Tip Magnet Rezeki: Idea Ajar Anak Bersedekah Yang Paling Mudah

Sunday, October 19, 2014

Idea Ajar Anak Bersedekah Yang Paling Mudah

Assalamualaikum..
Harini nak cerita tentang sedekah. Sejak berkecimpung dengan family busnes shaklee ni, saya banyak diingatkan tentang sedekah. Betapa pentingnya sedekah tu sebenarnya, tapi saya baru sedar masa umur dah mencecah 20an ni.. Hehe. Saya pun terpikir nak ajar Muhammad kenal erti sedekah lebih awal.

Pembantu peribadi ummi..

Sebelum ni memang dah terfikir nak ajar Muhammad bersedekah tapi tak terbuat-buat pun lagi. Dia belum pun cukup tiga tahun, tapi masa kecil ni la saya rasa dia patut dilatih kan. Niat tu asyik tergendala ja sampai la saya dapat peluang tu secara tak sengaja..

Bulan lepas, singgah solat di masjid. Dia bagitau pampers dah penuh lepas saya solat tu. Padahal dia nak main air lepas tengok saya amik wudu' sebelum tu. Layankan aja la, bukak pampers dan bawak ke bilik air. Masa tu perasan ada syiling dalam poket seluarnya.


Lepas pakaikan seluar kat dia, saya keluarkan syiling tu.. Ada dalam lima puluh sen je pun. Saya bawak Muhammad ke tabung masjid dan mintak dia yang masukkan duit tu. Alhamdulillah rasa lega sebab niat saya sebelum ni dah tertunai. Biar la dia faham je tak pun. Hehe

Lepas tu dah tak fikir apa pun, tak expect pun dia boleh ingat dan amalkan apa yang saya ajar buat pertama kalinya tu. Tapi semalam, setelah hampir sebulan.. Saya sekali lagi singgah di masjid untuk solat. Masjid lain, bukan masjid yang sama dengan haritu. Sebelum turun kereta, excited bukan main.. "Ummi....nak duit umi, nak buh dalam tabung"

Ummi ni terkesima kejap. Wah.. Dia ingat lagi rupanya. Alhamdulillah boleh la jadi reminder ummi yang alpa ni. (Selalu masuk masjid dengan tangan kosong...huhu)

Semoga Muhammad terus ingat untuk memberi sumbangan ke tabung masjid sampai bila-bila.

Amin...

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard