Tip Magnet Rezeki: Tanda-tanda Anda Mungkin Mengidap TIROID

Thursday, June 4, 2015

Tanda-tanda Anda Mungkin Mengidap TIROID

Sebelum ni saya ada ceritakan mengenai Kisah Mama & Tiroid.
Disebabkan masa tu saya masih 'mentah'.. Tak tahu sangat tentang penyakit-penyakit ni, saya pun tak perasan tanda-tanda awal masalah tiroid mama.

Yang saya tahu, mama sentiasa letih. Kadang-kadang ok, kadang-kadang tak.
Mama selalu cakap kaki tangan rasa lemah dan menggeletar. Pernah juga ayah cuba explain kat kami adik beradik, mama akan jadi cepat marah disebabkan masalah kesihatan mama.



Sekarang ni baru saya faham dan ambil tahu tentang masalah tiroid. Tiroid terbahagi kepada dua iaitu;

Hyperthyroid : Berlaku disebabkan kelenjar tiroid terlalu aktif menghasilkan hormon tiroid lebih dari yang diperlukan tubuh.

Hypothyroid : Berlaku disebabkan kelenjar tiroid kurang aktif dan tidak menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh badan.

Secara umumnya, tanda-tanda tiroid sukar dikenalpasti kerana simptomnya hampir sama dengan penyakit-penyakit lain. Simptom-simptom ini juga berbeza-beza mengikut tahap tiroid seseorang. Antara tanda-tanda biasa adalah seperti berikut;


  • Letih lesu walaupun cukup rehat
  • Tekanan perasaan dan kurang fokus
  • Haid luar biasa, PMS, Masalah kesuburan / keguguran.
  • Sembelit walaupun mengambil serat yang cukup
  • Selalu lupa, dan sukar memberi tumpuan terhadap sesuatu perkara.
  • Berat badan bertambah tiba-tiba dan wajah kelihatan mengembang
  • Kulit gatal dan kering walaupun memakai losyen.
  • Kuku dan rambut kering
  • Sukar menelan.
  • Tidak tahan sejuk terutama di hujung kaki dan tangan
  • Kekejangan otot


Kalau anda ada tanda-tanda macam kat atas ni kan, better pegi check dengan doktor.

InsyaAllah, jika diambil langkah awal tirod masih boleh dikawal.

Dalam posting akan datang saya akan berkongsi dengan anda pengalaman pengidap tiroid yang mengamalkan satu suplemen sebagai ikhtiar dan alhamdulillah, ia memberi kesan positif!

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard