Tip Magnet Rezeki: Fakta Menarik Tentang Anggur Muscadine a.k.a Anggur Muskat

Wednesday, September 24, 2014

Fakta Menarik Tentang Anggur Muscadine a.k.a Anggur Muskat

Assalamualaikum..

Siapa pernah dengar tentang anggur muscadine atau anggur muskat angkat tangan... hehe..

Siapa pernah dengar buah anggur? Mesti la semua orang tahu kan. Tapi tahukah anda, dalam banyak-banyak buah kat dunia ni, buah anggur antara buah yang disebutkan dalam Al-Quran. Menurut pembacaan saya, buah anggur ada disebutkan sebanyak 6 kali.

Antaranya:

"Kemudian, Kami tumbuhkan untuk kamu dengan air itu, kebun-kebun tamar (kurma) dan anggur. Kamu beroleh dalam kebun-kebun itu (berbagai jenis lagi) buah-buahan yang banyak, dan dari kebun-kebun itulah kamu beroleh rezeki penghidupan kamu."  [Surah Al-Mu'minuun : ayat 19]
"Lalu kami tumbuhkan biji-bijian, anggur, dan sayur-sayuran, zaitun dan kurma (di bumi itu)." [Surah Abasa : Ayat 27-29]
Anggur pastinya bukan buah biasa, pasti banyak manfaatnya, malah ada sejarahnya tersendiri di zaman Nabi Nuh A.S. Dari segi kesihatan pula sangat banyak manfaatnya. Dari beberapa kajian yang dijalankan, resveratrol dalam anggur dikatakan mampu mengurangkan risiko kanser payudara, kanser hati, kanser usus dan penyakit jantung.

Terdapat pelbagai jenis anggur di dunia. Salah satunya adalah Anggur Muscadine yang dikatakan anggur yang paling banyak khasiatnya dari segi kesihatan. Ianya sebesar bola pingpong, berkulit agak keras berbanding anggur lain dan hidup dikawasan ekstrim.

Kat Malaysia ni memang sukar dijumpai anggur muscadine ni. Walau bagaimanapun, ia dikatakan sudah lama menjadi hidangan masyarakat di benua Amerika dan Eropah, dikatakan mula dinikmati secara komersial pada zaman Mesopotamia (Di antara negara Turki & Iran)

FAKTA MENARIK TENTANG ANGGUR MUSCADINE

1. Anggur muscadine tumbuh di kawasan yang panas dan lembab, tidak seperti anggur lain yang memerlukan tempat yang dingin.

2. Ia juga dikenali sebagai Super Grapes kerana saiznya yang sebesar bola pingpong!

3. Kulit anggur muscadine tebal dan keras, berbanding anggur lain.

Anggur Muscadine mempunyai kulit yang teba dan keras


4. Anggur muscadine tidak disembur dengan air dan bahan kimia kerana ia mampu menahan suhu panas dan melindungi diri sendiri dari bakteria dan fungus.

5. Anggur muscadine adalah satu-satunya anggur yang mempunyai 20 pasang kromosom. Anggur lain hanya ada 19 pasang kromosom sahaja.

Anggur Muscadine mempunyai 20 pasang kromosom

6. Anggur muscadine juga satu-satunya anggur yang tidak memerlukan semburan pelindung dari makhluk perosak.

7. Ia juga mempunyai kandungan ORAC (Oxygen Radical Absorbing Capacity) yang tertinggi yang pernah dikaji. Ianya 6-8 kali ganda lebih tinggi berbanding Blueberries.

Anggur Muscadine mempunyai kandungan ORAC paling tinggi


8. Kaya dengan anti oksidan yang dikenali sebagai Oligomeric Proanthocyanidins (OPC). OPC dikatakan mempunyai kuasa anti oksida yang lebih kuat berbanding Vitamin E dan C.

9. Anggur muscadine mempunyai kadar resveratrol 6 kali lebih tinggi dari anggur biasa.

10. Ia juga merupakan satu-satunya anggur yang mempunyai Ellagic acid yang anti kanser & radang.

Bila baca kelebihan-kelebihan anggur muscadine ni rasa teringin pulak nak makan. Malangnya bukan senang nak dapatkan buah anggur muscadine kat Malaysia tercinta ni. Walau bagaimanapun, anda masih berpeluang menikmati khasiat anggur muscadine ni dalam Vivix Shaklee memandangkan ianya adalah salah satu bahan utama dalam Vivix! Menarik kan... Hari-hari pun boleh ambil anggur muscadine kalau macam ni.

Bahan-bahan yang terdapat dalam vivix

Lebih menarik lagi, anda boleh dapat khasiat dari gabungan 4 tumbuhan hebat ni dalam hanya satu sudu teh vivix sehari.. Saya ada kupas tentang Khasiat Purple Carrot dalam entry yang lepas, tak kurang hebatnya khasiat purple carrot tu. Kesimpulannya Shaklee hanya memilih ramuan terbaik untuk produk-produknya. Semestinya ada ujian kualiti dan ujian-ujian klinikal bagi menjamin kualiti dan keberkesanannya.



Siapa Patut Ambil Vivix?

Pesakit kanser
Pesakit jantung
Pengidap diabetes
Darah tinggi
Tinggi kolesterol
Mengurangkan risiko penyakit-penyakit diatas
Menjaga kesihatan keseluruhan

Sekiranya anda ingin mencuba Vivix Shaklee, beserta konsultasi percuma dan berterusan boleh hubungi saya ok.



No comments:

Post a Comment

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard