Tip Magnet Rezeki: Tips Anak Genius : 8 Cara Merangsang Minda Anak Sejak Dalam Kandungan

Friday, September 25, 2015

Tips Anak Genius : 8 Cara Merangsang Minda Anak Sejak Dalam Kandungan

Semua orang mesti nak anak yang genius dan pintar kan. Tapi jarang kita nak berusaha dapatkan anak pintar sejak dalam kandungan. Anak dah lahir, baru kita mencari-cari bahan seperti flash card, soft book, busy book dan sebagainya.

Kalini saya nak share 8 cara mudah untuk kita merangsang minda anak sejak bayi dalam kandungan lagi. Saya dapat tips ni melalui sebuah majalah keibubapaan yang terkemuka di alam maya. :)

1. Pemakanan Sihat
Pastikan makanan harian mengandungi cukup karbohidrat, vitamin, mineral dan paling penting kaya dengan protein. Digalakkan mengambil minyak ikan omega yang baik untuk perkembangan otak bayi. Kandungan EPA dan DHA dalam minyak ikan amat diperlukan untuk perkembangan bayi yang sihat.

Info minyak ikan omega berkualiti tinggi ada disini.

merangsang anak dalam kandungan

2. Banyakkan Ibadat
Genius bukan sahaja dari segi akademik tapi genius juga adab dan akhlaknya. Dalam hal ini ibu dan bapa seharusnya sentiasa memohon ampun, membuat amal kebajikan dan meninggalkan laranganNya.
Perbanyakkan solat sunat dan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.
Banyakkan membaca Al-Quran. Antara yang digalakkan adalah surah Al-Fatihah, Yasin, At-Taubah, Luqman, An-Nahl (ayat 78), Al-A'raf (ayat 189) dan banyak lagi.

merangsang anak dalam kandungan


3. Doa
Doa adalah senjata mukmin. Antara doa yang terbaik adalah doa dari al-Quran.
Ibu atau ayahnya digalakkan membaca surah Al-Fatihah, Al-Insyirah dan ayat kursi dan dihembuskan pada perut.
Surah Al-Fatihah, ibu Al-Quran, Al-Insyirah untuk melapangkan hati dan fikiran dan Ayat kursi untuk menghalau segala gangguan.
InsyaAllah anak dalam kandungan terhindar dari gangguan dan mudah belajar.

merangsang anak dalam kandungan


4. Sentuhan Kasih
Berbual-bual dengan anak dalam kandungan sambil mengusap lembut akan merangsang sikap positif anak.
Kajian mendapati anak yang mendapat perhatian sejak dalam kandungan kelihatan lebih baik dan tidak meragam.
Ada pendapat mengatakan sentuhan ini amat berkesan kepada kandungan 6 bulan keatas kerana jaringan otak bayi mula berfungsi dengan baik.

merangsang anak dalam kandungan

5. Kawal emosi
Tingkah laku yang baik akan mempengaruhi anak dalam kandungan.
Pastikan anda sentiasa tenang, elakkan stress, dan bersikap positif.
Ini akan membantu perkembangan minda sihat serta anak yang bakal lahir lebih periang dan tidak meragam.

6. Muzik Klasik
Perdengarkan bayi dengan muzik klasik yang mempunyai pelbagai nada yang harmoni.
Ini akan membantu bayi anda lebih tenang dan berada dalam gelombang alpha.
Keadaan ini akan membantu bayi anda fokus pada sesuatu perkara sekaligus membantu dalam perkembangan mindanya.

Nota: Ada juga yang memperdengarkan bacaan Al-Quran pada bayi dalam kandungan.

merangsang anak dalam kandungan

7. Pengetahuan Asas
Perdengarkan kepada anak anda beberapa pengetahuan asas seperti ABC & 123, ucapan Assalamualaikum, Perkenalkan suara Ayah, Ibu dan lain-lain.
Ini akan membuatkan bayi lebih cepat mengenali ahli keluarganya.
Lakukan isyarat mudah seperti menepuk, menggosok dan mengusap lembut bagi menenangkannya.
Perkenalkan juga suasana seperti terang dan gelap dengan menggunakan lampu suluh.
Lakukan rangsangan ini 5-10 minit setiap kali.

8. Latihan Matematik
Orang yahudi dikatakan terkenal dengan daya intelektual yang tinggi. Ini dikatakan mempunyai kaitan dengan ibu-ibu hamil mereka yang gemar membuat latihan matematik semasa proses kehamilan.
Ternyata amalan ini mampu merangsang otak bayi dalam kandungan. Tak salah kita contohi perkara yang baik kan. :)

merangsang anak dalam kandungan

Boleh la pinjam kejap buku latihan adik atau anak buah anda. Hehe

Ok, dah cukup 8 Cara Merangsang Minda Anak Dalam Kandungan. Saya harap entry kali ni bakal memberi manfaat kepada ibu-ibu semua.. :)

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard