Tip Magnet Rezeki: Diary Of MRA : Allah Yang Menyembuhkan

Monday, January 11, 2016

Diary Of MRA : Allah Yang Menyembuhkan

Assalamualaikum semua.
Nak cerita satu kisah yang berlaku baru-baru ni.

Satu hari tu, Muhamad banyak main kat luar rumah. Dipendekkan cerita, lepas tu bebird dia bengkak, merah. Uii ngeri betul tengok. Dah la benang bekas khatan pun masih bersisa, tetiba bengkak pulak macam baru khatan aritu. Huhu.

Bia ditanya sakit tak? Gatal tak. Terus dia jawab tak. Lega sikit rasa. Ummi pun tak tau nak buat apa, just letak minyak je la. Saya syak dia kena gigit binatang halus tu. Orang kedah panggil tungau. 

Esoknya masih bengkak dan merah. Entah apa yang dia fikir, tetiba dia datang kat ummi, dia cakap.

"Ummi tolong zikir sat, baca doa bagi sembuh #%#%£& mamad ni"

Untuk tidak menghampakan ummi amik la air semangkuk, baca Al-Fatihah, ayat kursi, 3 qul. Pastu jirus kat tempat tu lepas mandi dengan niat mohon Allah surutkan bengkak. 

Lepas mandi pun, ummi dengar dia duk baca Al-Fatihah sorang-sorang. Baca cara dia la kan. Hihi. Lepas tu taktau la dia hembus ke apa. Tapi lepas baca tu dengan yakinnya dia cakap... "Haa..sembuh dah #&%##£ Mamad!"

Budak-budak ni kalau minta sesuatu, keyakinannya luar biasa. 

Dengan izinNya memang nampak dah tak bengkak mengening (betui ka bahasa ni) lepas tu dan esoknya bengkak tu dah surut sepenuhnya. Syukur alhamdulillah.

Ada beberapa pengajaran yang saya dapat.

1. Apa pun masalahnya, berbalik la pada Allah. Masa sapu minyak, saya main sapu ja ikut naluri kebiasaannya, bila bengkak sapu minyak. Kalau Allah tak izin tak jadi jugak. Allah beri ilham pada Muhammad untuk minta saya zikir (lebih tepat,doa) pada Allah.

2. Yakin. Bila berdoa, step seterusnya adalah yakin. Sebab Allah mengikut sangkaan hambaNya. Saya tanamkan benih yakin tu masa jirus air.. Haa alhamdulillah sembuh dah bebird mamad ni. Allah bagi sembuh. Bila saya cakap camtu, Muhammad 3x ganda yakinnya. Siap baca lagi Al-Fatihah sendiri dan berkali-kali cakap sembuh dah, sembuh dah. Hehe


Semoga bermanfaat ya!
.
.
Entry kait mengait:

Diary of MRA : Khatan Part 1
Diary of MRA : Khatan Part 2

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard