Tip Magnet Rezeki: Mengapa Orang Berjaya Itu Berjaya??

Thursday, September 17, 2015

Mengapa Orang Berjaya Itu Berjaya??

Assalamualaikum semua. Harini nak share tentang faktor-faktor kejayaan yang boleh kita ambil iktibar. Maaf, saya tak dapat pastikan siapa penulis asal. Saya ambil tips ni dari nota dalam tab, kemungkinan di forward oleh mentor-mentor saya. :)

Mari sama-sama mengambil pengajaran ya.

Mengapa Orang Berjaya Itu Berjaya??

1. Sikap mereka berbeza
Mereka tak suka komplen, mengeluh atau merungut. Org gagal sebaliknya sentiasa komplen dan mengeluh. Mrka sentiasa tidak berpuas hati. Mrka tak sabar, byk tunggu dan nanti.
Org berjaya sentiasa bertindak, mrka tidak menunggu sesiapa. Mrka tidak pernah duduk saja.

2. Mereka sentiasa pantas
Pantas buat keputusan.
Pantas buat tindakan
Tahu atau tidak, mereka buat saja. Nak bisnes buat aje. Tak pernah fikir masalah. Jadi atau tak jadi itu nombor dua. Yg penting mereka bertindak.

3. Mereka sentiasa invest utk kejayaan mereka

Invest ilmu
Invest wang
Invest tenaga
Invest masa
Invest pengorbanan

4. Mereka membina networking yg bagus
Apa maksud networking...anda adalah siapa kawan anda. Bulatan kawan2 yg berjaya, mereka pasti berjaya. Jadi upgradelah lingkungan bulatan kawan2 kita.
Jangan sembarangan memilih kawan.

5. Mereka dah buat keputusan dari awal untuk berjaya
Sebelum bertindak, mereka dah set dlm minda untuk sukses dan hebat.

6. Mereka berkawan dgn orang yg betul.
Mereka belajar cara org berjaya lakukan.

7. Mereka tidak bertangguh.
Mereka tidak memberi alasan. Kejayaan adalah kepantasan. Bisnes adalah kepantasan.

8. Mereka tidak terpengaruh dgn kutukan orang sekeiling.
Jgn melayan cakap orang.
Mereka tidak hiraukan perkara remeh temeh.
Mereka tidak melayan kutukan dan hinaan orang

9. Fokus
Fokus pd satu bizz sahaja
Fokus pd satu bidang sahaja
Di mana ada peluang, di situ ada kekayaan.

10. Mereka konsisten dan persisten. Tak mudah putus asa.
Tak mudah mengalah.
Mereka sentiasa excited dan melakukan yg terbaik utk diri mereka...😀😀😀💪💪💪💪

Buktikan pd mereka yg di luar sana krn kita adalah yg terbaek dikalangan yg terbaekk..!!!

ANDA ADALAH INSAN YG SANGAT2 HEBAT!!👈👑👑👑

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard