Tip Magnet Rezeki: June 2014

Saturday, June 14, 2014

Kenapa suplemen tidak berkesan?

Assalamualaikum..
Ada tak rakan2 yang ambil supplemen tapi rasa macam tak berkesan jer. Rasa macam rugii je beli suplemen, tapi tak berkesan kan?? 
Sebenarnya ada beberapa faktor yg menyebabkan suplemen tidak berkesan pada badan kita. Bukanlah salah suplemen tu sebenarnya, tapi cara pengambilan suplemen itu sendiri. Sebab tu la penting kita dapatkan info2 secukupnya dari pengedar suplemen tersebut. Kalau anda ambil supplemen shaklee, dapatkan nasihat dari pengedar shaklee berdaftar k..
Berikut adalah antara faktor yang menyebabkan suplemen tidak berkesan:
1. Tak suka minum air putih
Anda tidak suka mengamalkan minum air putih sekurang-kurangnya 3 Liter sehari. Tabiat ini adalah kerana, anda lebih sukakan minuman yang berwarna dan berperisa.
Tahukah anda ? - Air manis boleh meningkatkan kepekatan darah dan ia boleh menyebabkan kegemukan
Saranan - Pengambilan air putih yang mencukupi setiap hari bagi membantu penyerapan vitamin dengan lebih baik. Minum air putih yang di masak, sekurang-kurangnya 3L sehari.
2. Makan Vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa 

Jika anda seorang yang gemar mengambil vitamin dengan kuantiti yang banyak sekaligus, hanya disebabkan anda risau anda akan terlupa untuk mengambilnya pada masa lain, sebaik-baiknya anda berhentikan tabiat sebegini. Kebanyakkan orang, sangat suka mengambil dengan kuantiti yang banyak sebelum tidur.
Tahukah anda? – Pengambilan vitamin dengan banyak sekaligus boleh meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa tertentu, lebih-lebih lagi pengambilan sebelum tidur. Sedangkan pada masa ini, anda kurang mengambil air bagi membantu penyerapan khasiat vitamin yang telah anda ambil.
Saranan – Sebaik-baiknya, bila anda membeli vitamin, anda dapatkan jadual pengambilan vitamin yang sesuai untuk anda melalui Perunding Kesihatan Vitamin anda atau farmasi tempat anda membeli vitamin tersebut. Bincangkan waktu yang boleh dan sesuai untuk anda. Ini adalah untuk mengelakkan daripada buah pinggang anda terbeban kerana tabiat anda mengambil vitamin yang banyak sekaligus pada masa yang tertentu sahaja.
3. Elakkan pengambilan vitamin (supplemen) bersama ubat/jamu

Sekiranya anda sedang berada dalam pemantauan doktor, dan anda telah bercadang untuk mengambil vitamin pada masa yang sama, elakkan daripada mengambil kedua-duanya secara serentak.
Tahukah anda? – Pengambilan ubat dan vitamin secara serentak, boleh menimbulkan kecelaruan dalam tubuh anda dan ia boleh menyebabkan gangguan pada penyerapan yang baik untuk kedua-duanya.
Saranan - Cuba sediakan jadual pengambilan ubat dan vitamin yang anda ambil bagi mengelakkan pengambilan serentak berlaku. Jika anda mengambil ubat yang doktor sebelah pagi, anda boleh mengambil vitamin pada sebelah malam. Namun, jika anda perlu mengambil kedua-duanya secara berturutan, jadi, anda boleh amalkan vitamin selepas 2-3 jam selepas anda mengambil ubat yang disarankan oleh doktor anda.
4. Pengambilan Kafein dalam diet harian

Bagi yang sangat mengemari minuman berkafein dalam diet harian sebagai pemberi tenaga semasa bertugas, adalah sangat sukar untuk berhenti dari mengambilnya. Malahan, ada yang mengambilnya dengan kuantiti yang banyak bagi mengelakkan rasa mengantuk semasa bertugas waktu malam.
Tahukah anda? - Pengambilan minuman berkafein boleh mengganggu penyerapan nutrisi vitamin yang anda ambil. Bila anda mengambilnya dengan kuantiti yang tinggi secara berterusan, ia boleh menyebabkan berlakunya pembaziran pada khasiat vitamin yang di ambil. Malahan, kesan yang anda impikan, tidak akan dapat diperolehi, di sebabkan minuman berkafein ini. Malahan, pengambilan vitamin dengan minuman berkafein dan bukannya air putih, boleh menyebabkan kerosakan vitamin yang anda ambil.
Saranan – Jika anda gemar mengambil kopi atau teh 3 cawan sehari, kurangkan secawan sehari. Jadikan ia sebagai amalan, sehingga anda boleh berhenti mengambilnya dan melupakan minuman kegemaran anda ini. Pengambilan Vitamin tanpa minuman kegemaran anda ini, akan membuatkan anda lebih bertenaga dan ceria sepanjang hari.
5. Pengambilan vitamin tanpa ilmu yang betul
Pengambilan vitamin adalah penting untuk tubuh kita. Namun, jika anda mengambilnya tanpa ilmu, seperti mengambilnya serentak, sedangkan ia tak boleh serentak, adalah sangat merugikan.

Sumber: sumairaceria.blogspot.com

Anda ingin dapatkan produk-produk Shaklee sebagai makanan tambahan anda?
Boleh hubungi saya:

Facebook : Syakirah Kapli
SMS/WhatsApp: 013-3353751

FREE CONSULATION
Tips & Cara Pemakanan Suplemen Yang Betul
baca lagi

Friday, June 13, 2014

Adakah Vitamin & Zat Galian Tambahan Satu Keperluan?

Assalamualaikum..

Harini ramai juga yg menafikan kepentingan suplemen dalam diri mereka & keluarga. Yelah... Rasa sihattt je kan.. Takda sakit2 pun.. Walaupun tiada pnyakit2 kronik, mereka selalu mengalami masalah stress, murung, keletihan melampau, sakit kepala, berat badan berlebihan dan lain2 lagi. Masalah2 sebegini tidak mustahil akan berlarutan dan menyebabkan penyakit yang lebih serius. Contohnya masalah berat badan akan membawa kepada masalah diabetes, jantung, sendi dan lain2 penyakit kronik..

Jadi siapa yang rasa tak perlukan vitamin/suplemen... FIKIRKAN SEMULA! Jom baca kupasan Dr. Rizin Kusop kenapa badan kita perlukan vitamin/suplemen. Saya petik artikel Dr. Rizin yang bertajuk..


Adakah Vitamin & Zat Galian Tambahan Satu Keperluan?

Jawapan bagi persoalan ini adalah YA. Namun, sekiranya anda hidup setengah juta tahun dahulu, jawapannya adalah TIDAK.

Beri saya peluang untuk memberi penjelasan.
Vitamin dan zat galian sangat penting dalam mengekalkan fungsi asas pelbagai tindakbalas biologi badan. Fungsi badan ini menentukan tahap kesihatan setiap individu.

Nenek moyang kita yang hidup beribu atau beratus tahun dahulu hidup sebagai pemburu dan pengumpul makanan. Ini bermaksud makanan yang mereka makan didapati secara semulajadi daripada haiwan liar dan tumbuh-tumbuhan. Makanan ini dimakan hampir serta merta dan mentah. Mereka tidak menternak atau bertani. Mereka tidak memerlukan vitamin atau zat galian tambahan.

Sebaliknya, makanan anda datang dari pasar raya. Makanan ini telah diproses. Kemungkinan besar, ia telah dituai berminggu-minggu atau berbulan-bulan lepas. Ia ditanam dalam kawasan tanah yang sama setiap tahun. Ia disembur dengan racun perosak dan bahan kimia yang berlainan. Ternakan juga telah diberi makan antibiotik, hormon tumbesaran dan makanan yang tidak sihat serta membesar dalam sangkar yang sempit dan kondisi di mana memungkinkan ternakan senang mendapat penyakit. Tambahan lagi, makanan itu barangkali tiba di atas pinggan setelah terlebih masak dan diolah menjadi pelbagai bentuk yang tidak menyerupai keadaan asalnya.

Sekiranya makanan sebegini yang anda makan, kemungkinan makanan tersebut mengandungi kandungan vitamin dan zat galian yang cukup adalah amat tipis. Zat galian berpunca dari tanah. Sekiranya tanaman ditanam pada kawasan tanah yang sama setiap tahun, kehilangan zat galian akan berlaku. Baja kimia hanya mampu menyediakan nitrogen, fosforus dan kalium. Bagaimana pula dengan boron, selenium, kromium, magnesium dan sebagainya? Vitamin C sekali pun tetap memerlukan sekurang-kurangnya zat galian fosforus yang disintesis oleh tumbuhan.

Tambahan lagi, sebanyak 70-90 peratus vitamin ini hilang atau dinyahaktifkan ketika pemprosesan, pembungkusan, penyimpanan dan pengangkutan makanan. Vitamin C yang terdapat di dalam sebiji buah oren dari kebun organik (kebanyakan oren tidak berasal dari kebun organik) di Cina sewaktu pemetikan adalah 70-100 mg. Apabila oren yang sama tiba ke tangan anda, kandungan Vitamin C yang berbaki adalah hanya 20 mg. Aras ini tidak cukup untuk meneutralkan pengawet toksik dan sisa racun perosak pada kulit oren yang anda makan apatah lagi memberi vitamin tambahan untuk badan anda.

Anda memerlukan vitamin atau zat galian tambahan bukan kerana anda tidak mendapat khasiat tersebut daripada makanan anda; tetapi kerana makanan anda tidak dapat khasiat daripada tanah (atau khasiat itu telah hilang sebelum makanan tersebut tiba ke pinggan anda). Tambahan pula, kemungkinan besar anda tidak memakan variasi makanan secukupnya untuk meningkatkan peluang untuk mendapat vitamin dan zat galian. Dalam tempoh seminggu lepas, berkemungkinan besar anda hanya memakan beras diproses, bijiran diproses, gula diproses, garam diproses, kobis, ayam, daging yang datang dari ladang. Anda tidak mungkin menemui vitamin atau zat galian dalam kuantiti yang mencukupi di dalam makanan tersebut walaupun anda mencari dengan terperinci sekalipun.

Maka, jika anda beranggapan bahawa anda mampu mendapat semua vitamin dan zat galian yang anda perlukan hanya daripada makanan moden, anda sudah pasti tersilap!

Dr. Rizin Kusop adalah seorang doktor am yang bekerja di Sabah. Beliau mempunyai kepakaran dalm bidang anti-penuaan dan estetika. Kenali beliau di laman The Team. Artikel ini telah diterjemah oleh Dr Hidayatul Radziah Ismawi daripada artikel asal Do we need vitamin and mineral supplements? 
Rujukan: 
  • Vitamins, minerals, and mood. Kaplan, Bonnie J.; Crawford, Susan G.; Field, Catherine J.; Simpson, J. Steven A. Psychological Bulletin, Vol 133(5), Sep 2007, 747-760.

Artikel asal disini:

Adakah Vitamin dan Zat Galian Tambahan Satu Keperluan? – Dr. Rizin Kusop

baca lagi

Tuesday, June 10, 2014

Khasiat Bawang Putih - Garlic Complex

Khasiat bawang putih

1. Mengurangkan Risiko Angin Ahmar 

-Bawang putih mampu penghasilan oksida nitrik pada dinding saluran darah yang membantu untuk mengembang dan mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan angin ahmar.

2. Mengurangkan Risiko Kanser 

-Kaya dengan anti oksidan seperti selenium, bawang putih mampu membantu mengurangkan radikal dalam darah, sekaligus mengurangkan risiko seseorang menghidap kanser.

3. Bertindak sebagai Anti-bakteria dan Antivirus 

-Sejenis bahan iaitu allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrobakteria. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

4. Mengandungi Iodin 

- Bawang putih mempunyai kandungan iodin yang tinggi yang baik untuk pesakit hypertiroid.

5. Meningkatkan Sistem Imunisasi 

-Kajian mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak dua hingga tiga ulas sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

6. Melindungi Tanaman 

-Pernahkah anda terjumpa dengan hama tanaman yang berwarna putih dan adakalanya berwarna hitam, hama ini sangat tidak suka pada bawang putih. Tumbuk bawang putih hingga hancur dan bancurkan dengan minyak mineral, air, dan sabun cair. Siram pada tanaman anda

7. Membantu Sistem Pencernaan 

-Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

8. Mengurangkan Kolesterol Dalam Tubuh 

-Kandungan Disulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.

9. Mengurangkan Angin Dalam Tubuh/ Perut

-Sekiranya anda mengalami kembung perut secara tiba-tiba atau di tengah malam akibat daripada tersalah makan atau perut masuk angin, anda boleh mencuba mengubati dengan mengambil dua ulas bawang putih dan bakar. Setelah itu buang kulitnya dan makanlah bawang putih tersebut.

10. Menyuburkan Rambut

-Bawang putih juga boleh mengatasi masalah rambut gugur. Bawang putih mengandungi bahan allicin yang tinggi merah, yang dipercayai efektif untuk mengatasi masalah rambut gugur. Gosokkan bawang putih yang telah dibuang kulit dan dipotong pada kulit kepala boleh juga ditambahkan dengan minyak kelapa untuk kesan yang maksimum.

11.Membersihkan Jerawat 

-Bawang putih merupakan remedi semulajdi untuk menyingkirkan kuman jerawat kerana ianya mengandung antioksidan yang dapat membunuh bakteri. Gosokkan bawang putih yang telah dibuang kulit dan dibelah pada jerawat di wajah perlahan-lahan dan biarkan sehingga kering. Kemudian basuh wajah.

Selamat Mencuba

Sumber artikel: FB Bernama Radio 24

----
Saya pun baru ja tau khasiat² bawang putih yang banyak ni. Tapi dengan baunya tu memang tak mampu la nak telan. Nasib baik ada garlic complex shaklee. Saya masih boleh dapat khasiat garlic dgn mengambil tablet garlic complex ni 2 biji sehari. Alhamdulillah rasa gatal² pada kulit dah berkurang dah..




Anda ingin dapatkan Garlic Complex dan produk-produk Shaklee yang lain?

Boleh hubungi saya:

Facebook : Syakirah Kapli
SMS/WhatsApp: 013-3353751

FREE CONSULTATION
Tips & Cara Pemakanan Suplemen Yang Betul

baca lagi

Monday, June 9, 2014

Kajian Klinikal: Soya Kurangkan Risiko Kanser

Harini masih nak cerita pasal soya. Hehe.. Inila akibatnya bila terbaca sesuatu berita yg tak pasti, saya akan kaji dan terus mengkaji sampai dapat jawapan sebenar yang ada bukti.




Sebelum ni saya ada tulis mengenai soya penyebab kanser payudara? Artikel tu berdasarkan info di blog Dr. Zubaidi. Kali ni jom kita tengok pula apa hasil kajian klinikal yang dijalankan oleh pensyarah di Jabatan Pembedahan, Universiti Kyoto, Jepun, Dr. Masakazu Toi bersama seorang pensyarah dari Jabatan Biostatistik di universiti sama, Dr. Yasuo Ohashi.

-----
APABILA menyebut 'kanser', pesakit pasti hanya terbayang kematian terutama di kalangan mereka yang disahkan sudah ke tahap lanjutan rawatan seperti kemoterapi atau radioterapi.

Lebih-lebih lagi, penyakit itu membawa perubahan besar gaya hidup pesakit dan juga memberikan kesan lain termasuk perubahan penampilan, emosi yang tidak menentu dan bebanan kewangan.

Kini, dengan ledakan teknologi moden dan pengesan awal terhadap pembunuh nombor satu wanita itu mampu mengurangkan risiko berlakunya kanser.

Malah bukan lagi rahsia, melalui pemakanan yang berasaskan soya ia mampu mengurangkan risiko terjadinya kanser payu dara di kalangan wanita.
Perkara terbukti apabila satu kajian secara klinikal telah dilakukan oleh Yayasan Penyelidikan Kesihatan Awam Tokyo, di bawah Kumpulan Penyelidikan Bakteria Asid Laktik dan Kanser Payu Dara .

Penyelidikan dilakukan oleh pensyarah di Jabatan Pembedahan, Universiti Kyoto, Jepun, Dr. Masakazu Toi bersama seorang pensyarah dari Jabatan Biostatistik di universiti sama, Dr. Yasuo Ohashi. Mereka mendapati pengambilan soya dan juga pengambilan minuman yang mengandungi bakteria Strain Shirota iaitu minuman susu kultur, Yakult, secara tetap dan berterusan mampu mengurangkan risiko yang boleh membawa kepada kanser payu dara.

Malah, dalam kajian yang dilakukan oleh penyelidik ini mendapati wanita yang mengambil makanan berasaskan soya dan minuman susu kultur dilihat kurang berpotensi untuk di jangkiti dengan kanser payu dara.

Kajian itu mendapati pengambilan secara tetap setiap hari produk yang mengandungi bakteria Lactobacilus casei Shirota (LcS) semenjak usia remaja mampu mengurangkan risiko seseorang wanita itu terkena kanser payu dara.

''Ini terbukti kerana komponen di dalam makanan yang berasaskan soya dan LcS mempunyai fungsi yang boleh melindungi daripada kejadian kanser payu dara dan sekali gus mengatasi masalah kesihatan di kalangan mereka yang mengambilnya,'' ujar Dr. Toi semasa membentangkan kertas kerja di Simposium kanser payu dara di San Antonio, Amerika Syarikat Disember lalu.

Beliau berkata, kajian itu mengkaji hubungkait antara pengambilan minuman yang mengandungi LcS dan makanan yang berasaskan soya dengan penyebab kanser payu dara.
Bakteria yang dinamakan (LcS) itu dapat mengawal pertumbuhan bakteria perosak dalam usus dan sekali gus mengatasi masalah kesihatan di kalangan mereka yang mengambilnya.

Beliau menjelaskan, kesan perlindungan tersebut mungkin disebabkan oleh kesan bakteria Strain Shirota ke atas mikroflora usus yang telah membantu penghadaman isoflavon soya yang berkaitan rapat dengan pengurangan risiko kanser payu dara.

''Strain Shirota juga mampu meningkatkan sistem imunisasi semulajadi tubuh khususnya aktiviti NK yang boleh menjejaskan kesan perlindungan," katanya.

Tegasnya, dalam kajian itu seramai 355 pesakit berumur 40 hingga 55 tahun yang menjalani pembedahan kanser payu dara dari tempoh Oktober 2007 hingga Mac 2009 dan 710 orang yang sihat yang tinggal di kawasan yang sama dan berumur sebaya dijadikan objek dalam kajian tersebut.

''Mereka dikaji berdasarkan kepada diet dan gaya hidup sejak masih remaja lagi dan semasa dewasa.

''Hasilnya, didapati sebanyak 30 peratus risiko kanser payu dara dapat dikurangkan bagi mereka yang mengambil minuman yang mengandungi bakteria asid laktik iaitu susu berkultur Yakult sebanyak empat kali atau lebih seminggu, berbanding dengan mereka yang mengambil tiga kali atau kurang dalam seminggu," kata Dr. Toi.


Artikel Penuh

Utusan Melayu (M) Bhd 
baca lagi

Saturday, June 7, 2014

Soya Penyebab Kanser Payudara?

Assalamualaikum wbt..

Sehari dua ni saya banyak terbaca info yang menjadi viral di Fb mengenai bahaya soya. Antara yang digembar gemburkan adalah SOYA PENYEBAB KANSER! Tapi tidak dinyatakan pula sumber maklumat tersebut. Ini membuatkan saya tertanya2 dan risau, sebab saya pun tiap hari minum soya atau lebih tepat lagi Energizing Soy Protein (ESP). Walaupun sangat yakin ESP dihasilkan dari soya yang berkualiti, menggunakan Non-GMO SOY serta UJIAN2 KLINIKAL yang SHAKLEE jalankan, saya masih perlu mencari kebenaran itu. Bukan sahaja untuk diri saya, tetapi pelanggan2 saya yang sangat ‘tergila-gilakan’ ESP. Hehe..

Demi mencari sebuah kebenaran, saya mula tanya encik google la kot2 ada ‘testimoni’ penghidap kanser setelah mengambil ESP. Memandangkan ESP telah berada di pasaran dunia melebih 50 tahun dan di Malaysia sendiri lebih 20 tahun! Alhamdulillah setakat ni TIADA pesakit kanser yang tampil menyatakan beliau mendapat kanser akibat pengambilan ESP.

Kemudian saya terjumpa satu artikel dari blog Dr. Zubaidi bertajuk “Benarkan Soya Menyebabkan Kanser Payudara?”. Ok, saya petik terus kandungan artikel tersebut.



--------

Banyak pertanyaan tentang kesahihan khabar angin, sama ada kanser payudara disebabkan oleh meminum air kacang soya atau memakan produk makanan berasaskan soya seperti tauhu dan tempe? Jawapannya TIDAK.

Memang tidak dapat dinafikan air soya dan produk makanan berasaskan soya mempunyai phytoestrogens iaitu bahan biokimia semulajadi yang menyerupai hormone estrogen. Oleh kerana hormone estrogen boleh menyemarakkan lagi kanser payudara, maka persoalan seperti ini timbul.

Walaupun dalam ujikaji di makmal phytoestrogens boleh merangsangkan pertumbuhan sel-sel kanser payudara, tetapi dalam ujian klinikal, ramai saintis gagal membuktikandakwaan ini. Malah ada ujian klinikal yang  mendapati pengamalan produk makanan berasaskan soya boleh merendahkan kebarangkalian mendapat kanser payudara.

Mengikut peraturan klinikal, satu kajian yang sahih haruslah mendapat keputusan yang sama apabila diuji berkali-kali dengan kaedah yang sama. Jika ada kajian yang dapat membuktikan sesuatu penemuan, tetapi apabila diulang semula oleh saintis lain, ia tidak memberikan keputusan yang sama, maka kajian itu sangat diragui.

Satu laporan dalam The Journal of The American Medical Association pada tahun 2009, para saintis mengkaji semula data yang diperolehi dari seramai 5,042 orang wanita China yang dikaji dalam kajian Shanghai Breast Cancer Survival Study mendapati bahawa soya merendahkan risiko untuk mendapat semula kanser payudara yang telah dirawat. Oleh kerana kajian ini dilakukan di China, dan belum di negara-negara lain, maka penemuan ini masih belum disahkan lagi.
Artikel penuh boleh di baca disini..
-----

Setelah membaca artikel tersebut, lega rasanya. Tuduhan mengatakan soya penyebab kanser mempunyai asas yang sangat lemah dan GAGAL DIBUKTIKAN oleh ujian2 klinikal. Tapi saya sedih sebab info2 yang kurang berasas macam ni begitu mudah tersebar bebas dan ramai yang mempercayainya tanpa membuat pembacaan lanjut.

Alangkah ruginya bila ramai orang percayakan info tersebut sedangkan soya mempunyai banyak khasiat malah ia boleh merendahkan risiko terkena kanser! Allah ciptakan sesuatu pasti bersebab, pasti ada manfaatnya, cuma kena la amik dalam kadar yang betul. Sebab tu pentingnya mendapat info2 tentang cara pemakanan, pantang larang dsb apabila mengambil apa2 jenis suplemen pun.


Alhamdulillah kini saya boleh ambil ESP dengan senang hati, sebab ESP banyak memberi manfaat kepada saya sendiri (Boleh baca khasiat ESP disini). Saya sendiri rasa lebih bertenaga, kenyang lebih lama, jarang jatuh sakit, demam & selesema sejak mengamalkan ESP dan supplemen2 SHAKLEE yang lain. Alhamdulillah.



Anda ingin dapatkan ESP dan produk-produk Shaklee yang lain?

Boleh hubungi saya:

Facebook : Syakirah Kapli
SMS/WhatsApp: 013-3353751

FREE CONSULTATION
Tips & Cara Pemakanan Suplemen Yang Betul
baca lagi
 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard