Tip Magnet Rezeki: Kegilaanku

Sunday, November 16, 2014

Kegilaanku

Taktau nak letak tajuk apa.. Haha boleh gitu?

Saya ada satu hobi, dari kecik lagi, saya suka sangat beli buku. Kononnya ulat buku la. Haha.. Kecik-kecik dulu saya suka mintak ayah belikan komik je la. Doraemon la, ntah apa-apa lagi la, tapi jarang la dapat sebab ayah lebih suka belikan saya buku/majalah ilmiah.

Antara majalah yang saya masih ingat Kuntum, Dewan Pelajar, Tunas Sains.. Apa lagi aa.. Tapi semuanya ilmiah je la. Ayah tak bagi beli komik-komik tu. Membazir kata ayah.

Dah besar sikit, sekolah menengah, masuk hostel. Kawan-kawan perkenalkan novel. Tapi tak kena dengan jiwa. Sebuah novel kalau saya baca sebulan belum tentu habis la. Saya lebih suka baca komik. Antaranya Budak Getah, Penyiasat Remaja, Detektif Conan. Hasilnya... Cita-cita saya masa form five adalah DETEKTIF.

Detektif hokayy. Tak dapat kubayangkan!! Haha..

Dah habis sekolah, masuk matrik, minat masih sama. Komik, majalah komik. Sebab dah pegang duit sendiri, bebas beli majalan/komik. Bertong-tong la majalah komik yang saya miliki. Antaranya Arena, Gempak Starz, Utopia apa lagi ntah tak ingat sangat. Pastu suka jugak majalah ujang. Baca dan sengih sorang-sorang.

Masuk Universiti pun masih sama ja genre buku/majalah yang saya baca. Haha. Kononnya baca komik, tengok anime boleh mengasah minda, lebih kreatif, release tension. Layannn..

Bila masuk alam pekerjaan, minat saya mula berubah. Agak drastik perubahannya. Saya lebih suka baca buku² motivasi. Tak lupa juga buku-buku keagamaan. Alhamdulillah. Berubah juga akhirnya. Hihi.. Dalam masa yang sama saya dah pandai baca novel! Tapi satu-satunya penulis novel yang diterima adalah Ramlee Awang Mursyid. Novel lain tak layan.

Tapi sejak berkecimpung dalam bidang perniagaan, saya lebih minat membaca buku-buku perniagaan, pengurusan kewangan, motivasi pun baca lagi, buku keagamaan pun ada jugak. Pantang jumpa buku mesti nak beli. Hasilnya berlambak buku yang belum diselak walaupun sehelai.

Baru-baru ni kan ada pesta buku PTS, harga buku serendah rm3.. Tak ke menjadi-jadi kegilaan saya ni. Haha.. Saya dapat beli berbelas buah buku dengan harga rm100 je.

Takpe..takpe.. Saya akan baca sedikit demi sedikit. Hehe.. Jom tengok koleksi buku saya. Tapi majalah2 komik banyak dah masuk kotak dah. Yang hilang pun banyak, adik2 amik baca kot dulu.






Bawah sekali ni antara komik kesayangan saya, sebab tu masih ada disitu. Minat sangat penyiasat² ni. Cuma sekarang takda masa lagi nak baca komik, banyak benda lagi penting nak dibuat. Hehe.

Rak buku pun dah makin nazak. Salah satu impian saya adalah mewujudkan sebuah library dirumah. Baru boleh muat rak yang besar dan gagah. Hehe. Akibat kegilaan saya membeli buku ni, buku-buku saya pasti beranak dari semasa ke semasa. Cabaran saya sekarang adalah mencuri masa dan merajinkan diri membaca buku-buku tersebut.

Sekian..

1 comment:

  1. Saya pon minat beli buku, niat memang nak baca, tapi... banyak pulak alasan... hahahahha

    ReplyDelete

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard