Tip Magnet Rezeki: 5 Tips Mengatasi Sikap Suka Bertangguh

Monday, September 7, 2015

5 Tips Mengatasi Sikap Suka Bertangguh

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Apa khabar?
Saya ada menonton video Robin Sharma mengenai cara nak mengatasi sikap suka bertangguh. hehe.. Mesti ramai yang ada masalah ni kan, termasuklah saya.

Punca:
Banyak la perkara yang boleh dijadikan punca sikap bertangguh ni antaranya malas, takut, tak tahu nak buat, tak pandai urus masa dan macam-macam lagi. Ok, jom saya kongsikan 5 tips yang boleh anda buat untuk melawan sikap suka bertangguh ni. Mudah-mudahan tip-tip ini dapat membantu anda (dan saya) melawan sikap bertangguh-tangguh  ni.

5 Tips Mengatasi Sikap Suka Bertangguh

1. Saranan positif & "Dream Collage"

Saranan positif ni mentor Shaklee saya selalu tekankan, kami istilahkan benda ni RCA. Hehe. Famili shaklee mesti la tau apa RCA ni kan. Ia lebih kepada saranan-saranan positif yang kita sebut setiap hari. Contoh.. "Saya seorang usahawan yang hebat, saya mampu buat jualan 2 juta ribu ringgit sehari.."
Be realistik k. Mulakan dengan saranan/impian yang kecil dan upgrade dari masa ke semasa lepas dah capai sesuatu target tu.

Dream collage ni sesetengah orang guna Vision Board. Caranya sama, cuma saranan Robin Sharma, di buat dream collage ni dalam satu buku. Senang cakap, Buku Impian la. Caranya, guna gambar-gambar yang kita potong di majalah bagi menzahirkan impian kita. Contohnya, kita impikan rumah besar, cari la gambar rumah besar..kereta idaman, percutian ke Paris, cari la gambar-gambar berkaitan dan lekatkan dalam Buku Impian.

(Gambar ihsan google)

Kedua-dua perkara ni perlu dibuat waktu pagi (Lepas bangun tidur) dan waktu malam, sebelum tidur. Sebutkan saranan positif tadi dan lihat pada dream collage anda. Ini akan mengaktifkan minda separa sedar anda untuk menerima dan merealisasikan impian tu. Bila dah di setkan dalam minda separa sedar, maka terhasillah tindakan selari dengan impian kita.

Agak kompleks nak terangkan pasal minda separa sedar ni. Kalau nak tau lebih dalam boleh la cari bahan bacaan menenai kuasa minda. Baru-baru ni saya ada beli satu ebook memang lengkap penerangannya pasal kuasa  minda. Memang ajaib!. Kalau nak baca, boleh beli kat sini.. Magis Sebuah Fikiran.


2. 30 Days Procrastination Diet

Haha.. rasanya baik saya guna istilah asal Robin Sharma, kalau saya translate kang lain pulak maknanya. Macam ni caranya, senaraikan aktiviti yang kita selalu mengelak nak buat. Lakukan tanpa gagal dalam tempoh 30 hari.



Day 1 : Update blog
Day 2 : Cantikkan blog
Day 3 : Siapkan senarai 101 impian
Day 4 :

Apa-apa je la aktiviti yang kita selalu bertangguh..ha..masukkan dalam tu. Pastu buat la satu persatu selama 30 hari. Kajian menunjukkan apabila kita buat perkara yang kita selalu mengelak untuk buat, minda kita pun akan reset dan ianya sekaligus akan memusnahkan sifat bertangguh-tangguh terhadap sesuatu perkara. Ia juga bakal meningkatkan keyakinan diri kita. Haa.. menarik kan..

3. The Power Of Exercise

Bersenam setiap hari, jangan tinggal. Senaman akan mengaktifkan minda dan badan anda. Ambil masa 20-30 minit setiap pagi untuk bersenam. Ini akan membuatkan badan dan minda kita lebih bersedia untuk menjalani hari baru yang produktif! Kita akan jadi lebih bertenaga dan fokus dalam melakukan tugasan harian. (Tiada lagi alasan LETIH untuk bertangguh..hehe)

Takde idea nak exercise? Tiru ni.. hehe

4. Create Distraction Free Environment

Bersihkan persekitaran kita dari segala gangguan. Contoh; meja di pejabat atau meja di home ofis (bagi yang bekerja dirumah). Elakkan dari semua benda nak letak atas meja. Mainan anak, botol susu semua letak atas meja kerja (huhu..) Macam mana nak fokus kan, fikiran kita akan mula terganggu dengan hal-hal lain dan kita akan mula bertangguh menyiapkan sesuatu. Mulai harini awal-awal pagi atau sebelum tidur, kemas siap-siap meja tu ok!

(Gambar google)

5. Release Your Self Sabotage

Percaya tak, apa pun yang kita takutkan atau tak yakin nak buat, semua tu permainan minda sahaja. Dah di setkan macam tu sejak awal. Set tu maknanya telah tertanam dalam minda sejak dulu lagi, mungkin oleh orang-orang sekeliling, ibu bapa, guru, adik beradik. Contoh yang Dr Azizan Osman (DAO) pernah sebut dalam seminar beliau, ada ibu bapa sering cakap kat anak sejak kecil,

"kita orang susah, tak mampu beli itu ini.. "
"Belajar rajin-rajin, besar nanti kerja kerajaan..."
"Mana boleh bisnes, keturunan kita semua cikgu, takde yang berjaya bisnes.."

Contohh.. Perkara-perkara  ni akan tersemat kemas dalam minda kita menjadikan kita tak yakin dan takut nak buat perkara luar biasa. Nak keluar dari kebiasaan.

 Takut..tak yakin.. semua ni akan cenderung membawa kita untuk menangguhkan sesuatu perkara yang sebenarnya baik untuk kita. malah kalau buat tu kita akan luar biasa HEBAT!

Jadi kita yang ada kesedaran ni, mulakan langkah. Jom keluar dari zon selesa. Jangan sabotaj diri sendiri k. Tiada yang mustahil. Caranya... mula buat apa yang kita takut sangat nak buat sebelum ni.

Saya pernah dengar/baca satu kisah tentang sorang coach perniagaan ni. Dulu beliau takut sangat nak bercakap dengan orang. Kalau dalam seminar ke apa, nak angkat tangan tanya soalan pun malu. Apa yang beliau buat, beliau mula paksa diri untuk berubah... Ada je peluang beliau terus paksa diri angkat tangan dan tanya soalan. Sekarang beliau dah mampu anjurkan seminar sendiri..

Fuh.. panjang jugak saya tulis, rasa macam pendek je nak share tadi. hehe. Apa pun saya berharap entry kali ni mampu membantu anda anda dan anda (juga diri sendiri) untuk berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Ok bye!

1 comment:

  1. Aduhai.. inilah masalah saya. Memang banyak kali sangat terjadi sifat suka bertangguh ni... akan cuba memperbaikinya :))
    http://emiejohari-jarijemariku.blogspot.my/2015/09/backpackers-buddies-malaysia-family-day.html

    ReplyDelete

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard