Tip Magnet Rezeki: Nak Istighfar Berapa Kali?

Saturday, December 17, 2016

Nak Istighfar Berapa Kali?

Bismillah

"Nak istighfar berapa kali?"

Bila dikongsikan antara amalan jemput rezeki adalah sentiasa istighfar, akan ada yang tanya nak istighfar berapa kali? Dalilnya?

Saya pun belum jumpa dalil nak kena istighfar berapa kali sehari. 😅 Bagi saya, istighfar sebanyaknya.

Mulakan dengan 100, kemudian tambah la dari hari ke hari.

Yang penting kena faham, kenapa kita istighfar?

Adakah sebab nak tambah rezeki?

Atau nak mohon ampun pada Allah, lalu dosa kita diampunkan, Allah makin sayang.

Bila Allah sayang, adakah Allah nak biar kita dalam kesusahan?
.
.
Berbalik kepada berapa kali nak istighfar, cuba bandingkan berapa banyak 'tabungan' dosa sejak kita akil baligh hingga sekarang?

Dosa yang dah lupa pun banyak ye dak?

Pernah kita minta ampun sungguh2 atas setiap satu dosa kita, termasuk lintasan hati kata kat orang
"ei gemuknya dia.."

 "eeiii muka putih, tangan hitam"
(Dah macam iklan terlajak laris pulak dah 😅)

Dosa merungut..
"Alaaa... Baru sidai kain, dah hujan"

Dosa mengumpat orang.. Sok sek sok sek..

Dosa mengeluh dan sangka buruk dengan Allah.

Eh banyak la nak senarai semua. Dah umur 30an ni baru Allah gerakkan hati untuk istighfar dengan sebenar2nya. Sebelum ni istighfar sekadar di bibir lepas solat.

Agak2 100 kali sehari cukup ke?

Harus diingat, perkara utama yang menghalang rezeki adalah dosa.

Rasulullah yang tiada dosa dan dijamin syurga pun istighfar mohon keampunan Allah.

Kita yang berlumuran dosa ni macam mana? #koghase?
(Soalan untuk kita sama2 renungkan)

-----
Nak baca ebook FTR #EdisiPercuma?
Klik sini bit.ly/EdisiPercumaFTR
-----



No comments:

Post a Comment

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard