Tip Magnet Rezeki: Start Bright Series: Gempur Utara

Thursday, August 21, 2014

Start Bright Series: Gempur Utara

Assalamualaikum semua..

Dah lama nak tulis entry ni tapi asyik tertangguh. hehe

Sabtu 9 Ogos 2014 saya ada menghadiri program anjuran Master Puteri bertempat di Cinta Sayang Resort, Sungai Petani. Program tu diberi nama Start Bright Series, Gempur Utara. Dengar tajuk pun dah bersemangat kan.

Alhamdulillah program ni banyak mengubah persepsi saya terhadap shaklee dan memberi semangat yang lebih untuk membantu lebih ramai orang untuk berjaya.


Siap dapat notebook yang chomel ni. TQ Master Puteri..


Ok saya berminat nak share sedikit intipati daripada program ni.

# Kenali SHAKLEE #

Dalam program ni Master Puteri menegaskan kita perlu kenal shaklee sedalam-dalamnya. Bila kenal akan wujud la rasa cinta, baru la sentiasa bersemangat nak berjuang dalam Shaklee. Ada dua perkara yang perlu dikenali iaitu kelebihan BISNES dan PRODUK Shaklee.

BISNES SHAKLEE - MLM yang patuh syariah, menggunakan sistem yang adil.
PRODUK SHAKLEE - Selamat, Semulajadi, Berkesan. Ada ujian2 klinikal


Ini sebagai guide je, boleh la buat kajian sendiri melalui google, youtube dan bacaan2 lain k. Lagi banyak kita buat research lagi banyak ilmu kita akan dapat dan lagi semangat nak berbisnes sebab kita tahu, kita membawa BISNES & PRODUK yang baguss..

# Berpencen Dengan SHAKLEE #

Perkara kedua yang ditekankan adalah BAGAIMANA BERPENCEN DENGAN SHAKLEE?

Dalam bab ni, kita kena la berbincang dengan mentor/ upline sambil study segala manual dalam kit bisnes tu. Secara kasarnya keuntungan dalam Shaklee terbahagi kepada;

1. Untung runcit dari produk yang dijual
2. Bonus peribadi
3. Bonus kepimpinan (Upah guide anak2 buah)
4. Insentif setiap kali naik rank
5. Bonus kereta yang diberi cash. Ikut suka la nak beli kereta apa.
6. Convention (local & international)

Banyak kan... Ada tak tempat kerja sekarang yang bagi bonus banyak2 camni?
Master Puteri sempat bagi tips.. Car bonus tu sebagai penunjuk kepada kestabilan empayar kita. Tapi jangan fikir dan fokus sangat Car Bonus tu. Just fokus nak bantu anak cucu, car bonus akan datang tanpa disedari.

Ini la indahnya bisnes Shaklee. Sangat menggalakkan kita beri dan beri.. Bantu dan bantu. InsyaAllah kejayaan milik bersama.

# Merintis Jalan MASTER COORDINATOR #

Rank tertinggi dalam Shaklee adalah Master Coordinator. Perjalanan ke arah itu mesti jelas dalam minda. Kalau tak tau jalan macam mana nak sampai kan. Boleh sampai, tapi mungkin lambat. Hehe. Kalau baca sendiri dalam kit bisnes mungkin ada yang pening, so Master Puteri sarankan kita berbincang dengan mak/ mentor kita la.

Tips untuk mendaki rank ni

1. DECIDE - Bila nak naik satu2 rank tu
2. FOKUS - Peruntukkan 1-2 jam sehari. solid. untuk bisnes sahaja. Study produk, tulis blog, buat iklan dll.
3. TIMELINE - Jangan berkrompomi dengan timeline yang dah kita tentukan tu. Usaha sungguh2 untuk mencapai target. Jangan sekali-kali ada perasan " tak dapat pun takperrr" huhu...

Decide sekarang.. Kita nak apa sebenarnya.. long term, short term.. Contoh short term, nak guna untuk bayar baby sitter, nak bagi lebih sikit kat mak bulan2.. contoh la..

# Magnet Diri #

Perkara keempat yang dibincangkan adalah magnet diri. Macamana nak jadikan diri kita sebagai magnet?

1. Perlu suka diri sendiri dan suka apa yang kita buat.
Tanam sifat2 positif dalam diri, mulakan hari2 dengan perkataan2 dan suasana positif.

2. Apapun yang berlaku... SENYUM..
Master puteri sempat bercerita, waktu awal2 kenal Presidential Master Shareeza aka Kak Cery, Master Puteri nampak Kak Cery senyum sambil jalan sorang2 kat KLCC. Ciri2 mentor hebat!

3. Sukakan orang lain, orang lain akan suka kita.
Like attracts like.

4. Elakkan kondem, kritik atau post benda2 negatif kat FB. Contohnya.. " Geramnya tunggu giliran kat klinik ni..lembap!" Ni contoh Master Puteri bagi ye.. hehe.. Jangan post sebegitu, sebabnya nanti kawan2 lain pun turut berlumba2 komen keluh kesah yang sama tentang klinik di kawasan kejiranan depa... Seterusnya sepanjang hari itu, kita akan mendapat notification2 negatiff sahaja. Ni la antara cara benda2 negatif menyusup ke dalam minda kita.

5. Share.. Share la benda baik2 kepada kawan2. Tak semestinya tentang Shaklee ja, tapi semua la yang boleh dikongsi.

6. Self talk - bercakap dengan diri sendiri, apa impian kita dll. Yang penting mesti spesifik.. Jangan sebut benda2 negatif seperti "hutang"
________
Ok...dah habis baca ni.. Apa kita perlu buat???

Decide now!
Apa yang kita nak
Bagaimana nak capai?
Bila nak capai?



No comments:

Post a Comment

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard