Tip Magnet Rezeki: 4 Tips Menangani Masalah Obesiti Kanak-kanak

Thursday, September 3, 2015

4 Tips Menangani Masalah Obesiti Kanak-kanak

Assalamualaikum

Sebelum ni saya ada tulis berkenaan ibu ayah yang risau anak taknak makan, kali ni nak tulis tentang anak yang suka sangat makan sampai obes! Huhu.. Mencabar kan, nak besarkan anak-anak. Pelbagai ragam.

Selari dengan arus pemodenan, anak-anak obesiti ni dah menjadi satu masalah sejagat dah. Ramai yang mengalami masalah sama. Antara punca anak-anak menjadi obesiti adalah:

  • Banyak memakan makanan segera.
  • Minum minuman berkarbonat
  • Minum jus segera yang mempunyai gula berlebihan
  • Kurang aktiviti luar


Salah satu fakta mengenai masalah obesiti di kalangan kanak-kanak:

Satu laporan dari Guardian Express, Amerika Syarikat menyatakan kanak-kanak sekarang 40% lebih berat berbanding kanak-kanak 25 tahun lalu.


4 Tips bagi menangani masalah anak obesiti:

1. Gantikan minuman manis dengan air kosong di rumah. 
Ibu bapa juga perlu menunjukkan contoh dengan memperbanyakkan minum air kosong serta menggalakkan anak melakukan hal yang sama. Jangan hidangkan air manis seperti sirap atau air bancuhan kordial pada anak. Ini dapat membantu mengurangkan masalah obesiti sebanyak 60%.

2. Sediakan makanan lengkap dan sihat
ibu bapa hendaklah menyediakan makanan yang lengkap dengan makanan segar dan seimbang seperti sayur, buah, ikan, telur dan daging. Makan makanan yang kaya serat, lengkap dengan zat dan mineral. Disarankan juga mengambil beras perang. Elakkan anak-anak mengambil makanan ringan seperti snek, kerepek dan sebagainya.


3. Bersenam bersama anak
Galakkan anak melakukan aktiviti luar bersama-sama. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah bermain bola, badmintorn, berjoging dan lain-lain. Selain menyihatkan badan, ia membantu mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

4. Sokongan moral
Anak-anak yang mengalami masalah obesiti kemungkinan mengalami tekanan emosi akibat diejek rakan, rasa terasing di sekolah dan stress apabila tidak dapat bermain bersama rakan-rakan akibat cepat keletihan. Sesetengahnya akan cenderung untuk makan lebih banyak apabila tertekan.
Dekati mereka, berikan sokongan moral disamping mendalami ilmu-ilmu berkaitan pemakanan sihat untuk diamalkan bersama. Jangan sesekali memanggil mereka dengan panggilan 'bob', boyot', 'debab' dan seumpamanya.

MAKANAN TAMBAHAN YANG BOLEH MEMBANTU

Omega Guard mampu membantu mengurangkan berat badan dengan membantu pembakaran lemak secara semulajadi. Bonus yang bakal anak anda dapat dengan mengamalkan sebiji omega guard setiap hari adalah:
  • Meningkatkan daya fokus dalam kelas
  • Menguatkan ingatan & mudah belajar
  • Meningkatkan sistem imunisasi
  • Mengurangkan serangan asma
  • Mengurangkan masalah alergi
Dan  baanyak lagi..

Baca disini: 6 Sebab Omega Guard Berjaya Memikat Hati Saya



Sekiranya anda berminat nak dapatkan Omega Guard, boleh hubungi saya ya.
Whatsapp: 013-3353751

p/s: Esok saya akan kongsikan tips untuk anak yang kurus dan enggan makan pulak ye. Stay tune yer semua pembaca. Terima kasih daun keladi. :) Moga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard