Tip Magnet Rezeki: October 2015

Friday, October 30, 2015

Tarbiah Sentap: Takut Allah

Assalamualaikum. Sempena hari jumaat ni, jom hayati satu artikel dari Telegram Channel Tarbiah Sentap. Moga bermanfaat.

Bismillah.

Apa kabar semua?

Sorry kacau malam-malam.

Tadi saya baru habis dengar satu ceramah, yang sangat menyentuh dan menyentap diri saya.

Saya nak kongsi sikit, iaitu tentang TAKUT ALLAH.

****

Ramai orang, dia tak tahu kenapa perlu dia takut Allah. Bila tanya:

"Kenapa kau takut Allah?"

Biasanya orang akan jawab:

"Aku takut Allah sebab aku takut neraka... Aku takut azab Allah.."

TAPI, hakikatnya, yang kita perlu takut bukanlah neraka Allah semata, tetapi, yang kita perlu takut ialah ALLAH!

Ya, ALLAH!

Kita perlu takut dengan kuasa dan kudrat Allah. Bukan semata-mata takut neraka. Kita perlu takut dengan dzat Allah tu sendiri.

Sebab Allah boleh buat apa yang Dia nak buat.

Siapa tahu lepas ni kita mati dalam keadaan kita tak sakit apa2? ALLAH mampu matikan kita!

Siapa tahu lepas ni tiba2 kita murtad walaupun kita ni sangat berilmu dan beriman? ALLAH mampu membolak-balikkan kita dan menyesatkan kita!

Siapa tahu lepas ni tiba2 kiamat dan azab Allah datang menghancurkan kita? ALLAH mampu buat semua tu!!

Persoalannya, sejauh mana kita takut Allah?

Bila kita duduk sorang2, kita buat maksiat. Kita tak jaga mata, telinga, kemaluan dan sebagainya. Kita anggap Allah tak nampak. Kita anggap Allah tak berkuasa untuk mematikan kita tika kita buat maksiat.

Kita tak rasa Allah perhati kita.

Persoalannya yang saya nak malam ni kita sama2 fikir:

"Ya Allah, adakah selama ini aku takutkan diriMu ya Allah?"

Moga Allah ampunkan dosa kita semua!

****

Jom ajak kawan-kawan lain langgani Telegram Tarbiah Sentap. Moga ramai yang dapat manfaat!

telegram.me/tarbiahsentap
baca lagi

Wednesday, October 28, 2015

Nak Cakap Dengan Allah Tak Perlu Call, Tak Perlu Whatsapp

Semalam terbaca sesuatu. Mula-mula takmau komen apa pun, just beristighfar sendiri dalam hati. Lepas tu makin terbayang-bayang pulak. Rasa tak puas hati kalau tak diluahkan. Cewah. Haha

Al-kisahnya macam ni, saya terbaca kat satu group ibu-ibu yang ingin hamil, satu post yang melahirkan rasa tak puas hatinya kat kawan dia. Saya namakan dia si A.

Si A rasa tersindir bila si B cakap pasal anak. Si A ni mungkin belum ada zuriat. Daripada pembacaan saya, tak la rasa macam si B nak sindir dia pun. Tapi disebabkan ini isu sensitif, masalah sejagat gitu, si A mungkin berasa terhina sehingga kata-kata tu menusuk ke jantung gitew.

Bila rasa tersindir tu dia cakap kat si B.
"Cuba ko call tanya Allah bila aku boleh mengandung.."

Saya tersentak. Aih.. Boleh pulak dia balas macam tu. Rasa ingin tahu membuak-buak, saya tengok pulak bahagian komen kot-kot ada yang tegur dia diatas perkataan yang agak kasar itu. (kasar bagi saya).. Rupa-rupanya komen-komen dibawah pun lebih kuah pulak dari sudu.

Si C menyokong..
"Lain kali tanya dia no whatsap malaikat, nak whatsapp malaikat suruh tanya Allah bila boleh mengandung."

Macam tu lah lebih kurang gaya bahasanya. Saya tersentak kali kedua dan beberapa kali lagi bila baca komen-komen, terus tekan 'back' pada HP saya, tak sanggup rasanya nak baca lagi. 

Ditulis secara umum. Ramai2 pakat komen, ntah apa lagi komennya saya baca setakat tu sahaja.
Saya tak tau orang lain rasa macam macam mana, tapi telinga saya berdesing bila baca komen macam tu.

Pendapat peribadi saya; (Kalau tak setuju boleh abaikan)

Kalau rasa tersindir, jangan balas dengan menyindir kembali. Tak dapat apa, silap2 dapat dosa, stress pulak lagi. Baik ngadu pada Allah, tak perlu call atau whatsapp, doa ja dalam hati pelan2 dan penuh syahdu..

 "Ya Allah..aku rasa tersindir dengan kata2 kawan aku ni.. Kau tabahkan hatiku,beri aku kesabaran sebelum aku cabaikan mulut dia Ya Allah (hehe), kurniakan aku zuriat Ya Allah.. yang soleh solehah, sihat, comel, cerdik, pintar...Beri juga taufik dan hidayah pada kawan aku sorang ni.."

Mana tau zass terus makbul ka.. Hehe. Nah, kembar tiga teruss.

Dari ilmu saya yang cetek lagi dangkal, kadang2 Allah hantar orang macam tu nak uji kita, sabar ke tak. Baru di uji sikit dah nak melenting, nak stress bagai, macam mana nak sabar dengan anak nanti. Dah ada anak lagi besar cabarannya tau..

Kalau saya jumpa Si A, saya nak paksa dia amik Set Kesuburan Shaklee. Hahaha. 
Sempat lagi promote kan..

Sabarlah duhai ibu.. Belum punya zuriat itu ujian.
InsyaAllah Allah beri bila tiba masanya, bila kita cukup bersedia untuk menjadi ibu yang terbaik.
Kalau tak dapat di dunia, InsyaAllah ganjaran lebih besar menanti di akhirat sana.
Yakin.. Yakin.. Yakin..

Nasihat Untuk Si B
Jangan la sebut benda-benda yang berisiko menyakitkan hati, kadang-kadang wanita yang belum punya zuriat ni sensitiff.. Tambah-tambah kalau tengah period. Tolong doakan kawan kita, bukan rugi pun.

Nasihat Buat Si C, D, E, F dan seterusnya;
Jangan memburukkan lagi keadaan, kalau mampu tegur la dengan cara baik, bukan tolong tambah kuah bagi sedap lagi. Tenangkan hati kawan yang gundah gulana tu, suruh dia sabar..sabar..

Sekian saja dari Da'i Syakirah *tetiba*
baca lagi

Tuesday, October 27, 2015

Diary Of MRA : Nak Apa? Minta Saja Pada Allah

Saya cuba ajar Muhammad mintak apa saja pada Allah, termasuk mainan.
Dengan harapam Muhammad lebih awal sedar dan tahu yang dia hanya patut mintak apa-apa dari Allah sahaja. Ummi pun baru sedar perkara ni. Ni soal tauhid. Kalau dari awal dah bergantung kat orang lain (atau kehebatan diri sendiri), tak letak 100% kebergantungan pada Allah, semua urusan seterusnya akan jadi salah.

Alhamdulillah, budak kan lebih cepat faham dan ikuttt ja, tanpa banyak soal kenapa mengapa (Tak macam orang dewasa. huhu). Jadi, Muhammad ikut ja apa ummi suruh.

Kadang-kadang sambil2 dia main saya terdengar dia cakap..

"Ya Allah..bagi ummi kaya, boleh beli mainan banyak2,
mamad nak mainan ni.."

Ummi amin kan aja..terutama part kaya tu. Haha 😅😅😅

Lepas tu, tadi.. Ummi tengah berdoa lepas solat isyak,
Muhammad mai bisik-bisik..

"Ummi..mainan ummi..mainann" 

Dia mintak ummi doakan sekali, supaya Allah bagi dia mainan..hehe. Siap tumpang doa ummi tak tahan tu 😄😄😄, terus tak khusyuk doa ummi.

P/s: Kalau dia buat camni lagi dan lagi, ummi boleh cair, terus pi beli mainan untuk dia esok jugak ni.
.
.
Nampak tak apa yang cuba disampaikan? 

1. Minta hanya pada Allah. Kalau mintak kat manusia belum tentu dapat.

2. Jangan banyak tanya, mintak ja. Walaupun macam tak logik, macam mana Allah nak turunkan mainan ibarat mainan jatuh ke riba? hehe.. Kalau ikut logik akal manusia yang terbatas, memang akan fikir macam tu. Cuba fikir kuasa Allah yang tiada batasan tu..

Allah dah ada caranya, mungkin Allah gerakkan hati ummi pi beli mainan kat dia. Atau Allah hantar orang lain berikan hadiah mainan kat Muhammad..

Haa.. ada sesiapa terfikir nak beli hadiah untuk Muhammad sempena birthday dia bulan depan???


hehe.. Moga kita pelajari sesuatu ya.

Baca juga:

baca lagi

Sunday, October 25, 2015

Cara Saya Dapatkan KFC Free

Pernah tak korang terfikir nak makan KFC, tapi nak yang FREE tak nak bayar..? Hehe

Kalau fikir logik, memang tak logik la kan. Siapa la nak bagi KFC free ni tetiba ni kan.
Sebelum ni saya ada baca buku bertajuk Bertanya Allah Dahulu. Pengajaran yang saya peroleh dari buku tu.. Nak apa? Mintak ja kat Allah. Saya pun terfikir, ok nak test mintak KFC free dari Allah.

"Ya Allah.. Boleh tak kalau nak KFC free, tak payah bayar.."

Lepas tu, dah lupa pun doa tu. Memang mintak pun tak bersungguh sangat. Nama pun nak test je kan tadi. Huhu.. Tapi Allah sentiasa menunjukkan kasih sayangNya terhadap hambaNya ini. Walaupun saya dah lupa pasal tu, tak lama kemudian, saya betul-betul dapat makan KFC free.

Macam mana saya dapat?

Saya baru tau abang dan kakak ipar saya selalu dapat voucher KFC, depa pun dah boring makan KFC lalu kak ipar saya bagi 2 keping voucher KFC bernilai RM10 setiap satu. (Dah lusuh sangat voucher tu akibat terlalu lama disimpan, hampir dibuang dah kata kak ipar saya..haha. Rupanya rezeki saya tu). Dengan RM20 tu dapatla saya beli 2 set snack plate dan saya ada add on cheezy wedges, jadi kena tambah dalam RM6 sahaja. Fuh..Jimat!

Masa ni saya masih tak sedar. Lumrah manusia, bila dah dapat yang dihajati, jadi lupa.. Lupa nak ucap syukur pada Allah. Walhal Allah yang gerakkan hati kak ipar saya nak bagi voucher tu, DIA dah 'jawab' permintaan saya dulu, tapi saya tak perasan! Saya tersedar bila selang beberapa minggu lepas tu iaitu beberapa hari lepas, abang saya pulak bagi lagi 2 keping voucher KFC dan dapat la makan KFC free lagi. Huhu. Total voucher KFC yang saya dah dapat bernilai RM40 yang sebelum ni saya tak pernah terfikir pun. 

Baru teringat.. owh.. Aku pernah mintak kat Allah nak makan KFC free, kan Allah dah beri ni. Tak reti-reti nak bersyukur?? Hehe. Alhamdulillah. Terima Kasih Ya Allah.

Hmm..nak mintak apa lagi lepas ni hmm.. :p

Pengajaran.. 

1. Nak apa? Mintak ja kat Allah. Beres..insyaAllah.

2. Jangan fikir macam mana nak dapat, logik ke tak. Allah tau macam mana Dia nak bagi.

3. Selalunya apa yang kita nak, Allah tak beri segera sebab dia lebih TAHU bila masa yang sesuai nak beri.

4. Kita kena selalu alert dengan hikmah disebalik perkara yang terjadi. Contoh kes saya ni, tetiba je dapat makan KFC free ni (yang jarang-jarang sekali dapat kalau takda hari-hari special) ---->> Owh kan aku pernah doa mintak kat Allah dulu nak KFC free..

‪Moga menjadi inspirasi pada semua. Mintalah pada Allah walaupun secubit garam.
baca lagi

Wednesday, October 21, 2015

[Entry Ringkas] : Siapa Perlukan Omega Guard??

Semua orang perlu mengambil omega 3 yang mencukupi dalam diet harian. Tetapi secara khususnya, siapa yang perlu ambil Omega Guard?

1. Orang yang mengalami masalah tinggi kolesterol
2. Kanak-kanak Autisma, ADHD
3. Untuk kesihatan mata
4. Slimming
5. Brain development untuk bayi dalam kandungan
6. Memory booster
7. Inflammation
8. Asma
9. Eczema
10. Gout
11. Sendi
12. Darah tinggi/strok
13. Berat badan terlebih
14. Mengalami pembekuan darah
15. Pesakit darah tinggi
16. Ibu menyusu
17. Ibu Hamil
18. Pramatang
19. Cancer
20. Nyanyuk
21. Arthritis
22. Selsema
23. Tumit merekah
24. Cegah insomnia
25. Dyslexia kids
26. Kecantikan kulit
27. Dry eyes syndrome
28. Buasir

Untuk info lanjut, hubungi saya ya.

Syakirah Kapli
013-3353751
baca lagi

Tuesday, October 20, 2015

Hadiahkan Al-Fatihah Buat Anak

Nak kongsikan satu artikel yang kawan saya share di group whatsapp tentang salah satu ikhtiar dalam mendidik anak. Semoga anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh solehah. Sejujurnya walaupun anak masih kecil, memang terdetik rasa risau bila tengok keadaan anak bangsa kita sekarang.


Jom baca..
.

HADIAHKAN ALFATIHAH

Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang kian 'patah riuk' jadinya.

Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak kecil ini pun cemas juga.. Andai sudah tersalah didik, masa bukannya boleh berpatah balik..
Allahu Akbar!

Sebab itu, setiap kali bertemu dengan ibubapa yang saya anggap sudah berjaya mendidik anak mereka dengan baik, saya akan cuba menadah rahsianya. Memang, lain orang, lain pula pendekatan mereka. Hari ini saya ingin kongsikan rahsia seorang bapa yang sangat saya hormati ilmu dan keperibadiannya.

Oleh kerana saya sedang berusaha untuk 'tidak terlupa' mengamalkan nasihatnya, maka saya cuba kongsikan. Kata orang, makin kita rajin menyampaikan, makin lekat sesuatu perkara itu di dalam ingatan. Jadi, seperti biasa, sama-samalah kita pesan memesan dan menyebar kebaikan.

Kata si bapa ini, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan hadiahkan al-fatihah buat anak-anaknya. Amalan itu bermula sejak Allah 'mengetuk hatinya' ketika mendengar satu kuliah di masjid.

Kata penceramah, ramai yang malas hadiahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak.

Sejak itu, amalan menghadiahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Usai solat, itulah ikhtiarnya. Disedekahkan al Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya juga. Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Saya juga tumpang seronok melihat keluarga bahagianya.

Sahabat-sahabatku yang baik, Cuma hadiahkan al-Fatihah! Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah. Lagu-lagu kpop...mat saleh ...jiwang karat yang lebih bermain dibibir manusia masa kini.

Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah.

Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai hadiah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda.

Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka.

Jom kita cuba buat perkara mudah yang disukai Allah. Jangan lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali pula kepada kita.. Subhanallah..

Jom sama-sama kita beramal secara istiqomah hadiahkn al Fatihah untuk Rasulullah, dan kedua ibubapa kita, untuk suami/isteri kesayangan serta anak2 permata hati kita. Tak lupa hadiahkan utk diri sendiri juga.. Aminn
baca lagi

Monday, October 19, 2015

Ikhtiar Mendapatkan Zuriat Dengan Vitamin B Complex

Assalamualaikum semua.
Dah lama duk bertangguh nak tulis pasal ni. Tapi, selagi tak share rasa macam berdosa pulak, mana tau ada diantara pembaca blog ni sedang berusaha atau berikhtiar mendapatkan zuriat.

Al-kisah satu hari.. Saya pegi COD barangan Shaklee pada customer. Peluang COD saya gunakan untuk bertanya khabar. Lagipun dah lama juga tak jumpa. Sempat la saya tanya macamana kenal shaklee. Rupa-rupanya dia kenal shaklee masa tengah berusaha dan berikhtiar untuk mendapatkan zuriat. Masa tu dia dah 3 tahun berumahtangga.

Period Teratur, Tapi Senggugut
Dia cakap, langsung takda masalah dengan period. Period sentiasa teratur, cuma dia ada masalah senggugut yang teruk.

Stress, Rambut Gugur
Dia juga ada ceritakan, dalam tempoh berusaha dan berikhtiar mendapatkan zuriat, dia selalu tertekan, stress dan rambut mula gugur dengan teruk.

Ikhtiar Dengan B Complex & Alfalfa
Sehinggalah dia search kat internet tentang ikhtiar untuk mendapatkan zuriat dan terjumpa info mengenai Shaklee. Dipendekkan cerita, dia cuba B complex dan alfalfa.Tapi bukan beli dari saya sebab belum tau saya jual shaklee kot. Hehe..
Ikhtiar mendapatkan zuriat

Yang menariknya, segala masalah selesai. Dah tak rasa stress, rambut dah tak gugur dan paling best dah tak kena senggugut. Alhamdulillah... Belum pun habis sebotol B complex tu, dia dah disahkan hamil. Syukur..

Sekarang dia dah bersalin.. Baby pun dah masuk 4 bulan pun.

Kalau ada diantara rakan-rakan pembaca yang sedang berikhtiar untuk dapatkan zuriat, jangan stress-stress tau. Sebab stress pun antara punca susah hamil. Rileks je.

Highly Recommended
B Complex memang highly recomended kalau anda dalam usaha mendapatkan zuriat. Sebabnya B complex boleh bantu anda lebih tenang dan kurang stress. B complex Shaklee juga ada kandungan asid folik yang semua sedia maklum kan. Memang disyorkan untuk wanita yang sedang berikhtiar  mendapatkan zuriat.

Alfalfa
Alfalfa pulak memang terbukti thorbaik untuk wanita. Ada yang cakap alfalfa complex ni ala-ala kacip fatimah gitew. Selain tu ia mampu mengurangkan masalah keputihan dan membantu wanita lebih subur dengan izinNya.
baca lagi

Sunday, October 18, 2015

Doa Ketika Terasa Bernasib Malang Atau Ada Aura Negatif

Pernah tak korang rasa camni..

"Harini la hari paling malang aku.."
"Kenapa la buat apa semua tak menjadi.."
"Ada ja yang tak kena...ada apa-apa ke ni.."

Jom amalkan doa yang dikongsikan oleh Ustaz Dr. Zaharuddin seperti dibawah ni.

Dipetik dari FB Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Sesiapa yang tiba-tiba seperti terasa semacam ada 'aura negatif' atau 'nasib malang' melingkunginya & kehidupannya sehingga tidak berjaya etc, SEGERALAH menjauhi perasaan itu dan amalkan apa yang diajar oleh baginda Rasulullah dan berserah diri kepada Allah dengan membaca doa ini :

اَللَّهُمَّ لاَ يَأْتِى بِالْحَسَنَاتِ إِلاَّ أَنْتَ ، وَلاَ يَدْفَعُ السَّيِّئَاتِ إِلاَّ أَنْتَ ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِك .

Ya Allah, tiada yang dapat mendatangkan kebaikan kecuali Engkau, dan tiada yang dapat menolak keburukan kecuali Engkau, dan tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan izin Engkau. (Riwayat Abu Daud )

Semoga kita sentiasa dilindungi Allah.


baca lagi

Saturday, October 17, 2015

Tanda 'Best By' pada Meal Shakes

Entry Ringkas : Isu tanda 'best by' pada Meal Shakes.

Tanda 'Best By' Pada Mealshake
Pada yg dah beli dan nak beli mealshake suka saya nak jelaskan tentang perkataan 'BEST BY' yg tertera pada bawah canister mealshake ni

Biasa supplemen shaklee ni tulis EXPIRED BY tp mealshake ni unik sikit sebab tulis 'BEST BY'

Persoalannya boleh ke makan lagi mealshake ni jika dah lebih tarikh ini ataupun jika belum buka tp tgk2 tarikh dah nak hampir dgn tarikh best before tu

Jawapannya boleh

Jika mealshake masih belum dibuka, ia boleh bertahan sehingga 1 tahun dari tarikh best before tu dan jika sudah dibuka pastikan simpan dalam peti ais bg memastikan lebih tahan lama dan ditutup rapat

Jika dah dibuka pun pastikan warnanya tidak bertukar kepada kuning dan menjadi berketul2, kalau jd mcm ni biasanya bau vanila pun takde dan rasa pun dah lain sbb mealshake ni ada campuran lactosa jd agak sensitif dgn udara mcm milo or susu anak2 kita kan kalau kita dah bukak lama sangat pun jadi camtu macam berketul2 kan.

Kalau boleh setiap kali dibuka habiskan dalam masa 1-2 bulan tapi kalau tak boleh, simpan dalam peti sejuk bagi memastikan keaslian mealshake ni.
baca lagi

Thursday, October 15, 2015

Cadangan Suplemen Untuk Anak Autism & ADHD

Entah kenapa, dari dulu, sejak ada anak, saya suka ikuti perkembangan tentang autisma. Saya ada join group ibu ayah yang ada anak autisma. Pengalaman mereka membesarkan anak autisma sangat mengkagumkan saya. Lagi satu anak autisma ni adalah anak yang sangat istimewa. Saya share sesuatu yang saya dapat dari group tu k.

cadangan suplemen untuk anak autisme dan ADHD

Subhanallah.. Cantik kan. Dah lama saya save gambar ni. Dah tak ingat siapa nama ibu/ayah yang upload tu. Mohon halalkan la eh. hehe.. Kita yang dewasa pun belum tentu dapat tulis secantik ni.

Definisi & Ciri-ciri Autisme & ADHD
Saya share dulu apakah maksud Autisma & ADHD.

Autisma
Ketidakupayaan seseorang individu (kecenderungan neurologi) sehingga menyebabkan fungsi otak terjejas dalam aspek kognitif, tingkah laku, bahasa, komunikasi, sosial emosi dan kemahiran motor kasar & halus.

Ciri-ciri Autisma

Masalah Kommunikasi : Tahap kefahaman dan penggunaan bahasanya lemah
Interaksi Sosial : Lebih suka bersendirian.
Pola Bermain: Leka bermain dengan barang yang diminatinya, tingkah laku bereza dengan anak normal.
Gangguan Deria : Tidak suka dipegang, mempunyai gangguan telinga.
Tingkah Laku : Pengulangan tingkah laku, kurang fokus.
Emosi : Ketawa, menangis dan marah secara tiba-tiba.


ADHD
Mempunyai masalah dalam penumpuan, mempunyai masalah kecil pada otak, terlalu banyak begerak atau hiperaktif.

Ciri-ciri ADHD

Kurang Tumpuan : Tidak fokus, gagal patuh arahan, pelupa.
Hiperaktif : Tidak duduk, berlari ke sana ke sini.
Impulsif : Tidak sabar, suka mengusik rakan, cenderung mengalami kemalangan.
Gabungan : Gabuungan ketiga-tiga yang diatas.

Sumber : Autisme dan ADHD


Suplemen Terbaik Untuk Kanak-Kanak Autisma & ADHD

Ok kita kembali ke tajuk asal la ye. Dalam tu kadangkala ada jugak dikongsikan tentang suplemen untuk anak autisma. Saya kongsikan hasil dari maklumat yang saya jumpa ya. Kanak-kanak yang mengidap autisma atau ADHD digalakkan mengambil nutrien sepeti berikut;


1. Minyak Ikan
Kajian telah membuktikan Omega 3 mengandungi asid lemak perlu (EFA atau Essential Fatty Acid) yang mampu merangsang otak dan fungsi saraf, mengurangkan gejala ADHD seperti kurang tumpuan dan hiperaktif. Sumber terbaik EFA adalah seperti ikan sardin, tuna, salmon dan minyak ikan.

Minyak ikan yang mengandungi khasiat Omega 3 juga dicadangkan untuk orang dewasa dan kanak-kanak yang menghidap ADHD dan Autism. Walau bagaimanapun adalah penting kita pastikan minyak ikan yang diambil adalah selamat daripada pencemaran merkuri atau logam berat lain.

Mengapa Omega Guard merupakan minyak ikan terbaik? Ia merupakan minyak ikan paling tulen didunia, tidak menggunakan hati ikan, sebaliknya sumber ikan itu sendiri. Setiap kapsul mengandungi 7 spektrum penuh asid lemak Omega 3 iaitu EPA, DHA dan ALA dan banyak lagi.

Satu hidangan Omega Guard membekalkan 1000mg asid lemak omega 3 EPA dan DHA.

2. Vitamin C dan B6
Vitamin C diperlukan oleh otak untuk pekembangan neurotransmiter seperti dopamin yang mana ia meningkatkan kewaspadaan dan perhatian. Kekurangan Vitamin B6 pula boleh menyebabkan keresahan dan keletihan.

Vitamin C dan B6 terdapat secara lengkap dalam Mealshake Shaklee.

3. Zat Besi
Zat besi penting dalam mempengaruhi pengeluaran dopamin, ia sering dijumpai di tahap jauh lebih rendah pada kanak-kanak ADHD berbanding kanak-kanak lain.

Khasiat zat besi juga terdapat di dalam Mealshake Shaklee.

4. Magnesium
Ia juga diperlukan untuk membuat neurotransmitter yang melibatkan proses perhatian dan tumpuan, ia juga mempunyai kesan menenangkan pada otak.

5. Zink
Zink berfungsi mengawal neurotransmitter dopamin, ia boleh membuat methyphenidate lebih berkesan dengan meningkatkan tindak balas otak untuk dopamin.

Bagi vitamin C, B6, Zat besi, magnesium dan zinc, kesemuanya anda boleh dapati dalam Mealshake Shaklee.

Secara keseluruhannya, cadangan suplemen terbaik bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah autisme dan ADHD adalah Mealshakes dan Omega Guard.

cadangan suplemen untuk anak autisme dan ADHD

Semoga artikel ini memberi manfaat buat ibu ayah yang sedang mencari suplemen untuk anak syurga mereka. Sekiranya anda perlukan maklumat lanjut, jangan segan silu hubungi saya ya.

Whatsapp : 013-3353751
baca lagi

Wednesday, October 14, 2015

Jangan Jadi Tuhan Pada Anak - Part 2

Rentetan post saya semalam bertajuk
Jangan Jadi Tuhan Pada Anak

Baru perasan, saya dah amalkan sebelum ni secara tak sedar.
Muhammad suka sangat mintak belikan mainan. Yang duk ada pun tak termain. Huhu.

Untuk meredakan keadaan, saya suruh dia tadah tangan dan berdoa.
Ya Allah bagi la ummi kaya, dapat beli mainan banyak-banyak..

(Lepas doa dia terus senyap, tak meminta2 lagi)

Hehe..part kaya tu macam amik kesempatan pulak. Tapi why not kan.. Doa anak kecil kan mustajab, insyaAllah.. 󾌲

Lepas tu doa tu akan berlalu begitu sahaja. Saya tak terfikir pun nak pegi beli mainan dia. Cukup la apa yang ada berlambak kat rumah tu.

Tapi kan.. Ada ja rezeki mainan dia tau.

Stok ultraman dan resaksa la..kawan ummi beli dari jepun lagi ha.

Pastu toksu dia pulak bagi satu beg besar mainan pak usu yang lama tapi masih elok dijaga rapi. Haa..puas main. Dari pintu depan sampai dapur, mainan dia saja. (mula la ummi dia jadi The Incredible Hulk satgi)

Kesimpulannya.
Nak apa? 'Order' / minta saja dengan Allah.

P/s: Anak kecil, keyakinannya luar biasa. Logik ke tak letak tepi. Yang dia tau, apa yang dia nak pasti dapat. Sebab tu depa mudah dapat apa yang diminta.
baca lagi

Tuesday, October 13, 2015

Jangan Jadi Tuhan Pada Anak

Jangan Jadi Tuhan Pada Anak
=========================

Saya ada dengar ceramah ustaz Yusuf Mansur kat youtube.
Antara yang paling terkesan di hati, dia cakap kita jangan jadi tuhan pada anak. Anak mintak apa semua bagi.

Nanti bila kita dah tak ada, anak jadi hilang tempat bergantung.

Sebaliknya ajar anak minta pada Allah. Nak kasut, nak beg, nak apa-apa lah.. Mintak pada Allah. Ajar dari awal 100% bergantung hanya pada Allah. Macam ustaz YM buat, anak nak kasut, dia suruh solat dan minta pada Allah. (last sekali memang betul dapat, free pulak tu)
.
.
Dah minta tu.. Tak payah fikir bagaimana Allah nak bagi. Soalan bagaimana tu biar Allah uruskan, kita tak payah sibuk-sibuk nak fikir. Pokoknya YAKIN.

Kita selalu ada masalah dengan YAKIN.. Dah mintak tapi tak yakin boleh dapat.. Macam mana Allah nak bagi. Allah bertindak mengikut sangkaan hambaNya.

Wallahua'lam

#belajarYAKIN
baca lagi

Monday, October 12, 2015

Set Bersalin Shaklee - Untuk Ibu Kembali Kurus Langsing

Ibu-ibu hamil mesti akan search set bersalin terbaik untuk melalui tempoh berpantang kan. Sekarang ni banyak betul set-set bersalin di pasaran. Hari ni saya nak tulis tentang Set Bersalin Shaklee, iaitu antara set bersalin yang menjadi pilihan ramai ibu-ibu di Malaysia.

Daripada pengalaman rakan-rakan yang ambil set bersalin Shaklee, ramai yang cakap memang rasa perbezaan yang ketara dengan waktu bersalin anak sebelumnya. Ada yang cakap, rasa lebih bertenaga, badan lebih ringan walaupun tak tidur malam. Ada juga yang memberi maklumbalas susu makin banyak sejak amalkan set bersalin shaklee.

set bersalin shaklee


Kepentingan Vitamin Semasa & Selepas Bersalin

Memetik tulisan Dr. Hamid Arshat;
Ramai wanita yang salah anggap multivitamin seperti obimin atau lain jenama yang diberikan waktu hamil menyebabkan saiz bayi besar waktu lahir. Pil vitamin ini penting untuk kesihatan ibu dan untuk bina darah untuk cegah kurang darah waktu bersalin. Pil-pil kalsium untuk bina tulang, folic untuk keperluan semua sel-sel baru untuk janin dan fish oil sebagai omega3 dan DHA untuk sel-sel otak bayi untuk jadi anak pintar.

Setelah bersalin TERUSKAN makan suplemen-suplemen tersebut untuk cepat pulih rahim dan kekuatan badan serta untuk susu ibu yang berkualiti. Saya cadangkan pil-pil tersebut patut dimakan terus menerus hingga akhir hayat seseorang wanita.
Dari tulisan di atas, jelas sekali betapa pentingnya suplemen kepada ibu-ibu yang sedang dan lepas bersalin. Yang paling menarik, "Set Bersalin Shaklee" adalah lengkap dengan semua vitamin dan mineral seperti yang disebutkan oleh Dr. Hamid Arshat.


Pakej Set Bersalin Shaklee

Saya bahagikan set bersalin shaklee kepada beberapa pakej mengikut keperluan ibu-ibu gojes semua ya. Nanti mudah la ibu-ibu  buat pilihan mengikut keperluan utama dan bajet ibu-ibu.

Set Bersalin Shaklee - Asas adalah kombinasi produk shaklee yang saling melengkapi bagi keperluan rawatan dalaman yang optimum untuk ibu yang baru lepas bersalin. Ia terdiri daripada empat jenis vitamin yang sememangnya diakui memberi kesan yang mengkagumkan pada ibu-ibu dari segi tahap kesihatan selepas bersalin. Ia terdiri daripada Vitalea, Vitamin C, B Complex dan Zinc Complex.

set bersalin shaklee


Set Bersalin Shaklee - Extra pula terdiri daripada 4 vitamin asas diatas dan ditambah dengan 2 lagi vitamin yang baik untuk melengkapkan nutrisi seorang ibu menyusu. Set ini mampu memberi rawatan optimum untuk kesihatan dalaman ibu dan membantu dalam penyusuan susu ibu. Set ini terdiri daripada Set Asas + ESP dan Ostematrix.

set bersalin shaklee


Set Bersalin Shaklee - Premium adalah kombinasi set bersalin extra ditambah dengan 2 produk yang mampu membantu ibu-ibu mendapatkan kembali berat badan ideal dengan pantas. Set ini tidak akan menjejaskan kualiti susu ibu, malah dipercayai dapat menambah kualiti dan kuantiti susu ibu hasil dari nutrien yang lengkap dan badan ibu yang sihat. Set ini terdiri daripada Set Extra + Omega Guard dan Alfalfa Complex.

set bersalin shaklee


Fungsi Setiap Produk

Ok, sekarang saya akan ceritakan fungsi dan kebaikan setiap produk yang terdapat dalam Set Bersalin Shaklee supaya ibu- ibu lebih jelas dan faham. Lebih mudah untuk ibu membuat pilihan nanti, setiap  produk pastinya ada kekuatannya tersendiri.

Vitalea
Vitalea sangat penting bagi ibu lepas bersalin. Ia membekalkan 23 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh tapi sukar di dapati dalam tempoh berpantang kerana banyak makanan yang perlu dielakkan. 
Vitalea disaluti spirulina yang kaya dengan vitamin dan mineral. 
Mengandungi zat besi, elemen yang paling diperlukan unuk penghasilan darah merah untuk menggantikan darah yang hilang semasa bersalin seterusnya mengelakkan pucat dan tidak bermaya.


B Complex
Vitamin B Complex berfungsi untuk melegakan sistem saraf dan memberikan ketenangan kepada seluruh sistem badan. Ia mampu mengelakkan stress dan meroyan di kalangan ibu berpantang. Membantu meningkatkan pembentukan sel darah merah. 
Menukarkan makanan yang diambil kepada tenaga, ibu akan lebih bertenaga serta menghindari kegemukan sebab kalori dari makanan tidak tersimpan dalam badan. 
Memelihara kulit dan lapisan-lapisan kulit dan menstabilkan penghasilan melanin, hasilnya kulit makin lembut dan cerah. 
Pengambilan B Complex yang konsisten akan mengurangkan tanda regangan kulit – stretch marks.

Vitamin C
Vitamin C mengandungi elemen lekatan dan penyembuhan yang bertindak sebagai pencantum dan penyembuh luka. 
Membaik pulih sel dan tisu yang rosak. 
Meningkatkan sistem ketahanan badan, faedah ini akan turut mengalir dalam susu badan dan bayi juga akan mendapat manfaatnya. 
Ia juga membantu dalam pembentukan kolagen, menganjalkan kulit. 
Mengandungi BioFlavonoid yang berfungsi mencantikkan dan mencerahkan kulit, pengambilan secara konsisten dan berterusan akan mengurangkan stretch marks dan parut.

Zinc Complex
Zink paling penting dalam proses pemulihan luka, bersama-sama dengan viamin C dan Protein. Ia mampu mambaik pulih luka jahitan dan kerosakan tisu dalaman. Ikan haruan kaya dengan Zink sebab itu pengambilannya amat digalakkan dalam tempoh berpantang. Namun harga ikan haruan yang mahal disesetengah kawasan, kadangkala sukar diperolehi dan rasanya yang agak hanyir membuatkan pengambilannya sering diabaikan oleh ibu zaman moden ketika ini. 
Oleh yang demikian, pengambilan Zink dalam bentuk tablet adalah solusi yang terbaik. Zink juga sebagai penggalak keinginan seksual, dapat mengatasi masalah kedinginan dalam hubungan intim suami isteri selepas tempoh berpantang.

Ostematrix (Kalsium)
Ostematrix kadangkala dikenali sebagai pil kalsium. 
Bagi ibu yang banyak mengalami luka jahitan bersalin, selalunya berasa takut, fobia atau kurang selesa untuk meneran, terutamanya ketika ingin membuang air besar mahupun air kecil. Pengambilan Ostematrix terbukti sangat membantu pergerakan usus bagi menghindari masalah sembelit
Melegakan segala kekejangan otot akibat duduk terlalu lama di kalangan ibu berpantang. Merehatkan otot dan saraf ketika sedang tidur dan ibu akan berasa sangat segar bugar bila bangun pagi.
Ostematrix mampu memenuhi keperluan kalsium untuk tulang, otot dan gigi,mengelakkan kejadian rosak gigi serta kerapuhan tulang. 
Ia juga membantu penghasilan susu ibu yang banyak. Perlu diketahui bahawa Kalsium adalah antara komponen yang penting dalam penghasilan susu ibu.

ESP - Energizing Soy Protein
ESP Susu Soya Protein baik untuk kesihatan menyeluruh si ibu dan membantu penghasilan susu yang banyak serta berkualiti. 
Ibu Berpantang dan Ibu Menyusu sangat digalakkan mengambil ESP. 
Pengambilannya ESP sangat membantu dalam pemulihan luka luaran dan dalaman. 
Ia juga mampu mencantikkan kulit, memejalkan otot, membantu dalam penurunan berat badan. Membekalkan tenaga dan kecergasan badan ibu walaupun kadangkala tidak mendapat rehat yang cukup ketika berpantang.

Omega Guard
Mengurangkan risiko meroyan selepas melahirkan bayi
Membantu menurunkan berat badan selepas bersalin tanpa menjejaskan kualiti susu ibu.
Kaya dengan DHA yang baik untuk perkembangan minda bayi yang menyusu susu ibu.
Meningkatkan sistem imunisasi untuk ibu dan bayi.

Alfalfa Complex
Alfalfa merupakan tumbuhan yang dikenali sejak dahulu sebagai Father Of All Food mengandungi terlalu banyak manfaat kesihatan. 
Ia kaya dengan serat, protein, amino asid, klorofil, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. Memerangkap lemak dan akan membawa keluar dari badan. 
Juga merupakan galactagogue iaitu herba membanyakkan penghasilan susu ibu. 

Kesimpulan

Set Bersalin Shaklee mempunyai semua zat dan vitamin yang sangat diperlukan oleh ibu yang baru melahirkan anak. Ia membantu memulihkan kesihatan dalaman ibu dan memberi kesan yang dapat dilihat secara luaran, si ibu kelihatan ceria, bertenaga dan tidak pucat.

Ia juga boleh digunakan sepanjang tempoh berpantang, menyusu malah boleh diteruskan sepanjang hayat sebagaimana di syorkan oleh pakar kesihatan wanita Dr. Hamid Arshat.

Jimattttt..
Tahukah anda, kebanyakan vitamin dalam Set Bersalin Shaklee boleh diambil sejak ibu dalam kehamilan lagi, memang jimat. Set Hamil sekali dengan set berpantang. Kalau nak tahu info lanjut beserta konsultasi percuma boleh hubungi saya ya.

FB: Syakirah Kapli
Whatsapp / Telegram : 013-3353751

baca lagi

Sunday, October 11, 2015

Cara Merawat Anak Demam / Batuk / Selesema Tanpa Ubat - Garlic Sock

Korang pernah dengar tak garlic sock? Garlic sock ni salah satu cara semulajadi bagi merawat anak yang demam, batuk, batuk berkahak atau selesema. Caranya mudah sangat serta menjimatkan. Paling best sebab dah tentu-tentu la selamat buat anak kecil. Doktor pun tak galakkan untuk kita bagi makan segala jenis ubat-ubatan dari klinik untuk bayi kecil.

Cara Buat Garlic Sock

1. Ambil setengah ulas bawang putih, tumbuk, tapi jangan lumat sangat. 

2. Pakaikan stokin jenis berlubang pada bayi.

3. Masukkan bawang putih yang ditumbuk tadi pada stokin satu lagi dan pakaikan pada kaki bayi. Kiranya, bayi pakai 2 lapis stokin la. Tujuan buat dua lapis adalah supaya bawang putih tu tak terkena direct pada kulit bayi yang mungkin akan buatkan kulit bayi kemerahan.

4. Biarkan semalaman.

Sumber Gambar: FB Rahsia Hawa
Teknik ini bertujuan supaya bawang putih dapat diserap ke dalam kulit bayi dan bertindak sebagai anti virus yang mampu membantu bayi melawan penyakit. (demam/batuk/selesema/asma dan sebagainya)

Nota:
Bawang putih sememangnya terkenal sebagai antivirus terbaik. Ibu yang menyusukan bayi juga boleh mengamalkan Garlic Complex untuk menjadikan ibu kekal sihat dan memberikan antivirus terbaik buat bayi yang menyusu badan.

Syakirah Kapli
Shaklee Independent Distributor
013-3353751

baca lagi

Saturday, October 10, 2015

25 Menu Pilihan Untuk Ibu Berpantang

menu resepi ibu berpantang

Menu Berpantang #1 : Turi Masak Asam Rebus

(Bagus Untuk Menambah Susu Ibu).

Bahan-bahan:
-Daun Turi
-Ikan Bilis
-Asam Keping
-Bawang merah
-Kunyit Hidup
-Ikan Bilis
-Lada merah

Cara-cara:
-Bahan iaitu bawang merah, lada merah, ikan bilis, kuntit hidup ditumbuk kemudian direbus.
-Masukkan garam, asam keping dan daun turi biarkan sehingga mendidih kemudian bolehlaa diangkat.


Menu Berpantang #2 : Sup Lobak Putih

BAHAN-BAHAN
1/2 ekor rangka ayam
1 batang lobak putih
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 sudu kecil serbuk pati ayam
Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN
1. Hiris bawang merah ,bawang putih dan halia.
2. Tumis dalam minyak yang sedikit.
3. Masukkan 3 cawan air dan rangka ayam.
4. Biar ia mendidih selama 15 minit kemudian masukkan serbuk pati ayam dan garam.
5. Akhir sekali, masukkan lobak putih yang telah dihiris

bulat.
6. Biar ia mendidih sebentar dan boleh dihidangkan.
7. Boleh dihias dengan daun bawang,daun sup dan tabur bawang goreng semasa menghidang.

Info
Lobak putih dikatakan berkhasiat utk merawat darah tinggi, masalah kencing tidak lawas, masalah sistem penghadaman dan dapat juga membantu membanyakkan susu bagi ibu-ibu yang menyusu.


Menu Berpantang #3 : Daging Goreng Kunyit

BAHAN-BAHAN
250gm daging lembu (Dihiris nipis)
1 biji bawang besar (Dipotong bulat)
1 inci kunyit (Ditumbuk halus)
2 sudu besar minyak jagung
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak

BAHAN DIPOTONG SERONG
1/2 biji cili merah
1/2 biji cili hijau

CARA PENYEDIAAN
1) Perap daging bersama kunyit dan garam selama 20 minit.
2) Masukkan daging dalam kuali bersama sedikit minyak dan air.
3) Rebus daging hingga empuk.
4) Masukkan bawang besar,cili merah dan cili hijau.
5) Kacau sekata sebelum diangkat.


Menu Berpantang #4 : Daging Goreng Lada Hitam

Bahan-bahan:
-Daging hihiris halus
-Lada hitam secukup rasa
-Halia
-Bawang besar
-Bawang putih
-Sos Cili/Cili mesin
-Sos tomato
-Sos tiram
-Kicap pekat
-Garam/serbuk perasa

Cara-cara:
-Perapkan daging bersama halia , bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat.
-Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap, tambahkan air mengikut keperluan bagi memastikan daging lembut.
-Setelah empuk, boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut keperluan dan juga hirisan bawang besar.


Menu Berpantang #5 : Daging Goreng Halia

Bahan-bahan:
-Daging batang pinang dihiris nipis
-Halia dimayang halus
-Bawang Putih diketuk
-Bawang besar dihiris bulat
-1 biji lada benggala/ ketukkan cili padi kalau nak pedas
-Sedikit sos tiram
-Sedikit kunyit hidup/kunyit serbuk, Garam/ Serbuk Perasa
-Jika nak berkuah, bancuhkan sedikit tepung jagung dan air@ bagi lebih perisa masukkan sedikit air asam jawa.

Cara-cara:
-Panaskan minyak, masukkan daging yang telah diperap sebentar dengan kunyit dan garam.
-Agak lembut , tumiskan bawang putih dan halia, masukkan juga sos tiram dan bahanperasa mengikut kesesuaian.
-Akhir sekali masukkan , lada benggala ataupun cili padi dan hirisan bawang besar.
-Jika nak berkuah boleh juga ditambah dengan bancuhan tepung jagung.


Menu Berpantang #6 : Ikan Haruan Goreng Rempah

BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan haruan (dipotong)
2 sudu besar sos lada hitam
1 sudu rempah ikan
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Minyak masak

BAHAN-BAHAN YANG DITUMBUK
30gm halia
2 biji bawang besar

CARA PENYEDIAAN
1) Gaulkan ikan bersama serbuk kunyit dan garam.
2) Perap selama 15 minit.
3) Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing.
4) Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk.
5) Masukkan sos lada hitam,rempah ikan dan garam.
6) Kacau sekata dan curahkan ke atas ikan.

Info
Ibu-ibu yang berpantang digalakkan makan nasi ketika panas dan minuman yang sesuai iaitu air akar kayu.Tidak digalakkan minum air terlalu banyak.


Menu Berpantang #7 : Ayam Panggang (Selera Pantang)


menu resepi ibu berpantang
Gambar Hiasan

BAHAN-BAHAN
500gm ayam
1/2 cawan air
1 batang serai (diketuk)
1 sudu kecil jintan manis
1 1/2 sudu kecil jintan putih
Air asam jawa secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak masak
BAHAN-BAHAN DIKISAR
20gm halia
10gm kunyit hidup
10gm lengkuas
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

CARA PENYEDIAAN
1) Perap ayam dengan garam bersama setengah bahagian bahan yang dikisar selama 1 jam.
2) Panggang sehingga masak.
3) Panaskan sedikit minyak.
4) Tumis bahan kisar selebihnya hingga naik bau.
5) Masukkan serai,jintan manis,jintan putih,air asam jawa dan garam.
6) Tambah air dan biarkan mendidih.Curahkan ke atas ayam tadi.


Menu Berpantang #8 : Ayam Masak Bijan

BAHAN-BAHAN
1/2 ekor ayam
2 ketul daging ayam
1-2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar minyak bijan
Bijan goreng secukupnya
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN DIHIRIS
30gm halia tua dihiris

CARA PENYEDIAAN
1) Masuk kesemua bahan kecuali daun pegaga di dalam periuk dan kacau sehingga mendidih.
2) Perlahankan api dan biar kuah pekat.
3) Masukkan daun pegaga sebelum diangkat.

Info
Kunyit dibuat minuman sebagai jamu terutamanya bagi ibu selepas bersalin.Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah.Ia juga mampu mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman.


Menu Berpantang #9: Pais Ikan Tenggiri 

BAHAN-BAHAN
2 ketul ikan tenggiri
3 biji bawang merah
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil asam jawa (campurkan 3 sudu besar air)
3 helai daun pisang (dilayur)
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN YANG DITUMBUK
3 biji bawang merah
1 biji cili merah
1 ulas bawang putih

CARA PENYEDIAAN
1) Satukan bahan-bahan yang ditumbuk dengan air asam jawa,serbuk kunyit dan garam.
2) Lumurkan pada ikan hingga rata.
3) Perapkan selama 30 minit.
4) Bungkus ikan dengan daun pisang.
5) Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah Celcius sehingga masak.


Menu Berpantang #10: Ikan Tenggiri Goreng Halia

BAHAN-BAHAN
2 ketul ikan tenggiri
1 sudu besar minyak bijan
1-2 sudu besar kicap manis
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Minyak masak

BAHAN-BAHAN DIHIRIS DAN DIGORENG
30gm halia
3 ulas bawang putih

CARA PENYEDIAAN
1) Lumur ikan dengan serbuk kunyit dan garam.
2) Biarkan selama 20 minit.
3) Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing dan ketepikan.
4) Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali.
5) Tuangkan kicap dan masak seketika.
6) Curahkan ke atas ikan.
7) Taburkan halia,bawang putih dan minyak bijan ke atas ikan.

Info
Minyak bijan memberikan aroma yang menarik selain membantu pertumbuhan dan menghitamkan rambut.


Menu Berpantang #11 : Ikan Masak Pindang


menu resepi ibu berpantang

BAHAN-BAHAN
2 keping ikan merah
1-2 keping asam keping
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN YANG DITUMBUK
10gm kunyit
10-15 biji lada hitam

BAHAN-BAHAN YANG DIHIRIS
30gm halia
2 biji bawang merah
6 ulas bawang putih

CARA PENYEDIAAN
1) Masukkan kesemua bahan kecuali ikan ke dalam periuk.
2) Didihkan di atas api perlahan.
3) Masukkan ikan dan didihkan lagi hingga masak.

Info
Lebih banyak halia dan bawang putih,lagi bagus untuk pembuangan angin.Kurangkan lada hitam sekiranya menyusukan bayi.


Menu Berpantang #12 : Ikan Bilis Goreng Aroma

Bahan-bahan:
-100g ikan bilis putih
-3 batang serai (Dititik @ dihiris ikut suka)
-1 biji bawang besar dimayang
-2cm halia dimayang
-6 helai daun limau purut dihiris @ dikoyak kasar
-6 biji cili padi diketuk
-Minyak

Cara-cara:
-Goreng ikan bilis hingga ranggup
-Kemudian masukkan bahan hirisan


Menu Berpantang #13 : Singgang Daging Ala Kelantan

BAHAN-BAHAN
1 liter air
1 biji bawang besar (Dipotong bulat)
2 ulas bawang putih (Dihiris halus)
1/2 sudu besar ketumbar (Ditumbuk kasar)
2 tangkai cili kering (Dipotong 3)
1 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN DIHIRIS KASAR
200 daging
20gm halia
20gm lengkuas

CARA PENYEDIAAN
1) Rebus daging bersama halia,lengkuas,bawang putih,ketumbar,cili kering dan asam keping hingga empuk.
2) Kemudian,masukkan bawang besar,garam dan gula.
3) Didihkan seketika sebelum diangkat.

Info
Asam keping dapat mengembalikan tubuh langsing selepas bersalin.Ia sangat berkesan untuk mengempiskan perut yang buncit.


Menu Berpantang #14 : Ikan Tenggiri Masak Asam

BAHAN-BAHAN
500ml air
3 ketul ikan tenggiri
1/2 cawan air asam jawa
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN YANG DIHIRIS
30gm halia
3 biji bawang merah

CARA PENYEDIAAN
1) Didihkan kesemua bahan di atas api perlahan.
2) Masak sehingga kuahnya agak pekat dan ikan masak.
3) Kacau rata sebelum dihidangkan.

Info
Resepi ini membekalkan protein dan melawaskan pembuangan air kecil.


Menu Berpantang #15 : Ikan Panggang Halia Muda

BAHAN-BAHAN
BAHAN A
2 ketul ikan tenggiri
1 biji limau kasturi (ambil jusnya)
Serbuk kunyit secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak masak

BAHAN B (DIHIRIS)
30gm halia muda
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

CARAPENYEDIAAN
1) Lumurkan bahan A pada ikan.
2) Perapkan selama 30 minit.
3) Panggang ikan hingga masak.
4) Panaskan sedikit minyak.
5) Tumis bahan B hingga naik bau.
6) Angkat dan taburkan di atas ikan panggang.

Info
Halia salah satu herba tradisional yang mempunyai banyak khasiat iaitu dapat membantu penghadaman,baik untuk hati,menguatkan tenaga batin,menambahkan air mani,membuang angin,menghilangkan bau mulut,memanaskan badan dan melancarkan perjalanan darah.


Menu Berpantang #16 : Ikan Tenggiri Bakar

BAHAN-BAHAN
2 ketul ikan tenggiri
1/2 cawan air asam jawa
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN YANG DIHIRIS
30gm halia
3 biji bawang merah

CARA PENYEDIAAN
1) Perapkan ikan tenggiri bersama garam dan serbuk kunyit terlebih dahulu.
2) Bakar ikan tenggiri hingga masak sepenuhnya.
3) Satukan air asam jawa bersama halia,bawang merah,serbuk lada hitam,garam dan gula.
4) Hidangkan bersama ikan.

Info
Ikan tenggiri membekalkan selenium pada tubuh.Ia mengelakkan tubuh dihidapi kanser dan penyakit jantung.


Menu Berpantang #17 : Sup Ikan Haruan

BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan haruan (dipotong)
500ml air
2 sudu besar minyak jagung
1 keping asam keping
Garam secukup rasa

BAHAN UNTUK DITUMBUK
30gm halia
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam

BAHAN HIASAN
Bawang goreng
Daun bawang
Daun sup

CARA PENYEDIAAN
1) Panaskan minyak di dalam periuk.
2) Tumiskan bahan yang ditumbuk hingga naik bau.Masukkan air.
3) Apabila mendidih,masukkan asam keping,ikan dan garam.
4) Masak lagi hingga mendidih.
5) Taburkan bawang goreng,daun bawang dan daun sup.
6) Kacau rata sebelum diangkat.

Info
Ikan haruan membekalkan protein dan albumin yang tinggi.Membantu penyembuhan luka dengan cepat.


Menu Berpantang #18 :Ikan Siakap Bakar

BAHAN-BAHAN
Seekor ikan siakap
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 inci kunyit hidup (ditumbuk) atau sesudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar sos tiram
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam

CARA PENYEDIAAN
1. Bersihkan ikan siakap.
2. Perapkan dengan semua bahan selama setengah jam.
3. Panggang sehingga masak.
4. Ikan siakap boleh digantikan dengan ayam atau daging.


Menu Berpantang #19 : Sup Daging


menu resepi ibu berpantang


BAHAN-BAHAN
Setengah kilo daging batang pinang
5 ulas bwg putih (diketuk)
3 biji bawang besar (dipotong)
1 batang serai (diketuk)
2 inci halia (dihiris halus)
2 biji limau nipis (diambil jusnya)
1 sup bunjut
1 kiub pati daging lembu
Air 900ml
Sedikit daun sup
Sedikit daun bawang
Sedikit minyak masak untuk menumis
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam

CARA PENYEDIAAN
1.Bersihkan daging.
2.Potong daging kepada beberapa bahagian.
3.Masukkan sedikit minyak masak.
4.Tumis bawang putih,bawang besar,halia,serai dan sup bunjut sehingga naik bau.
5.Masukkan air,daging dan kiub pati daging lembu.Masak sehingga mendidih.
6.Perlahankan api dan masukkan serbuk lada hitam,garam secukup rasa.
7.Taburkan sedikit daun sup dan daun bawang.


Menu Berpantang #20 : Ikan Gelama Masak Asam

BAHAN-BAHAN
2 ekor ikan gelama
1 biji bawang besar (dihiris)
5 ulas bawang putih (dihiris)
1 ketul halia (dihiris)
1 biji cili merah (dihiris)
1 mangkuk air asam

CARA PENYEDIAAN
1. Gorengkan ikan yang telah disapu garam dan kunyit.Ketepikan.
2. Tumiskan bawang besar,bawang putih,halia dan cili merah.
3. Masukkan air asam dan garam.
4. Apabila mendidih tuangkan atas ikan tadi.


Menu Berpantang #21: Ikan Bilis Berkunyit

BAHAN-BAHAN
50 gm ikan bilis (digoreng)
20 gm ibu kunyit
2 sudu kecil lada hitam
Pucuk pegaga atau daun selom secukupnya

CARA PENYEDIAAN
1. Tumbuk kasar ikan bilis bersama ibu kunyit dan lada hitam.
2. Siap untuk dimakan bersama ulam ulaman.


Menu Berpantang #22: Ikan Bilis Lemak Lada Hitam

BAHAN-BAHAN
50 gm ikan bilis
3 cawan air
1 cawan santan pekat
10 gm kunyit (ditumbuk)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk)
Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN
1. Didihkan santan,air dan bahan tumbuk di atas dengan api perlahan.
2. Masukkan ikan bilis dan garam.Gaul sekata.


Menu Berpantang #13 : Ikan Bilis Daun Kari

BAHAN-BAHAN
50 gm ikan bilis (digoreng)
1 genggam daun kari
2 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
Minyak masak

CARA PENYEDIAAN
1. Panaskan sedikit minyak,tumiskan bawang merah dan putih hingga naik bau.
2. Masukkan pula daun kari dan ikan bilis.
3. Goreng seketika dan angkat.


Menu Berpantang #23: Ikan Bawal Kukus Halia

menu resepi ibu berpantang
Ihsan Google

BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan bawal putih
1 1/2 inci halia (potong nipis)
1 inci kunyit (potong nipis)
3 ulas bawang putih (potong nipis)
2 sudu besar kicap manis
1 sudu teh lada hitam serbuk
1 batang lobak
Beberapa bunga kubis
Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN
1. Lumurkan ikan dengan kicap,lada hitam dan garam.
2. Perap seketika.
3. Letakkan ikan dalam bekas dan boleh alas dengan daun pisang/aluminium foil.
4. Siram baki perapan kicap atas ikan.
5. Tabur bahan yang dipotong atas ikan.Susun lobak dan bunga kubis di sekeliling ikan.
6. Kukus dalam anggaran 10-12 minit atau sehingga masak.


Menu Berpantang #24 : Ikan Panggang Berkari

BAHAN-BAHAN
Ikan
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada hitam
Daun pisang
Garam (secukup rasa)

CARA PENYEDIAAN
1. Gaulkan serbuk kari, serbuk kunyit dan serbuk lada hitam bersama sedikit garam.
2. Lumurkan di atas ikan dan balutkan dengan daun pisang.
3. Panggang boleh diletak atas dapur sahaja atau dalam oven.


Menu Berpantang #25 : Ikan Haruan Lada Hitam

Bahan-bahan: 

1 ekor ikan haruan 
1 cawan santan 
1 biji bawang besar – dihiris 
1 sudu makan lada hitam – ditumbuk 
1 ½ sudu makan minyak masak 
Garam secukup rasa 

Bahan hiris halus: 
4 ulas bawang putih 
1 ½ cm kunyit hidup 
1 ½ cm halia 

Cara menyediakan: 
a)Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga wangi. Masukkan santan dan lada hitam. 

b)Setelah mengelegak, masukkan ikan haruan, lada hitam, hirisan bawang besar dan garam secukup rasa.

c)Masak sehingga pekat. Hidangkan.



baca lagi

Friday, October 9, 2015

Saat Kita Diturunkan Ke Liang Lahad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sedikit perkongsian daripada slot Mau'izzati @radio IKIM ber sama Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani semalam.

Tajuk: Saat Kita Diturunkan ke Liang Lahad


1. Himpitan kubur
Semua orang akan merasai himpitan kubur kecuali nabi. Rasulullah bersabda, "Jika ada yang terselamat daripada himpitan kubur, dia ialah Saad bin Muaz." Namun diriwayatkan Saad bin Muaz turut tidak terlepas daripada mendapat siksaan kubur.

Allahuakbar..

🔅Apa itu himpitan kubur?
Keadaan pertama yang dirasai semua orang apabila memasuki liang lahad.

🔅Bagaimana keadaan himpitan kubur itu?
Seperti himpitan seorang ibu kepada anaknya. Himpitan ini berbeza berdasarkan amalan. Siapa yang taat pada Allah, himpitan kubur berlaku dalam kelembutan. Jika mati dalam maksiat kepada Allah, himpitan kubur keras kerana bencinya Allah kepadanya.

🔅Bagi orang kafir, himpitan kubur itu sampai bila². Bagi orang mukmin himpitan itu pada mula² dia dimasukkan ke dalam kubur.

🔅Antara sebab mendapat himpitan kubur:
📍Cuai ketika membuang air kecil. Di dalam ilmu fiqh ini dinamakan sebagai istibra'. Istibra' ini ialah kaedah menghabiskan sisa-sisa najis yang ada seperti air kencing agar hilang rasa was-was ia masih ada.
📍Akibat kita pernah melakukan kesalahan tetapi kita biarkan kesalahan itu berlaku.
📍Kurangnya rasa syukur dalam hidup. Betapa ramai orang yang bangun dari tidur mengucapkan alhamdulillah?

Allahuakbar..

Dari Abu Yahya Shuhaib bin Sinan ra berkata, Rasulullah saw bersabda: "Memang sangat menakjubkan keadaan orang mukmin itu; kerana segala urusannya sangat baik baginya dan itu tidak akan terjadi kecuali bagi seseorang yang beriman di mana bila mendapatkan kesenangan ia bersyukur maka yang demikian itu sangat baik baginya, dan bila ia tertimpa kesusahan ia sabar maka yang demikian itu sangat baik baginya".
(Riwayat Muslim)

🔅Himpitan kubur berbeza dengan siksaan kubur. Himpitan kubur berlaku di mana sebelum kubur ditutup manakala siksaan kubur selepas kubur ditutup.

2. Keadaan kedua
Hal yang dirasakan oleh mayat ketika diturunkan ke liang lahad ialah gerakan 2 kaki. Itu ialah amalan kita yang pernah kita lakukan di dunia. Amalan itu dapat berbicara, "Duhai manusia, ketika ini sudah terpisah kamu dengan keluarga dan teman kamu. Hanya aku amal kamu yang ada menemani kamu."

3. Keadaan ketiga
Amal itu akan memukul paha kiri kita. Kata mayat, "Kalau aku tahu hanya kamu yang akan mengikuti aku, akan aku utamakan kamu melebihi segalanya."

4. Keadaan keempat
Perasaan takut yang amat sangat iaitu apabila berdirinya 2 malaikat Munkar dan Nakir. Apabila hidup kita di dunia tidak punya rasa takut kepada Allah, perasaan takut apabila berhadapan dengan 2 malaikat Allah ini sangat luar biasa, teramat takut.

Allahuakbar..

🔅Menjawab soalan pendengar. 

🔰Apakah roh kita akan bertemu dengan roh orang yang telah meninggal dunia sebelum kita?
Jawapan: Sekiranya kita mampu menjawab soalan² Munkar dan Nakir, malam pertama di alam barzakh roh kita akan berjumpa dengan roh orang yang telah meninggal dunia sebelum kita.

🔰Antara amalan yang dapat mengelakkan kita mendapat himpitan kubur ialah membaca Surah Al-Ikhlas.

Rasulullah bersabda, "Sesiapa yang membaca Surah Al-Ikhlas dan mati, dia akan diamankan dari himpitan kubur."

🔅Pesan Ustaz.. Sentiasalah baca Al-Qur’an. Al-Qur’an ialah makanan roh kita. Kalau tak boleh sangat baca Al-Qur’an, riba Al-Qur’an. Gerakan jari² di atas ayat² suci Al-Qur’an.

Kenapa susahnya manusia nak minta keampunan dengan Allah.. sedangkan Allah menegaskan.. Berlarilah kamu dalam meminta ampun dengan Allah.

🔅Setiap malam sebelum tidur bacalah Surah Al-Mulk. Surah Al-Mulk boleh menyebabkan seseorang itu terlepas siksa kubur. Kata Ustaz, kalau lagu boleh hafal takkanlah Surah Al-Mulk tak boleh hafal.

Dari Ibnu Mas’ud bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda:“Sesiapa yang membaca Surah Al Mulk setiap malam maka Allah mencegahnya daripada azab kubur.”
(An-Nasa’i).

Akhirul kalam Ustaz berpesan, beramallah semasa kita masih hidup
فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ

وَلِكُلٍّ وِجْهَةٌ

Kredit kepada penulis asal.
baca lagi

Thursday, October 8, 2015

10 Kelebihan GLA Complex Shaklee

Bersempena bulan promosi GLA Complex bulan ni, saya  nak tulis tentang kelebihan GLA Complex Shaklee. GLA Complex ni memang terkenal dikalangan wanita yang ada masalah kesuburan dan inginkan zuriat.

kelebihan GLA Complex Shaklee

Tetapi, hakikatnya GLA Complex mempunyai banyak kelebihan lain. Antaranya;

1. Mengawal Hormon Estrogen & Testosteron
GLA akan membentuk prostaglandin bagi mengawal hormon lelaki dan wanita. Ia mampu melegakan simptom PMS (simptom pra-haid) seperti kesakitan, senggugut, mood yang kurang menentu, dan kesakitan pada bahagian payudara.

2. Meningkatkan Kesuburan Wanita
Dalam masalah kesuburan, GLA akan membantu mengawal dan mengatur ketidakstabilan hormon wanita dan menetapkan tempoh haid yang teratur sebagai langkah awal bagi merancang untuk hamil.
GLA juga mampu mengecutkan cyst yang kadangkala menghalang kehamilan.
SElain itu, GLA mampu membantu dalam menghasilkan mukus yang dipanggil cecair kesuburan di dalam rahim dan memberi peluang kepada telur dan sperma untuk terus hidup selama 5 hari.

3. Melambatkan Kesan Menopause
GLA mampu mengurangkan kesan menopause seperti keadaan berpeluh-peluh, insomnia, berdebar-debar, depresi, ketidakhadaman dan lain-lain.
GLA yang diambil berterusan mampu melambatkan penuaan, mengetatkan uterus dan menjadikan kulit kelihatan lebih muda.

4. Mencantikkan Kulit
GLA juga boleh membantu memperbaiki kesan inflamasi kulit seperti ekzema, kegatalan kulit, alergi, kulit kering, bintik penuaan, fungus dan kurap. Ia juga mampu meringankan sakit dan bengkak yang terjadi kesan rheumatisma dan artritis.

5. Mencantikkan Rambut
Memperbaiki tekstur rambut, mengatasi masalah rambut gugur dan kering.

6. Menentang Kanser
GLA juga merupakan anti-oksidan yang mampu meningkatkan imunisasi tubuh dan menghalang pertumbuhan sel kanser.

7. Badan Langsing Dan Cantik
Merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan, memberi  tona kulit sekata, dan membina otot wanita secara berperingkat bagi mendapatkan bentuk badan yang menarik.

8. Menghalang Komplikasi Diabetes
Merendahkan kadar gula dalam darah, berkesan untuk ibu yang mengalami diabetes ketika hamil dan warga emas. Mengurangkan masalah kebas dan kesakitan disebabkan paras gula yang tinggi dalam darah.

9. Memperbaiki Masalah Prostat dan kerap kencing bagi golongan lelaki.

10. Memelihara Kesihatan
Borage merupakan herba kegemaran orang barat yang digunakan untuk;

- Merawat ulser
- Mengeluarkan virus
- Melegakan kelesuan
- Membersihkan kahak
- Meringankan kebas urat saraf
- Meningkatkan stamina

Wah banyak kan kebaikan GLA Complex Shaklee.

Kalau anda berminat nak dapatkan GLA Complex boleh hubungi saya ya.

Whatsapp 013-3353751
baca lagi

Wednesday, October 7, 2015

Pengalaman Ajar MRA Free Diapers

Kalau sebut bab free diapers ni, ada satu peristiwa yang saya tak boleh lupa. Hehe. Peristiwa jeritan dalam tandas.

"Ummi...'dia' takmau keluaq ummi !!!..."

Terkejut ummi ni ha.


Kisahnya, masa mula-mula nak ajar Muhammad buang air besar dalam tandas. Sebelum tu dah ajar dia buang air kecil ja di tandas yang sama, supaya dia terbiasa, mudah nak ajar buang air besar pula nanti.

Lepas seminggu ajar buang air kecil dalam tandas, saya mula ajar buang air besar pulak. Dia akan mintak dipakaikan pampers kalau rasa nak buang air besar. Tapi saya pujuk la supaya dia buang air besar dalam tandas ja.

Tidak dilupakan, kata-kata semangat untuk dia. Hehe. Cakap la, Muhammad dah besar, budak cerdik, dah pandai membuang kat tandas, dah tak pakai pampers, nanti boleh masuk sekolah. Haa gitew.

Hari pertama ajar tu la keluar ayat tu.
"Ummi... dia tak mau keluaq ummii !!.."

Haha. Lucu pulak ingat-ingat balik. Muhammad takut sangat saat-saat 'dia' nak keluar tu. Padahal dia tak pernah pun ada masalah sembelit ke apa. Mungkin nervous la tu.

Ummi pun apa lagi, terus memberi kata-kata semangat. Sikit lagi..sikit lagi nak keluaq dah tu. Muhammad hebat!! Haha. Dah macam orang nak beranak pun ada.

Akhirnya berjaya! Muka dia terus berubah, bersinar-sinar sambil berkata.. "Mamad dah boleh pi sekolah kan ummi.." Hihihi. Alahai anak ummi ni. Mungkin ini adalah detik kejayaan paling manis buat dia. :D

Ummi sampai letih gelak kat dia. Alhamdulillah Muhammad dah free diapers sepenuhnya ketika berumur 3 tahun. Malam pun tak perlu pakai dah, dia akan terjaga sendiri kalau nak ke tandas. (Kadang-kadang ada jugak terkucil, tapi jarang sangat la)

Saya terfikir, Muhammad yang tiada masalah sembelit pun agak mencabar la juga proses nak ajar tu kan. Tak dapat bayangkan kalau anak yang pernah atau selalu kena sembelit. Pasti lebih mencabar, dengan fobia lagi. Kalau sembelit sampai berdarah tu, bukan anak je fobia, emaknya pasti tak sanggup nak tengok anak meraung-raung kesakitan.

Sebab tu Muhammad, sejak awal lagi saya beri Meal Shakes sebagai makanan tambahan. Bukan je untuk kesihatan menyeluruh, tapi baik juga untuk mengelakkan sembelit. Dengan izinNya, setakat ni memang berkesan. Alhamdulillah.

Kalau korang cuba Meal Shakes boleh whatsapp nombor ni
013-3353751
Bagi ibu-ibu yang bercadang nak ajar anak untuk free diapers, harap tabah dan bersabar ye. Awal-awal memang penat sikit. Masa mula-mula ajar tu, siap 5 minit sekali dia nak ke tandas. Huhu. Kadang-kadang sebab seronok main air je. Sabo je la~~


baca lagi

Tuesday, October 6, 2015

Petua Untuk Meredakan Marah

Assalamualaikum. Korang mesti pernah rasa kan. Marah sampai menggigil-gigil tangan. Kalau ikutkan hati, memang habis la.. Semua keluar.. Kan dah menyakitkan hati orang lain.

Nak petua untuk meredakan marah?


**Segera AMBIL WUDUK**
.
>> kata Nabi s.a.w : Falyatawaddo [ Maka berwudhuklah ] <<
Kenapa kena ambil wuduk?
.
+ Sebab marah ni salah satu sifat syaitan!
+ Dan syaitan pulak berkata kepada Allah :
kholaqtani min nar [ Engkau ciptakan aku daripada api ]..

Maka benarlah sabdaan Nabi s.a.w
iaitu bersegera untuk mengambil wuduk!

Logiknya : Api vs Air siapa menang? ==> sudah tentu air
bilamana air menang maka, diri kita akan jadi "neutral" semula.

bila dah neutral, boleh buat kerja macam biasa
orang sekeliling pun tak tension tengok kita ketat semacam.

Nota:
Pasni kalau ada rasa nak marah,
cepat-cepat g bilik mandi ambil wuduk! ‪#‎InsyaAllah‬ syaitan akan rasa PANAS dan tak hasut kita untuk bertindak diluar batas.

P/s : Tag dan Share cebisan nota ini kepada rakan-rakan anda
semoga usaha anda yg kecil ini dapat membantu mereka insyaAllah!

‪#‎BacaanMenarik‬
‪#‎AdaDisini‬ ~> [ http://goo.gl/TNogbg]
baca lagi

Monday, October 5, 2015

Apa Yang Kita Tulis Adalah DOA

Alhamdulillah Ya Allah Ya Syakur.
Malam ni rasa best sangat. Hehe.. Jap nak fikir tajuk apa ntah nak letak ni. Huhu.

Sebenarnya dah lama saya usahakan sesuatu, tapi belum berjaya.
Dah usaha pun ala kadar je kan. Tak sesuai kot perkataan 'usahakan' tu. Kui kui kui..
Lebih kepada merangka-rangka dalam otak.

Tapi pagi tadi, saya cuba fikirkan secara serius. Tentang apa? Biarlah rahsia, sampai saya betul-betul berjaya. Hihihi, nak bagitau pun segan pulak rasanya. Just nak bagitau betapa pentingnya sesuatu yang kita nak tu DITULIS.

Kisahnya pagi tadi masa buat 'To Do List' saya selitkan sekali perancangan yang sebelum ni duduk berlegar dalam otak saja. Dan dihujungnya, saya tulis.. "Dapat hasil berterusan..Alhamdulillah"

Syukur Sebelum Dapat

Saya banyak mengikuti FB penulis buku BAD (Bertanya Allah Dahulu). Beliau selalu pesan, dalam berdoa, syukur dulu sebelum dapat. Datangkan feel seolah-olah dah dapat apa yang kita inginkan tu.

Mentor-mentor Shaklee saya pun pesan hal yang sama.

Sebab tu saya tulis, "dapat hasil berterusan, Alhamdulillah". Belum dapat lagi pun, tapi ucapkan syukur dulu. Padahal belum buat pun lagi, belum usaha betul-betul pun lagi. Baru rancang! Hihi.

Apa Yang Kita Tulis Adalah Doa

Semua sifu-sifu seantero dunia pesan apa yang kita cakap, fikir, buat, tulis semuanya adalah DOA. Sebab tu kena cakap, fikir, buat, tulis  yang baik-baik saja. Alhamdulillah kali ni Allah makbulkan doa saya agak cepat, saya dapat apa yang saya ingini, sebelum saya usakan betul-betul. Terkejut jugak. Terus cakap dalam hati..

"Syukur Ya Allah, Ya Syakur.. lepas ni nak lebih lagi.."

Hehe..

Allah Maha Kaya, Maha Pemurah

Kita selalu takut nak mintak yang besar-besar kat Allah. Kalau mintak pun tak yakin boleh dapat, betul tak? Padahal Allah Maha Kaya, Maha Pemurah. Mintak je nak apa pun. Yakin DIA mampu beri. Kalau DIA nak bagi, macam ni jee.. (petik jari)

Ok setakat ni sahaja perkongsian kali ni.

Jemput baca entry lama saya tentang SYUKUR.

Mudahnya Menjemput Rezeki Dengan Bersyukur
baca lagi

Sunday, October 4, 2015

7 Tips Pemakanan Ketika Jerebu

Bersempena dengan negara kita dan negara serantau dilanda jerebu ni, harini kita cerita bab jerebu la ye. Kalini saya nak share dengan pembaca semue mengenai tips pemakanan ketika jerebu.


Pemakanan sihat ni penting untuk meningkatkan sistem imunisasi badan dan menjauhkan diri dari mendapat pelbagai penyakit akibat jerebu seperti batuk, selesema, asma dan lain-lain.

Tips #1
Banyakkan minum air kosong. Sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk mengelakkan badan kita dari dehidrasi.



Tips #2
Minum jus atau makan buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan antioksida, vitamin, mineral dan serat bagi membantu melawan penyakit. Buah dan sayur juga mengandungi air yang membantu badan mendapat air yang cukup.


Tips #3
Sediakan makanan sendiri dirumah. Selain kebersihan yang terjamin, ini mengelakkan anda berada di kawasan terbuka di luar rumah. Jika makan di luar, pilih kedai yang bertutup dan berada dalam bangunan.

Tips #4
Elakkan makanan yang mengandungi kafein seperti kopi serta minumam beralkohol yang boleh menyebabkan pembuangan air kencing secara kerap dan mengakibatkan dehidrasi.


Tips #5
Kurangkan mengambil makanan yang tinggi garam yang boleh menyebabkan kehausan dan dehidrasi.

Tips #6
Makan makanan yang tinggi kandungan vitamin C, E dan omega 3 untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.

Saranan: Boleh juga amalkan suplemen yang ditunjukkankan dibawah.

Whatsapp 013-3353751 untuk info lanjut
Tips #7
Untuk meningkatkan pengambilan air, masak dan makan makanan berair seperti sup dan singgang. Nyummm sedapnya.


Sekian sahaja TIPS PEMAKANAN KETIKA JEREBU. Semoga bermanfaat buat semua. Sama-sam kita jaga kesihatan diri dan keluarga ya.
baca lagi
 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard