Tip Magnet Rezeki: Diary of Muhammad Rayyan Aziz : Gediks nak gi sekolah

Monday, January 12, 2015

Diary of Muhammad Rayyan Aziz : Gediks nak gi sekolah

Tahun ni Muhammad bakal 4 tahun, tapi lambat lagi la, bulan 11. Jadinya ummi tak bercadang pun nak masukkan Muhammad ke mana-mana sekolah. Kan baby lagi.. haha. Tapi bila sepupu MRA, Habiburrahman masuk tadika dia pun gedik-gedik la nak sekolah jugak.

Hari pertama Habib masuk sekolah, dia mendesak-desak ummi, " Mamad nak pi sekolah.. Mamad nak pi sekolah.." Selang 2 minit.. " Ummi, mamad nak pi sekolah.."

Akhirnya ummi tewas! Hehe.. Ok la, esok kita pi beli baju sekolah dan amik gambar bersaiz pasport. Nak daftar ke tadika Kemas dekat rumah ni ja.

Tak dapat bayangkan budak ni nak ambil gambar di kedai gambar esoknya, ummi train la dia awal-awal. Bagitau siap-siap, esok Muhammad duduk atas kerusi camni, ada orang nak ambil gambar. Siap ajar dan pesan berkali-kali. Muhammad tak perlu angkat peace2 tu. Duduk tegak-tegak, senyum sikit ja. Jangan over sangat. Entah la paham ke idak. Hehe.

Esoknya, dalam kereta training lagi, konon-konon nak amik gambar dah ni. tengok la apa dia buat...


Gambar ni mendapat kritikan dikalangan kawan-kawan ummi di FB. Hahaha..


Ummi dah risau, boleh ke dia nak amik gambar elok-elok sikit ni. Sampai di kedai, mmm... Boleh dia buat muka cuak. Ummi dah agak dari awal lagi, memang akan jadi camni. Langsung tak nak tengok kamera. Siap gigit-gigit jari. Hadoi geram pulak ummi.

Berkali-kali snap, akhirnya... Ini la gambar paling OK pun..


Budak bertuah! Esok kita ke sekolah ye..

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard