Tip Magnet Rezeki: Piala Malaysia 2014 : Harap Kedah Berjaya Ke Final!

Monday, October 20, 2014

Piala Malaysia 2014 : Harap Kedah Berjaya Ke Final!

Siapa ada tengok siaran langsung Piala Malaysia semalam? Walaupun saya jarang tengok TV, siaran langsung semalam sememangnya wajib ditonton. Hehe. Sebab negeri kelahiran saya, Kedah Darul Aman telah layak ke separuh akhir piala malaysia dan semalam kedah berentap dengan pasukan Pahang Darul Makmur.

Sambil tengok tu kepala dah berdenyut-denyut (sebelum tu kena hujan) sampai terpaksa pi dapur sat untuk telan ostematrix dan b complex. Ditambah kehangatan merebut Piala Malaysia pulak kan...memang mendebarkan dan bertambah kesakitan itu. Hihi

Apa pun, memang terbaik lah prestasi Kedah semalam. Memang selayaknya Kedah menang dengan jaringan besar. Keputusan semalam 3-1 harap  Kedah mampu pertahankan kemenangan masa perlawanan di Stadium Darul Makmur nanti.


Saya suka sangat tengok semangat para penyokong Kedah di stadium Darul Aman. Meremang bulu roma kalau dengar lagu keramat bola sepak Kedah. Camni ha liriknya..

Yakinkanlah diri sendiri
Berjuanglah sejiwa murni
Tekun berani sesungguh hati
Demi sukan mengharung negeri

Biar jasa jadi kenangan
Hijau Kuning lambang kemegahan
Jelapang Padi tempat sanjungan
Negeri Kedah Darul Aman

Kedah, Kedah pantang kalah
Walau sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bujur lalu melintang patah

Hijau Kuning tanahku
Darul Aman negeriku
Hijau kuning darahku
Negeri Kedah negeriku

Kedah, Kedah pantang kalah
Walau sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bujur lalu melintang patah

Hijau Kuning tanahku
Darul Aman negeriku
Hijau Kuning darahku
Negeri Kedah negeriku
Negeri Kedah negeriku

OLE-OLE-OLE-OLE

KEDAH JUARA!
KEDAHLAH JUARA!!

OLE-OLE-OLE-OLE


Lagu ni kalau dihayati sepenuhnya memang menaikkan semangat! Teringat masa orientasi di Kolaj Matrikulasi Melaka, bila dibahagikan ikut negeri dan disuruh menyanyikan lagu negeri, kami nyanyi lagu ni la selain lagu rasmi negeri kedah tu. Hehe. Meriah betul masa tu.

Bertemu lagi di stadium darul makmur jumaat ni.

PULUN KEDAH PULUN!!!

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard