Tip Magnet Rezeki: 2016

Saturday, December 17, 2016

Antara Ikhtiar Dan Tawakal

Bismillah.
Gigihnya ikhtiar, jangan sampai melemahkan tawakal.
Kuatnya tawakal, jangan sampai melemahkan ikhtiar.
Ikhtiar dan tawakal harus seimbang beriringan.
Inilah kunci agar kita mendapat pertolongan Allah.
|| Bagaimana nak seimbangkan?
1. Serius dalam taubat.
2. Lurus dalam niat.
3. Bagus dalam ibadah.
4. Serius dalam memperbaiki diri.
5. Serius dalam ikhtiar. Jangan sampai bersungguh-sungguh dalam berdoa dan tawakal namun ikhtiarnya ala kadar saja.
Inspirasi dari tulisan Aa Gym.
Nota untuk diri dan sahabat semua.

baca lagi

Nak Istighfar Berapa Kali?

Bismillah

"Nak istighfar berapa kali?"

Bila dikongsikan antara amalan jemput rezeki adalah sentiasa istighfar, akan ada yang tanya nak istighfar berapa kali? Dalilnya?

Saya pun belum jumpa dalil nak kena istighfar berapa kali sehari. πŸ˜… Bagi saya, istighfar sebanyaknya.

Mulakan dengan 100, kemudian tambah la dari hari ke hari.

Yang penting kena faham, kenapa kita istighfar?

Adakah sebab nak tambah rezeki?

Atau nak mohon ampun pada Allah, lalu dosa kita diampunkan, Allah makin sayang.

Bila Allah sayang, adakah Allah nak biar kita dalam kesusahan?
.
.
Berbalik kepada berapa kali nak istighfar, cuba bandingkan berapa banyak 'tabungan' dosa sejak kita akil baligh hingga sekarang?

Dosa yang dah lupa pun banyak ye dak?

Pernah kita minta ampun sungguh2 atas setiap satu dosa kita, termasuk lintasan hati kata kat orang
"ei gemuknya dia.."

 "eeiii muka putih, tangan hitam"
(Dah macam iklan terlajak laris pulak dah πŸ˜…)

Dosa merungut..
"Alaaa... Baru sidai kain, dah hujan"

Dosa mengumpat orang.. Sok sek sok sek..

Dosa mengeluh dan sangka buruk dengan Allah.

Eh banyak la nak senarai semua. Dah umur 30an ni baru Allah gerakkan hati untuk istighfar dengan sebenar2nya. Sebelum ni istighfar sekadar di bibir lepas solat.

Agak2 100 kali sehari cukup ke?

Harus diingat, perkara utama yang menghalang rezeki adalah dosa.

Rasulullah yang tiada dosa dan dijamin syurga pun istighfar mohon keampunan Allah.

Kita yang berlumuran dosa ni macam mana? #koghase?
(Soalan untuk kita sama2 renungkan)

-----
Nak baca ebook FTR #EdisiPercuma?
Klik sini bit.ly/EdisiPercumaFTR
-----



baca lagi

Wednesday, November 30, 2016

Syukur itu bukan sekadar ucapan "Alhamdulillah"

Bismillah
#TipMagnetRezeki


Sentiasa BERSYUKUR.
Siapa yang bersyukur, Allah tambahkan nikmat.
(Surah Ibrahim ayat 7)

Syukur bukan sekadar ucap "Alhamdulillah"

Selarikan dalam hati, nikmat ini kurniaan Allah.
Manfaatkan nikmat itu bagi mendekatkan diri dengan Allah.

Contoh:

Dapat HP percuma.

Yakini hanya dengan izinNya kita dapat HP.
Ucap terima kasih pada Allah & pemberi HP.

Gunakannya di jalan yang diredhai Allah,
misalnya untuk berniaga, download tazkirah, Al-Quran & lain-lain perkara yang boleh mendekatkan kita pada Allah.

Usah gunakannya untuk tulis dan sebar fitnah, lihat perkara maksiat dan terlalu asyik dengan HP hingga lalai dalam ibadah padaNya.

Sama-sama kita bersyukur atas segala perkara dengan syukur yang sebenar-benarnya.

Wallahu a'lam.
baca lagi

Thursday, November 3, 2016

Bersihkan Kolam Jiwa - Jemput Rezeki

Bismillah.
#TipMagnetRezeki

Rezeki Allah itu turunnya ibarat air hujan,
mencurah-curah dan melimpah ruah.

Namun, kita dengan sengaja memasang
'payung' menghalang dari terkena hujan.
Hasilnya, kita dapat tempiasnya sahaja.

'Payung' itu ibarat dosa-dosa yang kita.
Dosa menghalang rezeki sampai pada kita.

Sebab tu sifu-sifu banyak tekankan pembersihan kolam jiwa dalam menjemput rezeki. Bersihkan kolam jiwa dari keladak dosa yang kita lakukan.

Di awal-awal bab ebook 111 Formula Tarik Rezeki juga ada menyentuh bab ini secara terperinci. Iaitu dalam Bab 1 (Kenapa Rezeki Sempit & Bocor) dan Bab 3 (Tip Rezeki Pantas-Bersih Kolam Jiwa).

Banyak perkara yang kita anggap remeh, sebenarnya memberi kesan terhadap rezeki kita. InsyaAllah ebook ni mampu bantu anda.

Untuk kandungan keseluruhan ebook klik sini :
bit.ly/KandunganFTR

Review FTR : bit.ly/ReviewPembacaFTR

Untuk info lanjut tentang pakej ebook klik sini
bit.do/magnetrezeki


baca lagi

Wednesday, November 2, 2016

Allah Suka HambaNya Yang Berdosa Lalu Bertaubat

Allah Suka Orang Yang Buat Salah Lalu Bertaubat.

Baru2 ni terdengar huraian satu hadis mengenai perkara di atas. Bukan sekali, namun 3x dari ustaz berbeza. Rasa macam satu sign nak kena share pasal ni. Hehe.

Ceritanya, ada seorang lelaki mengembara di padang pasir menaiki unta. Lengkap dengan semua keperluan termasuk makanan atas belakang unta tu.

Sampai satu tempat, dia berhenti rehat. Sedar-sedar dia dah kehilangan unta tu. Dia punya kecewa tu taktau nak habaq. Tengah padang pasir kot. Tanpa kenderaan, tanpa keperluan makanan dll.

Hampir putus asa.

Tiba-tiba unta dia melenggang kangkung mai balik kat dia. Dia punya seronok tu taktau nak habaq sampai dia tersasul menyebut "Allah hambaku, aku tuhanmu". Camtu la..

Hadis tu menyebut, se-gembira2 lelaki yang kehilangan unta, lalu unta itu kembali, gembira lagi Allah bila mana hambaNya berbuat salah, lalu kembali bertaubat padaNya.
.
.
Allah Maha Pengampun, Pengasih, Penyayang.
Jika kita rasa dosa kita setinggi gunung,
yakinlah keampunan Allah seluas langit dan bumi.

Moga bermanfaat.
baca lagi

Wednesday, July 27, 2016

5 Sebab Simpanan Emas Lebih Relevan

[ 5 Sebab Simpanan Emas Lebih Relevan ]

1. Emas kalis inflasi

Buktinya, dengan 1 dinar kita masih mampu beli seekor kambing, sama seperti 1400 tahun dahulu.

2. Senang ditukar kepada tunai.

Emas boleh dipajak/jual dengan mudah. Perhh.. saya terkejut masa mula2 tengok bila ada member nak letgo goldbar dalam support group, sepantas beberapa minit dah terjual! :)

3. Kekayaan ditangan anda

Apa pun yang terjadi diluar sana, (cth: kejatuhan matawang, pergolakan dalam kerajaan, politik, ekonomi dll), emas masih ditangan kita dan ianya bernilai tinggi.

4. Boleh dijadikan modal pusingan.

Ramai yang pajak simpanan emas dan buat modal bisnes. Bila dah dapat pulangan dari bisnes tu, tebus semula emas. Bijak baqhang!

5. Aset mudah alih

Emas, nak dibawa kemana-mana pun tiada masalah. Malah dibawa keluar negara pun masih laku. :D

Jom mulakan 1 gram pertama anda sekarang.
Pm atau whatsapp 019-4917769

#AspirasiEmas
#EjenEmas




baca lagi

Tuesday, July 26, 2016

6 Tips tukar DUIT RAYA kepada EMAS


Bismilah

||  6 Tips tukar DUIT RAYA kepada emas  ||

[1] Kumpul semua duit raya anak dan kira berapa jumlah yang terkumpul

[2] Elakkan daripada duit terkumpul tu untuk beli gajet atau apa-apa kehendak anak-anak anda. Simpan dahulu sebelum guna.

[3] Jika jumlahnya RM200, anda boleh tukarkan kepada 1gram GoldBar.

[4] Sekiranya tidak cukup jumlah RM200, apa salahnya anda cukupkan..tambahlah berapa lagi yang tak cukupnya :)

[5] Selepas cukup jumahnya RM200, anda boleh roger saya untuk lock 1gram GoldBar.

[6] 1gram GoldBar tu anda boleh simpankan dan buat catitan kecil tarikh belian dan berapa harga 1gram tersebut serta simpankan bersama sekali. Saya biasanya akan lekatkan sticker kecil pada 1gram GoldBar tu tarikh belian dan harga belian 1gram tersebut. Tujuannya sebagai rujukan nanti.

#AspirasiEmas
#EjenEmas


 - - - - -
Berikut adalah pengiraan jika anda simpan 1gram sehingga umur anak 20 tahun:.-

Harga 1gram emas sekarang = RM198
Dijangka harga 1gram tahun 2020 adalah RM503
Dengan andaian kenaikkan harga emas 20% setiap tahun, maka selepas 20 tahun kenaikkannya ialah 400%

1gram emas = RM198 x 400%
= RM792

Itu baru pengiraan untuk 1gram GoldBar. Jika setiap tahun anda tukar duit raya anak kepada 1gram GoldBar dan simpan sehingga umur anak 20 tahun, bermakna anak anda sudah ada 20 keping 1gram GoldBar.

Cuba anda bayangkan pula, berapa nilai harga ke semua keping yang telah disimpan pada masa itu?


InsyaAllah dengan mengamalkan teknik ini kita boleh mengurangkan beban anak-anak kita bila mereka sambung belajar nanti. Tak perlu lagi untuk kita buat pinjaman PTPTN bagi menampung kos pengajian anak-anak nanti, betul tak? Tak perlulah nak berhutang.

Oleh itu, sebagai ibubapa yang cerdik, kita korbankan keseronokan kita dan cuba rancangkan bajet kewangan untuk masa depan anak-anak kita.

Nak mula kumpul emas?
Nak beli emas murah dari pasaran?

Hubungi saya:
Whatsapp 019-4917769
baca lagi

Monday, July 25, 2016

Kisah Emas: Simpan Goldbar & Tukar Jadi Barang Kemas

Bismillah

Kisah dari salah seorang team #AspirasiEmas.

Hasil simpanan sedikit demi sedikit dinar, goldbar dan syiling emas, beliau tukarkan jadi barang kemas bernilai tinggi.

Emas 999 cek, bukan emas 916 macam barang kemas kita selalu beli kat kedai tu. Hehe :)


Kata beliau,
Dengan upah di bawah RM100, kini gold saver boleh memiliki Cincin Belah Rotan dan Gelang Pintal.

Gelang tu untuk dihadiahkan kepada anak perempuan usia 12 tahun. Akan diwariskan bila besar nanti. Cincin milik adik perempuan bongsu.

Huntungla anak2 beliau. :)

Psst.. Kalo anak kome tu lelaki, biar la dalam bentuk goldbar, syiling & dinar je ye dak. Tukar jadi barang kemas, depa bukan boleh pakai pong. ;)

#EjenEmas
#Powergold

Hangpa camna? Dah start? Baru nak start?
Jom mulakan 1 gram pertama anda.

Whatsapp saya 019-4917769
Nak add kat FB pun boleh. Syakirah Kapli
baca lagi

Powergold : Bukan Skim Pelaburan Emas

πŸ’» *POWERGOLD* πŸ’»

Ramai yang masih *KELIRU* dengan *KONSEP* yang diketengahkan oleh *syarikat #Powergold.*

Sebenarnya #Powergold SAMA seperti KEDAI EMAS BIASA  yang menjual barang kemas, bar emas & dinar emas.

Cuma di ONLINE kan.

Secara mudahnya :

Kami ADA KILANG (Amethyst, Kedah) dan HQ tetapi TIADA PREMIS untuk jualan kepada umum. Bergerak secara ONLINE di antara AHLI dan STOKIS.

Bergerak secara OFFLINE apabila pembeli MEMBELI barang DIRECT melalui stokis yang ada menyimpan stok di tangan ketika itu.

BUKAN SKIM PELABURAN yang menawarkan DIVIDEN tertentu SETIAP BULAN, tetapi JUAL BELI emas, dapat bawa balik emas dan simpan sendiri.

Untuk ahli-ahli yang berdaftar, dibekalkan web promosi &  web akaun peribadi untuk menerima info terkini harga emas semasa, marketing tool, bonus & sebagainya.

BUKAN SKIM 4 D (duduk, diam, dapat , duit ) tetapi perlu ada usaha sendiri baru ada hasil.

Hasil Datang Dari :

1. *Saving* (Menyimpan & mengumpul emas)

Pembelian serendah 0.5 gram syiling emas kualiti 24k (999.9) atau sejajar dengan kempen utama powergold, 1 gram 1 bulan .
12 gram untuk setahun terkumpul.
Buat simpanan untuk jangka masa panjang di mana ketika harga belian balik emas sudah naik melebihi harga belian asal.

2. *Trading* ( Menjual )

Dapat untung runcit dan bonus repurchase untuk setiap gram yang terjual.

3. *Networking* ( Memperkenalkan )

Bukanlah sesuatu yang wajib dilakukan, namun memperkenalkan simpanan emas kepada umum agar lebih ramai lagi masyarakat celik emas adalah fokus utama syarikat. Ini juga menjadi salah satu sumber rezeki yang berterusan untuk ahli dan hasil pendapatan lebih lumayan berbanding menjual sahaja.

Powergold BUKAN platform untuk dapat GANJARAN dengan bergoyang kaki.

*Anda Usaha Anda Dapat, Biar rezeki lebih berkat!*

*ANDA BILA LAGI?! JADILAH SALAH SEORANG PENYIMPAN ATAU  USAHAWAN EMAS BERSAMA KAMI!*


baca lagi

Sunday, July 24, 2016

Trend Masa Kini : Simpan Emas

TREND SIMPANAN EMAS

Trend simpanan Emas sudah lama bermula, sejak zaman-berzaman lagi. Orang tua kita juga memesan kepada kita agar menyimpan Emas, namun ada yang mereka tidak beritahu kita, kerana mereka sendiri tidak tahu...

Apa yang dimaklumkan kepada kita adalah berdasarkan pengalaman mereka yang terlebih dahulu makan garam dan menyaksikan sejarah harga Emas yang naik untuk jangka masa panjang.

Sejarah Emas sebenarnya dari zaman firaun lagi. Sesiapa yang memiliki Emas pada waktu itu dianggap kaya...

Pada zaman sekarang juga, sesiapa yang memiliki Emas yang banyak akan dianggap kaya. Siapa yang tidak mahu kaya dan berjaya...?

Tahukah anda bahawa EMAS adalah WANG yang sebenarnya...?

Inilah yang ramai salah faham. Ramai menganggap Emas sebagai pelaburan semata-mata.Emas lebih kepada simpanan tetapi secara tidak langsung ia juga berfungsi sebagai instrument pelaburan.

EMAS KEGUNAAN ZAMAN BERZAMAN.


#EjenEmas
#TerapiEmas
#Powergold
baca lagi

Friday, July 22, 2016

Tutorial: Cara Download Video Dari Facebook

Assalamualaikum semua..

Hangpa dah tau ka cara nak download video dari facebook? Saya pun baru tau sebenarnya. Hehe.

Ok saya share sekarang.

Hangpa download ja Aplikasi FB Video Downloader. Cam dalam gambar ni. Pilih hat atas sekali sebab saya tengok tinggi je rating tu ha. Nora bagi 4.5 bintang! Saiz pun tak besar dalam 2 MB lebih je.


Ha lepas dah install, open la. Nanti keluar camni.


Jeng jeng jeng.. Tu ha, dah siap tulis How To Use tu. Kan senang keja saya, tak payah tulis step by step. Hehe.

Bahasa mudahnya camni.. Log in FB hangpa dengan app tu, sebijik macam App FB ja dlam tu. Pastu cari la video yang hangpa nak download tu. Tekan play, nanti dia tanya kita nak download ka, nak watch ka nak cancel.

Dah siap download, check dalam galeri.. Ha kan dah ada video tu. Sila tonton dengan riang gumbira.

Sekian sahaja tutorial pendek. :)
baca lagi

Kisah Benar!! Rahsia Murah Rezeki Jutawan Takwa

Bismillah. Assalamualaikum wbt.

Saya kongsikan satu kisah yang saya dapat dari whatsapp group. Kredit kepada penulis kisah ini. Moga sentiasa berada dalam rahmatNya.

...........

“Ya Allah, aku mohon kepada Mu Ya Allah. Temukanlah aku dengan mereka yang boleh memberi pengajaran kepada ku di Tanah Suci.

Temukanlah aku dengan mereka yang boleh mengubah hidupku ke arah yang lebih baik”.

Inilah doa yang saya baca sebelum menunaikan haji.Alhamdulillah. Saya bersyukur kepada Allah. Allah temukan saya dengan begitu ramai orang yang banyak memberi pengajaran dalam hidup saya.

Yang pertama, Allah temukan dengan Prof Kamil  (www.muhdkamil.org ) Bagi saya, buat masa ini tiada orang boleh memberi kesedaran kepada saya seperti mana yang Prof Kamil berikan kepada saya.

Prof banyak memberi kesedaran kepada saya. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada Prof.

Yang kedua, Allah temukan saya dengan seorang jutawan. Rumahnya sahaja dah RM6 juta.

Keretanya BMW X6. Plat kereta pun TAF15. Tak usahlah saya menceritakan kekayaan beliau yang lain.

Namun, orangnya sederhana. Boleh dikategorikan sebagai golongan‘jutawan bertakwa’. Inilah yang kita semua mahukan. Kaya dan dalam masa yang sama bertakwa kepada Allah.

Di suatu pagi, saya duduk di lobi hotel. Dan tiba tiba Datuk Zainal datang duduk berhampiran saya. Datuk Zainal Abidin merupakan Pengerusi Zahafiz Travel Sdn Bhd.Tahukah anda apakah maksudZAHAFIZ?

Z adalah Zainal.
A adalah nama Isteri Datuk
HAFIZ pula adalah kerana kesemua anak Datuk adalah Hafiz dan Hafizah Al Quran.

Bagi saya ia amat menarik. Datuk Zainal begitu ‘simple’.

Beliau kekal merendah diri dan ramah bila bertemu dengan para jemaah Zahafiz. Sebab itu agak mudah saya bersembang dengan beliau.

“Datuk, boleh tak Datuk cerita kepada saya ‘rahsia’ kejayaan Datuk dalam perniagaan yang Datuk jalankan, sebab saya pun buat business juga” saya bertanya kepada Datuk,

“Biasanya saya tak cerita dekat orang. Tapi sebab kamu dah tanya. Insya Allah saya akan ceritakan,” Datuk menjawab.

Datuk menceritakan beliau bukanlah dari latar belakang agama. Beliau merupakan bekas pegawai polis dahulu.

Beliau memulakan perniagaan Zahafiz ini lebih kurang sejak 15 tahun yang lepas.

Beliau menceritakan ada 3 faktor utama dari segi amalan yang beliau rasa ia membantu dalam perniagaan yang dijalankan.

1) Restu dan Doa Ibu

Beliau menceritakan, pada peringkat awal beliau mahu berhenti kerja sebagai polis dan memulakan sebuah perniagaan. Sebelum memulakan perniagaan itu, beliau bertanya kepada ibunya sama ada beliau boleh berhenti kerja dan memulakan perniagaan itu.

Ibunya tidak merestuinya.

Maka beliau tidak berhenti kerja dan tidak membuat perniagaan itu.

Jika kita fikirkan, apa rasionalnya Datuk yang berumur sekitar 40 tahun meminta izin dari ibunya untuk membuat keputusan berhenti kerja? Bukankah Datuk pada waktu itu cukup matang untuk membuat keputusan sendiri.

Namun, Datuk amat menitik beratkan restu ibu. Datuk mahu ibunya sentiasa mendoakan beliau dalam apa jua keadaan.

Selepas itu, Datuk meminta izin daripada ibunya untuk membuat perniagaan Umrah dan Haji ini. Dan Alhamdulillah, kali ini ibunya membenarkan beliau berhenti kerja dan membuat busines ini.

Selepas mendapat restu ibu. Barulah Datuk berhenti kerja sebagai polis dan memulakan perniagaan ini. Dan Alhamdulillah, perniagaannya berjaya.


Datuk menceritakan kepada saya beliau meminta ibunya untuk mendoakan kejayaan beliau setiap hari. Dan Datuk berkata doa seorang ibu kepada anaknya amat mustajab dan ia tiada hijab. Maka, sebab itulah Datuk merasakan perniagaannya boleh berjaya.

Datuk juga menceritakan kepada saya pentingnya kita untuk mengambil berat dan menjaga ibu bapa kita sekiranya mereka masih hidup.

Datuk menceritakan dalam apa jua keadaan, Datuk sentiasa melebihkan ibunya daripada isterinya. Dan ‘isterinya’ faham keadaan ini. Datuk memberitahu supaya jangan risau apabila beliau melebihkan ibunya, ini kerana mereka akan mendidik agar anak lelaki mereka juga suatu hari akan melebihkan ibunya berbanding isterinya.

Ini yang sepatutnya.

Namun kita hari ini sering ‘melupakan’ kekuatan doa ibu dalam hidup kita. Kita ‘lupa’ untuk mengirim wang kepada ibu bapa kita setiap bulan. Kita ‘lupa’ untuk mendoakan kesejahteraan mereka. Dan yang lebih teruk, kita ‘lupa’ untuk berhubung dengan mereka bertanya khabar dek kesibukan kita mengejar ‘kejayaan dunia’.

Sedangkan ‘kejayaan’ itu lebih mudah dikecapi dengan doa dari mereka.

Datuk bertanya kepada saya, “Firdaus ada mak lagi tak sekarang ini?”

“Ya, mak saya masih ada”

“Satu nasihat saya, tolonglah jaga dan sayang ibu bapa Firdaus sepanjang hayat mereka. Lebihkan mereka dalam apa jua keadaan. Minta mereka doakan apa yang Firdaus buat. Insya Allah, Firdaus akan dapat lihat keberkatan dalam kehidupan Firdaus nanti” Datuk menasihatkan saya.

“Sekarang, mak saya dah meninggal dunia. Setiap hari saya mendoakan agar Allah ampunkan dosa mak saya. Sekurang kurangnya, saya menjalankan ‘tanggungjawab’ saya sebagai anak untuk mak saya”

Kata kata Datuk ini amat memberi kesan kepada saya. Insya Allah, saya berazam untuk sentiasa membahagiakan ibu bapa saya dalam apa jua keadaan.

2) Solat Sunat Dhuha

Datuk menceritakan amalan kedua yang beliau amalkan dan yakin ‘membantu’ dalam keberkatan dalam perniagaannya adalah Amalan Solat Sunat Dhuha.

Beliau menceritakan yang beliau telah amalkan solat Sunat Dhuha sejak sekian lama. Setiap hari beliau bersolat Sunat Dhuha sebanyak 4 rakaat. Dua rakaat dibuat dua kali. Dan ia dilakukan setiap hari tanpa ‘miss’.

Beliau menceritakan kepada saya apabila kita bersolat Sunat Dhuha dan membaca doanya setiap hari, ini bermakna kita berdoa kepada Allah agar dimurahkan rezeki setiap hari. Dan waktu Dhuha adalah antara waktu afdhal untuk kita berdoa.

Dengarlah Doa Solat Sunat Dhuha ini. Anda pasti akan tersentuh hati mendengar doa ini yang dibaca dalam bentuk nasyid yang begitu indah. Saya amat suka mendengar doa ini setiap hari.

“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu Dhua Mu, kecantikannya adalah kecantikan-Mu, keindahannya adalah keindahan-Mu, kekuatannya adalah kekuatan-Mu, kekuasaan adalah kekuasaan-Mu, perlindungannya adalah perlindungan-Mu.”“Ya Allah, jika rezki kami di langit, turunkanlah, jika di bumi, keluarkanlah, jika sukar,
permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, kecantikan Mu, keindahan Mu, kekuatan Mu dan kekuasaan-Mu.””Limpahkan kepadaku segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh”

Sama samalah kita hayati maksud doa ini. Jika dibaca dengan penuh pengharapan, boleh mengalir air mata kita mengharapkan rezeki daripada Allah.Bayangkanlah, jika ini yang kita doakan setiap hari dalam hidup kita. Insya Allah. Suatu hari pasti dan pasti Allah akan kabulkan hajat hajat kita dan dimurahkan rezeki kita.

Datuk menceritakan mereka yang selalu mengamalkan solat Sunat Dhuha akan dimurahkan rezeki oleh Allah. Dan kita kena faham konsep rezeki itu sendiri.

Duit yang kita peroleh adalah rezeki. Ini yang biasa kita faham.Namun, kesihatan juga rezeki. Kereta tidak rosak juga rezeki. Anak anak tidak sakit juga rezeki. Rumah tidak bocor juga rezeki. Dijauhi dari malapetaka dan bencana juga rezeki.

Dapat anak yang soleh juga rezeki. Dan konsep rezeki perlu diperluaskan agar kita lebih mudah faham rezeki yang Allah berikan kepada kita.

Agar kita lebih bersyukur kepada Nya.

“Firdaus, amalkanlah Solat Sunat Dhuha setiap hari. Insya Allah, Firdaus akan saksikan sendiri kehebatan amalan itu sendiri. Allah akan buka jalan agar dimurahkan rezeki kepada Firdaus daripada pintu yang tidak disangka sangka,” kata kata nasihat Datuk ini benar benar terkesan dalam hati saya.

Insya Allah Datuk, akan saya amalkan.


3) Bersedekah

“Firdaus, amalan ketiga yang saya rasakan ia memurahkan rezeki saya adalah amalan bersedekah.

Setiap hari, di dalam poket seluar saya mesti ada duit kecil. Saya akan bersedekah kepada sesiapa sahaja yang saya rasakan perlu. Tak semestinya saya kenal dia. Tak semestinya saya hanya bersedekah kepada peminta sedekah.

Kalau saya nampak cleaner sedang sapu sampah. Saya bagi. Kalau saya nampak ‘guard’ di bank pun saya bagi. Sekadar nak membiasakan diri dengan amalan bersedekah.

Dan saya lakukan ini setiap hari. Dan bila saya masuk satu satu masjid, saya tidak akan keluar dari masjid itu melainkan saya sudah bersedekah untuk masjid itu,” Datuk menceritakan panjang lebar.


Datuk menerangkan yang amalan bersedekah amat besar fadhilatnya.

Dan apabila kita bersedekah, kita bukan mengurangkan rezeki kita. Sebaliknya kita menambah rezeki kita. Allah akan gantikan kepada kita melalui cara yang lain. Cara yang kita tidak sedar.”Datuk, datuk selalu derma berapa ringgit?” Saya bertanya kepada Datuk.

“Janganlah tanya saya derma berapa. Tapi, dermalah ikut kemampuan kita. Kalau kita ada lebih, kita bagi lebih. Kalau kita ada kurang. Kita bagi sedikit. Yang penting, kita harus biasakan dengan memberi“.

“Tahu tak, bila kita menderma kepada seseorang yang tidak kita kenali. Salah seorang daripada mereka ini pasti ‘mendoakan’ kepada kita secara tidak langsung. Tahu tak, doa daripada seorang muslim yang tidak diketahui oleh orang yang didoakannya itu amat mustajab.” Datuk menambah lagi.

Kalau difikirkan begini, ia memang benar. Kita tidak kaya bukan kerana kita kurang menerima, tetapi kerana kita kurang memberi. Jika kita banyak memberi, insya Allah banyak lagi yang akan kita terima. Inilah sifirnya di dalam Islam.

“Kamu tahu tak Syarikat Bin Laden. Kontraktor terbesar di Saudi. Setiap hari, mereka membelanjakan sekitar SR30,000-SR40,000 untuk didermakan kepada orang ramai.” Datuk memaklumkan kepada saya.

“Banyaknya yang dia orang derma!” saya mencelah.

“Firdaus, janganlah tengok berapa yang dia orang keluarkan. Tengok pula berapa yang dia orang dapat hari tu. Berapa juta yang masuk. Salahkah kalau nak keluarkan setakat SR30k-SR40k sehari kalau projek yang masuk juta juta,” terang Datuk.

Datuk memberikan contoh yang amat jelas kepada saya. Contoh yang bersertakan bukti yang kukuh.

Saya benar benar bersyukur kepada Allah. Allah temukan saya dengan Datuk Zainal. Pertemuan yang tidak dirancang. Tetapi ia benar benar memberi kesan dalam diri saya.

Insya Allah Datuk. Akan saya cuba amalkan apa yang Datuk nasihatkan kepada saya.

Orang kata, kalau nak belajar, belajarlah dari orang yang dah berjaya. Bagi saya, mengambil pengajaran dari kisah kejayaan Datuk amat penting dalam hidup saya yang juga turut membuat business. Semoga saya juta begitu.

Semoga satu hari nanti saya boleh memiliki rumah besar, kereta besar, berjiwa besar. Dan yang paling penting. Menjadi ‘JUTAWAN YANG BERTAKWA’.Tak guna kalau kaya harta tapi miskin jiwa. Tak guna kaya kalau tak rajin bersedekah.

Semoga, pengajaran yang saya peroleh ini dapat dikongsi oleh kita semua. Semoga kita semakin hampir kepada Nya.

Jadi apa yang anda dapat dari pembacaan tadi?

Kadang2 kita telah berusaha tetapi masih tidak dapat apa yg dihajatikan..Mungkin  masih ada amalan yang tertinggal  dalam kita berusaha itu..Mari kita renung2kan bersama..
baca lagi

Wednesday, July 20, 2016

13 Perkara Punca Rezeki

13 PERKARA PUNCA REZEKI

1) TAQWA - barangsiapa bertaqwa kepada Allah, akan diberi rezeki dari jalan yang tak disangka-sangka

2) TAWAKKAL - surah at-Talaq (ayat seribu dinar) jika tawakkal Allah cukupkan dia

3) SOLAT - "kami tidak minta rezeki, kami yang memberi rezeki"

4) SEDEKAH - Allah ganti sehingga 10 kali ganda (kisah Ali r.a dgn unta)

5) ISTIGHFAR - sesiapa yang melazimi istigfar Allah akan hilangkan kesempitan hidup & kesusahan

6) SYUKUR - kalau syukur Allah akan tambah nikmat, kalau kufur Allah ancam azab pedih

7) SILATURRAHIM - mudahkan rezeki, menyambung silaturrahim panjang umur murah rezeki

8) TUNTUT ILMU - barangsiapa menuntut ilmu, Allah tanggung rezeki (kisah imam bukhari)

9) NIKAH - cari keberkatan rezeki dgn nikah (kisah sahabat mengadu tentang rezeki, Nabi suruh kawin)

10) DAKWAH - asbab terbesar rezeki...kisah para nabi                  

11) TILAWAH QURAN -kelebihan surah waqiah, Allah hilangkan kefakiran selamanya

12) ZIKIR PAGI PETANG - ingat aku pagi & petang aku cukupkan keperluan pada hari itu

13) PEKERJAAN- berusaha di atas asbab
Perkara 1-12 terdapat perintah & jaminan yang dijanjikan Allah namun perkara ke 13 iaitu ada perintah namun BELUM ADA JAMINAN ALLAH.

Dengan taqwa, tawakkal, solat, sedekah, istighfar, syukur, silaturrahim, ilmu, nikah, dakwah, pembacaan al-Quran, zikir, ADA PERINTAH & JAMINAN REZEKI DARI ALLAH

http://telegram.me/formularezeki
baca lagi

Tuesday, July 19, 2016

14 Hikmah Sakit

14 HIKMAH SAKIT

Allah memberi kita sakit, sesuai dengan daya tahan hambaNya, dan banyak hikmahnya, bukti:

1) Sakit itu Zikrullah. Bukti: Mereka yang diuji dengan sakit, lebih sering menyebut nama Allah berbanding di waktu sihatnya.

2) Sakit itu Istighfar. Bukti: Kita akan mudah teringat akan dosa ketika sakit sehingga lisan mudah untuk memohon ampun.

3) Sakit itu juga Muhasabah. Orang yang sakit akan lebih banyak waktu merenung diri dalam sepi, menghitung-hitung bekal untuk kembali.

4) Sakit itu Jihad. Orang yang sakit tidak boleh menyerah kalah, diwajibkan untuk berikhtiar demi kesembuhan.

5) Sakit itu Ilmu. Sakit akan membuat kita memeriksa dan mencari ilmu untuk tidak mudah sakit.

6) Sakit itu juga Nasihat. Yang sakit selalu suka menasihati yang sihat agar jaga diri. Yang sihat menasihati yang sakit agar bersabar.

7) Sakit itu Silaturrahim. Keluarga yang jarang datang jengok akan datang menziarahi, penuh senyum dan rindu mesra dan dapat buah tangan lagi.

8) Sakit itu gugur dosa. Anggota badan yg sakit akan mendapat penyucian.

9) Sakit itu Mustajab Doa. Imam As-Suyuthi keliling kota mencari orang yang sakit agar mendoakannya dan kita juga selalu begitu.

10) Sakit itu menyusahkan Syaitan. Diajak maksiat tak mahu dan tak mampu, malah disesalinya.

11) Sakit itu sedikit tertawa dan banyak menangis. Satu sikap keinsafan yang di sukai Rasulullah saw dan makhluk di langit.

12) Sakit meningkatkan kualiti ibadah. Rukuk sujud kita lebih khusyuk, Tasbih Istighfar lebih sangat. Tahyat juga jadi lebih lama.

13) Sakit itu memperbaiki akhlak. Kesombongan terkikis, Sifat tamak dipaksa tunduk, Peribadi akan jadi santun, lembut dan tawadhu.

14) Sakit mengingatkan kita akan Mati,
Membuatkan kita sentiasa beringat untuk menghadapinya.

Semoga perkongsian pagi ini bermunafa'at.. Ayuh Zikir, fikir, syukur & sabar...
.
.
**Share from other group**

Download Ebook Rezeki
.
.
baca lagi

Monday, July 18, 2016

Tutorial : Tukar Background Guna Aplikasi Stick It

Bismillah.
Assalamualaikum. Selamat petang kawan2.
Apa khabar? Masih dalam mood raya ka? Hehe

Ok harini terasa rajin nak share tutorial cara buang background gambar. Nak2 gambar raya kan, baik punya posing sekali ada orang tengah korek hidung kat belakang, kan dah tercemar tuh. Hehe. Macam takda contoh lain!

Dedulu saya ingat, nak edit gambar camtu kena guna photoshop jer. Susah tu.. Saya dah la buta rabun photoshop!

Tadi, sesaja search kat google kot2 ada aplikasi android yang boleh bantu. Boleh edit kat henpon ja.

Hasilnya..

Saya jumpa satu app ni, nama dia StickIt.
Sila la cari kat playstore.

Haa download hat atas skali tu.

Dah tu apa lagi? Moh la mula mengedit gambo. Buka app tu dulu.


Klik kat "album"
Lepas tu pilih la gambar yang hangpa nak edit dalam galeri henpon hangpa tu. Bila keluar macam bawah ni, pilih jer "Smart Cut".



Saya pilih gambar anak2 buah di tepian sawah ni. Nampak macam mencabar je kan. Hehe. Sebenarnya mudah ja, semudah ABC123.

Nampak tak bawah sekali tu ada FG, BG, FG (paint), Eraser, Pan. Icon "+" dan "-" di kanan sekali.

Step ni saya just guna

FG - Untuk tanda part yang kita nak
BG - Untuk tanda part yang kita nak buang
Eraser - Jika nak padam tanda tadi, kot2 ada terlajak tanda.

"+" dan "-" untuk zoom in dan out.
Pan - Untuk gerakkan gambar, masa dalam mode zoom.

Ok ada fahiammm setakat ni?

Seterusnya.. Gunakan BG untuk buat sempadan gambar yang kita nak, saya nak gambar bebudak tu jer, jadi saya tanda macam gambar kat bawah ni.



Lepas tu, gunakan FG, detail kan bahagian yang kita nak tu. Nampak garisan putih tu? Just gariskan, dia akan terus select (jadi merah) secara automatik.

Part merah tu la hasil yang kita bakal dapat nanti. Nampak comot je kan.. Sabo..


Zoom kasi besor sikit gambar tu, pastu buat secara detail. Jika ada yg tak terkena warna merah, guna FG untuk jadikan dia kaler merah. Kalau nak guna FG (paint) pun boley.

Misinya.. Memerahkan part yang kita mahu.


Ok dah rasa ok je tu kan, klik anak panah yang atas sebelah kanan sekali tu.

Haa.. Kat sini hangpa boleh tukar terus background apa yang hangpa nak guna.


Opocot! Tetiba dah tertukar background lain dah kan. Acaner tu..

Rileks.. Jangan cemas. Nampak tak icon2 bawah tu. Nak tukar background, just klik di luar gambar bebudak tu, pastu pilih "Fill/BG". Boleh pilih hangpa nak guna background berwarna atau pattern.

Lain2 icon kat bawah tu hangpa godek la sendiri ikut selera la, takkan semua nak kena tunjuk kot. Keh3. **Sbenarnya, saya lupa nak screenshot part2 tu. Jangan marah na..***


Opocot lagi sekali! Mana nak dapat text tu?
Text tu hangpa boleh klik kat icon atas tu, yang ada tanda "+" tu. Boleh masukkan text. Nak melukih pun bolehh.. Nak masukkan gambar pun boleh..

Ada fahamm?
Bagus.. Tak faham boleh tanya la kat ruangan komen bawah nun.

Selamat Hari Raya!

Ikhlas dari.
Bukan Pakar Photoshop



baca lagi

Sunday, July 17, 2016

Ebook Formula Rezeki: Versi Buku Pun Dah Keluar!

Siapa dah baca Ebook Formula Tarik Rezeki?
Tahniah diucapkan, hangpa mesti dah faham konsep rezeki yang sebenar, faham perkara yang boleh menyekat rezeki, kenapa rezeki tersangkut, jiwa tak tenteram. Kan..

Ebook Formula Tarik Rezeki ni adalah antara ebook kesayangan saya, dibeli sejak tahun 2013, tak jemu walau diulang baca berkali-kali.

Oh ya, berbalik pada tujuan asal saya tulis entry ni, nak habaq... Penulis ebook Formula Tarik Rezeki, Puan Nora Yusof dah keluarkan versi buku fizikal. PERCUMA! Untuk pembeli pakej platinum sahaja.



Saya pun dah tak sabar nak dapat versi buku fizikal pulak ni. Alhamdulillah, pembeli terdahulu pun Pn Nora kasi free, just bayar kos pos sahaja.

Apa??
Hangpa nak jugak??

Boleh.. Boleh..

Dapatkannya kat sini :

Grab pakej PLATINUM ya!

baca lagi

Saturday, July 16, 2016

Rahsia Rezeki

Rahsia Rezeki:

_Katakanlah kita dah mati, kalau Allah bg kita peluang utk hidup balik dan boleh buat satu amalan sahaja, apakah amalan yang  kita akan buat?_

_Adakah solat?? Baca Quran? Selawat? Sedekah? Atau puasa?_
_Mari kita baca jawapannya..._

------------------------------------------------

_Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)_

_*KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?*_

_*Satu*_
 _Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah....." -(surah al munafiqun:10)_

_πŸ‘³✏Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dpt solat" atau "supaya aku dpt berpuasa"?_

_πŸ‘³✏Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg tlh mati itu menyebut utk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya selepas kematiannya.."_

_*Dua*_
_Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti._

_*Tiga*_
_Bersedekahlah utk saudaramu yg tlh pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap utk kembali ke dunia utk bersedekah dan melakukan amalan soleh._

_*Empat*_
_Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak2mu supaya membiasakan diri dgn bersedekah._

_*Lima*_
_Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kpd org yg bersedekah._

_*Enam*_
_Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah?_

_1. Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga_

_2. Sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan_

_3. Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka_

_4. Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur_

_5. Sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)_

_6. Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan kebaikan._

_7. Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat_

_8. Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu drpnya (hari kiamat)_

_9. Sedekah menjadi punca keampunan trhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan_

_10. Sebagai pembawa berita gembira tntang pengakhiran yg baik dan punca doa malaikat buatnya_

_11. Orang yg bersedekah adlah org yg terbaik di kalangan manusia._

_12. Pahala sedekah pula adalah utk semua yg berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi)_

_13. Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar_

_14. Org yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa._

_15. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi._

_16. Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati_

_17. Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan._

_18. Bersedekah menolak bala dan menutup  70 kejahatan di dunia._

_19. Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan_

_20. Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh_

_21. Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian_

_22. Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung2._

Dan sebaik2 sedekah skrg ini ialah menyebarkan msj ini dengan niat bersedekah

CopyPaste dari Telegram Rahsia Rezeki

+++++++++++

Nak baca Ebook / Buku tentang REZEKI?
Klik sini >> 111 Formula Rezeki
baca lagi

Friday, July 15, 2016

Rezeki Dan Barakah

Bahagia Hidup BerTuhan:
Kisah Nabi Musa A.S dan Rezeki Si Orang Tua.

Pada satu masa dulu…
Ada sorang lelaki tua ni, di zaman Nabi Musa AS. Dia sentiasa sibuk berzikir kepada Allah tetapi mcm terganggu sikit sebab setiap hari dia asyik fikir risau pasal rezeki dia. Hari2 memang rezeki dia ada sebuku roti je.

Then satu hari ni, Nabi Musa lalu tempat orang tua tu. Orang tua tu pun fikir ni lah peluang yang terbaik utk dia tanya Nabi Musa untuk tanya Allah SWT tentang rezeki dia.

Dia pun tegur dan beri salam kepada Sayyidina Musa A.S, dan dgn teragak2 dia tanya.

"Oh Nabi Musa, apabila tuan bercakap kepada Allah, bolehkah tuan memohon Allah meningkatkan Rizq saya (rezeki) .. Dari dulu sampai sekarang, saya dapat sebuku roti setiap hari. Saya berhajat untuk dapat lebih. Bolehkah saya dapat lebih daripada tu? Jika tuan bertanya kepada-Nya, sesungguhnya pasti Allah akan menjawab permintaan tuan dan memberikan saya lebih"

Nabi Musa pun setuju dan kemudian selepas bertanya, Nabi Musa mendapat jawapan bahawa rezeki yang telah ditetapkan dan ditakdirkan kepada org tua ni memang sebuku roti setiap hari sepanjang hayat dia.
Nabi Musa pun sampaikan kepada orang tua tu apa yang dia diberitahu.

Orang tua itu berasa sungguh gembira. Dia bertepuk tangan dengan gembira. Terkejut dengan tindak balas ini Sayyidina Musa A.S. bertanya kepadanya sebab kegembiraannya. Lelaki itu menjawab, "Jika dah ditakdirkan, maka saya tidak mempunyai apa-apa yang perlu dibimbangkan. Sekurang-kurangnya saya akan sentiasa menerima satu buku roti untuk sepanjang hidup saya!" dan dengan itu dia kembali untuk solat dan ibadat dia.

Setelah beberapa bulan berlalu, ketenangan lelaki itu meningkat dengan pengetahuan bahawa dia tidak perlu risau bimbang tentang rezekinya.

Ini membolehkan beliau memberi tumpuan lebih kepada ibadat dia terhadap Allah, yang menyebabkan dia mempunyai masa yang kurang tumpuan kepada makanan, dan juga kurang masa untuk makan.

Jadi, dari dia memakan satu buku roti sehari, dia hampir tidak berjaya makan separuh roti.

Baki roti tu kemudian diletakkan di satu sudut. Tidak lama kemudian, longgokan di sudut tu mula meningkat, sehingga ia menjadi satu timbunan besar.

Pada satu pagi, ada penggembala yang berjalan melalui kampung tersebut dan berhenti untuk bercakap dengan lelaki tua itu. Dia sedang mencari rumput kering untuk ternakan beliau tetapi tidak berjaya menjumpai apa2 makanan.

Orang tua itu berkata kepadanya: "apa kata kalau kamu bawak roti2 yang terletak dalam timbunan itu, lembutkan semuanya dengan air dan berilah makan kepada haiwan anda!" penggembala tu pun lakukan seperti apa yg dicadangkan orang tua tu dan haiwan ternakan dia pun makan semua roti tu sampai habis.

Untuk tanda berterima kasih kepada org tua tu, pengembala tu memberikan seekor kambing ternakan dan meneruskan perjalanan dia.

Masa berlalu setelah berbulan2 dan bertahun2, dan apabila Sayyidina Musa A.S. melalui lagi kawasan orang tua tu.

Dengan kagum beliau mendapati bahawa tempat orang tua itu tinggal, telah bertukar menjadi sebuah taman.

Ada pokok-pokok buah-buahan tumbuh berhampiran, dan haiwan2 ternakan meragut tidak jauh dari situ.
Terdapat sebuah ladang gandum, dan suasana kesejahteraan. Sayyidina Musa A.S. mendapat tahu bahawa semua ini adalah milik orang tua yang sama.

Nabi Musa pun menjadi hairan, kerana dia tahu apa yang ditulis dalam takdir orang tua itu - sebuku roti sehari - Sayyidina Musa A.S. pergi untuk mengetahui apa yang terjadi.

"Bagaimana ini boleh berlaku? Sebuku roti sehari adalah apa yang tertulis .. namun dia memiliki begitu banyak lagi .."

Jawapannya, sesuatu yang kita semua perlu mengambil iktibar:

Satu buku roti adalah Rizq (rezeki) yang telah ditulis untuk orang tua tu.

Pokok-pokok buah-buahan, binatang ternakan dan ladang tanaman adalah BARAKAH yang datang dari penerimaan apa yang telah tertulis untuk kehidupan dia.

Semua tu adalah ganjaran atas kepercayaan sempurna pada Allah SWT.

Barakah adalah hasil daripada peralihan dalam tumpuan dari apa yang dia mahu, kepada mensyukuri dan menikmati apa yang dia ada sehinggakan walaupun selepas makan seberapa banyak yang dia mahu, dia tetap mempunyai baki. Keperluannya telah menjadi sangat kecil.

Kelimpahan barakah ini diberikan dalam kehidupan orang tua itu disebabkan kemurahan hati dan kesediaan untuk berkongsi apa yang dia ada.

Jadi Rezeki memang ditakdirkan...

Tetapi ..

BARAKAH datang apabila kita bertaqwa kepada Allah SWT, apabila kita bermurah hati dengan apa yang kita ada, apabila kita bersyukur dan apabila kita meletakkan Ibadah & Zikir Allah SWT di atas segala-galanya.

Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hambaNya yang bersyukur, taat dan murah & besar hati. AAmiin

Perkongsian dari seorang sahabat

Kredit: https://www.facebook.com/umi.yusof/posts/1174094859324975q
baca lagi

Thursday, July 14, 2016

Diary Of MRA : Ikut Solat Sampai Habis

Muhammad Rayyan Aziz ni jarang-jarang ikut ummi solat hingga selesai. Baru rakaat pertama dia dah chiaw!

Tapi akhir-akhir ni rajin pulak dia. Ikut solat sampai habis, baca Al-Fatihah kemain kuat lagi ha. Pastu bila dia macam tak pasti kedudukan tangan kat mana, dia sentuh ja, rasa tangan ummi kat mana. Soo cute tau. Sebelum ni dia terus selak telekung ja. Haha.

Sekali tu, ummi terjaga tengah malam. Tak berapa sihat, dah terjaga tu, solat la 2 rakaat. Tak sangka dia pun bangun nak solat sekali. Ummi is terharu, terus berdoa supaya Muhammad jadi anak yang tak tinggal solat, cintakan solat. Aamin Ya Rabb.


Mudah-mudahan Muhammad juga jadi anak yang cintakan Al-Quran. Selalu tengok iklan Qari Junior, saya pesan, nanti Muhamad jadi camtu tau. Dia terus ambil Al-Quran baca. Hehe..

InsyaAllah Finalis Qari Junior Tahun 2020 ni.

Aminkan ya.. :)


baca lagi

Friday, July 1, 2016

Diary Of MRA: Bila Disuruh Solat

Begini jadinya bila suruh MRA solat.
Siap sedia bantal na. :D


baca lagi

Sunday, May 29, 2016

5 Cara Lembutkan Hati

Tatkala badan merasa enggan untuk beramal, tatkala hati mulai sulit untuk terenyuh, mungkin itu salah satu tanda kerasnya hati, dengan kata lain hati ini sedang sakit. Lantas apa yang akan dilakukan ketika tahu bahwa hati ini sedang sakit? Orang yang sakit pasti akan mencari obat, sebagaimana orang sakit akan pergi ke dokter.

Berikut ini penulis berikan obat agar hati menjadi lembut kembali.

1. Perbanyak Baca Al-Quran dengan Mentadabburinya

Di antara sebab lembutnya hati adalah dengan membaca Al Qur’an. Al Qur’an adalah kalamullah, perkataan Allah, Rabb pencipta langit dan bumi, bukan perkataan makhluk. Selain dapat menenangkan hati, membaca Al Qur’an akan diganjar banyak pahala. Bayangkan saja, 1 huruf dari Al Qur’an diganjar 1 pahala, dan 1 pahala akan dibalas dengan 10 kebaikan. Namun syarat untuk menenangkan hati tidaklah hanya sekedar membaca, tapi di-tadabburi, direnungkan maknanya sehingga dapat diamalkan.

2. Perbanyak Dzikir Mengingat Allah

Tidak diragukan lagi, berdzikir dapat melembutkan hati. Karena dengan mengingat Allah, maka hati pun menjadi tenang. Sebagaimana Allah firmankan dalam surah Ar-Ra’d ayat 28 yang artinya, “Ketahuilah bahwa hanya dengan mengingat Allah, hati akan menjadi tenang.”

Dzikir adalah suatu amalan yang mudah, cukup menggerakkan lisan dan bibir saja. Sehingga tidak bisa dijadikan alasan untuk enggan berdzikir.


3. Berteman Dengan Kawan yang Baik Agamanya

Jika seseorang memiliki teman yang baik agamanya, maka ia akan mendapatkan kebaikan yang banyak pula. Seperti yang Nabi permisalkan dalam suatu hadits riwayat Al-Bukhari, dimana kawan yang baik dimisalkan sebagai penjual misk (minyak wangi). Boleh jadi ia diberi minyak wangi tersebut, boleh jadi ia membelinya, atau minimal mendapakan bau yang wangi dengan sebab berdekatan dengan penjual minyak wangi.

Maka, carilah kawan akrab yang baik agamanya, sehingga ketika sedang futur (malas, kondisi hati melemah), maka ada yang mengingatkan, menasehati dan kembali membawa kita ke dalam majelis ilmu. Jangan sampai ketika kondisi hati melemah, kita malah menjauhi kawan-kawan yang semangat dalam kebaikan.


4. Menyayangi Anak Kecil

Menyayangi anak kecil dapat melembutkan hati, terutama anak kecil yatim (bapaknya sudah meninggal). Sebagai contoh, kita bisa mengajar anak-anak kecil di TPA, atau bisa berkunjung ke panti asuhan untuk bercengkrama dan mengajarkan mereka hal yang baik.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda (yang artinya), “Sayangilah semua yang ada di bumi, niscaya Dzat yang ada di langit akan menyayangi kalian.” (HR. At-Tirmidzi no. 1924 dan HR. Abu Dawud no. 4941).

Hadits di atas memerintahkan kita untuk menyayangi semua yang ada di bumi, termasuk semua hewan dan tumbuhan. Misalnya, tidak memberikan beban yang berat pada onta jika kita menaikinya, atau tidak melakukan penebangan liar yang dapat merusak lingkungan sekitar.

Hadits tersebut juga sebagai dalil bahwa Allah berada di atas sana, di atas langit, bukan berada dimana mana seperti anggapan sebagian orang.


5. Berdoa Kepada Allah

Doa adalah senjata seorang mukmin, jangan sampai seorang mukmin melupakan bahwa urusannya tergantung kehendak Allah Ta’ala. Banyak-banyaklah berdoa kepada Allah agar dimudahkan dalam ketaatan dan diberikan kelembutan hati, dan dijauhkan dari rasa malas yang terus menerus sehingga hati menjadi mati. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengajarkan kita sebuah doa agar berlindung dari rasa malas. Berikut adalah doanya:

Allahumma inni a’udzu bika minal ‘ajzi, wal kasali, wal jubni, wal haromi, wal bukhl. Wa a’udzu bika min ‘adzabil qobri wa min fitnatil mahyaa wal mamaat

(Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan, rasa malas, rasa takut, kejelekan di waktu tua, dan sifat kikir. Dan aku juga berlindung kepada-Mu dari siksa kubur serta bencana kehidupan dan kematian).” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Demikianlah 5 kiat-kiat dalam melembutkan hati, semoga kita senantiasa diberikan kemudahan dalam beribadah kepada Allah Ta’ala, dan dijauhkan dari hati yang keras lagi mati. Wallahul Muwaffiq.

sumber: muslim.or.id

baca lagi

Saturday, May 21, 2016

Bisnes Online Itu Mudah . . . . ke?

Bismillah.

Bisnes Online Itu Mudah . . . ke?

Dulu saya ingat bisnes online ni mudah ja.
Ada modal, ada produk, ada FB.
Pastu zasss promot sampai lebam. Hehe

Rupa-rupanya...

Banyak benda kena belajar beb.
Study tentang produk satu hal, pastu nak kena belajar marketing, copywriting, soft selling, cara close sale dan segala macam perkara lagi termasuk psikologi manusia! Hah.

Nak tulis ayat iklan kena guna pulak perkataan-perkataan yang ber ”IMPAK TINGGI" yang boleh mencuit hati dan emosi pelanggan untuk membeli.

Haa.. Hgpa ingat saja2 guna perkataan "impak tinggi" kat atas tu. Hehe

Pendek kata, dalam bisnes pun kalau kita taknak belajar, menjual sekadar ikut-ikutan, kita bakal ketinggalan jauh di belakang.

Kata guru saya, rezeki yang kita terima bakal bertambah seiring dengan ilmu yang kita ada. Dengan izinNya.

Upgrade ilmu.
Upgrade ilmu.
Upgrade ilmu.

Sebenarnya, saya tengah ulangkaji Ebook 10 Teknik Soft Selling Power Di Facebook. Cg Hajar share perkataan-perkataan berpengaruh yang boleh ditulis di headline iklan.



Patut la ramai otai2 bisnes gunakan perkataan-perkataan tu dalam iklan depa. Terbukti!

Anda mahu belajar?

Boleh dapatkan di bawah ni
10 Teknik Soft Selling Power Di Facebook
baca lagi

Friday, May 20, 2016

Peniaga Online Di FB Wajib Baca..

Bismillah.

[ 3 Sebab Mesti Pakai Soft Selling Di FB ]

1. Wujudkan rasa seronok orang baca walaupun ia iklan pada akhirnya :D

2. Bina trust di kalangan audience

3. Jika prospek belum beli sekarang, sooner or sooner dia pasti jadi pelanggan kita

..Pastinya dengan izin Allah. :)

.
.
Korang nak belajar Soft Selling cara MUDAH, SANTAI, ceria serta comel? :D

Jom sama2 belajar dengan #PenulisCinderella aka Cg Hajar Abdullah. Beliau juga seorang Hypnotist StoryWriter, pakar dalam penggunaan ayat2 iklan berpengaruh.

Ada support group tau, coaching online melalui telegram group. Boleh juga minta cikgu Hajar tolong touch up skrip jualan kita.

Amacam? Best ke best?

Cer tengok ni.




Nak jugak camni?

Detail kat sini :
http://bit.ly/10TeknikSoftSellingFB

#EbookSoftSellingFB


baca lagi

Friday, May 13, 2016

Berdoa Dulu.. Atau Usaha Dulu?

Bismillah..  [ Doa Dulu, Baru Usaha ]

Saya kongsikan tulisan Pn Nora Yusof (Penulis Ebook 111 Formula Tarik Rezeki) untuk tatapan sahabat pembaca tersayang Lillahi Taala.
......

Saya cukup marah kalau orang kata.. berusaha dulu baru berdoa... :3
.
.
Ianya Salah.
.
.
Sebetulnya, berdoa dulu baru usaha.
.
Tugas kita sebagai manusia ada dua iaitu

1) Hamba Allah. (DOA) (maksudnya kita ni bergantung pada ALLAH dulu apa-apa hal, berserah diri, tanda kita hamba yang lemah)

2) Khalifah. (USAHA) (maksudnya tugas kita memakmurkan alam)
.
Contoh kita naik kereta.
.
Kita sebagai Hambanya... Berserah diri dulu kepadaNYA baru kita berhati-hati bawak kereta.
.
.
Begini... Okey.. masuk kereta...
Kita berdoa dulu ke, gerak dulu baru kita doa?
.
.
Mesti kita doa dulu baru kita gerak kan? Itulah konsep hamba. Berserah, sebab kita tahu hanya dengan izin ALLAH baru kita boleh selamat dalam perjalanan atau sebaliknya kan?
.
.
Okey dah selesai doa, barulah kita berusaha. Iaitu menjalankan tanggungjawab kedua iaitu sebagai khalifah. Yang mana memakmurkan alam. Maksudnya dari sudut bawak kereta ni.. iaitu dengan memakmurkan jalan raya tu dengan cara bawak kete tu hati-hati, memandu berhemah, pandu cermat tak potong orang, tak hon orang. Tak langgar lampu isyarat. gituuu...
.
.
.
Konsep usaha dulu baru doa tak boleh pakai dah sekarang.
.
.
Dan lagipun kuasa doa tu mengatasi segala kuasa yang lain. Ada seorang miskin tu, rasanya ramai yang tahu kisah ni yang mana siang malam berdoa mengharapkan seorang doktor ternama datang ke rumah beliau untuk merawat ahli keluarganya yang sakit. Dia orang miskin aje, mana mampu nak biayai doktor tu.. lagipun nak jumpa doktor tu jauh satu hal. Dia takdalah gigih pergi usaha cari doktor tu sampai tempatnya atau sana-sini.. Dia hanya berdoa pada ALLAH agar suatu hari nanti doktor tu boleh rawat penyakit yang dikatakan pakar merawat tu.


Hasil doa, ALLAH makbul permintaan dia, dengan menangguhkan penerbangan doktor tu, ribut petir bagai, dan dengan izin ALLAH, doktor tu bermalam dirumah si miskin tu tanpa tahu siapa sebenarnya doktor tu. iaitu orang yang dia duk sebut siang malam dalam doa. :3
.
Bila berdoa, in shaa ALLAH permintaan kita dimakbulkan. Dengan syarat mesti yakin dan penuh khusyuk. Jika berusaha, belum tentu kita dapat apa yang kita nak walaupun habis kederat. :3
.
nampak tak kuasa doa? Jadi tunggu apa lagi? Berdoalah. :3
.
dan jangan lupa... Doa dan usaha duanya sama penting. tugas kita yang kedua iaitu khalifah adalah berusaha. Jadi seimbangkan doa dan usaha. :)
.
Boleh?
heeee :3

Nora Yusof.
.
.
Boleh dapatkan ebook beliau disini
111 Formula Tarik Rezeki
baca lagi

Thursday, May 12, 2016

3 Tips Menjadi Penyampai Rezeki

Bismillah.

[ 3 Tips Menjadi Penyampai Rezeki ]

Saya ada satu cerita ni.

Pagi tadi saya terbaca satu status fb tentang rezeki. Maksud status tu lebih kurang macam ni. Saya huraikan ikut kefahaman saya k.

Kita hidup ni jangan sekadar menjadi PENERIMA REZEKI. Tapi jadi la PENYAMPAI REZEKI. Maksudnya, kita dapat rezeki, kita sampaikan, kongsikan dengan orang lain. Senang cerita kita SEDEKAH.

Lagi banyak kita memberi, semakin kita 'layak' menjadi penyampai rezeki, lagi banyak Allah beri untuk kita sampaikan pada orang lain. InsyaAllah.


3-Tips menjadi penyampai rezeki.

1. Niat Lillahi Taala.

2. Dapat je, beri. Duit sifatnya sentiasa bergerak. Keluarkan, pasti yang masuk lebih banyak. InsyaAllah. Idea tabung sedekah subuh memang terbaik.

3. Sedikit demi sedikit, up kan amaunnya. Amaun yang kita rasa sayang nak beri tu adalah amaun yg lebih afdhal..

Lama2 kita akan terbiasa dan akan sentiasa up amaun tanpa rasa sayang lagi dah duit tu.
.
.
Psst.. Sebenarnya saya malas nak share tips ni. Malas nak taip panjang2. Hihi.. Tapi malam ni rasa bertanggung jawab untuk share selepas ada perkara di luar kebiasaan terjadi petang tadi yang rasanya sangat berkaitan dengan perkara yg saya tulis diatas.

Sekian sahaja perkongsian saya kerana Allah Taala.

Moga bermanfaat!

.
.
Dapatkan Ebook Formula Tarik Rezeki sekarang!
baca lagi

Wednesday, May 11, 2016

Penyerahan 100% Kepada Allah

Bismillah.

Saya kongsikan bingkisan penulisan Pn. Nora Yusof kerana Allah Ta'ala.

[ Allah kan ada. ^_^ ]

.
Dia beri nikmat
Dia juga yang tarik nikmat
.
Kalau dia beri sakit, dia jualah yang menyembuhkan.
.
Ingat.
Doa tu juga usaha.
Doa tu juga ikhtiar.
Doa tu juga ubatnya.
.
Kan ada je orang yang malas berdoa. Malas berdoa maksudnya malas berusaha. Orang macam ni tak percaya dengan doa. Sebab tu lebih suka guna cara atau ikhtiar lain.

Buah-buahan tu makhluk. Soya, kacang, durian, sayuran tu makhluk ciptaan Allah. Ubat tu juga makhluk. Manusia juga makhluk. Sedangkan doa itulah ubat sebenarnya. Sebab doa tu terus sampai kepada Allah.

Kita lebih suka ikhtiar gunakan makhluk daripada nak meminta terus kepada Allah. Salah ke? Tak salah. Tapi letak no.2. Sebab berkesannya suatu ikhtiar melalui makhluk pun hanya dengan izin Allah jua.


.
.
Tapi fahamilah yang satu ni. ALLAH suruh kita sabar dan solat je bila ada apa-apa masalah. Berdoa bersungguh-sungguh dengan esak tangis dan khusyuk.

Tak lain tak bukan diberinya masalah supaya kita ni balik semula pada dia. Dapat nikmat lupakan dia. Ingat gitu-gitu aje. Lepas solat.. baca doa dua minit blah lipat telekung dan lain-lain.

Tak suka cakap dengan Allah lama-lama. Tak suka nak bercerita masalah ngan Allah terus terang. Nampak? Pastu bila nak berkesan usaha iktiar atau tawakal melalui doa?
.

Kembalilah kepadaNya dengan penyerahan 100%.
.
.
.
Nora Yusof.
Penulis Ebook Formula Tarik Rezeki
Http://bit.ly/TipsRezekiMudah
baca lagi

Tuesday, May 10, 2016

Cerita Saya: Kisah di ATM Part 3

Kisah di ATM Part 3

Bismillah..

Siapa yang pernah baca kisah di ATM part 2 mesti ingat macam mana hampanya saya lepas beratur panjang2 tetiba mesin ATM 'out of service' bila tiba giliran saya. Dan pakcik yg dari awal berselawat dibelakang saya tetiba dapat 'pulihkan' mesin tu.

Hari ni jadi perkara hampir sama. Di mesin ATM yang sama. Waktu ja berbeza. Hehe. Dekat2 nak masuk waktu maghrib.

Sambil beratur tu dah plan dalam minda, lepas amik duit terus pecut balik, solat maghrib kat rumah. Sempat lagi, cuma mungkin solat di penghujung waktu.

Tiba giliran saya, azan dah berkumandang dalam TV, maknanya lebih kurang 10 minit lagi masuk la maghrib kat tempat saya.

Kredit Encik Google

Macam biasa.. Tet tet tet tekan sana tekan sini, tunggu duit keluar. Rasa lamaa betul tunggu duit tak keluar2. Akhirnya "tet tet tet.." kad yang keluar, tertera di mesin ATM, harap maaf, mesin tergendala bla3.

Dah kali kedua kena kan, terdetik dalam hati ada la ni benda yang tak kena ni. Masuk kereta, tanpa fikir panjang, pusing, parking depan surau petronas, tunggu masuk waktu dan solat maghrib dulu.

Lepas tunaikan kewajipan, masuk balik ke mesin ATM sambil mulut terkumat kamit bismillah, selawat, istighfar.. Hehe..

Alhamdulillah, mesin tu dah berfungsi macam biasa. Paling best, langsung takda orang, siap boleh conquer kedua2 mesin ATM dan CDM. Tangan kiri kat ATM, tangan kanan kat mesin CDM. (nampak sangat muhongnya).. Nak bagitau takda orang! Hehe..

Alhamdulilah. Mudah sehabis mudah!

Kesimpulannya.. Dahulukan Allah, segalanya mudah. Dengan izinNya.

Saya berkongsi cerita ini kerana Allah Taala.
Moga bermanfaat untuk siapa yg membacanya.
baca lagi

Monday, May 9, 2016

REZEKI... Kenapa Masih Berkeluh Kesah

Bismillah..

Harini saya kongsikan bingkisan penulisan Pn. Nora Yusof, penulis Ebook Formula Tarik Rezeki yang tengah HOT tu.

Saya kongsikan disini kerana Allah Taala.

.
Semalam ada hamba Allah ni mesej saya.
.
Katanya saya ni insan lemah cikpuan. Selalu terlalai. Tengok jiran sebelah laris je jualannya. Jualan saya pula tak habis.  :'(
.
.
.
Wahai sekalian manusia. Tahukah kita takdir kita telah ditetapkan?
.
Tidak cepat
Tidak lambat
Tidak kurang
Tidak bertambah melainkan
.
.
TELAH TERTULIS di Loh Mahfuz.
.
Kenapa kita selalu risau rezeki orang lebih banyak dari kita?
.
kenapa kita selalu risau rezeki kita sikit tak bertambah-tambah?
.
Sebenarnya. Sikit pun tak perlu risau. ALLAH dah tetapkan dah untuk kita sekian-sekian. Kita dengki dengan orang kita dapat apa? Kita dengki adakah rezeki dia akan berkurang? Dan adakah rezeki kita akan bertambah?

Sikit pun tak jejaskan rezeki masing-masing sebab Allah dah tetapkan dalam buku catatan takdir kita. (fahamkan betul-betul yang ni).
.
Kita dengki dapat dosa aje adalah.
.
Rezeki kita ada cuma apabila sampai masa yang tertulis akan sampailah.
.
Ubatnya yakin, percaya dan jangan berhenti ibadah(usaha), sabar dan syukur.
.
Kenapa dengki dengan saya yang boleh tulis buku ni? ALLAH dah takdirkan perjalanan hidup saya macam ni. Menjadi seorang penulis. Sedangkan sejak kecik tak pernah pulak saya bercita-cita ni. :3
.
.
Tak perlu dengki iri hati. Terima je takdir diri kita yang Allah dah tentukan. Allah pun mungkin takdirkan anda pun menjadi penulis juga suatu hari nanti. Tapi rupa-rupanya dapat inspirasi menulis melalui saya. Siapa tahu? Ntah-ntah takdir anda lagi best dari saya. Jadi tak perlu jeles-jeles.
.
Jalan hidup dan jalan rezeki manusia ni pelik-pelik tapi destinasi dan tujuannya tetap satu iaitu..
.
.
.
Buatlah untuk cari redha Allah.
.
Kita dilahirkan untuk menjadi yang terbaik pada diri masing-masing. Berdoalah selalu. Takpayah dengki orang dapat hidayah ke. Orang dapat buat sale ke. Orang dapat jadi jutawan ke. Tak payah fikir orang. :3 fikir untuk ubah diri kita.
.
Kita ni dah tahu diri kita lemah lalai lupa. Janganlah diikutkan sangat lemah tu. Kuat lah sikit lawan nafsu. Semua orang lemah. Memang dah sifat manusia Allah jadikan lemah. Walau macam tu, tak bolehlah kita duk layan lemah tu. Kita yang pilih nak jadi kuat iman dan jadi manusia baik atau sebaliknya.
.
.
Anda tak mungkin jadi saya. Saya pun tak mungkin jadi anda. Setiap diri kita adalah ISTIMEWA. Jadi terima dengan redha (ikhlas) dan resapkan takdir yang Allah dah tentukan untuk kita.
ok?
.
.
Alhamdulillah. Semoga bermanfaat. Silakan siapa yang nak share tu.
.
Nora Yusof
#Pengasas_FTR
Formula Tarik Rezeki
baca lagi

Wednesday, May 4, 2016

Rezeki.. Hasil Usaha Kita kah???

Bismillah.
Assalamualaikum.

Harini saya belajar sesuatu, yang saya rasa WAJIB share. Mungkin berguna buat semua terutama peniaga2 online/offline.

Rasanya semua setuju sebelum dapat sesuatu kita kena USAHA kan.

Cuma kita kena ingat, kita dapat sesuatu rezeki tu bukanlah hasil usaha kita pun. Tapi rezeki tu dari Allah. Usaha tunggang terbalik pun, jika tak diizinkanNya, tak dapat jugak.

Contoh:

Kita usaha di jalan A. 50 orang prospek kita approach, satu pun tak close sale. Jangan sedih, yakin dengan Allah.

Tetiba DIA datangkan rezeki customer dari jalan B yang kita langsung tak perlu approach apa pun, tetiba minta nombor akaun.

Allah nak bagitau kita, hasil tu bukan atas usaha kita, tapi atas izin dan kehendakNya.

Haaa. Gitu la kesahnya..

Dapat sesuatu?
.
.
.

Dapatkan Ebook Formula Tarik Rezeki di sini.
111 Formula Tarik Rezeki
baca lagi

Monday, May 2, 2016

Tips Eksklusif Buat Sahabat Yang Berniaga Di Facebook

Bismillah.

#Tips Khas buat sahabat2 PENIAGA ONLINE.

Sebelum post iklan kan, tarik nafas dalam-dalam, bismillah dan niatkan sahaja aku berkongsi manfaat produk ini Lillahi Taala.

Sama la bila orang komen "pm"
Jangan serbu semberono ja.

Relaks.

Tarik nafas, bismillah dan niatkan berkongsi Lillahi Taala. Doa la sikit, Ya Allah aku serahkan customer2 ini (nama) kepadaMu, KAU yang memegang hati2 mereka. Jika tertulis ini rezekiku, maka permudahkanlah sehabis mudah.


Haa. Pastu apply la segala ilmu yang penuh di dada tu. Ilmu tarik pelanggan ka, soft selling ka, close sale ka, soft skill ka. Gunakan semaksimanya. :D

Cuba buat dan rasai kelainannya. Cewah..

InsyaAllah jika tak berjaya close sale pun, langsung takda rasa kecewa, down dll.

Cuba la..
Boleh boleh?

Korang, kalau nak belajar cara tulis iklan guna teknik Soft Selling saya cadangkan belajar dari ebook tulisan Hajar Abdullah. Siap ada group coaching free lagi.

Detailnya ada kat sini.
10 Teknik Soft Selling Power Di Facebook
baca lagi

Sunday, May 1, 2016

Kisah Di Mesin ATM - Part 2

Bismillah.

Kisah Di Mesin ATM lagi


Tadi pergi withdraw duit. Beratur. Segalanya lancar, sampai la tiba giliran saya. Tet tet tet.. Tekan nombor pin.

Dibelakang saya seorang pakcik sedang asyik berselawat. Jelas kedengaran di telinga saya.

Dalam hati.
"Bagus pakcik ni. Aku ni jangan kata selawat, bismillah pun tidak, terus terjah je nak amik duit ni. Mm..Bismillahirrahmanirrahim”

Ok. Tet tet tet..tekan amaun yang nak diambil. Lepas tu lamaa sangat. Mesin tu macam ada masalah.

Tet tet tet.. Kad saya keluar balik. Tertera di mesin. Harap maaf mesin tergendala bla bla..

Eh eh.. Semua 7-8 orang yang beratur di belakang saya tadi kecewa. Saya kembali ke kereta.

Pakcik dibelakang saya tadi tak putus asa. Bersama 2 orang lagi tetap beratur, terus mencuba. Entah macam mana dia buat, mesin tu kembali beroperasi!

Sorang brader yang tengah beratur menggamit-gamit memberitahu mesin dah ok. Siap offer saya potong line. Pantas saya menolak. Hehe.

Kali ni siap bismillah dan berselawat sambil minta Allah mudahkan. Pakcik tadi, siap je ambil duit, sempat dia menoleh dan lemparkan senyuman penuh makna.

Dia seolah-olah nak habaq. "Lain kali tiru macam pakcik!"

Hehe. Saya senyum je la. Saya belajar sesuatu. DIA menegur saya atas kelalaian diri.

Kita manusia ni lemah, selalu buat silap. Lupa akan DIA. Tapi DIA sentiasa menegur. Antara kita sedar atau tak sedar je.

TeguranNYA pasti halus dan berhemah. Perfect!
Sampai kita anggap semua tu kebetulan. Padahal setiap yang berlaku pasti bersebab.

Saya berkongsi kisah ini kerana Allah Taala.
baca lagi

Saturday, February 20, 2016

Sembuh Dari Denggi Dengan Pantas

KISAH BAGAIMANA PN. KHEYR RECOVER DENGGI DENGAN PANTAS.
.

Tak tahu apa yang tak kena, badan terasa longlai. Nak berjalan pun tak berdaya. Bila berdiri rasa macam ada helikopter di atas kepala. Berpusing-pusing.

Arghh kenapa ni. Pulang ke kampung hajatnya nak bergumbira. Tapi terlantar lesu di rumah sahaja. Cuba lawan rasa letih. Gagahkan diri meneroka sekeliling kampung.

Yelah sekali sekala balik haruslah mahu bertemu teman sepermainan. Aku cuba bawa motor keliling kampung bersama si kecil. Tapi tak mampu diteruskan.

Ajak Umar balik. Muka kelat mencuka, kata nak bawa jalan. Tapi baru suku jalan dah diajak pulang.

Tiba di rumah, semerbak bau rendang menembusi hidung. Tapi selera ku hilang entah ke mana. Padahal akulah hantu rendang.

Jamah seround tak mahu bonda terasa hati. Tapi tekak payah mahu menerima. "Ishh apa kena dengan aku ni? Mengandung ke?" Terdetik dalam hati.

Tapi mana mungkin. Kan tengah period. Hahahaha. Gagahkan diri melangkah ke klinik. Doktor dengan muka serius beritahu

" Saya rasa awak kena denggi ni"

Dalam hati, biar betul doktor ni. Tak amik darah tak apa. Main tembak je. Tapi dalam hati dah mula tak keruan.

Teringat kan Nutriferon dan Performance Drink yang kononnya boleh naik kan platlet darah. Apa lagi, hati meronta-ronta tak sabar menunggu branch buka esok hari.

Orang kata PD dan Nutriferon boleh naikan platlet darah. Kalau denggi platlet mesti turun kan. Dengan rakusnya keesokan hari saya menyambar dua "barang baik" ni.

Suami bawa pulang ke Shah Alam. Arghh kepala semakin berat. Dunia semakin kelam, kaki dah macam jelly tak mampu berdiri lagi.

Dummmmm!!

Aku jatuh pengsan tak sedar kan diri. Sedar-sedar di atas katil bercadar putih. Arghh kain kapan ke ini? Aku kaget!

Nampak beberapa tubuh berjubah putih? Siapa tu? Ehhh aku di hospital lah. Jantung terus berdegup kencang. Pelbagai soalan menerpa di minda.

Doktor cuba menenangkan. Dia maklumkan aku diserang denggi. Platlet aku jatuh teruk.

"Alhamdulillah mujur awak ada "Nutriferon", dengan pengambilan konsisten secara tidak langsung telah mengalakan Interferon dalam badan awak dan daya melawan penyakit".

Eh dalam hati, Doktor ni ahli Shaklee ke? Cakap dah sama macam SID. Hahahaha. Rupanya Doktor mengkaji dan mencari apa lah kotak yang ada di sebelah aku ni.

Alhamdulillah, Doktor menyokong pengambilan supplement ni. Dia sendiri teruja dengan penemuaan para saintis yang mengkaji sehingga 40 tahun lamanya.

Ikutkan keadaan aku agak kritikal sebenarnya. Tapi dengan izin Allah Nutriferon menjadi asbab aku boleh recover dengan cepat.



Tapi pesan Dr M,

"Air kena minum banyak-banyak ye Puan Kheyr" pesanan yang tak akan aku lupakan.

Seronok kan dapat bertemu Doktor yang suka mengkaji dan mencari ilmu. Benda yang berikan manfaat haruslah dikongsikan.

Ok nak call Dr M bagi tahu bulan ni promosi NUTRIFERON luar biasa.
.
Kalau anda nak simpan stok nutriferon inilah masanya.

Whatsapp SEKARANG. 019-4917769



#Zi2M
#ShakleeEffectZi2M
baca lagi

Thursday, February 18, 2016

Omega & Mealshakes untuk sembelit

"Dear, OMEGA n MEALSHAKE yang I bagi kat Mikael tu boleh bantu masalah sembelit sekali ke?

Coz I perasan sejak I bg dia 4 5 hari ni dia dah x meneran merah2 mata lagi dah. Kalau x sampai berair bijik mata dia nak melepaskan hajat tu. Suka laa I camni.

Poo poo dia pun molek je rupanya.. hahahahaa, thanks tau dear, nanti I nak order set untuk sakit lutut my mom pulak ya."

Seorang lagi consumer yang merasa sendiri makanan tambahan yang diambil untuk kesihatan si manja.

Tak kenal maka tak cinta kan.

Whatsapp 019.491.7769
untuk dapatkan Omega & Mealshake untuk si manja anda.


baca lagi

Wednesday, February 17, 2016

Kenapa Sayuran Perlu Jadi Menu Wajib Anda Sekeluarga

TAHUKAH ANDA sayur-sayuran bukan saja beri kesan untuk kesihatan, cantikkan kulit, mengawal berat badan malah sangat membantu melindungi otak.

Seorang ahli kesihatan David Perlmutter (MD) menulis di dalam “The Better Brain Book” menyatakan bahawa bahagian tubuh yang paling sensitif terhadap serangan radikal bebas adalah otak.

Sayuran hijau pekat dan berwarna terang ternyata dapat membantu membendung serangan ini.

Bayam mengandungi vitamin B9 yang meningkatkan memori untuk kecerdasan otak. Vitamin C dan E nya pula meningkatkan sistem kognitif. Warna hijau pekat pada brokoli menunjukkan kandungan vitamin K yang tinggi berperanan meningkatkan fungsi kognitif dan kuasa otak.

Biji labu mempunyai khasiat zink yang bertindak menambah memori dan kemahiran berfikir. Warna terang pada buah labu dan lobak merah pula menunjukkan sayuran ini kaya dengan nutrisi dan antioksida untuk membantu sel otak menjadi sihat dan kuat.

Ini salah satu lagi sunnah yang boleh dilakukan kita iaitu sayur labu yang menjadi kegemaran Rasulullah saw juga boleh ditambah di dalam diet harian kita.

Selain itu, lobak merah mengandungi komponen luteolin yang tinggi untuk mengelakkan proses penuaan pada otak. Komponen ini juga membantu masalah kehilangan memori dan keradangan pada otak seperti kajian yang dikeluarkan di dalam Journal Nutrition pada tahun 2010.

Sumber lain bahan ini boleh juga ditemui di dalam minyak zaitun dan sayur seledri (celery).

Oleh itu pastikan sayuran salah satu menu wajib diet anda.

Kalau susah sangat nak makan sayur, meh hubungi saya untuk saya bantu anda dapat khasiat sehebat sayur-sayuran yang ada.


baca lagi

Tuesday, February 16, 2016

Hakikat Rezeki Yang Perlu Kita Tahu

HAKIKAT REZEKI.

Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat,
Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.

Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan,
Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.

Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,
Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dlm kehidupannya.

Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna,
Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.

Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung,
Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.

Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui..
Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah..
Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.

Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya.
Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.

Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.

Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada.

Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.

Allah menjamin rezekiku, sejak aku dalam kandungan ibuku lagi.

Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.
Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya..

Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..

Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.

Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.

Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.

Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.

Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.
Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan digunakan untuk apa"

Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik"...

Halalnya dihisab dan haramnya diazab.
Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain.

Bila aku iri pada rezeki orang, sudah seharusnya juga iri pada takdir kematiannya.

~KopiPasta
Kredit kepada penulis asal.

Http://bit.ly/TipsRezeki
baca lagi
 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard