Tip Magnet Rezeki: August 2014

Sunday, August 31, 2014

8 Kegunaan Herbal Blend Shaklee Yang Patut Anda Tahu


Kegunaan Herbal Blend Shaklee - jemput baca :)

Assalamualaikum semua..

Apa khabar? Moga sihat semuanya...

Semalam saya pergi ambil barang Shaklee kat Citylink. Tak sabar-sabar rasanya, sebab dalam tu ada herbal blend yang saya order secara online! Kan dah lama out of stock, so bila berjaya order tu kan rasa teruja lain macam. Haha..

Mesti ramai nak tahu kan apa kegunaan herbal blend ni. Apa yang bestnya sampai berebut-rebut orang nak beli. Keistimeawaan herbal blend semestinya sebab ia dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi. Ianya sesusi untuk semua peringkat umur termasuk baby. Yang best lagi herbal blend ni tiada kandungan PARABEN.

Jom baca 8 kegunaan herbal blend yang anda patut tahu:

1. Baik untuk merawat ekzema dan gatal-gatal
Siapa yang ada anak kecil, memang perlu ada herbal blend kat rumah. Saya juga guna herbal blend untuk sapu pada anak kalau terjadi gatal-gatal atau digigit serangga. Kalau sapu kat tangan tu tak la risau dia terrmasukkan jari dalam mulut ke apa, kan herbal blend dari bahan semulajadi. InsyaAllah tidak membahayakan anak anda.

2. Melembutkan tumit / rawat tumit pecah
Krim ni sememangnya sesuai untuk melembutkan kulit anda terutamanya bahagian tumit, siku dan lutut. Yang ada masalah tumit merekah pun boleh sapu. Banyak testimoni pengguna herbal blend sangat berpuas hati sebab tumit yang pecah dah sembuh dan kembali lembut.

3. Luka / kesan melecur
Sekiranya ada kesan-kesan luka atau melecur, anda boleh juga sapu herbal blend ni. InsyaAllah luka/kesan melecur akan cepat baik dan tidak meninggalkan parut. Kesan krim yang sedikit berangin ni pasti akan memberi rasa lega.

4. Luka pada puting bagi ibu menyusu
Ibu-ibu menyusu mesti ada pengalaman puting luka/ melecet kan. Selain sapu susu ibu pada puting, boleh juga cuba herbal blend ni. Gunakan tanpa was-was sebab semestinya herbal blend tidak mengandungi bahan kimia.

5. Hilangkan parut
Anda boleh juga sapukan herbal blend pada parut seperti parut demam campak dan jerawat. Amalkan secara konsisten, insyaAllah anda akan nampak parut semakin pudar dan hilang.

6. Ruam pada bayi
Dalam cuaca panas, kulit bayi kadangkala akan terjadi ruam. Selalunya kita akan sapu bedak sejuk dan sebagainya. Kalau tidak hilang anda boleh cuba herbal blend. Ia tidak akan meniggalkan kesan berminyak pada kulit bayi, sebaliknya akan lebih memberi kelegaan daripada rasa gatal dan tidak selesa.

7. Sebagai losyen
Selain kegunaan2 kat atas tu. saya guna herbal blend sebagai losyen harian. Saya dari dulu memang tak suka losyen, tapi dengan herbal blend ni lain pulak rasanya. Sebab ia tidak berminyak!

8. Untuk urut
Kalau rasa lenguh-lenguh atau sengal-sengal badan, elok la guna herbal blend ni sebagai pengganti minyak urut. Selain rasa sejuk dan melegakan, anda akan dapat kulit yang lembut dan mulus gituh.

SELAMAT MENCUBA!

Belum ada herbal blend? Hubungi saya:



baca lagi

Thursday, August 28, 2014

Cyst & Fibroid : Punca dan Cara Mengatasinya

Assalamualaikum semua.. Selamat pagi..

Tadi saya terbaca post Master Herny kat Facebook mengenai Cyst & Fibroid. Saya pun tergerak hati nak buat sedikit research pasal kedua-dua masalah wanita ni. Semoga entry saya kali ni dapat membantu mereka yang menghidap Cyst atau Fibroid.

Cyst & Fibroid serta bagaimana Shaklee boleh membantu

Apakah Cyst & Fibroid

Cyst dan fibroid ni merupakan sejenis ketumbuhan dalam badan kita. Ia bukanlah kanser, tetapi jika dibiarkan ia boleh membesar sehingga mengganggu sistem tubuh.

Cyst boleh terjadi dimana-mana anggota badan seperti paru-paru, buah pinggang dan pankreas. Tapi hari ini saya akan bincangkan ovarian cyst, iaitu cyst yang wujud dalam peranakan wanita. Cyst bersifat cecair atau semi-solid dan berada dalam ovari.

Fibroid pula ketumbuhan yang terdiri dari tisu yang padat dan hanya berada pada rahim.

Dah nampak kan apa perbezaan Cyst dan Fibroid. Gambarajah ini menunjukkan dimana fibroid boleh wujud dalam sistem peranakan wanita.

Dimana fibroid boleh wujud dalam sistem peranakan wanita

Apakah Punca Cyst & Fibroid

Menurut Dr. Zubaidi banyak faktor yang menyebabkan cyst antaranya adalah faktor pemakanan dan persekitaran. 

Punca Cyst
Ini pula tulisan Dr Hamid Arshat mengenai fibroid.
Ramai orang tertanya-tanya mengapa seseorang wanita ditumbuhi fibroid pada lapisan dinding rahim. Sebenarnya, punca bagi penyakit ini tidaklah diketahui, dan mengapa ia tumbuh pada sesetengah orang sedangkan yang lainnya tidak. Ada satu kajian yang menunjukkan bahawa lebih kurang 25 peratus daripada wanita sebelum meninggal dunia akan menghidapi penyakit fibroid pada rahimnya tetapi tidak semua mengunjungi dan mendapat rawatan daripada doktor kerana kebanyakan fibroid ini tidak menimbulkan sebarang tanda atau menggangu kesihatan. 
Ada yang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini sering berlaku di kalangan wanita yang tidak berkahwin atau lambat berkahwin dan juga yang berkahwin tetapi sukar untuk mengandung dan beranak. Saya juga sering menjumpai fibroid di kalangan wanita yang mengalami masalah ketidaksuburan atau kemandulan. Di samping ketumbuhan fibroid, mereka juga menghidap penyakit endometriosis, iaitu sejenis penyakit di mana darah kotor melimpah ke belakang rahim menyebabkan berbagai-bagai masalah pada saluran peranakan, kilang telur dan persekitaran rahim.

 FIBROID AKIBAT HORMON?

Ada yang mengaitkan fibroid dengan ketidakseimbangan hormon. Wanita mempunyai dua jenis hormon iaitu Estrogen dan Progesteron. Kebiasaannya estrogen akan meningkat selepas haid dan progesteron pula meningkat selepas telur dikeluarkan iaitu 2 minggu selepas haid sehingga tempoh haid yang akan datang.

Ketidakseimbangan hormon seperti terlalu banyak estrogen atau terlalu sedikit progesteron akan menyebabkan pelbagai masalah seperti pendarahan yang tidak tentu masa, ketumbuhan fibroid pada rahim dan ketidaksuburan.

Menurut Dr. Hamid Arshat lagi, adalah sukar untuk kita mengetahui mengapa kandungan estrogen dan progesteron menjadi tidak seimbang kerana segala-galanya dikawal oleh hormon yang dikeluarkan oleh kilang pituitari yang terletak pada otak manusia. Fungsi kilang pituitari ini pula mudah dipengaruhi oleh keadaan mental, emosi dan rohani seseorang.

Kesimpulannya, desakan hidup, tekanan dan ketidakstabilan emosi dikalangan wanita (bekerjaya terutamanya) juga boleh menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon  seterusnya menyebabkan haid yang tidak stabil, ketidaksuburan dan ketumbuhan pada rahim. Selain itu, tiada bukti yang menunjukkan fibroid terjadi akibat makanan, keracunan ataupun jangkitan kuman.

  
Cara Menanganinya

Cyst dan fibroid boleh dibuang melalui pembedahan. Walau bagaimanapun anda masih ada pilihan untuk membuatkan cyst atau fibroid tersebut mengecut secara semulajadi dengan mengamalkan vitamin semulajadi dari Shaklee.

Dalam satu kajian, pengamalan herba dan makanan tambahan mampu mengecutkan cyst dan fibroid. Anda boleh mengambil 1000-2000mg Vitamin C, 150 000 IU beta karotena, 400mg selenium dan 300mg zink setiap hari.

Shaklee ada menawarkan vitamin-vitamin yang boleh melengkapkan keperluan diatas iaitu:
Sustained Release Vitamin C
Carotomax (anti-oksidan)
Vitamin E (dengan selenium)
Zinc Complex
GLA Complex (paling asas/penting jika anda ingin 1 jenis suplemen sahaja)
Yang penting, anda perlu konsisten mengamalkan vitamin ini sehingga cyst atau fibroid tadi mengecut.
Pelanggan kepada rakan pengedar Shaklee saya telah berjaya mengecutkan fibroid yang dialaminya setelah mengambil dua botol GLA Complex. 

GLA Kecutkan Fibroid
Kawan Master Herny sendiri seperti diceritakan dalam post diatas juga melalui pengalaman yang sama. Dah menetapkan tarikh pembedahan untuk buang rahim akibat cyst. Alhamdulillah cyst tersebut mengecut dan pembedahan dibatalkan. Siap berjaya hamil lagi. Alhamdulillah!

Kawan-kawan yang ada masalah cyst dan fibroid ni memang digalakkan mencuba suplemen yang saya sebutkan diatas. Selain itu, GLA Complex juga terdapat dalam set kesuburan. Seperti yang disebutkan oleh Dr. Hamid Arshat diatas, ketidakstabilan hormon juga boleh menyebabkan haid tidak teratur dan masalah kesuburan. Kita cuba berikhtiar dengan suplemen shaklee ye. Allah juga menuntut supaya setiap hambanya berikhtiar atas segala masalah/penyakit kerana setiap penyakit pasti ada penawarnya.

Lagipun vitamin Shaklee adalah vitamin semulajadi dan tidak membahayakan kesihatan anda. Tiada pewarna dan perisa tambahan malah setiap ramuannya telah diuji secara klinikal. Yang paling penting ianya HALAL dan ada kelulusan KKM. Sebab tu anda mesti pilih Shaklee!! =)

Ok lah, semoga entry ini bermanfaat kepada semua ye.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan suplemen Shaklee jangan malu-malu untuk menghubungi saya:

Jadual Pemakanan & Konsultasi PERCUMA!





baca lagi

Tuesday, August 26, 2014

Visualisasi : Dari buku Law Of Universal Attraction

Secebis perkongsian dari buku Law of Universal Attraction..

Salah satu cara menarik kejayaan kejayaan adalah dengan teknik VISUALISASI.. Macam mentor2 kita selalu sebut.. Imagine kejayaan2 yg kita nak tu...

Bagaimana nak jayakan teknik VISUALISASI ni??

1. Tetapkan matlamat secara SPESIFIK.

2. Dapatkan maklumat berkenaan matlamat. Contoh nak kereta apa, harga berapa, warna apa, nak kena bayar muka berapa.. Contoh la.. Hehe..

3. Bayangkan matlamat yg sama setiap hari.
Jangan harini nak keta alphard, esok nak bmw lusa nak honda civic pulak.. (Ehem..)
Ni baru bab kereta. Bayang la jugak, nk naik master bila, rumah, pi umrah.. Haa sebab tu kena ada vision board, tak la tertinggal impian2 kita ni.

4. Waktu sesuai
Takde waktu khusus utk amalkan teknik ni. Tapi waktu terbaik adalah sebelum tidur dan selepas tidur. Sebab waktu2 ni minda kita dalam gelombang alpha (mode ketenangan).. Kalau rasa tenang2 time mandi, boleh juga amalkan visualisasi ni time mandi. Hehe..

5. PAPAN VISI...
Dengan adanya papan visi kita akan lebih fokus. Sekali tengok, nah terbentang impian2 kita.. Takyah terpikir2 dah. Pemilihan gambar yg tepat akan merangsang minda kita. Minda lebih mudah mengingat GAMBAR berbanding tulisan! Kalau main ingat2 dlm kepala ja mungkin tak jelas atau lupa.

6. Wayang minda..
Boleh juga buat dlm bentuk wayang minda atau saya suka istilah vision video... Boleh buat pakai video maker, letak gmbar2 impian kita td, masukkan lagu2 penuh semangat mcm lagu faizal tahir tu..hihi.. Lagi bergegar ni kalo tengok tiap hari sebelum tido. Silap2 tak jadi tido.

7. Menulis
Tulis impian setiap hari boleh membuatkn visualisasi kita tadi terpasak dlm minda di saat kita menulis dan baca kembali apa yg ditulis.

Selamat mencuba!

baca lagi

Monday, August 25, 2014

Anak anda kerap demam, selesema atau jatuh sakit?

Assalamualaikum..

Siapa ada pengalaman anak kerap sangat jatuh sakit? Tak kira la demam, selesema atau batuk. Pengalaman saya, MRA ni tak la selalu sangat tapi dalam sebulan mesti ada la jugak terkena demam/selesema.Kalau demam tu memang teruk gak, tak tidur la saya dibuatnya. Sebabnya dia jenis tak boleh la kalau rasa tak selesa sikit memang menangis dan meraung-raung sampai muntah. Kadang-kadang batuk tu sikit ja, tapi sebab dia akan terjerit-jerit akibat tidak selesa, habis la muntah. Kira dalam satu malam 2-3 kali terpaksa tukar baju, seluar dan cadar sekali! Cuba bayangkan saya yang perlu bekerja pada esok hari. Kadang-kadang terpaksa la EL. Tapi kalau ada kerja penting di pejabat terpaksa la pergi pejabat jugak. Ada sekali tu saya hampir-hampir kemalangan akibat memandu sambil tidur. Huhuhu...

Nampak tak kesannya  kalau anak kerap jatuh sakit. Mesti risau kan, tambahan pula kalau kita bekerja. Itu belum lagi yang hantar anak-anak ke taska. Menurut pengalaman rakan-rakan saya yang hantar anak ke taska, kebarangkalian jatuh sakit tu lagi tinggi. Sebab anak-anak akan lebih terdedah kepada virus dan sebagainya. Kita pun tak tahu tahap kesihatan kesemua anak di nursery tu kan.

Saya seboleh-bolehnya akan elakkan anak dari mengambil ubat-ubatan kecuali jika suhu terlalu tinggi. Awal-awal dulu saya belikan minyak ikan scott emulsion sebab teringat masa kecik-kecik dulu ayah & mama bagi kami adik beradik scott emulsion. Pastu saya beli jugak Appeton untuk tambah selera makan dan ketahanan badan anak.

Tapi bila dah kenal shaklee, saya dah jumpa supplemen terbaik untuk anak. Disebabkan anak saya agak susah nak makan, saya belikan Meal Shakes yang kaya dengan zat, vitamin dan mineral. Kiranya walaupun dia mungkin tak dapat zat yang cukup dari pemakanan harian, Meal Shakes mampu membantu.



Untuk ketahanan badan dia pulak saya beri chewable vita C. Mudah ja makan chewable vita C ni, boleh kemam-kemam dalam mulut. Budak-budak memang suka la. Selain baik untuk imun, ia baik juga untuk kulit, tulang dan gusi. Satu biji chewable Vita C bersamaan 1/2 biji oren.

Yang saya perasan, sejak anak saya ambil Chewable Vita C dan Meal Shakes ni, dia dah jarang demam dah. Kalau demam pun, masih sangat aktif dan cepat je baik. Alhamdulillah dengan izinNya jua. Saya dah lama tak perlu berjaga malam, tukar pakaian dan cadar berkali-kali macam dulu, sebab tu la terasa sangat perbezaannya.. haha..

Sekarang bukanlah tak demam langsung. Demam tu pun kan salah satu petanda badan sedang bertindakbalas melawan penyakit/virus dan sebagainya. Cuma jarang la. Kalau demam, apa yang saya buat?

Saya pastikan tak skip Meal Shakes & Vitamin C untuk dia pada hari tersebut. Saya juga akan beri dia Nutriferon, juga dari Shaklee. Nutriferon ni berfungsi meningkatkan tahap imunisasi.. Immune booster gitu. Ia berfungsi menggalakkan penghasilan interferon secara semulajadi sekaligus meningkatkan kesihatan sistem imun. Satu sachet je sehari, letak sikit-sikit dalam minuman anak yang demam. 

Nutriferon juga sangat membantu


Dalam masa yang sama saya akan sentiasa memantau suhu anak. Termometer memang dah tersedia sentiasa. Kalau teruk sangat, atau suhu tidak menurun baru saya akan berikan ubat demam. Tapi setakat ni memang tak sampai tahap tu lagi. Selalunya sehari atau dua hari dah baik demam tu.

Antara bahan yang terlibat bila anak demam / selesema :)

Syukur sangat dapat berikan anak yang terbaik. Vitamin shaklee adalah 100% semulajadi, tiada pewarna dan perasa tiruan. Juga lengkapp dengan ujian-ujian kualiti dan klinikal saban tahun. Alhamdulillah.

Jika anda perlukan suplemen Shaklee boleh hubugi saya:

Jadual Pemakanan & Konsultasi PERCUMA!


baca lagi

Saturday, August 23, 2014

Potty Training MRA

Assalamualaikum

Dah 3 minggu saya start potty training untuk MRA. Target saya untuk dia free diapers selepas genap 3 tahun pada 8/11/2014 nanti. Tudiaa.. siap ada target kan.

Hari first tu, mula2 terkucil jugak dia. Mungkin tak biasa kan. Pastu memang kena tanya je la dia setiap 10 minit camtu. Nak kencing ka? Dah tanya baru jawab "nak kencing". Kelam kabut la ke tandas. Pastu lama-lama dia dah pandai bagitau sendiri kalau nak kencing. Sekarang ni dah macam ambil kesempatan pulak dah. 5 minit sekali nak kencing, seolah-olah minta perhatian. Dia tau kan kalau sebut nak kencing ja ummi akan tinggal semua kerja, layan dia je la.. huhu.. Nasib baik ummi dia Work-At-Home-Mom. Ni sambil tulis entry ni ada la 2-3 kali dia bagitau nak kencing.. haish..

Tu baru bab buang air kecil kan. Bab air besar tak masuk lagi. Sampai sekarang sebenarnya tak lulus lagi ujian buang air besar kat tandas. Bila nak u'uh ja dia nangis, bila ummi bawak ke tandas, lagi kuat menangis dan meraung-raung.. " Dia takmau keluaq ummiiiii!!" Hahaha lucu pun ada bila dia bahasakan tah* tu 'dia'.. hehe. Macam-macam.. Sanggup dia bertahan sampai ummi pakaikan pampers tu. Selalunya memang akan pakaikan pampers time tidur tengahari dan malam. Time tu la dia ambil kesempatan buang air besar. haih...

Ummi pun dah takda idea macam mana nak buat. Harap-harap dia cepat dapat sesuaikan diri buang air besar di tandas lepas ni. Sekarang masih dalam proses memujuk la.. Lagi satu saya dapati dia takut nak duduk time membuang tu. Pakai pampers pun dia akan membuang secara berdiri. Acaner tu?? Bila di paksa duduk (dalam toilet) meraung-raung macam orang nak beranak. hahaha..

Siapa-siapa ada tips boleh la share ok..


Bye!
baca lagi

Thursday, August 21, 2014

Start Bright Series: Gempur Utara

Assalamualaikum semua..

Dah lama nak tulis entry ni tapi asyik tertangguh. hehe

Sabtu 9 Ogos 2014 saya ada menghadiri program anjuran Master Puteri bertempat di Cinta Sayang Resort, Sungai Petani. Program tu diberi nama Start Bright Series, Gempur Utara. Dengar tajuk pun dah bersemangat kan.

Alhamdulillah program ni banyak mengubah persepsi saya terhadap shaklee dan memberi semangat yang lebih untuk membantu lebih ramai orang untuk berjaya.


Siap dapat notebook yang chomel ni. TQ Master Puteri..


Ok saya berminat nak share sedikit intipati daripada program ni.

# Kenali SHAKLEE #

Dalam program ni Master Puteri menegaskan kita perlu kenal shaklee sedalam-dalamnya. Bila kenal akan wujud la rasa cinta, baru la sentiasa bersemangat nak berjuang dalam Shaklee. Ada dua perkara yang perlu dikenali iaitu kelebihan BISNES dan PRODUK Shaklee.

BISNES SHAKLEE - MLM yang patuh syariah, menggunakan sistem yang adil.
PRODUK SHAKLEE - Selamat, Semulajadi, Berkesan. Ada ujian2 klinikal


Ini sebagai guide je, boleh la buat kajian sendiri melalui google, youtube dan bacaan2 lain k. Lagi banyak kita buat research lagi banyak ilmu kita akan dapat dan lagi semangat nak berbisnes sebab kita tahu, kita membawa BISNES & PRODUK yang baguss..

# Berpencen Dengan SHAKLEE #

Perkara kedua yang ditekankan adalah BAGAIMANA BERPENCEN DENGAN SHAKLEE?

Dalam bab ni, kita kena la berbincang dengan mentor/ upline sambil study segala manual dalam kit bisnes tu. Secara kasarnya keuntungan dalam Shaklee terbahagi kepada;

1. Untung runcit dari produk yang dijual
2. Bonus peribadi
3. Bonus kepimpinan (Upah guide anak2 buah)
4. Insentif setiap kali naik rank
5. Bonus kereta yang diberi cash. Ikut suka la nak beli kereta apa.
6. Convention (local & international)

Banyak kan... Ada tak tempat kerja sekarang yang bagi bonus banyak2 camni?
Master Puteri sempat bagi tips.. Car bonus tu sebagai penunjuk kepada kestabilan empayar kita. Tapi jangan fikir dan fokus sangat Car Bonus tu. Just fokus nak bantu anak cucu, car bonus akan datang tanpa disedari.

Ini la indahnya bisnes Shaklee. Sangat menggalakkan kita beri dan beri.. Bantu dan bantu. InsyaAllah kejayaan milik bersama.

# Merintis Jalan MASTER COORDINATOR #

Rank tertinggi dalam Shaklee adalah Master Coordinator. Perjalanan ke arah itu mesti jelas dalam minda. Kalau tak tau jalan macam mana nak sampai kan. Boleh sampai, tapi mungkin lambat. Hehe. Kalau baca sendiri dalam kit bisnes mungkin ada yang pening, so Master Puteri sarankan kita berbincang dengan mak/ mentor kita la.

Tips untuk mendaki rank ni

1. DECIDE - Bila nak naik satu2 rank tu
2. FOKUS - Peruntukkan 1-2 jam sehari. solid. untuk bisnes sahaja. Study produk, tulis blog, buat iklan dll.
3. TIMELINE - Jangan berkrompomi dengan timeline yang dah kita tentukan tu. Usaha sungguh2 untuk mencapai target. Jangan sekali-kali ada perasan " tak dapat pun takperrr" huhu...

Decide sekarang.. Kita nak apa sebenarnya.. long term, short term.. Contoh short term, nak guna untuk bayar baby sitter, nak bagi lebih sikit kat mak bulan2.. contoh la..

# Magnet Diri #

Perkara keempat yang dibincangkan adalah magnet diri. Macamana nak jadikan diri kita sebagai magnet?

1. Perlu suka diri sendiri dan suka apa yang kita buat.
Tanam sifat2 positif dalam diri, mulakan hari2 dengan perkataan2 dan suasana positif.

2. Apapun yang berlaku... SENYUM..
Master puteri sempat bercerita, waktu awal2 kenal Presidential Master Shareeza aka Kak Cery, Master Puteri nampak Kak Cery senyum sambil jalan sorang2 kat KLCC. Ciri2 mentor hebat!

3. Sukakan orang lain, orang lain akan suka kita.
Like attracts like.

4. Elakkan kondem, kritik atau post benda2 negatif kat FB. Contohnya.. " Geramnya tunggu giliran kat klinik ni..lembap!" Ni contoh Master Puteri bagi ye.. hehe.. Jangan post sebegitu, sebabnya nanti kawan2 lain pun turut berlumba2 komen keluh kesah yang sama tentang klinik di kawasan kejiranan depa... Seterusnya sepanjang hari itu, kita akan mendapat notification2 negatiff sahaja. Ni la antara cara benda2 negatif menyusup ke dalam minda kita.

5. Share.. Share la benda baik2 kepada kawan2. Tak semestinya tentang Shaklee ja, tapi semua la yang boleh dikongsi.

6. Self talk - bercakap dengan diri sendiri, apa impian kita dll. Yang penting mesti spesifik.. Jangan sebut benda2 negatif seperti "hutang"
________
Ok...dah habis baca ni.. Apa kita perlu buat???

Decide now!
Apa yang kita nak
Bagaimana nak capai?
Bila nak capai?



baca lagi

Saturday, August 16, 2014

Isu semasa: Boikot Shaklee?

Assalamualaikum semua..

Semoga semua sihat sejahtera di samping keluarga tercinta..
Seminggu dua ni panas betul dengan isu boikot shaklee ni. Kalau perasan, dah menjadi viral di facebook.
Bermula dengan kononnya shaklee menyumbang dana kepada Israel, lepas tu isu kononnya shaklee dapatkan bahan mentah dari israel kemudian post kontroversi UZAR kat FB yg kemudiannya dipadam sendiri oleh UZAR beberapa jam kemudian.

Ketiga² isu ni dah dibincangkan dengan jelas dalam post Master Zahirah. Jemput baca dan nilai sendiri dengan minda terbuka.


Saya sendiri secara peribadi, memang la bersedih dengan berita ni. Lebih² lagi apabila fakta² yang dikemukakan tidak ada asas sama sekali. Lebih banyak komen² bersifat cercaan kepada pengedar² shaklee. Walau bagaimanapun masih ramai yang memberi penuh kepercayaan kepada shaklee. Ini kerana shaklee banyak mengubah hidup mereka. 

Yang saya sempat baca, komen dari pesakit kanser pangkal rahim yang mengamalkan vivix. Ada yang sakit lutut, menderita bertahun².. Pelbagai produk telah dicuba.. Tetapi alhamdulillah dengan izinNya  sembuh selepas mengamalkan suplemen shaklee.. Perlu ke sampai nak boikot shaklee. (Walhal tidak ada bukti pun mengatakan Shaklee menyumbang kepada israel)

Kita sepatutnya berbalik kepada objektif boikot itu sendiri. Bukan boikot secara semberono tanpa ilmu. Tujuan boikot adalah untuk MENYUSAHKAN PIHAK MUSUH, BUKANNYA MENYEKSA DIRI SENDIRI.. Jangan tersalah konsep pulak ye..

Boikot kerana Shaklee Adalah Produk Dari US

Ya... Ada juga yang menggunakan alasan ni sebagai hujah untuk memboikot shaklee. Bagi menjawab isu ini saya ingin memetik ayat dari artikel UZAR sendiri.

Kewujudan syarikat-syarikat ini di negara Yahudi dan MoU perniagaannya di negara Yahudi tidak boleh dianggap sebagai membantu kerja keganasan Yahudi. Justeru, sebarang pembuktian seperti ini tidak kuat untuk mensabitkan bantuan 'direct' kepada kerja jahat Yahudi atau lainnya..

Saya petik artikel ust zaharudin disini http://goo.gl/7ewue6
Boleh klik untuk artikel penuh.

Pendirian Saya

Rasanya sudah terang lagi bersuluh kan.. :)
Bagi mendapatkan keyakinan ini saya banyakkan mengkaji. Membaca di blog pakar² dalam bidang ini serta beristikharah memohon petunjuk dari Allah. Hari ini dan sampai bila² selagi mana tidak terbukti shaklee membantu israel, saya masih berjuang dalam shaklee. Saya memilih untuk berjihad ekonomi bersama keluarga besar shaklee, bukan untuk diri sendiri semata² tapi demi membantu lebih ramai diluar sana mendapatkan kesihatan yg lebih baik dan kestabilan dalam menjana ekonomi ummah. Lebih ramai umat islam sihat dan kaya, lebih bagus, lebih banyak boleh disumbangkan. InsyaAllah.

Bagi saya...ayuh kita berjihad mengikut kepakaran masing².. Kalau anda pakar buat kek.. Buat la bisnes kek sampai berjaya, sumbangkan pada rakyat palestin. Anda hebat dalam IT? Art design? Buat la poster cantik² untuk membangkitkan semangat juang semua orang dalam mempertahan dan menyokong rakyat palestin. Anda orang ternama, blog anda mencapai ribuan mengunjung sehari? Buat la post² yang menyeru orang ramai ke arah kebaikan, bukan memecah belahkan umat islam, bukan penuhkan blog dengan gosip liar.. Huhu..

Saya juga tertarik untuk share status FB seorang leader dalam Shaklee.. Sandaran² yang beliau gunakan untuk terus bersama shaklee. Menarik untuk kita jadikan rujukan tambahan dalam isu ini..
-------------------------------------
Dari FB Kaklong Nuzula

KENAPA SAYA TIDAK BOIKOT SHAKLEE?

SANDARAN YANG PERTAMA
Saya berasandarkan kpd kenyataan Ustaz Zaharuddin dlm blog beliau (zaharuddin.net)

1) Hukum asal urusniaga dengan Non-Muslim termasuk Yahudi dan semua syarikatnya adalah halal selagi transaksi yang dibuat menrut syarat jual beli Islam.

2) Kewujudan syarikat-syarikat ini di negara Yahudi dan MoU perniagaannya di negara Yahudi tidak boleh dianggap sebagai membantu kerja keganasan Yahudi. Justeru, sebarang pembuktian seperti ini tidak kuat untuk mensabitkan bantuan 'direct' kepada kerja jahat Yahudi atau lainnya.

3) Hukum asal ini hanya akan bertukar kepada haram berurusniaga atau wajib memboikot mereka jika :-

a- Pemerintah Islam tertinggi iaitu Khalifah bagi seluruh dunia Islam mengarahkan boikot demi mencapai maslahat tertentu untuk Islam.
b- Syarikat tersebut mendedahkan secara terus terang dengan hebahan rasmi bahawa mereka memperuntukkan keuntungan mereka bagi menyokong serangan Yahudi ke atas negara umat Islam.

Syarat Sebelum Sebaran
Perlu diingat, selagi tiada edaran khusus, specifik dan rasmi oleh syarikat terbabit yang menyatakan mereka menyokong dan membantu serangan atas nama syarikat, selagi itu hukum asal iaitu harus berurusniaga dengan syarikat itu akan tetap terpakai.

Sekadar salah seorang pemegang saham bertindak sendirian membantu pembinaan kuil, atau membantu serangan oleh Yahudi juga belum cukup kuat untuk mengubah hukum harus tadi kepada haram. Ini kerana ia adalah tindakan peribadi salah seorang pemegang saham sahaja dan bukannya polisi sebuah syarikat itu.
Jika sekadar maklumat tidak rasmi dan khabar angin sahaja yang menyebut kaitan syarikat dengan gerakan ganas Yahudi. Tatkala itu, kaedah fiqh ini masih terpakai :-

أن اليقين لا يزال بالشك
Ertinya : Keyakinan tidak akan diketepikan hanya kerana suatu syak ( iaitu tidakpasti kebenarannya) ( Al-
Majmu, Al-Nawawi, 1/266 )

Perlu difahami hukum asal harus berurusniaga dan membeli dari bukan Islam dan Yahudi adalah termasuk dalam bab yakin, ia tidak akan tergugat hanya dengan khabar-khabar angin penglibatan mereka dalam aktiviti serangan ke atas Islam. Keyakinan asal tadi hanya akan berubah bila dua sebab yang disebut di atas muncul. Wallahu'alam.

SANDARAN YANG KEDUA

Dr.MAZA mengatakan kita tidak memboikot produk Yahudi ataupun produk US, tapi produk Israel.
"Kita tidak anti setiap individu Yahudi sebagai satu bangsa tapi kita menentang Israel atas segala kejahatannya,” katanya."


Boleh juga baca:

SANDARAN YANG KETIGA

AQSA SYARIF sendiri mengatakan kita tidak memboikot company/ produk US tapi kita boikot mereka yg jelas menyumbang pd Israel. Umpamanya McD kita boikot sbb JELAS menyumbang pd negara haram Israel.


SANDARAN YANG KEEMPAT

Shaklee tak ada dalam list Inminds, produk/ company yg kena boikot. Malah, bisnes Roger Barnett yg lain selain Shaklee -Burberry dan Beauty.com pun TIDAK ADA DISENARAIKAN dlm senarai yg kena boikot.


SANDARAN YANG KELIMA

Pengakuan Roger Barnett sendiri & company statement sebelum ini mengatakan Shaklee tidak menyokong keganasan, tidak terlibat dgn politik dan TIDAK MENYUMBANG PADA ISRAEL ZIONIS. 


SANDARAN YANG KEENAM

Petunjuk drp Allah melalui solat hajat, istikharah, doa & keberserahan yg TOTAL kpd Allah SWT & hanya kepada Allah SWT. Allah jua sebaik2 penunjuk jalan. 
Semoga Allah tuntun kita di atas jalan kebenaran dan kebaikan. Amin. InsyaAllah. 
‪-----------------
Ok.. Segalanya telah dijelaskan. Saya harap tiada lagi salah faham lepas ni ok. Kalau masih rasa sangsi, mari kita mohon petunjuk dari Allah. Sebaik²nya kita solat istikharah..
Jangan percaya cakap saya, fikir dulu.. :)

baca lagi
 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard