Tip Magnet Rezeki: Kisah Di Mesin ATM - Part 2

Sunday, May 1, 2016

Kisah Di Mesin ATM - Part 2

Bismillah.

Kisah Di Mesin ATM lagi


Tadi pergi withdraw duit. Beratur. Segalanya lancar, sampai la tiba giliran saya. Tet tet tet.. Tekan nombor pin.

Dibelakang saya seorang pakcik sedang asyik berselawat. Jelas kedengaran di telinga saya.

Dalam hati.
"Bagus pakcik ni. Aku ni jangan kata selawat, bismillah pun tidak, terus terjah je nak amik duit ni. Mm..Bismillahirrahmanirrahim”

Ok. Tet tet tet..tekan amaun yang nak diambil. Lepas tu lamaa sangat. Mesin tu macam ada masalah.

Tet tet tet.. Kad saya keluar balik. Tertera di mesin. Harap maaf mesin tergendala bla bla..

Eh eh.. Semua 7-8 orang yang beratur di belakang saya tadi kecewa. Saya kembali ke kereta.

Pakcik dibelakang saya tadi tak putus asa. Bersama 2 orang lagi tetap beratur, terus mencuba. Entah macam mana dia buat, mesin tu kembali beroperasi!

Sorang brader yang tengah beratur menggamit-gamit memberitahu mesin dah ok. Siap offer saya potong line. Pantas saya menolak. Hehe.

Kali ni siap bismillah dan berselawat sambil minta Allah mudahkan. Pakcik tadi, siap je ambil duit, sempat dia menoleh dan lemparkan senyuman penuh makna.

Dia seolah-olah nak habaq. "Lain kali tiru macam pakcik!"

Hehe. Saya senyum je la. Saya belajar sesuatu. DIA menegur saya atas kelalaian diri.

Kita manusia ni lemah, selalu buat silap. Lupa akan DIA. Tapi DIA sentiasa menegur. Antara kita sedar atau tak sedar je.

TeguranNYA pasti halus dan berhemah. Perfect!
Sampai kita anggap semua tu kebetulan. Padahal setiap yang berlaku pasti bersebab.

Saya berkongsi kisah ini kerana Allah Taala.

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard