Tip Magnet Rezeki: Kisah Dialog Dengan Allah #2

Wednesday, June 3, 2015

Kisah Dialog Dengan Allah #2

27 May 2015

Kisah Dialog Dengan Allah #2

Siang tadi, saya ke branch. Siap beli barang semua, rasa lapar pulak.
Muhammad pun dah mintak nak makan.

Singgah makan jap. Parking pulak punya la susah.
Dua kali round pun masih tak jumpa parking.

Akhirnya parking kat satu tempat, agak jauh dari tempat makan.
Menapak la nak masuk kedai tu.

...
Allah nak 'tegur' saya,
Sampai ja depan kedai, tetiba ja ada 1 parking kosong,
Dan ada kereta baru datang masuk parking tu dengan gembira...depan mata saya!

Rasa macam diketuk²,
"Tula.. Tak nak mintak kat AKU dulu, kalau tak parking tu mesti milik hang"
Hehe..
.
.
Lepas makan, saya nak ke pejabat pos. (Yang susah nak dapat parking tu..)
Terus mintak kat Allah sungguh2.

Ya Allah aku nak pi pejabat pos ni, tolong bagi aku parking baik punya depan pejabat pos tu, tak mau la parking tepi2 jalan..payah.. Barang customer banyak nak pos ni Ya Allah. (Hehe.. Mengada mintak depan2 pejabat pos..)

Sampai ja dipejabat pos, terus tengok parking yang diidam2kan tu.
Wahh!! Betul² kosong 1 parking depan pejabat pos!!

Terus masuk parking dengan girang!

Dalam pejabat pos, mula2 ramai orang..lepas saya siap isi borang, aik tinggal saya sorang ja dalam tu. Huhu.. Terima kasih Ya Allah permudahkan urusan hambaMu ini.

P/s: Kadang2 kita suka ikut kepala sendiri, padahal kalau mintak kat Allah mudah2 ja DIA boleh bagi. Terima kasih penulis buku BAD yang telah menyedarkan saya yang alpa ni.

#KisahSuksesBAD

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard