Tip Magnet Rezeki: Makan 8 Benda Ni Untuk Jadi Kurus!

Tuesday, September 29, 2015

Makan 8 Benda Ni Untuk Jadi Kurus!

Korang tau tak, kalau nak kurus... Selain dari senaman, korang kena MAKAN!
Haa..kontroversi tak statement dia atas. Makan bukan la sebarang makan, tapi ada makanan tertentu yang boleh bantu korang jadi lebih kurus tau. Nak tau tak? Meh saya senaraikan 8 makanan yang boleh bantu korang jadi kurus.

1. Epal
Korang tau tak, semua buah dan sayuran yang mengandungi banyak air dan serat mampu bantu badan korang menghasilkan signal kenyang. Epal adalah salah satu daripadanya. Penyelidikan juga mengakui epal sangat efektif untuk menurunkan berat badan. Anda digalakkan memakan sebiji epal bersaiz sederhana 15 minit sebelum makan. Bila dah rasa kenyang idak la bernafsu sangat nak makan banyak kan. Hehe..


2. Cili Merah
Ada bran? Kajian menunjukkan setengah sudu kecil cili merah cincang yang dimasukkan dalam makanan dapat mengurangkan nafsu makan. Pakar nutrisi mendapati, capsaicin iaitu sebatian yang berperanan memberikan rasa panas dan pedas dapat mengurangkan rasa lapar sambil meningkatkan tenaga.

3. Rumpai Laut
Pakar mendapati rumpai laut adalah serat makanan semulajadi yang mampu menghalang rasa lapar sehingga 30% dan terus berasa kenyang. Mana mau cari rumpai laut hari-hari? Hehe

4. Teh Hijau
Menurut American Journal Of Clinical Nutrition, teh hijau mengandungi katekin, iaitu zat yang dapat merangsang tubuh untuk membakar kalori dengan lebih banyak. Ia juga mengandungi antioksidan yang diyakini memiliki kesan pada hormon leptin, iaitu hormon yang mengendalikan nafsu makan.

Amalkan minum teh hijau antara 3-6 cawan setiap hari bagi mempercepat tubuh membakar tenaga sel sehingga 40%, disamping meningkatkan kadar pembakaran lemak.

5. Telur
Berdasarkan laporan dari Jurnal American College of Nutrition, makan dua biji telur dadar untuk sarapan menyebabkan anda akan makan kurang kalori untuk waktu makan berikutnya. 
(Fuh, nasib baik saya memang suka masak telur dadar je pepagi. hehe)

6. Limau Nipis Atau Lemon
Ha.. kalau keluar beli barang dapur tu jangan lupa lemon atau limau nips tau! Lemon mengandungi pektin, iaitu serat larut semulajadi dan pembentuk gel yang dapat membakar lemak yang disimpan oleh tubuh dan melambatkan proses pencernaan. Jadi korang akan rasa kenyang lebih lama.

7. Air Kosong
Satu kajian yang dubuat pada 2010 membuktikan bahawa meminum air kosong sebelum makan dapat membantu menurunkan berat badan.



8. Bawang Putih
Para penyelidik  mendapati bahawa kandungan allicin yang terdapat dalam bawang putih bertindak memberi bau yang menyengat dapat merangsang pusat kenyang di otak. Ia juga akan mengurangkan rasa lapar.

Bawang putih juga merangsang sistem saraf untuk melepaskan hormon adrenalin yang akan mempercepat kadar metabolisme sehingga tubuh membakar kalori lebih banyak.


Siapa tak suka makan bawang putih, korang boleh makan garlic complex ni. Kan senang, telan jer 2 biji sehari. Hehe.

Kalau korang nak cuba boleh whatsapp nombor ni 013-3353751

1 comment:

  1. memang tak suka bawang putih.. hehehehe..
    walaupun sedar bawang putih banyak khasiat... :)

    ReplyDelete

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard