Tip Magnet Rezeki: 8 Tips Pemakanan Seimbang Untuk Anak Anda

Saturday, August 29, 2015

8 Tips Pemakanan Seimbang Untuk Anak Anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Seperti yang saya janjikan semalam, hari ni saya nak kongsikan tips pemakanan seimbang untuk anak. Penting tau untuk kita pelbagaikan makanan supaya anak mendapat zat sepenuhnya dari pemakanan harian.

1. Kentang
Kentang adalah makanan yang kaya potassium (selain pisang) 
Kaya dengan Vitamin C
Kaya dengan clorogenic polypherol yang membantu mengelakkan barah.


2. Buah-buahan & sayuran
Jangan abaikan buah-buahan & sayuran dalam makanan harian anak anda.
Ia membekalkan vitamin dan mineral yang cukup, rujuk piramid makanan untuk saranan hidangan yang tepat.


3. Daging Merah
Daging merah akan membekalkan zat besi kepada anak anda.
Kekurangan zat besi boleh menyebabkan badan tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang cukup seterusnya tisu dan organ dalam badan tidak menerima oksigen secukupnya. Kanak-kanak yang kekurangan zat besi akan mengalami anemia kekurangan zat besi dimana salah satu kesannya anak akan kelihatan lemah, cepat letih, kurang selera makan dan kurang berat badan.


4. Ikan
Ikan mengandungi protein, asid lemak, vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh si manja. 
Ikan seperti salmon, tuna dan sardin kaya asid lemak yang penting untuk pertumbuhan otak dan penglihatan. Ada juga ibu bapa yang memilih untuk berikan makanan tambahan omega-3 kepada anak untuk memastikan pengambilan omega-3 mencukupi.



5. Kalsium
Kalsium yang boleh diperolehi dari keju dan yogurt amat penting untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat.



6. Telur
Telur pula mampu membekalkan protein kepada si kecil anda, walau bagaimanapun pastikan ia dimasak sempurna.


7. Makanan berkanji
Makanan berkanj seperti roti, pasta, nasi, bijirin dan kentang mampu membekalkan tenaga kepada tubuh. Pastikan anak-anak di hidang makanan berkanji secukupnya setiap hari.



8. Tambahan:
Ini pula tips bagi anak yang mengalami masalah obesiti. Pemakanan mereka harus dikawal sebaiknya dan elakkan mereka dari mengambil makanan segera.


Semoga info yang dikongsikan kali ini memberi manfaat kepada ibu bapa sekalian.

Sumber info: Majalah PaMa

Kalau korang bercadang nak beri suplemen pada Si Manja, saya boleh bantu berikan cadangan terbaik.

Whatsapp 013-3353 751

Bagi memudahkan anda, jika dah tahu suplemen terbaik untuk anak anda,

anda boleh buat belian terus di SINI


Untuk entry akan datang saya akan kongsikan tips menangani masalah obesiti dikalangan kanak-kanak. nantikan entry seterusnya dari saya ya. Bye..

2 comments:

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard