualiti sampai la umur dia dah nak masuk 3 tahun. (Dah macam jaga baby pulak). Sebelum tido memang ajak dia baca alfatihah, ayat kursi, 3 qul... Baca sama² (walaupun dia baca ikut 'bahasa' dia la).. Pastu hembus kat telinga dan ubun-ubun.

Walaupun jerit-jerit dah takde, kaki dia boleh tahan la ganasnya. Hehe. Selalu je saya dapat sepakan padu tengah-tengah malam dari dia. Menendang² kakinya. Sabor je la kan.

TAPI...!! ALHAMDULILLAH.. Saya bersyukur sangat semua tu dah tak berlaku sejak 2 minggu ni. Kan Allah kata, ikhtiar je.. Mesti ada penawarnya. Dengan izinNya lepas amalkan mandi garam bukit setiap petang, sekarang dia tidur lena, tak meracau dan statik pulak satu tempat je, takde tendang-tendang kaki lagi dah. Minum susu pun sekali je dalam pukul 5. Elok-elok nak kejut ummi dia tahajud kot. Hehe.. Kalo tak  2-3 botol tau dalam 1 malam. Adeihh..kalah baby.


Semoga berkekalan macam ni la ye Muhammad, anak soleh ummi. 8hb aritu dah genap umurnya 3 tahun, dah besar pun.. Bukan baby lagi. Hihi. Doakan Muhammad ye aunty/uncle semua..

Oh ya... Cara nak guna garam bukit tu camni.. Ambil segenggam, campur sebaldi air. Kacau-kacau lawan arah jam sambil selawat. Pastu mandi untuk mandian last tu, lagi bagus kalau tak bilas air lain dah.

Selamat beramal ye!


baca lagi

Wednesday, November 12, 2014

Mudahnya Menjemput Rezeki Dengan Membersihkan Kolam Jiwa

Pernah dengar tak tentang kolam jiwa? Saya pertama kali dengar masa satu slot motivasi oleh Dr Azizan Osman (DAO) di TV3. Dengar je la sambil cuba buat, tapi biasalah manusia mudah lupa dan ambil mudah je.

Sampai la saya masuk berguru dengan Dr Azizan sendiri dalam IMKK Oktober 2014 yang lalu. Beliau menerangkan secara jelas, kenapa dan bagaimana nak membersihkan kolam jiwa kita ni. Kolam jiwa adalah elemen paling utama dalam menjemput rezeki.

Menurut DAO, kita dilahirkan bersih, suci... Tapi apabila meningkat dewasa kita sering melakukan perbuatan yang mungkin tidak disukai Allah. Ada dengar, baca, fikir dan cakap  perkara yang Allah tak suka. Ini akan membuatkan kolam jiwa semakin lama semakin keruh dan akhirnya berkeladak.

Bila kolam berkeladak, connection kita dengan Allah pun samar² kegelapan. Apa yang dipinta mungkin tak sampai pada Allah. Perumpamaannya macam ni.. Kalau nak minta pinjam duit dengan orang, tapi tak baik sangat ngan orang tu, kenal-kenal gitu je.. Agak-agak orang tu nak beri tak duit yang kita nak tu. Mesti la susah sikit kan.. Sama la konsepnya hubungan kita dengan Allah.



Tugas kita sekarang

Sekarang, kita nak baiki taraf hidup kan. Walau apa pun, kita mesti minta bantuan Allah. Jangan sombong, jangan ingat kita mampu berjaya tanpa izinNya. Kita kena bersihkan kolam jiwa supaya sentiasa jernih, baru la connection dengan Allah lebih kuat. Line clear omputeh kata..


Nak lebih faham boleh rujuk gambar atas ni. Ke terus tak faham sebab lukisan buruk? Hehehe..


Bagaimana?

Amalan yang boleh membersihkan kolam jiwa adalah setiap amalan yang Allah suka. Antara yamg ditekankan adalah bersedekah, solat-solat sunat, solat awal waktu, membaca Al-Quran, istighfar, selawat, buat baik kepada ibu bapa dan lain-lain. Amalan-amalan ni jika dilakukan dengan konsisten, kita akan dapat rasa kelainannya. Bukan sahaja dari segi wang ringgit, tapi dari segi kesihatan, ketenangan, minda yang lebih positif serta kejayaan-kejayaan lain.


Bagaimana nak konsisten buat semua ni?

Saya cadangkan anda buat checklist. Sebenarnya dah lama mentor-mentor saya dalam Shaklee suruh buat Master checklist untuk amalan² wajib dan sunat ni.

Ni master checklist saya bulan Jun.
Setiap amalan tu nak konsisten ada yang suruh buat 21 hari, ada yang cakap 40 hari, tapi saya sarankan buat la hari² master checklist ni. Just tick kalau dah buat. Kalau tak buat tanda 'X'. Bila hujung bulan boleh la muhasabah diri. Ooo...patut la macam tak tenang, selalu culas tahajud, tak solat taubat. Contohnya camtu la. Hehe...

Malas nak buat checklist?

Ya, saya tahu anda manusia biasa, sama macam saya, kadang-kadang nak buat kotak-kotak tu ambil masa jugak.. Kadang-kadang 2-3 hari.. Ish3.. Kalau malas buat kotak-kotak tu boleh jugak guna excel.

Lepas join IMKK aritu saya jumpa 1 tool untuk memudahkan kerja saya ni. Iaitu checklist 30 hari pembersihan kolam jiwa.


Tanpa fikir panjang saya terus beli, sebab memang saya perlukannya! Sebuah buku tu untuk 30 hari, hanya rm3 sebuah. Saiznya kecil mudah letak dalam handbag. Tak la terlupa nak tick bila dah selesai sesuatu amalan tu. Dalam tu juga ada mind & money declaration yang sama dengan DAO ajar, ada declaration kesyukuran (dah ada skrip, baca dan hayati jer).. Ada juga khasiat mandi garam, panduan menjaga aura dan yang penting checklist amalan hidup luar biasa.


Excited dengat kebest-an buku checklist ni, saya dah ajak ramai² family shaklee saya beli jugak. Ramai yang beli 12 buah terus untuk setahun. Saya ada beli lebih, kalau ada yang nak boleh inform saya ok!


Whatsapp 019-4917769

Updated: Saya dah kehabisan buku ni. Tapi kalau ada yang perlukannya, just whatsapp saya, nanti saya berikan contact no yang anda boleh hubungi.

Nak tahu tak penerangan lebih terperinci tentang kolam jiwa dan kaitannya dalam kita menjemput rezeki? Saya sangat terkesan ketika membaca satu pakej ebook ni. Beliau juga merupakan anak didik Dr. Azizan Osman.

Membaca ebook tu seolah-olah mengulangkaji apa yang telah dipelajari sebelum ni dengan tambahan ilmu yang cukup untuk merasakan tamparan-tamparan ke muka sendiri. Huhu..

Ya.. Kadang-kadang kita tak sedar pun akan kesilapan-kesilapan kita yang menjadi punca beratnya rezeki nak datang pada kita.

Kalau anda nak cuba baca dan rasai tamparan-tamparan tu bersama saya boleh picit link ni;
Formula Rezeki Melimpah Ruah

New  Doa Bebas Hutang

Moga bermanfaat ya..

Assalamualaikum..
baca lagi

Monday, November 10, 2014

Cerita Sedekah Subuh Yang Rugi Kalau Tak Baca

FADILAT SEDEKAH SUBUH...

sememangnya kita hidup ini penuh dengan dugaan, dan banyak perkara yang menjadikan kita stres. masalah kewangan, kerja dan sebagainya.
bagi saya ...ingin sekali berkongsi pengalaman agar dapat menjadi salah satu jalan keluar bagi sahabat-sahabat di fb,whatapps

sedekah subuh ini telah lama kami (penulis dan group laksanakan) hampir 10 tahun lamanya, cuma baru-baru ini sahaja saya berani berkongsi dengan sahabat kerana sebaiknya amalan disembunyikan. Namun kerana ingin menjadikan perkara ini amal jariah kami, maka saya mewar-warkan di sini.

saya terbaca satu hadis hampir 10 tahun lalu tentang, malaikat keluar bersama mentari pagi dan mendoakan mereka yang bersedekah dengan limpahan rezeki dan mendoakan orang yang tidak bersedekah dengan ancaman kemusnahan harta benda dan laknat. Sangat menakutkan ketika saya membaca tulisan tersebut terus saya memulakan sedekah subuh keesokkannya.

oleh kerana zaman yang menuntut segala-galanya hendak pantas, maka sukar bagi kita yang bekerja hendak mencari fakir miskin atau anak yatim pada subuh-subuh hari sebagaimana Zainal Abidin (Sydina Ali) melaksanakannya di Madinah.

oleh itu, setiap pagi saya memasukkan wang ke dalam sebuah bekas kuih sebaik sahaja sudah solat subuh, dan apabila sampai masa 30 hari atau 40 hari saya akan serahkan kepada kakak saya untuk memasak sarapan pagi untuk diberi kepada anak yatim dan fakir miskin setiap hari. kami memberi makan hampir 30-40 orang fakir miskin sarapan pagi setiap hari sejak 10 tahun yang lalu dan kami telah menemui pelbagai PERISTIWA AJAIB yang tidak mampu saya ceritakan di sini.

sejak 4-5 bulan yang lalu saya telah mula menyebarkan amalan ini, dan pada hari Rabu lepas semasa saya di Kuching saya telah memberitahu rakan-rakan ketika makan malam, dan salah seorang dari mereka "pick up" apa yang saya katakan.
pada hari Jumaat, dia sibuk mencari saya di pejabat, kerana ingin mengucapkan terima kasih, kerana baru sahaja sekali dia melakukan sedekah subuh ini dia sudah dianugerahkan rezeki, iaitu menantunya mendapat pekerjaan.

tadi dia bercerita lagi, claim kerja luarnya sudah diperoleh sedangkan pada kebiasaanya claim akan mengambil masa satu tahun baru dibayar.

seorang lagi sahabat menyatakan, "apa yang aku tidak mintak pun dapat, sampai perkara yang aku fikir tak logik pun aku dapat" itulah kata-katanya...

seorang sahabat lain, mempunyai anak istimewa, dan anaknya kini sudah boleh bercakap....memanggil namanya IBU...setelah 5 tahun tidak mampu berkata-kata.

seorang sahabat lagi berkata, dia berasa sangat tenang, walaupun ada banyak masalah, tuntutan kerja dan sebagainya...tenang setenang-tenangnya. Ini adalah kali ke-10 dia memberikan sedekah selama hampir setahun.

CARANYA?...mudah sekali

pilihlah WAKTU yang paling AFDHAL....iaitu SELEPAS SUBUH DAN SEBELUM SYURUK..dan masukkanlah tak kira berapa sen/rm ke dalam tabung sedekah subuh itu, semasa hendak memasukkan wang itu berniatlah apa sahaja niat yang baik-baik untuk anda dan keluarga....dan masukkan ke dalam tabung itu sehingga genap sebulan, agihkanlah kepada mana-mana orang/badan yang memerlukan dan teruskan amalan itu seperti biasa. Bagi kumpulan saya, kami menyediakan sarapan pagi untuk anak yatim dan fakir miskin.

setiap ahli dalam rumah perlu mempunyai tabung sedekah subuh mereka sendiri, walaupun anak itu berusia 6 bulan...

seperkara lagi sekiranya kita out station,tetapi diteruskan dengan memasukkan duit sedekah subuh itu ke dalam wallet kecil atau sampul surat duit raya setiap subuh, selepas balik dari out station pindahkan duit dalam sampul duit raya tadi ke dalam tabung sedekah subuh kita...

Credit to : kak Sharifah Fazilah....

----

Amacam? Menarik kan kisah akak ni. Terima kasih kak Sharifah Fazilah atas perkongsian. Semoga Allah sentiasa merahmati akak sekeluarga.


baca lagi

Sunday, November 9, 2014

Ada pengalaman kena ulser mulut?

Assalamualaikum. Sape pernah kena ulser mulut? Sure pedih kan. Saya kurang pengalaman kena ulser mulut ni, ada la sekali dua, jadi tahula juga betapa azabnya penyakit ni. Hehe.

Selain ulser mulut ada juga yang panggil mata ikan, telaga buruk (gerun kalau dibayangkan) dan beberapa nama lagi ikut tempat. Kalau kat kedah saya selalu dengar orang panggil telaga buruk kalau jadi ulsee mulut ni.

Apa simptom-simptomnya..?

Selalunya akan timbul tompokan putih dalam mulut. Ulser mulut ni kalau disentuh sakit ya amat.. Nak makan pun susah, nak cakap pun susah.. Rasa macam gosok gigi pun malas kan? Hehe.


Apakah puncanya?

Antara punca ulser mulut adalah:
+ Tergigit.. Khusyuk sangat makan sampai tergigit mulut/bibir/lidah sendiri :)
+ Imunisasi yang rendah. Kalau kerap sangat kena, mungkin anda kurang ketahanan badan
+ Kurang zat besi, asid folik dan Vitamin B12.
+ Jangkitan kuman / bakteria
+ Alahan
+ Kurang air

Ini antara punca yang umum dan selalu terjadi la.

Cara rawatan?

+ Letak bonjela
+ Letak garam halus (ada berani ka?)
+ Letak asam jawa/asam keping.

Tapi... Kalau selalu sangat terjadi dan dalam kuantiti yang banyak pula tu.. Larat ke asyik nak rawat, rawat dan rawat. Kenapa kita tak ambil langkah pencegahan?

Semalam ada terima whatsapp dari seorang customer tentang vitamin shaklee yang boleh membantu orang yang kena ulser mulut. Beliau juga ada beritahu, ibunya selalu sangat kena ulser mulut dan banyak pula sekali kena.

Selepas mengenalpasti masalah ibu beliau, saya cadangkan beliau ambil Vitamin C dan B complex. Disebabkan selalu terjadi kemungkinan besar ada masalah dengan sistem imunisasi dan kekurangan nutrisi seperti asid folik, zat besi dan Vitamin B12. Selain ambil vitamin, disarankan juga pesakit ulser mulut mengamalkan minum air kosong yang mencukupi.


Saya doakan semoga ibu kepada customer saya ni cepat sembuh dan tidak lagi menderita sakit ulser mulut ni.

Ada tak yang memgalami masalah sama?

Boleh hubungi saya:

Whatsapp : 013-3353751
FB: Syakirah Kapli

baca lagi

Saturday, November 8, 2014

Happy Birthday MRA!!

Alhamdulillah hari ni genaplah umur pengarang jantung saya Muhammad Rayyan Aziz yang ke tiga tahun. Sekejap sangat masa berlalu.

Teringat 3 tahun lepas, siangnya seronok betul makan lemang ketupat semua. Kebetulan raya haji time tu. Makan puas² la, pastu tersedar ada sedikit bleeding. Ramai cakap.. "Tak lama dah tuu" Huhu... Gementar juga la masa tu.

Malamnya makin banyak bleeding. Esok pagi, pegi hospital dah buka 1 cm, terus decide nak stay kat wad sebab jarak rumah ke hospital agak jauh. Anak first pulak tu, takde pengalaman. Hehe..

Malamnya sakit sekejap-sekejap.. Tapi takut nak bagitahu nurse sampai la tak tertahan lagi, baru berjalan pegi kat nurse! Tengok2 dah buka 6 cm, semua kelam kabut. Hahaha..

Alhamdulillah MRA selamat dilahirkan jam 5.08 am si Hospital Kulim. Syukur pada Allah atas nikmat melahirkan seorang baby comel dan sihat. Cuma esoknya dikesan ada jaundis. Umminya pulak agak kekurangan ilmu dan persediaan, so ada masalah dalam menjayakan penyusuan susu ibu time tu. Huhu.. Agak kecewa bila hari ke-3 baru susu betul² keluar.

Comel tak MRA..?
Itu saja serba sedikit kisah kelahiran MRA yang hinggap difikiran. Hehe.. Hari ini.... MRA dah tiga tahun.. Bijak berkata-kata, cergas, cerdas, sihat, comel, kadang² nakal sampai ummi dia jadi harimau jadian.. Haha.. Nauzubillah..

Beliau budak paling kalut bila ummi packing barang customer

Sempena MRA dah tiga tahun ni ummi berazam untuk menjadi ummi yang lebih sabar. Betul.. Kadang² Allah uji.. (Baca entry saya semalam)... Begitulah contohnya.. Huhu..

Kadang² bila saya termarah, Muhammad akan cakap..
"Apa ummi ni, cakap la elok-elok..."

Huhu... Cepat² istighfar.. Semoga saya diberi kekuatan untuk jadi ummi yang lebih baik.


Dari segi kesihatan pulak, alhamdulillah Muhammad ni kira kategori yang jarang jatuh sakit. Walau bagaimanapun saya agak risau juga, sebab dia kurang makan nasi, lebih suka minum susu. Huhu. Pening juga fikir makanan yang macam mana yang dia suka.

Kadang-kadang bukan main berselera, kadang-kadang langsung taknak makan. Kalau nasi yang kelihatan menarik seperti nasi goreng (selalunya nasi kedai), nasi ayam dia makan agak banyak jugak. Nasi putih berlauk jarang la nak habiskan.

Risau kalau-kalau dia tak mendapat nutrien yang sepatutnya. Sebab tu saya konsisten bagi makanan tambahan pada Muhammad setiap hari, terutamanya Meal Shakes yang bertindak sebagai multivitamin. Dalam masa yang sama saya masih berusaha mencari makanan yang digemari Muhammad.

Untuk ketahanan badan Muhammad saya berikan vitamin C dan Omega Guard. Sebiji je sehari. Omega Guard juga baik untuk kesihatan minda Muhammad. Setakat ni memang nampak dia cepat belajar dan cepat ingat apa yang kita ajar. Dan dia juga banyak belajar dari rancangan kartun kegemaran Upin & Ipin. Ada perkataan yang kita tak pernah ajar, pandai pulak dia sebut dan gunakan pada masa yang sesuai.

workstation ummi pun kadang-kadang jadi tempat dia lepak
tengok upin ipin..
Akhir kata.. (Dah macam ucapan pulak).. Saya mendoakan agar Muhammad Rayyan Aziz menjadi anak yang soleh, taat pada perintah Allah, cintakan Rasululullah SAW, hormati kedua ibu bapa dan menjadi pemimpin yang hebat..

Tolong aminkan doa saya ya kawan²...
baca lagi
 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard