Tip Magnet Rezeki: 6 Persediaan Perjalanan Jauh Sempena Cuti Sekolah

Saturday, September 13, 2014

6 Persediaan Perjalanan Jauh Sempena Cuti Sekolah

Assalamualaikum semua... Apa khabar..?

Wah.. Wah.. Wah.. Seronok benor tengok kawan-kawan update pakat balik kampung sempena cuti sekolah ye. Kalau tak balik kampung pun mesti bawak anak-anak bercuti kan. Musim cuti sekolah ni la peluang yang ada nak bawak anak cuti-cuti Malaysia.

Selalunya cuti-cuti ni mesti la akan melalui perjalanan yang jauh. Tak kira la sama ada becuti di kampung atau tempat-tempat menarik seluruh negara. Nak tempuhi perjalanan jauh tu mesti la buat persediaan sewajarnya. Semua pun tahu kan kalau musim cuti ni, bilangan kenderaan di jalan raya boleh la tahan banyaknya. Sesak sepanjang jalan termasuk la di lebuh raya. Di bawah ni saya kongsikan antara persediaan - persediaan yang harus kita lakukan.

1. Periksa kenderaan anda

Ini la yang paling penting bagi yang travel menggunakan kenderaan. Anda kena periksa keseluruhan kenderaan terutamanya keadaan tayar, brek, air yang mencukupi. Semak juga adakah sudah sanpai masanya untuk tukar minyak enjin dan lain-lain. Seeloknya bawak la ke pusat servis berdekatan.

Periksa kenderaan - gambar ihsan google ;)

2. Pakaian

Kereta dah ok, boleh la kemas-kemas pakaian diri, suami/isteri dan anak-anak. Pastikan pakaian yang dibawa mencukupi berdasarkan bilangan hari percutian anda. Untuk anak-anak mungkin perlu bawa pakaian lebih dari sepatutnya. Juga pakaian-pakaian yang sesuai dengan aktiviti semasa bercuti nanti. Nak mandi laut ke, nak melawat tempat bersejarah ke. Sebaiknya bawalah pakaian yang mudah serap peluh untuk aktiviti luar.

(Tadi saya terjumpa kat FB cara kemas pakaian paling sempoi dan jimat ruang. Cari-cari balik dah hilang pulak. hehe..)

Jangan tiru cara ini.. hehe

3. Kelengkapan anak

Selaian pakaian, jangan lupa kelengkapan anak yang lain seperti lampin pakai buang bagi anak yang masih kecil, botol susu, termos berisi air panas supaya mudah membancuh susu semasa dalam perjalanan dan makanan secukupnya. Kalau anak ada bantal busuk, selimut busuk dan apa-apa lagi la benda yang bercirikan 'sentimental value' ni jangan ditinggalkan pulak. Nanti terpaksa patah balik kan ke membuang masa tu.. ;)



4. Air kosong

Air kosong ni bukan untuk minum sahaja. Seeloknya bawalah lebih, kadang-kadang kereta tiba-tiba menjadi terlalu panas radiatornya akibat perjalanan yang panjang atau kesesakan sepanjang perjalanan.

5. Ubat-ubatan dan suplemen

Sekiranya anda ada mengambil ubat-ubatan, jangan la tertinggal pulak kan. Terutamanya ubat-ubatan yang yang memang wajib diambil sehari-hari.

Begitu juga dengan suplemen-suplemen anda sekeluarga. Antara suplemen yang paling penting semasa dalam perjalanan yang jauh adalah Cinch Energy Tea Mix. Yang ni sesuai untuk pemandu dan co-pilotnya supaya lebih bertenaga dan tidak mengantuk. Lagi satu elok sediakan Nutriferon sebagai immune booster anda sekeluarga. Perjalanan jauh kadang-kadang anak pun mudah jatuh sakit akibat cuaca panas diluar. Bila bercuti pulak, dengan aktiviti anak-anak yang biasanya agak lasak kan. Nama pun bercuti, harusla main bersungguh-sungguh kan. hehe.. Jangan lupa Vitamin C jugak tau, sangat berkesan kalau anda tiba-tiba dilanda selesema dan sakit tekak.

Ini cinch energy tea mix. Dalam bentuk sachet yang mudah dibawa.
Dalam tu ada 28 sachet.

Sustained released vita C + Nutriferon untuk dewasa

Chewable Vita C + Nutriferon untuk anak
Jangan lupa termometer untuk memantau suhu badan mereka
6. Doa



Semua dah ready... masa untuk bertolak! Jangan lupa doa ye kawan-kawan. Semoga perjalanan kita sentiasa dilindungi Allah. Selamat sampai ke destinasi. InsyaAllah. Saya juga doakan semoga anda dan anak-anak bergembira dan semoga percutian anda kali ini membawa penuh makna buat anda dan anak-anak tercinta.

Selamat bercuti! Assalamualaikum...


No comments:

Post a Comment

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard