Tip Magnet Rezeki: Inspirasi Rezeki - Day #3 : Bersihkan Hati

Thursday, January 26, 2017

Inspirasi Rezeki - Day #3 : Bersihkan Hati

Harini sambung baca buku Rahasia Magnet Rezeki. Sub topik jendela buram.

Saya cerita balik guna bahasa mudah ya. Hehe

Kisahnya, macam ni..

Bayangkan kita berada di tepi tingkap. Tengah tunggu kawan. Kita nak pergi ke suatu tempat yang penting. Perlu sampai tepat pada masanya. Jika lewat, kita bakal terlepas peluang bisnes nilai juta2.

Kita ada masa 30 minit. Tunggu punya tunggu punya tunggu, kawan kita tak sampai-sampai. Diri rasa gundah, risau dll. Kenapaa la tak sampai2, rugi la camnii..

Dalam fikiran dah mencongak-congak jumlah kerugian, dada berombak menahan marah, hidung mendengus dan mulut mengeluh. Panass..

Minit ke 29, kita buka tingkap.

Eh.. Kereta kawan kita dah ada kat luar. Rupa-rupanya dah sejam dia tunggu kita. Kita je yang tak sedar, tak nampak sebab tingkap kita dah berlumut!

.

Sama la macam kehidupan kita. Setiap masalah kita sebenarnya dah lama Allah sediakan penyelesaiannya.

Kita yang tenggelam dalam kerisauan dan lupa nak bersihkan atau buka pintu hati kita untuk melihatnya.

.

Kome #faham ke cerita ni?

Sama konsepnya seperti rezeki. Rezeki sudah tersedia, kita yang belum nampak jalannya akibat dari hati yang belum dibersihkan.

Sebab tu sifu2 selalu pesan.

Bersihkan kolam jiwa..
Bersihkan kolam jiwa..
Bersihkan kolam jiwa..

Jom sama2 perbaiki diri, insyaAllah segala masalah selesai.

---
Nak tak saya cadangkan satu pakej ebook dan buku untuk selesaikan masalah hati sahabat2 pembaca?

Buku bukanlah jaminannya, namun dengan izin Allah ia mampu membantu memandu kita ke arah membersihkan hati dari dosa-dosa yang kita sedar atau tak sedar.

Info lanjut klik link bawah ni ya
>> 111 Formula Tarik Rezeki <<

.

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard