Tip Magnet Rezeki: Diary Of MRA: Doa MRA yang tulus. Hihi

Thursday, January 14, 2016

Diary Of MRA: Doa MRA yang tulus. Hihi

Doa MRA.

Bila MRA minta sesuatu, saya minta dia berdoa dulu.
Dia selalu minta mainan ja. Huhu. Sesekali dia pasang telinga nak dengar ummi dia doa apa. Kadang-kadang dia bisik minta tolong doakan untuk mainan dia sama. 😏😏

Selalunya kalau dia pasang telinga tu saya doala kuat-kuat bagi dia dengar. Doa dia jadi anak soleh, rajin solat, baca Al-Quran dan lain-lain. Kalau tak buat macam tu nanti dia tanya.. "Tak doa untuk mamad ka?"

Semalam lepas dengar azan maghrib, cepat-cepat dia bentang sejadah. Pastu solat cara dia la. Hehe. Pastu tadah tangan.. "sok sek sok sek"

Saya tanya.. "Muhammad doa apa?"

Dia jawab.. "Doa jadi anak soleh."

Mudah-mudahan Allah makbulkan doa Muhammad.

Siang tadi, saya mengawal ketat supaya dia tak keluar main kat luar. Sebab awal lagi, masa untuk rehat. Saya benarkan dia keluar selepas asar je. Lagipun cuaca sekarang kan panas.

Tiba-tiba saya terdengar... "sok sek sok sek..."

Saya pandang dia.. Sambil sengih-sengih dia cakap..

"Mamad doa bagi boleh keluar main kat luar...hehe"

Saya cakap.. "TAK BOLEH!! "

Dia ni kan.. Kalau tak dikawal tiba-tiba ja dah ada kat luar, main tengah panas, main tanah & macam-macam lagi. Aktif kemain. Baju sentiasa basah dengan peluh.

Apapun saya bersyukur sebab orang cakap, anak aktif ni sihat. Saya hanya berdoa supaya dia diberi kesihatan yang baik dan membesar menjadi anak soleh dan bijak.

Usaha lain, saya bekalkan dia dengan pemakanan sihat dan suplemen bagi menyokong jika ada apa-apa yang terkurang dalam pemakanan & untuk ketahanan badan dia. Ada yang tanya, bagi makan apa? Saya bagi Meal Shakes, Omega Guard & Chewable Vita C. Kalau ada yang nak tahu khasiat semua tu boleh hubungi saya na. 😊😊

Syakirah Kapli
Whatsapp: 013-3353751




No comments:

Post a Comment

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard