Tip Magnet Rezeki: 2 Pemberat Dalam Hidup Yang Kita Tak Sedari

Saturday, October 3, 2015

2 Pemberat Dalam Hidup Yang Kita Tak Sedari

Pemberat Hidup
=============

Ada 2 pemberat dalam hidup kita. Pemberat yang banyak menyusahkan kita, hati tak tenang, rezeki malu-malu nak datang. Buat apa semua tak kena. Duit yang masuk banyak, tapi yang keluar lebih banyak lagi.

Bayangkan kita ibarat lori, bawak muatan (pemberat). Melalui jalan penuh ranjau, ada laluan berliku, ada bukit bukau. Pemberat tu sikit pun tak berkurang, malah makin bertambah. Semput tak?

Apa 2 pemberat hidup tu?

1. Dosa
2. Hutang

Kalau tak dibuang, ia makin bertambah dan bertambah.

Macam mana nak buang?

1. Banyakkan istighfar, solat taubat. Mohon maaf sesama manusia.

2. Usahakan untuk bayar hutang walaupun sedikit demi sedikit. Jangan jadikan alasan, tunggu ada duit lebih baru nak bayar hutang. Sebab memang duit takkan pernah ada lebih. Huhu.

Sepatutnya, dapat je duit (gaji / bonus) dahulukan bayar hutang. InsyaAllah, mudah-mudahan hidup kita lepas tu lebih lapang. Duit akan sentiasa cukup. InsyaAllah.

Jom sama-sama kurangkan pemberat hidup.


P/s: Maaf andai ada salah dan silap.

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard