Tip Magnet Rezeki: January 2015

Thursday, January 15, 2015

Maaf, saya tak jual perabot!

Cerita hari ini : Maaf saya tak jual perabot

(Amaran! Kisah ini agak panjang)

Keluar rumah sejak pagi tadi, petang baru setel semua 5-6 urusan. Alhamdulillah.

Taktau la kenapa harini semua mesin atm boikot saya.

Atm 1
Elok saya sampai, guard kunci pintu.
Mungkin nak keluar/masukkan duit. Mesti lama, taknak tunggu, pergi atm lain.

Atm 2 - petrol station
Ada juga org duk godek2 mesin atm, macam rosak.

Atm 3
Patah balik ke atm 1 tadi. (Balik dari branch)
Tetiba mesin atm tu hang pulak dalam 30 saat. Lepas dah ok tu, check baki lesap rm200. (Dia dah tolak yg masa hang tadi) - hrp dapat balik duit tu nanti.

Atm 4
Punya la panjang beratuq sampai pintu. Tiba giliran, tekan2 tak dapat. No pin salah! Grrr... (Tolong widhtraw duit orang)

Atm 5
Dah dapat no pin yg betul, tekan² service unavailable pulak. (Guna meps)

Atm 6
Patah balik ke atm 1. Alhamdulillah dapat la amik duit tu.

Masa nak pos barang yang beli kat branch tadi, sambil2 beratur kat pejabat pos, check maybank2u.

Ada orang transfer duit ke akaun saya. Description: XXX FURNITURE.
Termenung kejap sambil bermonolog bila pulak aku jual perabot? (Confirm! saya jual Shaklee je, x pernah jual perabot)

Bayangkan harga perabot.. Bukan rm50 bukan rm80 bukan rm100. Bukan rm200. Hehe..

Rezeki terpijak? Haha.. Ujian ni.

Jadi, apa patut saya buat sebenarnya?

Rakan² yg kerja bank, mohon nasihat. :)

--------

Hehe. Ini status FB saya petang ni. Saja nak abadikan dalam blog ni sebagai kenangan.
baca lagi

Monday, January 12, 2015

Diary of Muhammad Rayyan Aziz : Gediks nak gi sekolah

Tahun ni Muhammad bakal 4 tahun, tapi lambat lagi la, bulan 11. Jadinya ummi tak bercadang pun nak masukkan Muhammad ke mana-mana sekolah. Kan baby lagi.. haha. Tapi bila sepupu MRA, Habiburrahman masuk tadika dia pun gedik-gedik la nak sekolah jugak.

Hari pertama Habib masuk sekolah, dia mendesak-desak ummi, " Mamad nak pi sekolah.. Mamad nak pi sekolah.." Selang 2 minit.. " Ummi, mamad nak pi sekolah.."

Akhirnya ummi tewas! Hehe.. Ok la, esok kita pi beli baju sekolah dan amik gambar bersaiz pasport. Nak daftar ke tadika Kemas dekat rumah ni ja.

Tak dapat bayangkan budak ni nak ambil gambar di kedai gambar esoknya, ummi train la dia awal-awal. Bagitau siap-siap, esok Muhammad duduk atas kerusi camni, ada orang nak ambil gambar. Siap ajar dan pesan berkali-kali. Muhammad tak perlu angkat peace2 tu. Duduk tegak-tegak, senyum sikit ja. Jangan over sangat. Entah la paham ke idak. Hehe.

Esoknya, dalam kereta training lagi, konon-konon nak amik gambar dah ni. tengok la apa dia buat...


Gambar ni mendapat kritikan dikalangan kawan-kawan ummi di FB. Hahaha..


Ummi dah risau, boleh ke dia nak amik gambar elok-elok sikit ni. Sampai di kedai, mmm... Boleh dia buat muka cuak. Ummi dah agak dari awal lagi, memang akan jadi camni. Langsung tak nak tengok kamera. Siap gigit-gigit jari. Hadoi geram pulak ummi.

Berkali-kali snap, akhirnya... Ini la gambar paling OK pun..


Budak bertuah! Esok kita ke sekolah ye..

baca lagi

Thursday, January 1, 2015

Meal Shakes Mampu Atasi Masalah Anak Sembelit

Pernah dengar sembelit? Tipu la tak pernah dengar sembelit. Hehe. Kalau kita yang dewasa ni menderita sangat rasa bila kena sembelit kan, kanak-kanak yang lemah tu apatah lagi.

Saya pernah alami masalah anak sembelit ni. Tapi masa tu MRA baby lagi la. Anak first katakannn. Anak tak buang air besar dua tiga hari dah cuak muak dah. Siap gi tanya kat doktor cemana nak buat haa. Mudah ja, doktor pun tunjuk la caranya. Basahkan jari kelingking, letak sabun dan korek-korek sikit kat lubang b*nt*t dia tu, macam merangsang kat tempat tutt.. hehe.

Balik rumah terus try, bersembur-sembur keluar ha..kikiki.. Masa tu MRA baru 3 bulan gitu. Kecik lagi ha. Alhamdulillah dah besar-besar ni takda dah masalah sembelit budak tu. Kalau tak, mungkin mati kutu jugak ummi nak uruskan. hehe.

Macam mana nak atasi masalah anak sembelit ni?

1. Pantau pemakanan anak. Pastikan anak mengambil serat yang cukup. Galakkan anak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran.

2. Ambil air kosong secukupnya.

3. Ambil suplemen mudah hadam.

Saya nak tekankan yang nombor 3 tu. Sejak MRA 2 tahun lebih, saya beri meal shakes. MRA kurang suka suplemen berbentuk pil, jadi meal shakes sememangnya pilihan terbaik. Mudah sangat, hanya campurkan meal shakes dalam minuman kesukaan dia ja.

Meal shakes ni bertindak sebagai multivitamin. Ia kaya dengan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu.

Bagaimana Meal Shakes membantu mengurangkan sembelit?

Meal Shakes kaya dengan serat, ia membantu menyingkirkan lemak berlebihan danbahan buangan daripada usus. Meal Shakes diperbuat daripada bahan semulajadi seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain.

Lactalbumin tu apa?

Lactalbumin adalah bahan terbaik yang mengandungi organisma protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga dewasa.


Jom kawan-kawan.. Kita beri yang terbaik untuk anak kita. Selain mengurangkan sembelit, anak kita dapat la nutrien yang seimbang seterusnya mengurangkan risiko jatuh sakit.

Hubungi saya untuk penerangan lanjut ye.

Pm Facebook saya Syakirah Kapli
atau boleh whatsapp 013-3353751.

Atau, bagi memudahkan anda,
anda boleh buat belian terus di SINI
baca lagi
 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard