Tip Magnet Rezeki: Allah pilihkan Handphone.. Terbaik.

Saturday, May 23, 2015

Allah pilihkan Handphone.. Terbaik.

Allah Pilihkan Handphone

Assalamualaikum semua. Pe khabar, semoga sihat semuanya ya.

Harini nak cerita sikit tentang Teknik BAD. Ramai tanya teknik ape tuh? Sebenarnya BAD ni singkatan bagi Bertanya Allah Dahulu. Konsep yang sepatutnya kita dah lama tahu. Kita selalu lupa, dah buat sesuatu, tak berjaya.. baru nak rujuk Allah. Buang masa sebenarnya!

Sepatutnya sebelum buat sesuatu, kita tanya Allah dulu. InsyaAllah, Allah lorongkan kita ke jalan terbaik. Caranya hanya dengan sentiasa berdialog dengan Allah. Mengadu, luahkan, minta apa yang kita nak.

Untuk lebih memahami teknik ni, saya cadangkan anda dapatkan buku BAD karya Cik Insyirah ni. Buku ni (setakat artikel ini ditulis) belum ada dijual dikedai buku. Siapa yang nak boleh whatsapp saya (013-3353751), nanti saya kenalkan dengan agennya.



Saya tak bercadang nak ulas tentang buku tu, just nak cerita sikit pengalaman saya gunaan teknik BAD. Ceritanya begini..

Dua hari lepas, saya nak beli handphone sebab handphone lama tu macam dah uzur sangat. Sebelum keluar tu saya berdialog dengan Allah (dalam hati). Saya cakap..

Ya Allah, aku nak beli handphone ni, Kau tolong pilihkan aku handphone yang terbaik. Aku nak yang kecik jer, sebab untuk urusan bisnes aku dah ada tab. Pastu taknak la yang mahal-mahal, nak yang harga bawah rm400. Pastu nak yang boleh dapat line internet ynag kuat. (line internet kat tab saya tu masya-Allah slow. Hehe). Kau permudahkanla Ya Allah, bawak aku ke kedai yang betul, aku malas nak gi cari banyak-banyak kedai. (Siap mengaku malas)

Sebenarnya saya target nak beli sebuah HP keluaran China, ninethology (betui ka eja ni) yang dicadangkan oleh seseorang. Line internet memang ok sangat. Laju.. Saya pernah guna, sememangnya laju bagai dikata la, so target utama nak cari jenama tu.

Pencarian Bermula...

Saya macam ternampak-nampak kedai dilorong2 belakang, baru jalan separuh (dengan kereta) tetiba jalan ditutup sebab ada projek pembinaan, terpaksa belok kiri.. Rupa-rupanya ada banyak je kedai HP kat belah kiri ni ha. Nampak 2 kedai sebelah2, saya pun pegi kedai yang takde pelanggan pun. Saya tanya.. Ada tak HP jenama ninethology ni. Tuan kedai hanya mencebikkan bibir dan geleng kepala, tanpa bersuara. Ok, terus tak berkenan, gi kedai sebelah. Ramai pelanggan. Saya tanya salah seorang pekerjanya yan kelihatan sibuk. Ada tak HP ninethology. Dia cakap takdak.

Pastu ternampak satu kedai, kat belakang sikit. Terus pegi tanya. Pun takdak, pi sebelah tu pulak (kedai ke-4)... Pun cakap takdak. HP china susah katanya, kalau rosak susah mau cari spare part. Belek-belek lagi, dia cakap ambik samsung la, ori ma.. Lagi bagus.

Ok..ok.. saya pikir. (Saya baru tau situ ada banyak kedai HP). Ada hikmahnya jalan yang ditutup tadi melorongkan saya ke tempat yang banyak kedai HP & dekat-dekat je kedai tu. Saya belek HP Samsung yang comel tu, kecik je. Harga tak sampai RM300. Terus saya decide untuk beli, Rm 300 lebih sebab tambah screen protector dan cover, still dalam bajet saya. Hehe. Setakat hari ni (dah 3 hari guna, alhamdulillah sangat puas hati dengan Hp ni. Internet pun ok, idak la slow sangat. Selesa la untuk kegunaan saya sebagai usahawan online berjaya. Hehehe..

Lepas selesai bab HP, saya ada urusan di bank. Apply lagi sekali teknik BAD. Saya berdialog dengan Allah camni.

Ya Allah, aku nak ke maybank ni, tempat tu sempit sangat, selalunya memang tak dapat parking. Kalini Kau bagi la aku parking betul-betul depan bank tu.

Sesampainya di bank, subhanallah! Memang ada satu parking kosong, betul-betul depan pintu bank. Syukur.. Allah Maha Mendengar. Saya pernah belajar pasal kuasa minda tentang cari parking ni, membayangkan dalam minda ada parking kosong ditempat yang kita inginkan dengan sepenuh-penuh keyakinan disamping minta juga pada Allah. Bagi saya ia perkara yang sama. Cuma teknik BAD ni dirasakan lebih santai, sebab ia lebih kepada berdialog dengan Allah apa yang kita ingini.

Itulah 2 kisah ajaib yang saya alami. Kebetulan?? Tiada istilah kebetulan dalam dunia ni. Tidak akan bergerak suatu zarah tanpa izin Allah! Semua yang berlaku pasti ada sebab.

Saya dah tahu tentang teknik BAD, cabarannya sekarang.. Nak amalkan. Sebab kita dah terbiasa nak buat sesuatu, buat jer tanpa tanya Allah dulu. Dah susah baru cari Allah. Mulai harini, jom ubah..!

Allah dulu,
Allah lagi,

Allah terusss!


Pssst.. Saya tak dapat HP ninethology yang saya target pada awalnya. Mari kita berbalik pada firman Allah..

Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. Al-Baqarah: Ayat 216.

1 comment:

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard