Tip Magnet Rezeki: Diari of MRA: Ummi garang ajar mengaji :)

Tuesday, September 15, 2015

Diari of MRA: Ummi garang ajar mengaji :)

Assalamualaikum semua. Pe kabar?
Saya baru lepas makan cucur udang yang dah janji dengan MRA semalam. Kemain dia makan cucur sampai taknak makan nasi.

Saya ada satu kisah nak share dengan kawan-kawan. Kisah yang memberi pengajaran pada saya dua tiga hari ni. Tiga hari lepas, macam biasa saya ajar Muhammad baca Al-Furqan ni.


Biasa la, ummi kadang-kadang garang jugak. Hehe. Saya termarah dia, sampai menangis. Huhu. Bila dah kena marah tu dia mula tak fokus, yang ummi baru sebut pun dia tak mampu nak ulang.

Lepas tu, dua malam berturut-turut bila saya suruh dia ambil Al-Furqan dia untuk ummi ajar, dia akan cakap.

"Tapi mamad tak reti ummi.. Mamad tak pandai baca"

Semalam pun dia cakap yang sama. "Mamad tak reti baca.."
Dengan wajah muram. Siap hulur lidi penunjuk tu kat ummi sambil cakap.. "Mamad takmau baca, nah ummi baca sendiri.." Huhu

Saya rasa bersalah. Sebelum ni dia tak pernah pun macam tu. Saya percaya inila akibatnya bila saya mengajar sambil marah.

Walaupun saya langsung tak sebut pun perkataan "tak reti.." & "tak pandai" pada dia.. Tapi minda dia dah diprogramkan begitu akibat kemarahan saya. Mungkin itu lah anggapan dia masa saya marah tempoh hari.

Jadi, semalam saya re-program semula fikiran dia tu. Saya cakap..

"Apa pulak tak reti, Muhammad pandai la. Cerdik.. Semua orang cakap Muhammad cerdik."

Mula-mula dia tetap nafikan.. "Tak..Muhammad tak pandai"

Pastu saya ajak dia baca doa penerang hati. Saya cakap.. "Lepas Muhammad baca doa ni Muhammad pandai baca, cerdik, bijak"

Lepas baca doa, saya ajar dia baca Al-Furqan tu macam biasa, diselang seli dengan pujian.. "Pandainya, bagus, cerdik sangat anak ummi ni." Part yang dia tak ingat tu, just ajar je, biar dia ikut. Yang penting sabar, jangan marah. Hehe.

Lepas habis baca tu.. Dengan ceria dia cakap.
"Mamad pandai kan ummi.. Mamad cerdik, pandai baca.."

Alhamdulillah.. Dia dah tak sebut tak reti, tak pandai semua tu.


Pengajaran

Hati-hati dalam mengajar anak-anak yang masih kecil, jangan marah-marah.

Walaupun kita tak sebut perkataan yang tak baik, minda mereka boleh terjemahkan kan perbuatan kita dengan perkara tak baik. Contoh dalam kisah ni, bila marah masa mengajar, dia anggap dia tak pandai.

Kita boleh re-program semula minda anak dengan kata-kata atau saranan-saranan positif.


Mendidik Anak Cara Rasulullah

Nah saya belanja satu gambar cara sunnah dalam mendidik anak. Saya pun masih belajar cara menjadi ummi mithali, bukan ummi yang dikesali. Hehe


Moga bermanfaat ya.
Assalamualaikum.
------------------


Anda mungkin berminat membaca artikel;

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard