Tip Magnet Rezeki: Cyst & Fibroid : Punca dan Cara Mengatasinya

Thursday, August 28, 2014

Cyst & Fibroid : Punca dan Cara Mengatasinya

Assalamualaikum semua.. Selamat pagi..

Tadi saya terbaca post Master Herny kat Facebook mengenai Cyst & Fibroid. Saya pun tergerak hati nak buat sedikit research pasal kedua-dua masalah wanita ni. Semoga entry saya kali ni dapat membantu mereka yang menghidap Cyst atau Fibroid.

Cyst & Fibroid serta bagaimana Shaklee boleh membantu

Apakah Cyst & Fibroid

Cyst dan fibroid ni merupakan sejenis ketumbuhan dalam badan kita. Ia bukanlah kanser, tetapi jika dibiarkan ia boleh membesar sehingga mengganggu sistem tubuh.

Cyst boleh terjadi dimana-mana anggota badan seperti paru-paru, buah pinggang dan pankreas. Tapi hari ini saya akan bincangkan ovarian cyst, iaitu cyst yang wujud dalam peranakan wanita. Cyst bersifat cecair atau semi-solid dan berada dalam ovari.

Fibroid pula ketumbuhan yang terdiri dari tisu yang padat dan hanya berada pada rahim.

Dah nampak kan apa perbezaan Cyst dan Fibroid. Gambarajah ini menunjukkan dimana fibroid boleh wujud dalam sistem peranakan wanita.

Dimana fibroid boleh wujud dalam sistem peranakan wanita

Apakah Punca Cyst & Fibroid

Menurut Dr. Zubaidi banyak faktor yang menyebabkan cyst antaranya adalah faktor pemakanan dan persekitaran. 

Punca Cyst
Ini pula tulisan Dr Hamid Arshat mengenai fibroid.
Ramai orang tertanya-tanya mengapa seseorang wanita ditumbuhi fibroid pada lapisan dinding rahim. Sebenarnya, punca bagi penyakit ini tidaklah diketahui, dan mengapa ia tumbuh pada sesetengah orang sedangkan yang lainnya tidak. Ada satu kajian yang menunjukkan bahawa lebih kurang 25 peratus daripada wanita sebelum meninggal dunia akan menghidapi penyakit fibroid pada rahimnya tetapi tidak semua mengunjungi dan mendapat rawatan daripada doktor kerana kebanyakan fibroid ini tidak menimbulkan sebarang tanda atau menggangu kesihatan. 
Ada yang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini sering berlaku di kalangan wanita yang tidak berkahwin atau lambat berkahwin dan juga yang berkahwin tetapi sukar untuk mengandung dan beranak. Saya juga sering menjumpai fibroid di kalangan wanita yang mengalami masalah ketidaksuburan atau kemandulan. Di samping ketumbuhan fibroid, mereka juga menghidap penyakit endometriosis, iaitu sejenis penyakit di mana darah kotor melimpah ke belakang rahim menyebabkan berbagai-bagai masalah pada saluran peranakan, kilang telur dan persekitaran rahim.

 FIBROID AKIBAT HORMON?

Ada yang mengaitkan fibroid dengan ketidakseimbangan hormon. Wanita mempunyai dua jenis hormon iaitu Estrogen dan Progesteron. Kebiasaannya estrogen akan meningkat selepas haid dan progesteron pula meningkat selepas telur dikeluarkan iaitu 2 minggu selepas haid sehingga tempoh haid yang akan datang.

Ketidakseimbangan hormon seperti terlalu banyak estrogen atau terlalu sedikit progesteron akan menyebabkan pelbagai masalah seperti pendarahan yang tidak tentu masa, ketumbuhan fibroid pada rahim dan ketidaksuburan.

Menurut Dr. Hamid Arshat lagi, adalah sukar untuk kita mengetahui mengapa kandungan estrogen dan progesteron menjadi tidak seimbang kerana segala-galanya dikawal oleh hormon yang dikeluarkan oleh kilang pituitari yang terletak pada otak manusia. Fungsi kilang pituitari ini pula mudah dipengaruhi oleh keadaan mental, emosi dan rohani seseorang.

Kesimpulannya, desakan hidup, tekanan dan ketidakstabilan emosi dikalangan wanita (bekerjaya terutamanya) juga boleh menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon  seterusnya menyebabkan haid yang tidak stabil, ketidaksuburan dan ketumbuhan pada rahim. Selain itu, tiada bukti yang menunjukkan fibroid terjadi akibat makanan, keracunan ataupun jangkitan kuman.

  
Cara Menanganinya

Cyst dan fibroid boleh dibuang melalui pembedahan. Walau bagaimanapun anda masih ada pilihan untuk membuatkan cyst atau fibroid tersebut mengecut secara semulajadi dengan mengamalkan vitamin semulajadi dari Shaklee.

Dalam satu kajian, pengamalan herba dan makanan tambahan mampu mengecutkan cyst dan fibroid. Anda boleh mengambil 1000-2000mg Vitamin C, 150 000 IU beta karotena, 400mg selenium dan 300mg zink setiap hari.

Shaklee ada menawarkan vitamin-vitamin yang boleh melengkapkan keperluan diatas iaitu:
Sustained Release Vitamin C
Carotomax (anti-oksidan)
Vitamin E (dengan selenium)
Zinc Complex
GLA Complex (paling asas/penting jika anda ingin 1 jenis suplemen sahaja)
Yang penting, anda perlu konsisten mengamalkan vitamin ini sehingga cyst atau fibroid tadi mengecut.
Pelanggan kepada rakan pengedar Shaklee saya telah berjaya mengecutkan fibroid yang dialaminya setelah mengambil dua botol GLA Complex. 

GLA Kecutkan Fibroid
Kawan Master Herny sendiri seperti diceritakan dalam post diatas juga melalui pengalaman yang sama. Dah menetapkan tarikh pembedahan untuk buang rahim akibat cyst. Alhamdulillah cyst tersebut mengecut dan pembedahan dibatalkan. Siap berjaya hamil lagi. Alhamdulillah!

Kawan-kawan yang ada masalah cyst dan fibroid ni memang digalakkan mencuba suplemen yang saya sebutkan diatas. Selain itu, GLA Complex juga terdapat dalam set kesuburan. Seperti yang disebutkan oleh Dr. Hamid Arshat diatas, ketidakstabilan hormon juga boleh menyebabkan haid tidak teratur dan masalah kesuburan. Kita cuba berikhtiar dengan suplemen shaklee ye. Allah juga menuntut supaya setiap hambanya berikhtiar atas segala masalah/penyakit kerana setiap penyakit pasti ada penawarnya.

Lagipun vitamin Shaklee adalah vitamin semulajadi dan tidak membahayakan kesihatan anda. Tiada pewarna dan perisa tambahan malah setiap ramuannya telah diuji secara klinikal. Yang paling penting ianya HALAL dan ada kelulusan KKM. Sebab tu anda mesti pilih Shaklee!! =)

Ok lah, semoga entry ini bermanfaat kepada semua ye.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan suplemen Shaklee jangan malu-malu untuk menghubungi saya:

Jadual Pemakanan & Konsultasi PERCUMA!





No comments:

Post a Comment

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard