Tip Magnet Rezeki: 5 Tips Cambahkan Imaginasi Anak

Tuesday, November 17, 2015

5 Tips Cambahkan Imaginasi Anak

Aktiviti anak-anak untuk lebih kreatif
-------------------------------------

Sumber: Whatapps group 😄.

5 TIPS CAMBAHKAN IMAGINASI ANAK

Sekiranya anda mempunyai anak berusia 3 hingga 6 tahun, mereka adalah preschoolers.

Imaginasi ialah sesuatu untuk kita hargai.
Pakar pembangunan kanak kanak amat meraikan kepentingan imaginasi yang sihat untuk anak anak.
Anak dengan imaginasi yang baik, lebih gembira dan lebih alert, boleh menghadapi situasi dan cabaran kehidupan dan membesar sebagai seorang dewasa yang well adjusted dan stabil.

Imaginations allows children to develop forces of creativity.
And that means as adults they are going to be creative individuals.

Kreatif tidak semestinya menjadi pelukis atau pelakon.
Sebagai seorang leader dalam pasukan juga kita perlu menjadi kreatif.

4 Cara untuk Mencambahkan Kreativiti Anak Anak.

1. Storytelling
Sebagai ibubapa kita tidak memerlukan buku yang cantik atau video untuk bercerita.

Cari momen bersama anak-anak untuk bercerita one-to-one.
Ianya proses pemindahan pengalaman dari suatu generasi kepada suatu generasi yang seterusnya.

Tips 1 -- Penggunaan "puppet" membantu ibubapa bercerita.
Puppet boleh dibeli atau dibuat sendiri menggunakan kain felt.
Ianya mestilah tidak tajam dan tahan lama kerana ianya boleh digunakan berulang-ulang.

Simpan puppet didalam sebuah kotak supaya tidak bersepah.

Tips 2 -- Bawa anak bersiar-siar dan ceritakan cerita tentang alam sekitar. Contohnya Kisah Semut yang Rajin atau Awan yang Penyayang.

Bawa kertas A4 dan pen untuk melakar sebuah senyuman pada watak watak tersebut.

2. Make Art

Melukis, mewarna, membina dan menampal kertas juga adalah aktiviti yang bagus.

Tiada betul atau salah didalam aktiviti ini.

Usah paksa anak warnakan matahari dengan warna kuning atau epal dengan warna merah.

Biarkan anak-anak bereksplorasi dengan perasaan dan tangan mereka.

Tips 3 -- Bawa anak ke tempat baru seperti perpustakaan. Tunjukkan bagaimana orang duduk diam dan menekuni buku mereka.

Tunjukkan barisan komputer yang tersedia untuk digunakan.

Tunjukkan bagaimana pegawai perpustakaan menjaga kaunter.

Bawanya kesuatu sudut dan jangan lupa bawa bersama sketch pad dan pensil warna -- mintanya lukis sudut yang mereka sukai.

Jika perpustakaan tidak menarik, bawanya ke muzium.

3. Gunakan bahan alami

Gunakan pasir di pantai, daun daun pokok yang telah gugur dan kulit siput.

Permainan yang mempunyai open ended seperti blok atau lego juga adalah bagus.
Imaginations has no limit.

Majalah lama juga boleh digunting dan ditampal secara mix and match contohnya menukar gaya rambut atau pakaian model didalam majalah.

Tips 4 -- Melukis tidak semestinya menggunakan pensil dan kertas. Gunakan span, batang saderi, lobak atau sayuran untuk membuat corak berwarna di kertas.

Anak sangat sukakannya!

4. Galakkan inner space dalam diri anak

Kurangkan ke bergantungan terhadap media seperti TV atau komputer dan biarkan anak anak meneroka dalam dirinya.

What goes on too often is that we not turning children into creators ; we're turning them into consumers.

Visi atau lukisan yang mereka warnakan bukan semestinya apa yang pernah mereka lihat.

Biarkannya berbeza.

Tips 5 -- Ajak anak anak membayangkan nama nama planet yang mereka mahukan dan siapa atau apa yang ada didalamnya.

Benarkan mereka memberikan sebarang idea dan tunjukkan kekaguman diatas kesungguhan yang ditunjukkan.

Semoga membantu ibubapa ya!


Korang tau kan, ada suplemen yang sangat baik untuk merangsang minda anak, meningkatkan fokus dan menguatkan daya ingatan.

Kalau nak tahu boleh whatsapp saya:
013-3353 751 (Syakirah)

Atau, bagi memudahkan anda, 
(Jika dah decide nak beli apa)
anda boleh buat belian terus di SINI

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard