Tip Magnet Rezeki: Tips Senaman Di Rumah Tanpa Perlu Bersusah Payah

Tuesday, October 14, 2014

Tips Senaman Di Rumah Tanpa Perlu Bersusah Payah

Seminggu yang lepas saya pergi branch, kebetulan kat situ ada pemeriksaan kesihatan percuma. Lepas beli barang saya pun pegi la buat health check tu.

Dipendekkan cerita.. Hasilnya.. BMI saya masih normal (Alhamdulillah) walaupun rasa macam makan banyakkk ja. Haha.. Walaupun BMI normal, saya kekurangan otot, lemak je lebih. Bila kekurangan otot, metabolisma kurang dan badan akan cenderung mengumpul lemak, bukan bakar lemak.. Huhu

Pernah tengok perbandingan otot dan lemak? Macam ni haa.. Sebab tu kadang-kadang kita tengok badan sama je berat dengan kawan sebelah ni, tapi apesal la badanku lebih kembang dari beliau..? Hehe.. Banyak lemak la tu..

senaman bantu bina otot dan bakar lemak
Perbandingan Otot dan Lemak

Nutritionist pesan, saya kena amik lebih protein untuk meningkatkan otot dan tambah lecithin sebagai suplemen harian saya untuk bantu pembakaran lemak. (Memang dah amik ESP untuk sumber protein dan omega untuk bakar lemak, tapi tak konsisten...kuang3x..)

Keyword: KONSISTEN!

esp dan cinch shake membantu bina otot dan pembakaran lemak
Selain ESP, Cinch Shake juga adalah protein hebat yamg membantu anda
meningkatkan otot dalam badan

Lepas check up tu saya terus konsisten dengan ESP dan ambil lecithin sebelum makan. Sekarang dah seminggu la. Dan hasilnya...saya perasan perut dah kurang buncit ni. Tang lain tak nampak lagi la. Saya juga nekad untuk bersenam secara kecil-kecilan. Hehe.. Senaman pun penting ye adik-adik, untuk pembentukan otot anda..


BERSENAM MEMBANTU PEMBENTUKAN OTOT

Terus terang cakap.. Saya memang ada penyakit 'M' bila sebut bab bersenam ni. Tapi saya dah jumpa jalan penyelesaiannya! Harap cara ini juga boleh membantu anda semua. Anda boleh lakukannya dirumah sahaja, tanpa perlu keluar ke taman mahupun gymnasium.

1. SENAMAN CUCI PINGGAN

Macam pelik sikit bunyinya.. Tapi anda boleh cuba ye, angkat sebelah kaki sambil-sambil cuci pinggan kat sinki tu. Ia boleh membantu menguatkan otot kaki, mengukuhkan bahagian buku lali, lutut dan pinggul.

2. MENYAPU SAMPAH

Haa...jangan tak tahu, sambil-sambil menyapu pun boleh bersenam, tapi kena la menyapu dengan riang gembira, jangan moncongg je mulut tu. Hehe.. Gayakan dengan sedikit tarian yang anda suka, kalau boleh sambil diiringi muzik kegemaran. Wahh mesti bersih bersinar-sinar rumah anda lepas tu.

3. KETIKA BERUS GIGI

Tau tak sambil-sambil berus gigi anda boleh buat senaman squat. Camna senaman squat tu? Boleh tengok gambar dibawah ye. Tapi orang kat bawah ni tak la buat sambil gosok gigi. Hehe. Yang penting perhatikan kaki beliau.

squat bantu bina otot bahagian pinggang ke bawah
Cara Squat Yang betul
Buka kaki sikit, turunkan badan dan pastikan lutut selari dengan hujung kaki kita. Yang penting, punggung tu bagi lentik sikit. Hihi.. Kalau tak betul caranya boleh kena sakit lutut tau.

Buat la dalam bilangan yang sesikit untuk permulaan, dah biasa nanti boleh tingkatkan sedikit demi sedikit. Nampak macam senang tapi...try la kome buat dulu.. Hahaha

Apa faedahnya senaman squat ni?

>> melatih stamina
>> menguatkan lutut dan mencegah arthritis
>> menguatkan otot bahagian peha dan punggung (pejal gitu)

Baca yang last tu mesti semua nak try kan.. Buatla, nanti badan anda rasa fit! (Ramai cakap camni)

4. NAIK TURUN TANGGA

Untunglaa rumah sape ada tangga. Senaman naik turun tangga juga boleh membentuk pinggul yang cantik dan menguatkan otot kaki. 10-15 minit sehari sudah memadai.


5. SAMBIL TENGOK TELEVISYEN

Wah..senaman sambil tengok TV ni dah dikira kemalasan tahap tertinggi ni. Kalau tak buat jugak tak tahu ler.. (Psiko diri sendiri).. Hehehe.. Sambil-sambil golek tengok tv dengan anak pun boleh bersenam. Camni caranya.. Saya petik dati FB Kevin Zahri. Baik untuk menguatkan otot perut.


6. PLANK

Yang ni plank cara basic, nampak je senang, boleh menggigil tangan ye adik-adik. Mulakan dengan 10 saat, pastu boleh tambah sehingga seminit sekali buat. Senaman plank ni boleh menguatkan otot perut dan bahagian tengah badan.

Plank untuk wanita pun boleh buat macam ni


7. PUSH UP

Tentu ramai dah pernah buat push up ni kan. Baik untuk menguatkan otot tangan dan bahagian tengah badan. Buat la seberapa banyak yang boleh. Tapi macam biasa, mulakan dengan bilangan yang sedikit sesuai dengan kemampuan anda. Ni cara push up yang sesuai untuk wanita.



Sebenarnya banyak lagi senaman-senaman mudah yang anda boleh lakukan dirumah. Contohnya macam kat bawah ni, boleh pilih ikut kesesuaian anda..


Haa.. Dah nampak kan, senang je sebenarnya nak pastikan kita kekal sihat dan cergas. Tiada lagi lemak-lemak berlebihan yang terkumpul dalam badan. Bila kita bersenam, otot-otot akan bekerja, bila otot bekerja, lemak akan dibakar bagi menghasilkan tenaga.

Sebenarnya ada makanan tambahan yang boleh bantu percepatkan pembakaran lemak ni. Boleh baca sini..


Semoga entry saya kalini membantu anda semua ok..

Kalau ada soalan atau nak tahu suplemen yang boleh membantu anda meningkatkan otot dan mempercepatkan pembakaran lemak boleh hubungi saya.

Whatsapp: 013-3353751

2 comments:

  1. Plank tu yg paling hazab sengsara tu... klu naik turun tangga tu mmg hari2 buat, berkali-kali...

    ReplyDelete
  2. Hi admin, i try based ony our tips kt post ni. pergh, first day mmg tk larat. lemak tepu huhuhu, ni skrg dh smeinggu try. alhamdulillah. nk kata fleksible tu tkde la, tp i rse best je badan. selain lose weight, bagus je utk badan i strechting. hehe.
    Anyway, jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.

    >>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<

    ReplyDelete

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard