Tip Magnet Rezeki: Apa Yang Kita Fikir, Rasa, Buat & Cakap Adalah Doa

Friday, November 7, 2014

Apa Yang Kita Fikir, Rasa, Buat & Cakap Adalah Doa

Selepas mengikuti IMKK pada 23-26 Oktober lalu ayat ni antara yang paling kuat tersemat di minda. Apa yang kita fikir, rasa, buat dan cakap adalah DOA.

Siap lekat kat workstation lagi ha..


Inilah antara perkara pertama yang ditekankan oleh Dr Azizan Osman. Kita selalu kena jaga apa yang kita fikir, rasa, buat dan cakap. Kalau tak kita lebih cenderung untuk cakap, fikir dan buaf perkara-perkara negatif. Bila fikir, cakap, buat yang negatif, maka berganda-ganda perkara negatif akan datang.

Same goes to me 2-3 hari ni. Manusia mudah alpa.. Huhu.. Ikuti status FB saya tadi, saya copy paste sini la ye..

Nak share sikit..

Muhammad kan dah free diapers waktu siang..

Setiap kali nak terkucil dia akan bgtau la.

Akhir² ni selalu sangat dia nak terkucil time saya nak solat.
Stresss.. Pastu saya cakap kat dia..

"Muhammad ni, elok ummi pakai telekung ja nak kencing, ummi pakai telekung ja nak kencing...sajaa ja..grrr"

(beletiaq standard mak² kan..)

Tau tak apa jadi...

Lepas tu betul² setiap kali nak solat dia nak kencing.. Subuh tak la sebab dia tidoq lagi.

Zuhur... Asar.. Maghrib... Huhuhu...

Kebetulan? Atau 'doa' saya telah dimakbulkan?

P/s: Apa yg kita cakap, fikir, buat adalah doa... Dan doa ibu terhadap anak antara doa yg paling makbul dgn izinNya.
P/s/s: hati² dengan apa yg kita cakap, fikir, buat...
-----

Begitulah kisahnya yang berlaku kat saya 2-3 harini. Sampai saya terfikir dan beristighfar.. Huhu.. Insaf..

Allah baru uji sikit saya dah merungut lebih-lebih. Allah nak uji saya untuk jadi insan penyabar. InsyaAllah saya adalah ummi yang penyabar mulai hari ini.

Muhammad akan genap 3 tahun esok. Alhamdulillah.. Syukur atas nikmat anak yang soleh, comel, cerdik dan banyak cakp ni. Hehehe..


No comments:

Post a Comment

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard