Tip Magnet Rezeki: Kisah Doktor Gigi Prihatin

Monday, February 15, 2016

Kisah Doktor Gigi Prihatin

Makanan Kucing.

Beberapa minggu lepas, saya pergi klinik gigi. Klinik tu kat tingkat atas, kena naik tangga.

Saya tengok kat tangga tu ada kotak kecil & ada makanan kucing dalam tu.
Siap ada lagi makanan kucing dalam plastik diikat dekat tangga.

Dalam hati rasa kagum. Bagus doktor gigi ni. Prihatin dengan kucing-kucing tidak bertuan yang bersiar-siar di kaki lima. Kalau lapar, boleh singgah makan situ ja.. Nyum nyum 😼😼
.
Saya teringat satu ayat yang lebih kurang macam ni.

Kalau nak rasa betul-betul IKHLAS tu macam mana, amalkan MEMBERI pada binatang. Binatang tak pandai ucap terima kasih.

Lepas makan menonong je dia berlalu pergi. 😁😁

Saya teringat, ada lagi sorang rakan prihatin jugak. Beliau kalau pergi kemana-mana akan bawa makanan kucing. In case terjumpa kucing atau ada kucing datang menggesel masa makan kat kedai, beliau beri la makanan kucing tu.

Sebab, katanya, beliau kedekut makanan dalam pinggan sendiri. Hehe. Good idea kan.

Sayangi sesama makhluk, insyaAllah rezeki melimpah ruah.
.

Formula Tarik Rezeki
Http://bit.ly/TipsRezeki

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard