Tip Magnet Rezeki: Tips & Tricks: Buat watermark guna Pics Art

Friday, May 23, 2014

Tips & Tricks: Buat watermark guna Pics Art

Assalamualaikum wbt

Hari ni kita belajar cara buat watermark kat gambar. Watermark ni macam2 la fungsinya.. Antaranya untuk menjaga keaslian gambar dan penjenamaan diri. Macam saya lebih kepada penjenamaan FB Page saya "Jom Sihat & Cantik Semulajadi".

Camni ha..


Ok. Camna nak buat ni? Disebabkan saya menguruskan 90% bisnes secara online melalui HP, memang semua kerja pun saya akan buat guna HP ja termasuk watermark dan gambar-gambar yang saya gunakan untuk pengiklanan. Ok, saya terangkan step-by-step ok!

1. Pastikan anda dah install aplikasi “PicsArt”. (Boleh search kat playstore)

2. Open PicsArt, klik Colage  -  Bacground. Kemudian pilih backround yang anda nak gunakan. Kalau tak nak background, klik “choose background colour” dan just pilih background putih.

3. Ok, saya pilih background ni. Kalau ada pop out suruh pilih gambar, just klik “back”.


4. Buat satu box warna putih atas background tadi. Disebabkan saya tak jumpa cara nak buat box, saya gunakan “text” dan pilih “-“. Lepas tu drag untuk besarkan “-“ tadi. Kan dan jadi satu kotak besar. Kotak ni saya akan adjust pada opacity supaya background saya kelihatan samar2. Kalau tak samar2 tu nanti tenggelam pulak tulisan kat atas tu nanti.


 5. Saya set kan opacity tu ikut citarasa sendiri, sekali lagi klik “text” dan masukkan la apa2 yang anda nak tulis kat watermark tu. Saya tulis nama page dan no HP.

Part ni tricky sikit, kalau tiba2 tulisan anda terkebelakang, klik & alihkan kotak putih, klik tulisan alihkan keluar dari kotak, letak semula kotak pd tempatnya, drag semula tulisan ke atas kotak. ( eh, paham ke idak?..haha).. Tipsnya, mana2 elemen yg terkini kita klik akan duduk depan sekali..


6. Ok sekarang dah ada nama page & no HP.. Klik pada “tools” pilih crop berbintang tu. Haa..pastu pilih la bentuk2 watermark yang anda suka. Pilih..pilih..pilih… Pastu drag la bentuk tadi supaya ngam-ngam sui dengan tulisan kita tadi.


7. Anda boleh buat border ikut warna dan tebal kesukaan anda. Dah siap tu klik “right” kat atas tu. Tadaa…dah siap crop dah. Pastu jangan lupa save. By default akan keluar format “JPEG” sila tukar ke format “PNG”




TANG MANA DAN BAGAIMANA NAK GUNA WATERMARK NI?? (tetiba huruf besar)

Open PicsArt, klik “Photo”. Disebabkan saya nak buat iklan COQ & Omega Guard, saya pilih gambar depa la kan.. Pastu klik “add photo” dan cari balik watermark yang kita buat nun di atas tadi.

Haa..pastu adjust2 la, letak kat tempat sesuai dan boleh edjust juga opacity mengikut tahap kesamaran yang anda suka.



Ok dah siap. Senang kan, tak perlu la setiap kali nak iklan nak buat watermark, nak tulis pulak satu2 nama page, no HP bla2… Dan rasanya bila ada watermark sendiri ni, iklan kita nampak lebih gah, professional dan gojes. Haha.. yeke..

p/s: Boleh jugak nak masukkan apa2 pic kat watermark tu, letak muka sendiri ker..

P/s/s: Semoga membantu rakan2 semua! Kalau tak faham boleh tanya k..




No comments:

Post a Comment

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard