Tip Magnet Rezeki: Soya Penyebab Kanser Payudara?

Saturday, June 7, 2014

Soya Penyebab Kanser Payudara?

Assalamualaikum wbt..

Sehari dua ni saya banyak terbaca info yang menjadi viral di Fb mengenai bahaya soya. Antara yang digembar gemburkan adalah SOYA PENYEBAB KANSER! Tapi tidak dinyatakan pula sumber maklumat tersebut. Ini membuatkan saya tertanya2 dan risau, sebab saya pun tiap hari minum soya atau lebih tepat lagi Energizing Soy Protein (ESP). Walaupun sangat yakin ESP dihasilkan dari soya yang berkualiti, menggunakan Non-GMO SOY serta UJIAN2 KLINIKAL yang SHAKLEE jalankan, saya masih perlu mencari kebenaran itu. Bukan sahaja untuk diri saya, tetapi pelanggan2 saya yang sangat ‘tergila-gilakan’ ESP. Hehe..

Demi mencari sebuah kebenaran, saya mula tanya encik google la kot2 ada ‘testimoni’ penghidap kanser setelah mengambil ESP. Memandangkan ESP telah berada di pasaran dunia melebih 50 tahun dan di Malaysia sendiri lebih 20 tahun! Alhamdulillah setakat ni TIADA pesakit kanser yang tampil menyatakan beliau mendapat kanser akibat pengambilan ESP.

Kemudian saya terjumpa satu artikel dari blog Dr. Zubaidi bertajuk “Benarkan Soya Menyebabkan Kanser Payudara?”. Ok, saya petik terus kandungan artikel tersebut.



--------

Banyak pertanyaan tentang kesahihan khabar angin, sama ada kanser payudara disebabkan oleh meminum air kacang soya atau memakan produk makanan berasaskan soya seperti tauhu dan tempe? Jawapannya TIDAK.

Memang tidak dapat dinafikan air soya dan produk makanan berasaskan soya mempunyai phytoestrogens iaitu bahan biokimia semulajadi yang menyerupai hormone estrogen. Oleh kerana hormone estrogen boleh menyemarakkan lagi kanser payudara, maka persoalan seperti ini timbul.

Walaupun dalam ujikaji di makmal phytoestrogens boleh merangsangkan pertumbuhan sel-sel kanser payudara, tetapi dalam ujian klinikal, ramai saintis gagal membuktikandakwaan ini. Malah ada ujian klinikal yang  mendapati pengamalan produk makanan berasaskan soya boleh merendahkan kebarangkalian mendapat kanser payudara.

Mengikut peraturan klinikal, satu kajian yang sahih haruslah mendapat keputusan yang sama apabila diuji berkali-kali dengan kaedah yang sama. Jika ada kajian yang dapat membuktikan sesuatu penemuan, tetapi apabila diulang semula oleh saintis lain, ia tidak memberikan keputusan yang sama, maka kajian itu sangat diragui.

Satu laporan dalam The Journal of The American Medical Association pada tahun 2009, para saintis mengkaji semula data yang diperolehi dari seramai 5,042 orang wanita China yang dikaji dalam kajian Shanghai Breast Cancer Survival Study mendapati bahawa soya merendahkan risiko untuk mendapat semula kanser payudara yang telah dirawat. Oleh kerana kajian ini dilakukan di China, dan belum di negara-negara lain, maka penemuan ini masih belum disahkan lagi.
Artikel penuh boleh di baca disini..
-----

Setelah membaca artikel tersebut, lega rasanya. Tuduhan mengatakan soya penyebab kanser mempunyai asas yang sangat lemah dan GAGAL DIBUKTIKAN oleh ujian2 klinikal. Tapi saya sedih sebab info2 yang kurang berasas macam ni begitu mudah tersebar bebas dan ramai yang mempercayainya tanpa membuat pembacaan lanjut.

Alangkah ruginya bila ramai orang percayakan info tersebut sedangkan soya mempunyai banyak khasiat malah ia boleh merendahkan risiko terkena kanser! Allah ciptakan sesuatu pasti bersebab, pasti ada manfaatnya, cuma kena la amik dalam kadar yang betul. Sebab tu pentingnya mendapat info2 tentang cara pemakanan, pantang larang dsb apabila mengambil apa2 jenis suplemen pun.


Alhamdulillah kini saya boleh ambil ESP dengan senang hati, sebab ESP banyak memberi manfaat kepada saya sendiri (Boleh baca khasiat ESP disini). Saya sendiri rasa lebih bertenaga, kenyang lebih lama, jarang jatuh sakit, demam & selesema sejak mengamalkan ESP dan supplemen2 SHAKLEE yang lain. Alhamdulillah.



Anda ingin dapatkan ESP dan produk-produk Shaklee yang lain?

Boleh hubungi saya:

Facebook : Syakirah Kapli
SMS/WhatsApp: 013-3353751

FREE CONSULTATION
Tips & Cara Pemakanan Suplemen Yang Betul

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard