Tip Magnet Rezeki: Diary of MRA : Nasi Goreng Carrot Bentuk Kereta

Sunday, September 20, 2015

Diary of MRA : Nasi Goreng Carrot Bentuk Kereta

Saya pernah cerita kot sebelum ni, Muhammad tak gemar makan sayur. Dah ummi asyik masak sayur kegemaran ummi ja, memang la dia tak suka kot. Haha.

Lepas beberapa kali cuba, rupa-rupanya dia suka carrot dan brokoli. Kerlas kau nak.. Nak sayur yang best-best ajer. Tak layan sayoq sawi kegemaran ummi. Hehe

Tapi.. Ada tapi lagi tu. Nak carrot yang bentuk macam-macam. Aritu dia tengok ummi buat bentuk bunga kemain lagi dia suka. Pastu ummi mula risau takot jadi mat bunga pulak kan. So ummi tukar buat bentuk kereta. (Gigih tak ummi dia?)

Masa mula-mula buat bentuk kereta tu, dia happy sangat sampai senyum meleret dengan mata yang bersinar-sinar. Dia sempat memuji ummi. Pandai la ummi ni.. (Kembang kejap)

Sejak aritu, asyik mintak carrot kereta dia tu. Pastu demand pulak tu. Mana pintu dia ummi? Mana tayar dia ummi? Rasa macam nak amik kereta mainan dia letak dalam pinggan nasi. Muahahah..


Beginila rupa nasik goreng gst carrot kereta dia tu. Walaupun tak la cun sangat, asalkan bentuk ala-ala kereta pun dia suka sangat aih. Hehe..

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard