Tip Magnet Rezeki: Sakit Jantung Pembunuh Utama

Tuesday, May 20, 2014

Sakit Jantung Pembunuh Utama


Umum mengetahui penyakit jantung menjadi pembunuh utama negara. Saban tahun statistik penghidap jantung meningkat berikutan kurangnya penjagaan kesihatan seperti tidak mengamalkan senaman dan pengambilan makanan tidak sihat.
Statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan, penyakit jantung penyebab kematian nombor satu di Malaysia yang merangkumi 16.5 peratus kematian di hospital sepanjang 2008.
Malah, anggaran penyakit jantung koronari di negara ini adalah 40,000 kes baru setiap tahun bagi 28 juta penduduk dan kematian akibat penyakit ini dikatakan 2.5 kali ganda lebih tinggi berbanding kanser dalam kalangan wanita.
Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr Haizal Haron Kamar berkata, golongan wanita tidak terkecuali mendapat penyakit jantung, tetapi hanya lambat berbanding lelaki.
"Risiko wanita mendapat sakit jantung lebih rendah berbanding lelaki. Ini disebabkan wanita dilindungi estrogen tinggi ketika masih subur berupaya mengelakkan mereka diserang penyakit itu.
"Risiko serangan jantung sebenarnya sama, baik bagi lelaki dan wanita. Bagaimanapun, faktor paling tinggi menyumbang kepada penyakit jantung ialah diabetes mellitus (gangguan metabolisme karbohidrat apabila gula dalam tubuh tidak dioksidasikan untuk menghasilkan tenaga kerana kekurangan hormon pankreas insulin yang menjadi 'ibu' kepada penyakit kardiovaskular," katanya ketika ditemui di pusat perubatan itu, baru-baru ini.
Dianggarkan, pada 2030, seramai 23 juta penduduk mati akibat penyakit ini. Selain itu golongan kanak-kanak tidak terkecuali mendapat penyakit ini sejak masih dalam kandungan hingga lahir.
Menurutnya, antara punca seseorang mudah mendapat serangan jantung ialah merokok, kurang melakukan aktiviti fizikal serta mengamalkan diet tidak sihat seperti mengamalkan pemakanan tidak seimbang.
"Serangan penyakit jantung antara lelaki dan wanita berbeza. Ada yang kebas tangan kiri hingga bahagian tengkuk, manakala sebahagian pula pada bahagian tengah dada.
"Fakta serta salah tanggapan menjadi punca sakit jantung kekal di kedudukan nombor satu sebagai penyakit yang meragut nyawa wanita Malaysia.
"Bukan setahun dua, sebaliknya sejak 10 tahun lalu kebanyakan mangsa tidak mendapat rawatan pantas dan tepat, selain tidak tahu punca utama serangan penyakit itu," katanya.
Info
Kaedah kawal kolesterol
  • HDL (kolesterol baik)
  • LDL (kolesterol jahat)
  • Bagi kesihatan jantung yang baik, tinggikan HDL dan rendahkan pengambilan LDL. Lebih banyak bersenam, lebih tinggi HDL seseorang
Kaedah kawal penyakit jantung
  • Ambil makanan berserat seperti gandum dan bijirin
  • Banyakan makan ikan atau minyak ikan
  • Amalkan kaedah masakan seperti kukus dan bukan goreng
  • Elak santan (santan adalah minyak paling teruk untuk kesihatan)
  • Elak kerap mengambil daging merah
  • Elak pengambilan telur secara kerap, terutama telur burung
  • Elak makanan segera
Tanda serangan
  • Sakit dada
  • Sesak nafas
  • Pening kepala
  • Jantung berdebar
Punca
  • Usia - Risiko tinggi selepas menopaus.
  • Kolesterol berlebihan.
  • Tekanan darah tinggi.
  • Merokok.
  • Gaya hidup di bawah tekanan tinggi.
  • Lemak berlebihan. Ukuran lilit pinggang melebihi 80 sentimeter meningkatkan risiko sakit jantung.
  • Kurang bersenam.
  • Kencing manis atau diabetes.
  • Sejarah keluarga.
Faktor
  1. Asap rokok
    • Mempercepatkan pembekuan darah.
    • Menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah.
    • Mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.
    • Tekanan.
    • Degup jantung dan tekanan darah akan meningkat jika seseorang itu mengalami tekanan perasaan.
  2. Kandungan lemak tinggi
    • Lebih tinggi kandungan lemak, lebih berbahaya. Makanan yang tinggi lemak termasuk mentega, minyak sapi dan daging.
  3. Kurang bersenam
    • Senaman penting untuk menguatkan jantung. Ia juga mampu memperbaiki pengaliran darah ke jantung.
  4. Darah Tinggi
    • Darah tinggi menggalakkan berlakunya penyempitan saluran darah. Jantung 'terpaksa' mengepam lebih kuat untuk menyalurkan darah melalui saluran yang sempit. Lebih tinggi tekanan darah, lebih besar peluang diserang sakit jantung.
  5. Kencing manis
    • Pesakit kencing manis lebih tinggi peluang untuk mendapat serangan jantung.
Faktor lain yang meningkatkan kemungkinan menghadapi penyakit jantung koronari
  • Keturunan menghidap penyakit jantung.
  • Berusia 35 tahun ke atas dan berat badan berlebihan.
  • Merokok.
  • Gagal kawal tekanan darah.
  • Hidap penyakit kencing manis.
  • Tekanan.
  • Kurang bersenam.

Butir-butir

Terbitan: Metro Ahad
Tarikh: 1 Disember 2013
Seksyen: Sihat
Muka Surat: Ekspresi
Byline/ Penulis: Hidayatul Akmal Ahmad


Jika anda beminat mendapatkan suplemen untuk kesihatan jantung boleh hubungi saya.

Sms/whatsapp 013 3353751


No comments:

Post a Comment

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard