Tip Magnet Rezeki: Kisah Pakcik Tua Memandu Kereta.

Sunday, November 15, 2015

Kisah Pakcik Tua Memandu Kereta.


Kisah minggu lepas, tengah drive, kereta depan tu bawak slow sangat. Ke tepi, ke tengah. Bila ada lori atau kenderaan lain dari arah bertentangan kereta tu mesti terus mengelak jauh ke tepi. Asyik tekan brek. Saya mengomel dalam hati, awat la orang ni bawak kereta camni, baru dapat lesen ka apa? Huhu

Sampai di lampu isyarat, kereta tu sekali lagi ke kiri sangat dan berhenti sebab lampu merah. Takmau ikut belakang dia lagi, saya ke kanan, berhenti sebelah kereta tu.

Baru nampak pemandunya.. Iskk.. Tersentuh pulak hati bila tengok yang bawak kereta tu, seorang pak cik yang dah agak berumur. Rasanya dalam keadaan macam tu, pakcik tu tak perlu memandu sendiri lagi.

Kisah Ayah.

1. Ayah saya meninggal dalam kemalangan jalan raya. Masa tu terdetik.. Kalau la ayah beritahu ayah kena keluar atas urusan penting, mesti ada salah seorang dari kami tolong hantarkan ayah. Masa tu ayah kurang sihat dan baru 3 hari kembali dari tanah suci. (Tak baik cakap 'kalau' kan, dah memang ketentuanNya begitu, kami redha)

2. Ada sekali tu, lepas subuh, ayah 'hilang'. Tiba-tiba balik dengan ubat-ubatan. Rupanya ayah sakit dan pergi hospital sendiri, doktor cakap ayah ada batu karang. Ayah cerita, dia sakit sampai berpeluh-peluh. (Tapi masih berani drive sendiri ke hospital..) T_T

Motif cerita kisah ayah kat sini nak bagitau, memang sifat kebanyakan bapa ni seboleh2nya takkan susahkan anak, walaupun nyawa jadi taruhan. Huhu.. Mungkin sebab tu ada lagi pakcik2 yang dah berumur tapi masih memandu, macam yang saya jumpa tu.

Kawan-kawan yang masih ada bapa.... Buatlah yang terbaik!

Tetiba idea terhenti disini, taktau nak cakap apa..
😞😞


No comments:

Post a Comment

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard