Tip Magnet Rezeki: August 2015

Saturday, August 29, 2015

8 Tips Pemakanan Seimbang Untuk Anak Anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Seperti yang saya janjikan semalam, hari ni saya nak kongsikan tips pemakanan seimbang untuk anak. Penting tau untuk kita pelbagaikan makanan supaya anak mendapat zat sepenuhnya dari pemakanan harian.

1. Kentang
Kentang adalah makanan yang kaya potassium (selain pisang) 
Kaya dengan Vitamin C
Kaya dengan clorogenic polypherol yang membantu mengelakkan barah.


2. Buah-buahan & sayuran
Jangan abaikan buah-buahan & sayuran dalam makanan harian anak anda.
Ia membekalkan vitamin dan mineral yang cukup, rujuk piramid makanan untuk saranan hidangan yang tepat.


3. Daging Merah
Daging merah akan membekalkan zat besi kepada anak anda.
Kekurangan zat besi boleh menyebabkan badan tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang cukup seterusnya tisu dan organ dalam badan tidak menerima oksigen secukupnya. Kanak-kanak yang kekurangan zat besi akan mengalami anemia kekurangan zat besi dimana salah satu kesannya anak akan kelihatan lemah, cepat letih, kurang selera makan dan kurang berat badan.


4. Ikan
Ikan mengandungi protein, asid lemak, vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh si manja. 
Ikan seperti salmon, tuna dan sardin kaya asid lemak yang penting untuk pertumbuhan otak dan penglihatan. Ada juga ibu bapa yang memilih untuk berikan makanan tambahan omega-3 kepada anak untuk memastikan pengambilan omega-3 mencukupi.



5. Kalsium
Kalsium yang boleh diperolehi dari keju dan yogurt amat penting untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat.



6. Telur
Telur pula mampu membekalkan protein kepada si kecil anda, walau bagaimanapun pastikan ia dimasak sempurna.


7. Makanan berkanji
Makanan berkanj seperti roti, pasta, nasi, bijirin dan kentang mampu membekalkan tenaga kepada tubuh. Pastikan anak-anak di hidang makanan berkanji secukupnya setiap hari.



8. Tambahan:
Ini pula tips bagi anak yang mengalami masalah obesiti. Pemakanan mereka harus dikawal sebaiknya dan elakkan mereka dari mengambil makanan segera.


Semoga info yang dikongsikan kali ini memberi manfaat kepada ibu bapa sekalian.

Sumber info: Majalah PaMa

Kalau korang bercadang nak beri suplemen pada Si Manja, saya boleh bantu berikan cadangan terbaik.

Whatsapp 013-3353 751

Bagi memudahkan anda, jika dah tahu suplemen terbaik untuk anak anda,

anda boleh buat belian terus di SINI


Untuk entry akan datang saya akan kongsikan tips menangani masalah obesiti dikalangan kanak-kanak. nantikan entry seterusnya dari saya ya. Bye..
baca lagi

Friday, August 28, 2015

4 Tips Meningkatkan Selera Makan Anak

Assalamualaikum. Selamat petang semua..! Muhammad tengah tidur, boleh la ummi layan blog kejap. hehe.


Dalam 2 minggu lepas, saya ada share petua ni kat Facebook. Ramai yang view, setakat saya check tadi, ada hampir 1000 shares, 360 likes dan berpuluh komen dan tag.

Kesimpulan yang saya boleh buat, ramai betul ada masalah anak kurus. Hehe. Ye la kan, dah ramai berhasrat nak menggemukkan anak, mestila ramai yang ada masalah anak kurus. Bagi saya, kalau anak tak gemuk, tapi sihat wal afiat, makan pun berselera (dan seimbang) takde apa yang nak dirisaukan.

Tapi bagi anak yang kurus akibat tiada selera  makan, kurang makan, banyak makan merapu. Memang kena risau la. Saya pernah baca, makanan ringan antara penyebab anak kurang selera  makan tau. So, elakkan la anak dari mengambil makanan ringan.

Berbalik pada petua kat atas. Ada jugak persoalan yang bermain di fikiran mak-mak ni. Antaranya, anak nak ke minium air didihan beras tu. Kan tawar je. Ada cadangan.. tambah gula bagi jadi ala-ala air barli. haha. (Saya la yang cadang tu..mueheheh) Tapi difikirkan balik, sah-sahla gula tu tak la elok sangat nak bagi anak minum, tambah-tambah kalau anak tu kecik lagi.

Sebenarnya ada beberapa cara yang lebih praktikal nak bagi anak suka makan ni. Tapi kena la gigih sikit. Caranya:

1. Pelbagaikan makanan anak. 
Jangan la setiap hari bubur nasi + ayam je. Tak pun nasi goreng telur je. Boring jugak si anak. Pelbagaikan resepi, sekali sekala hidangkan spageti, mee, bihun sup, nasi ayam dan lain-lain,

2. Sediakan makanan seimbang.
Jangan jadikan alasan "anak tak suka makan sayur" lalu kita pun asyik-asyik hidang nasi/lauk tanpa sayur. Cuba cari sayuran yang anak suka. Macam saya dulu, ingat Muhammad tak suka sayur. Ye la ummi asyik buat sawi jer. Bhahaha.. Sekali saya try la sayur-sayur lain (sayur campur). Rupa-rupanya dia suka carrot dan brokoli. Mungkin ada lagi yang dia suka, sebab tu kena cuba macam-macam masakan. Kena rajin sikit la. hihi.. Buah-buahan juga jangan lupa ya.

3. Hidangan yang menarik.
Hias sikit makanan tu bagi menarik. Dah naluri anak-anak ni suka yang menarik aje. Imaginasi pun tengah berkembang. Apa salahnya kita raikan mereka dengan hidangan yang boleh menarik perhatian mereka. Contohnya macam ni..


tadaaa! Menarik kan. Nak makan pun sayang. haha

Amacam?
Simple je kan. Banyak lagi idea-idea  menarik hidangan untuk anak-anak. Boleh rujuk majalah atau internet. Klu: Mesti Rajinnn :)

4. Pelaburan bijak
Apa salahnya lakukan sedikit pelaburan untuk anak. Belikan anak suplemen/vitamin yang sesuai. Saya cadangkan Meal shakes untuk anak-anak yang kurang selera makan. Saya dah cuba sendiri untuk Muhammad, alhamdulillah hasilnya memuaskan.


Meal Shakes ni lengkap dengan zat dan mineral yang diperlukan tubuh. Bila cukup zatnya insyaAllah anak makin sihat dan akan meningkatkan selera makan. Selain tu, meal shakes ni baik juga untuk elakkan sembelit tau. Kadang-kadang kita kawal anak dari makan itu ini nak elakkan anak kena sembelit. Dengan Meal Shakes, insyaAllah anak boleh makan apa yang dia suka tanpa risau terkena sembelit lagi.

Oh ya.. Kalau ada yang nak cuba Meal Shakes ni, just let me know k. Hubungi saya:

FB: Syakirah Kapli
HP: 013-3353751

InsyaAllah saya boleh bantu.

Atau, bagi memudahkan anda,
anda boleh buat belian terus di SINI

Lepas ni saya akan kongsikan tentang makanan seimbang untuk anak-anak. Kadang-kadang dalam mempelbagaikan makanan anak, kita tak tahu yang mana bagus, apa khasiatnya dan bagaimana cara penyediannya. InsyaAllah kita bertemu lagi dalam post seterusnya ok! Daaaa!

baca lagi
 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard