Tip Magnet Rezeki: Kegunaan Garam Bukit Yang Patut Anda Tahu

Thursday, November 13, 2014

Kegunaan Garam Bukit Yang Patut Anda Tahu

Assalamualaikum semua, apa khabar. Seperti yang dijanjikan kat FB saya nak cerita tentang kegunaan garam bukit yang saya baru je tahu ni. Nampak macam garam kasar biasa, cuma warnanya agak keperangan.


Sebelum ni saya tak pernah ambil tahu pun tentang kegunaan garam bukit ni. Rupa garam bukit pun tak tahu macam mana. Hehe. Sampai la saya join IMKK Dr Azizan pada bulan lepas. Boleh dikatakan setiap hari dalam kelas 4 hari 3 malam tu Dr Azizan cakap pasal garam bukit. U all dah beli garam bukit? Dah start mandi garam bukit? Camtu la.

Dr Azizan juga bagi tau kegunaan garam bukit ni untuk memelihara aura kita dari anasir-anasir negatif. Biasa la hidup kita sehari-hari ni mesti ada ja kesan-kesan negatif yang hinggap. Contoh, terrrrbaca gosip, terrrrsangka yang tak baik terhadap orang lain. Eh macam-macam lagi la sebenarnya yg membuatkan aura negatif terpalit pada kita. Salah satu cara untuk membersihkan diri adalah dengan mandi garam bukit la selain sentiasa istighfar, solat sunat taubat dan lain-lain.

Berbalik kepada kisah saya tadi, lepas IMKK tu terus cari garam bukit, saya beli online 2kg dengan harga rm50 termasuk pos. Lepas tu terus start guna la setiap hari mesti mandi air garam bukit sekali. Antara kegunaan lain garam bukit kan untuk menghindar gangguan syaitan. Ada digunakan juga dalam perubatan islam. Jadi, saya terfikir untuk gunakan pada anak saya, Muhammad Rayyan Aziz. Kenapa?

Kisah anak saya yang saya tak pernah cerita dari dulu. Jeng...jeng..jeng... Memang saya tak tulis perkara yang tidak elok dalam blog atau FB sebab benda negatif akan mempengaruni diri saya dan orang lain. Sebab apa yang kita tulis kan doa.. Disebabkan sekarang dah ok, boleh la saya cerita sebagai pedoman sekiranya ada orang yang mempunyai masalah yang sama.

Anak saya dari dulu memang sukar tidur malam. Sejak dalam pantang kot. Lepas pantang pun anak saya akan menangis sekuat-kuatnya waktu maghrib. Bayangkan stress nya saya waktu tu, masih bekerja di KL, balik kerja hadap jamm, sampai rumah masak untuk makan malam, anak pulak nangis tak berhenti. Lepas maghrib baru dia tidur, saya pun pengsan sekali.

Dah besar sikit, tak la nangis masa maghrib, tapi bila suka meracau waktu tidur. Menangis-nangis tanpa sebab waktu malam, mata pejam je. Pernah beberapa kali juga cuba rawatan perubatan islam, ok la sikit. Pastu jadi balik walaupun berkurangan la meracau tu. Memang jarang sangat saya dapat tidur yang lena dan berkualiti sampai la umur dia dah nak masuk 3 tahun. (Dah macam jaga baby pulak). Sebelum tido memang ajak dia baca alfatihah, ayat kursi, 3 qul... Baca sama² (walaupun dia baca ikut 'bahasa' dia la).. Pastu hembus kat telinga dan ubun-ubun.

Walaupun jerit-jerit dah takde, kaki dia boleh tahan la ganasnya. Hehe. Selalu je saya dapat sepakan padu tengah-tengah malam dari dia. Menendang² kakinya. Sabor je la kan.

TAPI...!! ALHAMDULILLAH.. Saya bersyukur sangat semua tu dah tak berlaku sejak 2 minggu ni. Kan Allah kata, ikhtiar je.. Mesti ada penawarnya. Dengan izinNya lepas amalkan mandi garam bukit setiap petang, sekarang dia tidur lena, tak meracau dan statik pulak satu tempat je, takde tendang-tendang kaki lagi dah. Minum susu pun sekali je dalam pukul 5. Elok-elok nak kejut ummi dia tahajud kot. Hehe.. Kalo tak  2-3 botol tau dalam 1 malam. Adeihh..kalah baby.


Semoga berkekalan macam ni la ye Muhammad, anak soleh ummi. 8hb aritu dah genap umurnya 3 tahun, dah besar pun.. Bukan baby lagi. Hihi. Doakan Muhammad ye aunty/uncle semua..

Oh ya... Cara nak guna garam bukit tu camni.. Ambil segenggam, campur sebaldi air. Kacau-kacau lawan arah jam sambil selawat. Pastu mandi untuk mandian last tu, lagi bagus kalau tak bilas air lain dah.

Selamat beramal ye!


1 comment:

  1. Salam sis..boleh sy tau mne nk dpt garam bukit mcm sis beli tu..kalau boleh wasap sy 019 3721676

    ReplyDelete

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard