Tip Magnet Rezeki: 8 Kegunaan Herbal Blend Shaklee Yang Patut Anda Tahu

Sunday, August 31, 2014

8 Kegunaan Herbal Blend Shaklee Yang Patut Anda Tahu


Kegunaan Herbal Blend Shaklee - jemput baca :)

Assalamualaikum semua..

Apa khabar? Moga sihat semuanya...

Semalam saya pergi ambil barang Shaklee kat Citylink. Tak sabar-sabar rasanya, sebab dalam tu ada herbal blend yang saya order secara online! Kan dah lama out of stock, so bila berjaya order tu kan rasa teruja lain macam. Haha..

Mesti ramai nak tahu kan apa kegunaan herbal blend ni. Apa yang bestnya sampai berebut-rebut orang nak beli. Keistimeawaan herbal blend semestinya sebab ia dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi. Ianya sesusi untuk semua peringkat umur termasuk baby. Yang best lagi herbal blend ni tiada kandungan PARABEN.

Jom baca 8 kegunaan herbal blend yang anda patut tahu:

1. Baik untuk merawat ekzema dan gatal-gatal
Siapa yang ada anak kecil, memang perlu ada herbal blend kat rumah. Saya juga guna herbal blend untuk sapu pada anak kalau terjadi gatal-gatal atau digigit serangga. Kalau sapu kat tangan tu tak la risau dia terrmasukkan jari dalam mulut ke apa, kan herbal blend dari bahan semulajadi. InsyaAllah tidak membahayakan anak anda.

2. Melembutkan tumit / rawat tumit pecah
Krim ni sememangnya sesuai untuk melembutkan kulit anda terutamanya bahagian tumit, siku dan lutut. Yang ada masalah tumit merekah pun boleh sapu. Banyak testimoni pengguna herbal blend sangat berpuas hati sebab tumit yang pecah dah sembuh dan kembali lembut.

3. Luka / kesan melecur
Sekiranya ada kesan-kesan luka atau melecur, anda boleh juga sapu herbal blend ni. InsyaAllah luka/kesan melecur akan cepat baik dan tidak meninggalkan parut. Kesan krim yang sedikit berangin ni pasti akan memberi rasa lega.

4. Luka pada puting bagi ibu menyusu
Ibu-ibu menyusu mesti ada pengalaman puting luka/ melecet kan. Selain sapu susu ibu pada puting, boleh juga cuba herbal blend ni. Gunakan tanpa was-was sebab semestinya herbal blend tidak mengandungi bahan kimia.

5. Hilangkan parut
Anda boleh juga sapukan herbal blend pada parut seperti parut demam campak dan jerawat. Amalkan secara konsisten, insyaAllah anda akan nampak parut semakin pudar dan hilang.

6. Ruam pada bayi
Dalam cuaca panas, kulit bayi kadangkala akan terjadi ruam. Selalunya kita akan sapu bedak sejuk dan sebagainya. Kalau tidak hilang anda boleh cuba herbal blend. Ia tidak akan meniggalkan kesan berminyak pada kulit bayi, sebaliknya akan lebih memberi kelegaan daripada rasa gatal dan tidak selesa.

7. Sebagai losyen
Selain kegunaan2 kat atas tu. saya guna herbal blend sebagai losyen harian. Saya dari dulu memang tak suka losyen, tapi dengan herbal blend ni lain pulak rasanya. Sebab ia tidak berminyak!

8. Untuk urut
Kalau rasa lenguh-lenguh atau sengal-sengal badan, elok la guna herbal blend ni sebagai pengganti minyak urut. Selain rasa sejuk dan melegakan, anda akan dapat kulit yang lembut dan mulus gituh.

SELAMAT MENCUBA!

Belum ada herbal blend? Hubungi saya:



No comments:

Post a Comment

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard