Tip Magnet Rezeki: November 2015

Friday, November 20, 2015

Petua Untuk Melegakan Angin Dalam Badan

Petua Untuk Melegakan Angin Dalam Badan

Pilihan 1: Campurkan air perahan bawang merah setengah cawan dengan halba rebus setengah cawan. Kemudian, campurkan sedikit madu asli dan kacau sehingga sebati dan minum. Amalkan setiap hari.

Pilihan 2: Kupas seulas bawang putih yang sederhana besarnya dan makan mentah-mentah. Badan akan menjadi hangat dan angin akan keluar. Rasa mual dan pening akan berakhir.

Pilihan 3: Ambil 5 ulas bawang putih dan bakar tetapi jangan sampai hangus. Kemudian, makanlah bawang tersebut. Hasilnya, angin dalam badan akan keluar.

Pilihan 3: Rebus buah mata kucing bersama halia dan gula melaka. Minum air tersebut setelah suam. Lebih elok diamalkan selepas memakan nasi.

Berikut adalah makanan yang menyebabkan angin dalam badan:

• Kacang
• Sayuran seperti brokoli
• Kobis
• Taugeh
• Bawang
• Asparagus
• Buah-buahan seperti pear, epel dan peach
• Bijirin seperti roti gandum
• Minuman ringan dan jus buah
• Susu dan produk daripada susu dan keju
• Makanan dalam peket yang mempunyai laktus di dalamnya seperti roti, bijirin dan sos salad.

a. Banyakkan minum air kosong.
b. Kurangkan udara yang anda sedut.
c. Makan perlahan-lahan dan kunyah lebih.
d. Elakkan makan gula-gula keras dan mengunyah gula-gula getah

#copypste
#semogabermanfaat
baca lagi

Thursday, November 19, 2015

Tips Bersalin Normal

Tips Bersalin Normal <3

Cara ini bagi ibu-ibu yang disahkan boleh bersalin secara normal oleh doktor. Amalkan semasa mengandung anak pertama.
1. Amalkan minum air kelapa semasa mengandung, lebih-lebih lagi bila di akhir kehamilan

2. Boleh gunakan teknik hypnobirthing sepanjang kehamilan. Berbual dengan bayi dan diri sendiri agar mudah melahirkan.

3. Dapatkan ketenangan fikiran semaksima yang mungkin di akhir kehamilan

4. Bagi suami, maafkan semua dosa isteri

5. Sibukkan diri dengan membuat kerja rumah.

6. Bersetubuh dengan suami lebih kerap di hujung kehamilan.

7. Banyakkan berjalan sehingga saat-saat terasa hendak bersalin, selagi mampu . Bila tak mampu duduk tepi katil dan bongkokkan badan ke depan. Pergerakan yang banyak menyebabkan kontraksi berlaku.

8. Baca ayat-ayat al-quran semasa terasa sakit hendak bersalin seperti ayat kursi. Paling mudah ucapkan subhanallah berulang-ulang.

9. Cuba untuk buang air kecil dengan kerap kerana pundi kencing yang tidak penuh akan memudahkan kepala bayi keluar.

10. Gunakan teknik meneran yang disarankan doktor. Salah satunya seperti di bawah :

1. Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.

2. Angkat kepala, dagu cecah dada.

3. Mata pandang perut (digalakkan tutup mata)

4. Tangan pegang buku lali kaki

5. Masa teran jangan keluarkan suara.

6. Masa teran jangan angkat punggung.

7. Baca bismillah atau apa-apa doa yang terlintas difikiran.

8. Tarik nafas dalam-dalam, tutup mulut dan teran (bayangkan kita nak beri oksigen pada baby) .

Semoga kelahiran berjalan dengan lancar, tahap kesakitan dalam kawalan dan tempoh kesakitan tidak terlalu panjang.

baca lagi

Tuesday, November 17, 2015

5 Tips Cambahkan Imaginasi Anak

Aktiviti anak-anak untuk lebih kreatif
-------------------------------------

Sumber: Whatapps group 😄.

5 TIPS CAMBAHKAN IMAGINASI ANAK

Sekiranya anda mempunyai anak berusia 3 hingga 6 tahun, mereka adalah preschoolers.

Imaginasi ialah sesuatu untuk kita hargai.
Pakar pembangunan kanak kanak amat meraikan kepentingan imaginasi yang sihat untuk anak anak.
Anak dengan imaginasi yang baik, lebih gembira dan lebih alert, boleh menghadapi situasi dan cabaran kehidupan dan membesar sebagai seorang dewasa yang well adjusted dan stabil.

Imaginations allows children to develop forces of creativity.
And that means as adults they are going to be creative individuals.

Kreatif tidak semestinya menjadi pelukis atau pelakon.
Sebagai seorang leader dalam pasukan juga kita perlu menjadi kreatif.

4 Cara untuk Mencambahkan Kreativiti Anak Anak.

1. Storytelling
Sebagai ibubapa kita tidak memerlukan buku yang cantik atau video untuk bercerita.

Cari momen bersama anak-anak untuk bercerita one-to-one.
Ianya proses pemindahan pengalaman dari suatu generasi kepada suatu generasi yang seterusnya.

Tips 1 -- Penggunaan "puppet" membantu ibubapa bercerita.
Puppet boleh dibeli atau dibuat sendiri menggunakan kain felt.
Ianya mestilah tidak tajam dan tahan lama kerana ianya boleh digunakan berulang-ulang.

Simpan puppet didalam sebuah kotak supaya tidak bersepah.

Tips 2 -- Bawa anak bersiar-siar dan ceritakan cerita tentang alam sekitar. Contohnya Kisah Semut yang Rajin atau Awan yang Penyayang.

Bawa kertas A4 dan pen untuk melakar sebuah senyuman pada watak watak tersebut.

2. Make Art

Melukis, mewarna, membina dan menampal kertas juga adalah aktiviti yang bagus.

Tiada betul atau salah didalam aktiviti ini.

Usah paksa anak warnakan matahari dengan warna kuning atau epal dengan warna merah.

Biarkan anak-anak bereksplorasi dengan perasaan dan tangan mereka.

Tips 3 -- Bawa anak ke tempat baru seperti perpustakaan. Tunjukkan bagaimana orang duduk diam dan menekuni buku mereka.

Tunjukkan barisan komputer yang tersedia untuk digunakan.

Tunjukkan bagaimana pegawai perpustakaan menjaga kaunter.

Bawanya kesuatu sudut dan jangan lupa bawa bersama sketch pad dan pensil warna -- mintanya lukis sudut yang mereka sukai.

Jika perpustakaan tidak menarik, bawanya ke muzium.

3. Gunakan bahan alami

Gunakan pasir di pantai, daun daun pokok yang telah gugur dan kulit siput.

Permainan yang mempunyai open ended seperti blok atau lego juga adalah bagus.
Imaginations has no limit.

Majalah lama juga boleh digunting dan ditampal secara mix and match contohnya menukar gaya rambut atau pakaian model didalam majalah.

Tips 4 -- Melukis tidak semestinya menggunakan pensil dan kertas. Gunakan span, batang saderi, lobak atau sayuran untuk membuat corak berwarna di kertas.

Anak sangat sukakannya!

4. Galakkan inner space dalam diri anak

Kurangkan ke bergantungan terhadap media seperti TV atau komputer dan biarkan anak anak meneroka dalam dirinya.

What goes on too often is that we not turning children into creators ; we're turning them into consumers.

Visi atau lukisan yang mereka warnakan bukan semestinya apa yang pernah mereka lihat.

Biarkannya berbeza.

Tips 5 -- Ajak anak anak membayangkan nama nama planet yang mereka mahukan dan siapa atau apa yang ada didalamnya.

Benarkan mereka memberikan sebarang idea dan tunjukkan kekaguman diatas kesungguhan yang ditunjukkan.

Semoga membantu ibubapa ya!


Korang tau kan, ada suplemen yang sangat baik untuk merangsang minda anak, meningkatkan fokus dan menguatkan daya ingatan.

Kalau nak tahu boleh whatsapp saya:
013-3353 751 (Syakirah)

Atau, bagi memudahkan anda, 
(Jika dah decide nak beli apa)
anda boleh buat belian terus di SINI
baca lagi

Monday, November 16, 2015

Tips Menjaga Buah Pinggang

TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG

** Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.

** Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

** Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

** Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.

** Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

Mencegah adalah lebih baik dari merawat..



Sumber: Rahsia Hawa
baca lagi

Sunday, November 15, 2015

Kisah Pakcik Tua Memandu Kereta.


Kisah minggu lepas, tengah drive, kereta depan tu bawak slow sangat. Ke tepi, ke tengah. Bila ada lori atau kenderaan lain dari arah bertentangan kereta tu mesti terus mengelak jauh ke tepi. Asyik tekan brek. Saya mengomel dalam hati, awat la orang ni bawak kereta camni, baru dapat lesen ka apa? Huhu

Sampai di lampu isyarat, kereta tu sekali lagi ke kiri sangat dan berhenti sebab lampu merah. Takmau ikut belakang dia lagi, saya ke kanan, berhenti sebelah kereta tu.

Baru nampak pemandunya.. Iskk.. Tersentuh pulak hati bila tengok yang bawak kereta tu, seorang pak cik yang dah agak berumur. Rasanya dalam keadaan macam tu, pakcik tu tak perlu memandu sendiri lagi.

Kisah Ayah.

1. Ayah saya meninggal dalam kemalangan jalan raya. Masa tu terdetik.. Kalau la ayah beritahu ayah kena keluar atas urusan penting, mesti ada salah seorang dari kami tolong hantarkan ayah. Masa tu ayah kurang sihat dan baru 3 hari kembali dari tanah suci. (Tak baik cakap 'kalau' kan, dah memang ketentuanNya begitu, kami redha)

2. Ada sekali tu, lepas subuh, ayah 'hilang'. Tiba-tiba balik dengan ubat-ubatan. Rupanya ayah sakit dan pergi hospital sendiri, doktor cakap ayah ada batu karang. Ayah cerita, dia sakit sampai berpeluh-peluh. (Tapi masih berani drive sendiri ke hospital..) T_T

Motif cerita kisah ayah kat sini nak bagitau, memang sifat kebanyakan bapa ni seboleh2nya takkan susahkan anak, walaupun nyawa jadi taruhan. Huhu.. Mungkin sebab tu ada lagi pakcik2 yang dah berumur tapi masih memandu, macam yang saya jumpa tu.

Kawan-kawan yang masih ada bapa.... Buatlah yang terbaik!

Tetiba idea terhenti disini, taktau nak cakap apa..
😞😞


baca lagi

Thursday, November 12, 2015

Umur 60 Tahun Masih Subur - Makcik Sumber Inspirasi :)

Subur macam mana tu? stay tune~ Hehe.

Meh saya cerita. Semalam terbaca satu status dari keluarga Shaklee. Beliau pergi kelas yang Shaklee anjurkan. Ada la perkongsian dari seorang ni, boleh dipanggil Mak Cik Shimah. Makcik Shimah da berumur 60 tahun tau.

Beliau ni dah jadi ahli Shaklee sejak tahun 1993 lagi. Ha.. lama giler kan. Nak dijadikan cerita, makcik Shimah ada masalah alergik yang kronik sejak kecil. Kulit yang sangat sensitif, tangan kalau terkena habuk akan kering dan berdarah. Gusi pun selalu berdarah sampaikan dia jarang buka mulut sebab orang akan nampak darah pada gigi.

Satu lagi masalah yang dialami Makcik Shimah adalah injap pada jantungnya bocor sejak dari kecil lagi. Untuk elakkan komplikasi pada jantung doktor nasihatkan Makcik Shimah sentiasa mengawal paras kolesterolnya,

Selama 20 tahun Makcik Shimah menjalani rawatan untuk alergiknya yang kronik, macam-macam lagi penyakit datang. Antaranya buasir dan resdung. Masa tu umur makcik Shimah 38 tahun. Agak frust bila diberitahu itu adalah antara tanda-tanda penuaan.

Masa tu la dia mula cuba Shaklee. Upline Makcik Shimah yang juga seorang doktor beri satu buku mengenai ascorbic acid flush. Untuk keluarkan toxin dalam badan menggunakan vitamin C dan kalsium. Makcik Shimah mula mengambil vitamin C dalam dos yang tinggi beserta kalsium. (sekarang Ostematrix)

Nota: Vitamin C boleh diambil dalam dos yang tinggi dengan syarat ia adalah Sustained Release.

Ada lagi beberapa vitamin yang diambil oleh Makcik Shimah sejak 22 tahun lalu.

Alhamdulillah, semua masalah yang di hadapi Makcik Shimah selesai dengan izinNya. Kolesterol sentiasa ok dan paling menarik di usia 60 tahun Makcik Shimah masih subur! Maksudnya masih belum putus haid ye kawan-kawan.

Kagum betul saya baca cerita ni. Terima kasih kepada Aishah Amin yang berkongsi kisah Makcik Shimah di facebook beliau. Kisah ini memberi inspirasi kepada saya untuk terus konsisten mengambil vitamin. Hehe..

Credit : FB Aishah Amin

Kalau korang nak cuba jugak produk Shaklee, tapi tak tau nak cuba yang mana,
boleh hubungi saya ya.

FB : Syakirah Kapli
HP : 013-3353751
baca lagi

Wednesday, November 11, 2015

MENEMUKAN KHUSYUK YANG HILANG : Dari Fuad Latip

Hari ni nak kongsikan satu artikel. Jom baca..

Saya masih banyak kekurangan. Apa yang saya lakukan SEBELUM masuk waktu solat, saya ambil masa dalam 1-15 minit untuk diam dari
melakukan apa jua kerja.

1. Yang saya lakukan hanyalah berkomunikasi dengan Allah. Tidak memohon. Tetapi sekadar bercerita. Saya suka bercerita kepada Allah.
Tentang kerja, tentang hidup, tentang keluarga, anak-anak. Tentang apa saja.

2. Kemudian setelah masuk waktu solat, saya bangun untuk mengambil wuduk dalam KESEDARAN bahawa saya sedang dalam perjalanan untuk bertemu denganNya secara formal.

Saya ingin memujiNya, saya ingin memohon (mengikut doa dalam solat) dan saya ingin berterima kasih pada Nya.

3. Sepanjang wuduk… saya SEDAR bahawa Yang ingin saya temu adalah Allah. Saya pastikan wuduk saya sempurna. Saya minta agar segala anggota wuduk saya dilindungi Allah dari melakukan kejahatan dan kemaksiatan.

4. Dalam perjalanan untuk memulakan solat saya tetap jaga kesedaran bahawa saya dalam persediaan jumpa Allah.

Saya bentang sejadah dan tetap kesedaran bahawa saya ingin bertemu Allah tidak saya lepaskan.

5. Ketika saya berdiri untuk mula takbir, saya istighfar dahulu.
Memohon keampunan pada Allah seawal lagi agar pujian saya benar-benar datang dari hati yang bersih. Berulang ulang saya istighfar.

6. Kemudian saya mengangkat Takbir dan saya menyedariNya. Saya memanggil Allah Yang Maha Besar, Yang saya rindui.

7. Saya tidak “membaca” Doa iftitah. Tetapi saya memuji Allah dalam Doa Iftitah. Mulut ini berkomunikasi dalam bahasa arab. Namun hati ini memahami apa yang diucapkan adalah….

“Ya Allah, Engkaulah Tuhan Yang Maha Besar sebesar-sebesarnya ya
Allah. Ya Allah Segala puji bagiMu ya Allah sebanyak-banyaknya ya
Allah. Ya Allah, Maha Suci Engkau di pagi dan petang ya Allah.”

“Ya Allah ku hadapkan wajahku kepadaMu Tuhan yang menjadikan langit dan bumi dengan benar-benar lurus dan berserah kepadaMu ya Allah. Ya Allah, aku ini bukan dari kalangan orang-orang yang musyrik ya Allah.”

“Ya Allah sesungguhnya ya Allah, solatku ya
Allah, ibadahku ya Allah, hidupku ya Allah, matiku ya Allah adalah hanya untukMu ya Allah.”

“Ya Allah, tidak ada sekutu bagiMu ya Allah, dan aku diperintahkan untuk tidak menyukutukanMu ya Allah dan aku ini dari golongan orang yang berserah diri.

8. Kemudian, saya terus memujiNya dalam Al-Fatihah. Sebuah lagi skrip hadiah dari Allah untuk kita berkomunikasi denganNya. Kita berkomunikasi di dalam bahasa arab namun kita faham yang sedang kita komunikasikan dengan Allah adalah….

“Ya Allah, Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan syaitan yang terkutuk ya Allah.”

“Ya Allah, Dengan namaMu ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah dan Penyayang ya Allah”.

“Ya Allah, Segala puji bagiMu Tuhan yang memelihara segala alam ya Allah. Engkaulah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang ya Allah.
Engkaulah raja yang menguasai hari pembalasan ya Allah.

Ya Allah…. kepadaMu-lah kami sembah Ya Allah .. dan kepadaMu-lah kami mohon pertolongan ya Allah. (saya selalu tidak mampu menahan kesayuan tika saat ini. Saya sangat rindu padaNya hingga seluruh tubuh ini bergetar)

Tunjukilah kami jalan yang lurus ya Allah. Jalan mereka yang telah Engkau beri nikmat ya Allah, bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan jalan yang sesat ya Allah.”

ALLAHUKABAR indahnya solat. Ini baru selesai Al-Fatihah.

9. Kemudian kita baca surah yg mudah & kita fahami.

10. Diamlah sejenak sblm kita rukuk. Tuqmaninah sebentar. Sedarilah kita rukuk utk hormat & memuji Allah.

11. Lalu rukuklah. Namun diam dahulu. Rukunnya adalah rukuk bukan bacaan rukuk. Diamlah namun sedar & berterima kasih pada Allah. Terima kasih yg dtg dari hati ini.

Lalu ketika ini pujilah Allah dengan benar. Pujilah Allah dari hati.

Bukan bacaan sekadar dari bibir semata2.

” Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Agung ya Allah.”

Selepas pujian pertama… diam lagi… rukuklah dgn benar disamping fizikal kita benar2 rehat. Tulang2 kita kembali kepada tmptnya. Darah mengalir ke otak krn kedudukan otak sama dgn jantung.

Pujilah lagi untuk seterusnya hingga 3 kali.

12. Bangunlah dgn perlahan, dengan h
ormat dlm setiap pergerakan
solat. SEDARlah terus bahawa kita sedang bertemu dengan Allah. TUHAN..bukan bos, bukan menteri, bukan kawan-kawan, bukan mak ayah….tetapi Allah…. TUHAN yg menjadikan kita & tempat kita kembali. Allah..

Iktidal… diam sebentar (tuqmaninah) lalu nyatakan pada Allah….

“Ya Allah, untukMu segala pujian ya Allah.”

Andai semuanya milik Allah segala pujian, adakah pujian milik kita?
siapa kita yg sering ingin dipuji?
Siapa kita yg sering kecewa ketika orang lain tdk memuji kita?
Siapa kita?…. Astaghfirullah.

13. Sujud….. Diamlah sebentar. Sedarlah ketika sujud ini, jasad ini kembali kpd asalnya yakni tanah. Kita tdk ada apa2nya lagi.
Segala pujian adalah milik Allah. Kita ini tiada apa2nya. Kita
mengharapkan redha Allah semata2.

Sujudlah…
sedarlah Allah…
lalu pujilah Allah….

“Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Tinggi ya Allah”
Diamlah sebentar untuk pujian kedua & ketiga agar benar2 pujian itu dari hati kita dlm kesedaran padaNya.

14. Kemudian duduklah dgn penuh tunduk & mengharap padaNya.
Mohonlah satu persatu. Bukan membaca dgn laju…. tetapi mohonlah… mohonlah. Diri kita sgt memerlukan kasih sayang daripadaNya.
“Ya Allah, ampunilah aku ya Allah”
“Ya Allah, rahmatilah aku ya Allah”
“Ya Allah, cukupkanlah segala keperluanku ya Allah”
“Ya Allah, angkatlah darjatku ya Allah” (angkat darjat bukan naik jawatan, jadi kaya raya, jadi terkenal, sentiasa dipuji. Bukan..bukan.
Angkat darjat adalah agar Allah melindungi maruah kita. Tdk
mengaibkan kita. Andai Allah mengaibkan segala kejahatan &
kemaksiatan kita…. Allahurabbi… tdk tertahan utk mampu terus hidup).
“Ya Allah, Murahkan rezekiku ya Allah”
“Ya Allah, bukakan pintu hatiku untuk hidayah/petunjukMu ya Allah”
“Ya Allah, sihatkanlah aku ya Allah”
“Ya Allah, maafkanlah aku ya Allah.”
Andai ini dibaca dgn baik, Allahhurabbi…sujud seterusnya pasti akan lbh berserah kita padaNya.
****

Jika ini dpt didirikan dgn baik,
nikmatilah sendiri keindahan
solat. Betapa nikmatnya solat & nikmatnya solat kita tdk pernah
sama sejak kita  mendirikannya dulu hga sekrg. Bahkan nikmat solat ini semakin meningkat dari satu waktu ke waktu yang lain.

Dulu saya tertanya2 bgmna mrk yg dekat dgn Allah
sentiasa menunggu2 waktu solat.

Allahurabbi…. ketika menikmati nikmatnya solat… barulah kita faham mengapa solat itu sering ditunggu2..t itu sering ditunggu.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Sebarkan lah, sebarkan, semoga kita semua diberkati. Aamiin Aamiin Aamiin YRA, Aamiin
baca lagi

Monday, November 9, 2015

Petua Mudah Untuk Menghilangkan Parut Jerawat

Assalamualaikum rakan-rakan pembaca yang budiman.
Harini saya nak share petua mudah untuk menghilangkan jerawat yang
saya petik dari page:
Mudahnya SPA Di Rumah.

Layan.. 
petua hilangkan parut jerawat


petua hilangkan parut jerawat


petua hilangkan parut jerawat


petua hilangkan parut jerawat


petua hilangkan parut jerawat


petua hilangkan parut jerawat


petua hilangkan parut jerawat

Dalam banyak-banyak petua saya paling suka petua ni.
jeng..jeng..jeng..


Vitamin E boleh didapati di mana-mana farmasi, tapi siapa yang nak cuba
Vitamin E yang 100% Semulajadi ni boleh hubungi saya ya..

HP : 013-3353751
baca lagi

Saturday, November 7, 2015

10 Perkara Yang Jarang Diberitahu Tentang Kelahiran Secara Pembedahan

Kelahiran Secara C-Section: 10 Perkara Yang Jarang Diberitahu!

Pembedahan Caesarean atau C-Section adalah pembedahan di mana pakar bedah akan membuat potongan pada perut dan rahim (uterus) agar bayi anda boleh dilahirkan. Pembedahan ini adalah biasa bagi wanita yang mengandung.

Kali ini Kak Danita nak share dengan anda apa sebenarnya yang berlaku ketika pembedahan C-section dilakukan. Biasanya, perkara ini sering ter’missed-out’ dalam perkongsian pengalaman bersalin secara pembedahan oleh ibu-ibu yang berpengalaman. Kenapa agaknya yer?

Mungkin terlalu ‘excited’ dengan kehadiran orang baru, sampaikan terlupa detik-detik cemas yang baru dilalui. Bak kata orang, tengok jer muka baby kesayangan, lupa segala kesakitan. Betul tak ibu-ibu?

Ok, jom kita lihat 10 perkara yang biasanya dilalui ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan, tetapi jarang dikongsikan:

1. Anda mungkin menggigil tanpa henti sepanjang proses pembedahan – Yup, betul.  Majoriti ibu-ibu menggigil bukan secara sukarela, dan tak mampu di’control’ sepanjang tempoh pembedahan dilakukan. Pelik kan? But it’s perfectly normal, menurut doktor.

Badan anda mungkin akan mula menggigil kerana semasa pembedahan, suhu badan anda akan jatuh. Ini adalah kerana ubat anestetik yang diberi mengurangkan kadar kawalan suhu badan anda dan biasanya bilik pembedahan adalah sejuk. Anda mungkin mendapati keadaan ini agak menggentarkan, tetapi ia tidak membahayakan dan biasanya berlarutan selama setengah jam sahaja. Jururawat atau bidan yang menjaga anda akan memastikan badan anda dipanaskan dengan selimut pemanas.

2. Anda mungkin merasa seperti ditarik sedikit ketika bayi dikeluarkan – Berita baiknya ialah anda akan benar-benar merasa kebas dari perut ke bawah semasa pembedahan (sehinggalah beberapa jam selepas itu), jadi anda tidak akan sakit walau sedikitpun ketika dibedah. Tetapi ada sesetengah ibu yang share bahawa mereka merasa sedikit tolakan dan tarikan ketika bayi dikeluarkan dari perut.

Especially untuk ibu-ibu yang posisi bayi mereka ke atas sedikit iaitu berdekatan bahagian tulang rusuk. Jika ini berlaku, anda tak perlu cemas, tarik nafas dalam-dalam agar anda berasa selesa. Jika perlu, maklumkan kepada doktor untuk menasihati apa yang patut anda lakukan.

3.Anda mungkin akan ‘membeku’ dalam bilik pembedahan (OT) – Kerap kali Kak Danita dengar dari pengalaman kawan-kawan yang mengadu tentang bilik OT yang teramat sejuk hingga terasa macam nak ‘beku’. Benar, suhu di bilik OT biasanya lebih rendah untuk mengekalkan sterility, mencegah kelembapan dan megelak kehadiran bakteria.

Sebenarnya, suhu bilik pembedahan tidaklah terlalu sejuk kerana doktor telah menaikkan sedikit suhu untuk accomodate kelahiran si kecil, tapi memandangkan keadaan anda yang separuh bogel dan ubat anestetik yang menyebabkan badan tidak dapat mengawal suhu badan, tidak hairanlah jika ibu-ibu rasa macam nak ‘beku’ dan menggigil tak henti pulak tu. Tapi anda tak perlu risau, anda akan diberikan selimut hangat untuk membantu memanaskan badan sepanjang tempoh pembedahan.

4. Anda akan mendapat bonus “urutan kaki” – Selepas pembedahan doktor anda akan memasang sejenis peralatan urutan kaki yang kelihatan seperti kasut but yang besar dikenali SCDs, yang berfungsi untuk meningkatkan peredaran darah anda dan mengelakkan pembekuan darah.

Mungkin kelihatan sedikit pelik pada mulanya (kerana ia menggelembung dan mengempiskan berulang kali), tetapi lebih cepat peredaran darah anda kembali normal, lebih cepat petugas perubatan menanggalkan peralatan tersebut.

Tetapi tidak semua hospital menyediakan peralatan ini. Antara kaedah lain yang biasa dipraktikkan di hospital kerajaan di Malaysia untuk menggalakkan peredaran darah dan mengelakkan darah beku ialah melalui suntikan yang diberikan 2 kali sehari selama beberapa hari.

5.Ubat pelembut najis = BFF anda yang baru – Sembelit atau kesukaran membuang air besar selepas pembedahan C-section merupakan antara masalah utama ibu-ibu, kerana agak sukar untuk meneran dalam keadaan perut yang sakit akibat pembedahan.

Mengambil pelembut najis selepas bersalin akan memudahkan proses pelawasan  dan membantu anda membuang air besar tanpa kesakitan. Jangan pula anda menahan dari membuang air besar kerana takut luka pembedahan terbuka! Luka pembedahan anda dijahit rapi dan kemas, ia tak mungkin terbuka hanya kerana anda membuang air besar, ia tak mungkin berlaku!

6.Batuk, bersin dan muntah akan menyakitkan! – Yup, memang tak dapat dinafikan, even berdehem dan ketawa pun terasa sakit kat perut. Ada kaedah yang boleh membantu anda mengurangkan kesakitan jika anda perlu bersin atau batuk. Ambil bantal dan lekapkan pada perut anda dan tekan sedikit.

Ia sangat membantu untuk menyokong abdomen anda sewaktu batuk atau bersin kerana mengenakan tekanan pada bahagian perut yang baru dibedah boleh mengurangkan kesakitakan akibat pengecutan otot ketika anda batuk atau bersin. Kesakitan mungkin agak ketara pada minggu pertama, namun ia akan beransur lebik baik apabila luka pembedahan anda semakin sembuh.

7.Senaman adalah segala-galanya – Bukan bermakna anda perlu melakukan senaman berat, tidak. Tetapi ibu-ibu yang baru menjalani pembedahan seharusnya cuba untuk bangun dan berjalan-jalan disekitar bila doktor dah bagi ‘green light’. Biasanya hari kedua atau ketiga selepas pembedahan, anda dah boleh mula bangun.

Memang perit pada mulanya, tapi ini perlu dilakukan untuk mengelakkan darah beku dan menggalakkan peredaran darah. Darah beku sangat bahaya tau, boleh menyebabkan kematian! Jadi, jangan takut untuk bergerak, lakukan sedikit demi sedikit mengikut kemampuan. Dapatkan pertolongan suami atau jururawat jika anda perlukan bantuan.

8.Darah nifas akan keluar sebagaimana ibu-ibu yang bersalin normal – Ada ibu-ibu yang ingat bila bersalin secara pembedahan, darah nifas tidak lagi keluar. Sebenarnya, anda juga akan mengalami pendarahan sebagaimana ibu-ibu yang bersalin normal, mungkin tidak sebanyak mereka tapi ia masih berlaku.

Ini kerana, dinding rahim anda perlukan masa untuk pulih sendiri setelah plasenta terpisah dan saluran darah anda akan bertindak-balas dengan perubahan hormon selepas bersalin. Lagipun, lapisan darah tebal yang terbentuk dalam rahim untuk menyokong bayi anda sepanjang tempoh kehamilan perlu ‘gugur’ dengan sendirinya dan akan mengambil masa selama beberapa minggu. Jangan bimbang, biasanya pendarahan ini adalah ringan dan akan mengambil masa paling lama pun 6 minggu sahaja.

9Parut pembedahan mungkin menakutkan anda!  – Sesetengah ibu mengakui bahawa mereka tidak menyedari kepentingan bentuk parut yang bakal kekal diperut mereka kelak. Penjagaan luka ketika dalam pantang mungkin mempengaruhi parut pembedahan anda. Anda bertuah jika parut itu lama-kelamaan pudar dan hanya kelihatan seperti garis halus sahaja.

 Tapi ada juga ibu-ibu yang mendapat parut jenis keloid yang agak tebal dan jelas kelihatan. Bagaimana nak jaga luka pembedahan? Pastikan luka anda sentiasa kering (boleh keringkan dengan hair dryer setiap kali selepas mandi) dan elakkan dari menyapu sebarang gel atau krim dalam tempoh 6 minggu pertama kerana ia mungkin menyebabkan infection. Luka pembedahan biasanya tidak memerlukan sebarang sapuan krim atau ubat-ubatan melainkan ia mengalami infeksi dan dibekalkan ubat atau krim antibiotik oleh doktor. Hanya pastikan ia sentiasa kering!

10.Perut anda mungkin kembung selepas pembedahan (sehingga meyebabkan kesakitan hingga ke bahu!) – Kehadiran gas dalam perut anda boleh menekan diafragma, dan kesakitan mungkin merebak ke bahu. Untuk mengurangkan kesakitan, anda boleh mendapatkan ubat anti-gas dari jururawat, dan segera berjalan disekitar seberapa segera yang mungkin.

Kembung perut mungkin berlanjutan sehari atau lebih. Pastikan anda boleh kentut atau mengeluarkan angin sekurang-kurangnya sehari selepas pembedahan. Jika ini tidak berlaku, maklumkan pada jururawat atau doktor untuk rawatan. Sudahlah sakit akibat dibedah, jika perut juga meragam akibat kembung, tak senang duduk dibuatnya anda nanti.

Rasanya cukup perkongsian dari Kak Danita untuk kali ini. Entry kali rasanya memang lain dari yang lain dan semoga ia memberi manfaat untuk ibu-ibu sekalian, terutamanya ibu-ibu yang bakal melalui proses bersalin secara pembedahan untuk kali pertama. InsyaAllah, dalam artikel berikutnya, Kak Danita akan kongsikan pula apakah risiko dalam kehamilan sehingga menyebabkan ibu-ibu terpaksa bersalin secara pembedahan.


Sumber: Facebook Danita Maternity Store
baca lagi

Friday, November 6, 2015

7 Zikir Pembuka Pintu Rezeki

*******************************************
7 ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI
*******************************************











1. Memperbanyak Membaca – La hawla Wala
Quwwata Illa billah – Barangsiapa yang
lambat datang Rezekinya hendaklah banyak
mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa
billah (HR. At- Tabrani)

2. Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul
Haqqul Mubin -
Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha
illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan
itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan
menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam
Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

3. Membaca – Subhanallah wabihamdihi
Subhanallahil adziim . Dari setiap Kalimat itu
seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada
ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang
Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu.
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4. Membaca Surat Al-IKHLAS:
Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika
masuk rumah maka berkah bacaan
Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah
dan tetangganya (HR. AtTabrani)

5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH :
Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah
setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa
Kesempitan Hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam
Syu’ab Al-Iman)

6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI :
Dari Umar bin Khathab dari Nabi
Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda
bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku
satu kali Selawat maka ALLAH akan
membalas sepuluh kali Selawat dan
Mengangkatnya Sepuluh DARJAT.
(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul
Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu
Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

7. Melazimkan BERISTIGHAFAR :
Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya
ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala
Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah
yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu
Dawud dan Ibnu Majjah)

Ya ALLAH berikanlah kami Rezki yang Luas…
yang Halal lagi Baik tanpa Memberatkan
kami….Jika Rezki kami ada diLangit maka
Turunkanlah.

Jika ada diBumi maka
Keluarkanlah. Jika jauh maka Dekatkanlah.
Jika Dekat maka Mudahkan lah.
Jika sedikit maka Banyakanlah.
Jika banyak
maka BERKATI LAH agar kami dapat
menolong ANAK-ANAK YATIM – FAKIR
MISKIN – MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN
& KEDHAIFAN.

YA ALLAH……Kabulkanlah doa kami…Aamiiin
YA ALLAH Ya Robbal ‘Alamin.
Semoga ALLAH Mengabulkan Do’a kita.
Semoga Bermanfaat. In shaa ALLAH.....

SEBARKANN...
baca lagi

Thursday, November 5, 2015

Best Friend Tahap Tertinggi

|| Kalau cinta, Doakan ||

Saya nak kongsikan sebuah kisah pendek yang boleh bagi pelajaran buat kita. Kisah kecintaan sahabat Nabi bernama Abu Darda'. Kisah ini disebutkan oleh Imam Az-Zahabi dalam Kitabnya Siyar A'lam An-Nubala.

Abu Darda' merupakan sahabat Nabi yang dihantar ke Dimashq (Damsyik/Damascus- bandar utama di Syria sekarang)

Beliau disayangi ramai orang Dimashq kerana akhlak, dan ilmunya.

Kalau kita mungkin ada seorang dua kawan baik, Abu Darda' pula sebaliknya. Isteri beliau berkata:

"Abu Darda' mempunyai 360 kawan baik yang sangat dia cintai. Dia selalu mendoakan mereka DI DALAM SOLAT (mungkin dalam sujudnya)!

Isterinya pernah tanya:

"Kenapa kamu selalu mendoakan mereka?"

Jawab Abu Darda':

"Setiap kali seorang Muslim mendoakan saudaranya dengan satu kebaikan, maka dua malaikat akan segera membalas (dengan doa): 'Semoga kamu juga mendapat kebaikan yang sama'.

"Tidakkah bagus kalau aku sentiasa didoakan oleh para malaikat?"

Ternyata Abu Darda' mengamalkan apa yang pernah dipesan oleh Nabi tentang kelebihan doakan kebaikan kepada orang lain tanpa pengetahuan mereka.
-----

Subhanallah. Inilah level "best friend" yang tertinggi. Bukan sahaja ingat dihati, malah ingat dalam doa saat sujud menghadap Ilahi.

Adakah nilai persahabatan yang lebih tinggi daripada ini?

Sama-sama kita ambil iktibar.

wallahua'lam.
_____________

Ad-Dien Abdul Kadir
telegram.me/addien90
http://addienblog.blogspot.com
baca lagi

Tuesday, November 3, 2015

Produk Shaklee : Kategori Pemakanan Sihat

Hari ni nak tulis senarai produk Shaklee yang ada di Malaysia. Kadang-kadang ada orang whatsapp saya tanya produk yang tidak di jual di pasaran Malaysia. Jadi, jom kita kenali produk Shaklee yang ada k.

Kali ni saya kongsikan dulu produk Shaklee yang berada dalam kategori PEMAKANAN SIHAT.

Dalam kategori Pemakanan Sihat, dibahagikan pula kepada beberapa bahagian iaitu:
  • Anti Penuaan
  • Nutrisi Penting
  • Antioksidan
  • Kesihatan Tulang
  • Kesihatan Jantung
  • Kesihatan Pencernaan
  • Sokongan Imun
  • Kesihatan Hati
  • Kesihatan Wanita
  • Nutrisi Kanak-kanak
  • Nutrisi Sukan
Ok, saya akan senaraikan produk Shaklee untuk setiap bahagian di atas.

Anti Penuaan
Produk Shaklee yang berada dalam kategori Anti Penuaan adalah.
  • Vivix
  • Collagen Powder
 


Nutrisi Penting
Produk Shaklee dibawah kategori nutrisi penting adalah seperti berikut;


  • Alfalfa Complex
  • B Complex
  • Chewable Vita C
  • Energizing Soy Protein (ESP)
  • Lecithin
  • Sustained Release Vita C
  • Vitamin E
  • Vita-lea
  • Zinc Complex

Antioksidan
Produk Shaklee dalam kategori anti oksidan adalah;

  • Carotomax


Kesihatan Tulang
Produk Shaklee dibawah kategori kesihatan tulang adalah;
  • Ostematrix


Kesihatan Jantung
Produk Shaklee yang berada dalam kategori kesihatan jantung adalah;
  • Garlic Complex
  • Omega Guard
  • Phytocol-ST


Kesihatan Pencernaan
Produk Shaklee yang terdapat dalam kategori kesihatan percernaan adalah;
  • Herblax
  • Peppermint Ginger Plus

Sokongan Imun
Produk Shaklee untuk sokongan imun pula adalah;
  • Nutriferon


Kesihatan Hati
Produk Shaklee yang terdapat dalam kategori kesihatan hati adalah;
  • DTX Complex


Kesihatan Wanita
Produk Shaklee dalam kategori kesihatan wanita adalah;
  • GLA Complex


Nutrisi Kanak-kanak
Produk Shaklee dalam kategori nutrisi kanak-kanak adalah;
  • Meal Shakes
  • Vitalea For Children

Nutrisi Sukan
Produk Shaklee dalam kategori nutrisi sukan adalah;
  • Performance Drink

baca lagi

Monday, November 2, 2015

Cara Hilangkan Eye Bag Dengan Enfussele Eye Treatment Shaklee

Mesti ramai tak tahu yang Shaklee ada krim eye treatment. Betul tak? Selalu orang kenal Shaklee dengan rangkaian vitamin sahaja kan. Ok hari ni saya nak perkenalkan eye treatment Shaklee.

Siapa yang patut ambil Enfuselle Eye Treatment Shaklee ni?
Selalunya orang yang mementingkan kecantikan mata mesti pernah cuba pelbagai krim mata kan. Mata ni penting tau. Sebabnya mata adalah antara organ pertama kita tengok kalau jumpa seseorang kan. Ada ka yang borak ngan kawan tapi tengok kat telinga? hehe..

Lagi satu, korang tau tak? Kawasan sekeliling mata adalah kawasan yang berkulit sangat lembut dan kawasan paling awal akan terkesan dengan tanda penuaan. Cuba tilik mata ada tak nampak kesan garis-garis halus? Sebelum muncul kat tempat lain, garis halus akan muncul pada mata dulu.

eye treatment shaklee

Ada juga dikalangan kita yang kerja tak tentu masa, banyak mengadap komputer, tak cukup tidur. Kesannya mata akan jadi bengkak atau dipanggil 'eye bag', kelihatan seperti lebam di bawah mata, atau nampak seperti lingkaran gelap bawah mata. Kalau ada, anda mesti cuba Eye Treatment Shaklee.

eye treatment shaklee

Ujian Klinikal 

Tau tak kenapa anda perlu pilih Enfuselle Eye Treatment Shaklee, bukan jenama lain?
Jawapannya, eye treatment Shaklee telah terbukti bukan sahaja dari testimoni, tetapi telah terbukti berkesan secara klinikal. Hasil uji kaji secara klinikal, eye treatment shaklee;
  • 233% pengurangan kedutan dalam tempoh dua minggu
  • 120% peningkatan keanjalan dan ketegangan kulit dalam tempoh dua minggu
  • 209% pengurangan garis-garis halus yang ketara dalam tempoh lapan minggu
  • 32% peningkatan lembapan kulit yang berpanjangan dalam tempoh lapan minggu
  • Tona kulit yang nyata lebih sekata dalam tempoh 12 minggu
  • Botani anti penuaan dan vitamin C membekalkan manfaat yang ketara untuk kulit
  • lembut di sekitar mata
  • Sempurna untuk bahagian leher dan bibir

Kelebihan Lain

  • Enfuselle Eye Treatment Shaklee adalah Paraben Free.
  • Hipoalergenik dan telah diuji oleh pakar oftalmologi serta selamat untuk pemakai kanta sentuh.
  • 100% Semulajadi


Cara Menggunakan Eye Treatment Shaklee

  • Anda hanya perlu menggunakan sedikit sahaja untuk sekali guna.
  • Jangan di sapu, sebaliknya tepuk-tepuk lembut menggunakan jari manis pada sekitar bawah mata.
  • Jangan terlalu dekat dengan mata, kerana krim mata mampu menyerap sehingga 1 inci di sekitarnya.

Sekiranya anda berminat nak dapatkan Enfussele Eye Treatment ni boleg hubungi saya ya..

FB: Syakirah Kapli
Whatsapp : 013-3353751
baca lagi

Sunday, November 1, 2015

Petua Mengatasi Sembelit

Assalamualaikum. Saya nak kongsikan beberapa petua untuk mengatasi masalah sembelit yang saya dapat dari page Rahsia Hawa.

Jika anda mengalami masalah sembelit iaitu sukar buang air besar, cubalah mana-mana petua sembelit di bawah. InsyaAllah sembuh.

1. Pisang atau betik :
Makan buah pisang atau betik selalu.

2. Pisang masak :
Ambil dua biji pisang lemak manis yang cukup masak. Buang kulitnya dan kisar bersama segelas air. Amalkan minum air pisang ini dua kali sehari sehingga sembuh.

3. Akar temu lawak :
Dapatkan akar temu lawak dan segenggam biji sawi. Masukkan ke dalam periuk dengan air secukupnya. Rebus hingga mendidih. Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Tapis dan minum airnya pagi dan petang setiap hari sehingga sembuh.

4. Daun gelenggang :
Rebus daun gelenggang dan jadikan ulaman makan bersama nasi setiap hari.

Petua mengatasi sembelit

Kalau korang nak tau kan, ada satu produk shaklee yag sangat berkesan untuk mengatasi sembelit iaitu Ostematrix. Orang selalu sebut pil kalsium.

Ia bukan sekadar pil kalsium tau, ia lengkap dengan magnesium dan Vitamin D. Ramai yang cakap makin senang dan lawas jer nak membuang pagi-pagi lepas amalkan ostematrix.

Paling best ibu-ibu lepas bersalin la. Memang highly recommended untuk diorang. Tak perlu lagi nak rasai pengalaman ngeri sembelit selepas melahirkan anak.

Petua mengatasi sembelit

Kalau nak cuba Ostematrix ni boleh hubungi saya ya.
Whatsapp 013-3353751
baca lagi
 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard