Tip Magnet Rezeki: February 2017

Tuesday, February 7, 2017

Sampai Satu Tahap Kita Rasa 'Lost'

Bismillah.

Dalam hidup ni, kita akan hadapi satu tahap 'lost'.
Buat apa semua tak jadi.

Hati tak tenang.
Rezeki tersekat.
Hidup tak bahagia.
Rasa jauh dari Allah.

Bersyukurlah, sebab saat tu Allah sedang bukakan hati kita untuk cari sesuatu yang kita hilang selama ni.

Kita kehilangan Allah.

Bukan Allah menjauhi kita,
Kita yang menjauhi Allah.

Kembali 'berkomunikasi' denganNya, mohon ditunjukkan jalan kembali padaNya.

InsyaAllah.

Jalan-jalan hidayah Allah ni pelbagai. Setiap orang mungkin berbeza jalannya. Anda rasa lost? Anda terjumpa blog ni? Bukan kebetulan, mungkin ada sesuatu yang bermanfaat buat anda di sini.

Saya teringat dan tertarik dengan salah satu review pembaca FTR ni.


Ini ada kaitam dengan post saya di atas. Bila kita mohon petunjuk dari Allah, pasti akan ditunjukkan jalanNya. Kita harus peka.

Apa pun, jika anda juga tergerak hati nak dapatkan FTR boleh baca info lanjutnya di bawah:


Atau boleh whatsapp saya
019-491 7769

Anda lost? Mungkin ini yang anda cari..

baca lagi

Kita Mudah Bersangka Yang Tak Baik Dan Sia-sia

Bismillah

Sebuah perkongsian, inspirasi dari ebook "Bagaimana Seorang Muslim Berfikir" - Harun Yahya.

Kadangkala kita terlalu bersangka-sangka. Risau dan gusar akan hal yang belum berlaku.

Sebagai contoh, seorang ibu yang anaknya bakal menghadapi ujian. Si ibu terlalu risau dengan berbagai persoalan.

Bagaimana jika anak tak dapat jawab?
Bagaimana jika gagal?
Bagaimana jika anak tak dapat sambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi?
Bagaimana jika tak dapat kerja yang baik?
Bagaimana dengan masa depan si anak?

Khayalan dan kerisauan tersebut terus berkembang, padahal anaknya belum melaksanakan ujian.

Seseorang yang jauh dari agama akan mudah terbawa oleh khayalan sia-sia yang serupa sepanjang hidupnya.

Hal ini tentu ada sebabnya. Al-Qur'an menyebutkan bahawa yang menyebabkan manusia terbelenggu oleh khayalan atau angan-angan kosong adalah kerana mereka membiarkan telinga mereka dibisiki oleh syaitan:

"Dan aku (syaitan) benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka ..."

(QS. An-Nisaa : 119)
.
.

-------
Ebook 10 Rahsia Magnet Rezeki
Bit.ly/tipmagnetrezeki
-------
.

baca lagi

Saturday, February 4, 2017

Dosa Kita Menghalang Rezeki


Setiap kesalahan atau dosa yang kita lakukan pasti akan datang semula pada kita berupa kesusahan, kesempitan & pelbagai masalah MELAINKAN kita bertaubat.

.
Jika berbuat salah dan tak bertaubat, ibarat kita sedang menyusun paku, kaca, ranjau, onak dan duri di tempat yang bakal kita lalui nanti.

.
Kita sering buat dosa namun tak menyedarinya. Duduk seorang diri pun kita masih melakukan dosa melalui fikiran yang tidak baik, berburuk sangka, merungut dan mencemuh di dalam hati.

.
Menurut Ustaz Nasrullah, penulis buku Rahasia Magnet Rezeki, kita sebenarnya dimuliakan dan dimanjakan Allah dengan rezeki melimpah. Namun, dengan sengaja pula kita menahan rezeki itu dengan dosa-dosa kita.

.
Jom, sentiasa istighfar dan solat taubat sekurang-kurangnya sekali sehari dan mohon keampunan Allah atas dosa yang kita sedar atau tidak sedar, sengaja atau tidak sengaja, termasuk dosa yang kita sendiri dah lupa.

.
Allah swt tahu, makhluk yang DIA ciptakan ini sering berbuat salah, sebab tu Allah buka pintu taubat seluas-luasnya untuk kita.

.
Ingat sahabat, taubat ibarat kita sedang membersihkan ranjau, onak duri di hadapan kita. Mudah-mudahan perjalanan kita kelak lancar dan di redhai Allah.

Wallahua'lam.

baca lagi

Thursday, February 2, 2017

Amalan Bersihkan Kolam Jiwa

Baru2 ni ada seseorang yang tak dikenali whatsapp saya, tanya apakah amalan paling efektif untuk bersihkan kolam jiwa.

Katanya, bila berniaga rasa macam ada benda tak betul dan dapat rasakan dia ada kekurangan dari segi connection dengan Allah.

.

Beliau minta amalan paling efektif, saya pun tak tahu, amalan apa paling efektif untuk beliau. Sebelum reply tu, fikir kejap, mohon pada Allah, bagaimana nak bantu sahabat ni.

Dapat ilham untuk sarankan beliau mulakan dengan amalan mudah.

Istighfar.

Antara sebab utama rezeki tersekat adalah dosa2 kita sendiri.

Saya juga beri link channel telegram Ust Nasrullah (telegram.me/audiomagnetrezeki) untuk beliau dengar, mudah2an membantu.

.

Baru2 ni beliau whatsapp lagi.. Katanya..

" Ya Allah Sis. Amat berguna isi isi telegram Channel yang Sis add saya tu

Saya macam gian nak dengar setiap hari"

.

Alhamdulillah. Moga beliau dan sahabat semua sentiasa dilimpahkan rezeki, diberkati dan sentiasa dekat dengan Allah swt.

Aamin..

baca lagi

Inspirasi Rezeki - Day #6 : Bantuan Allah

Fikiran kita ada getaran.

Getaran positif kita hantar, yang positif akan datang. Getaran negatif kita hantar, yang negatif akan datang.

Sebab tu usah banyak mengeluh, sebaliknya banyakkan syukur.

+

Baru2 ni sembang dengan mama, teringin nak mengerjakan umrah. Esoknya Allah hantar sorang penjual pakistan datang rumah, jual frame gambar Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Dah siap gantung dalam bilik ha..

Subhanallah. Saya cakap dengan mama, ini baru gambar Allah hantar, insyaAllah nanti Allah jemput la.

Doakan ya..

+ + +  Sambungan + + +

Sebenarnya sebaik saja lelaki pakistan tu beredar, saya belek frame gambar Masjidil Haram dan Masjid Nabawi tu saya teringat sesuatu.

Teringat cerita Ustaz Nasrullah dalam buku Rahasia Magnet Rezeki. Suatu ketika, Ust Nasrullah teringin nak ke Gaza, suatu tempat yang mustahil untuk dia sampai.

Walaupun kelihatan mustahil, beliau berdoa dan yakin Allah bakal kabulkan. Suatu hari, semasa bawa rombongan umrah di Madinah, beliau kehilangan iphone.

Dipendekkan cerita, ada seseorang yang terjumpa iphone tu. Disebabkan beliau dah nak bertolak ke Mekah, maka mereka berjanji nak jumpa di Masjidil Haram.

Dalam perjumpaan tu, mereka pun berkenalan.
Ajaibnya, orang yang jumpa iphone tu berasal dari Gaza! Terus beliau peluk dan sempat berdoa, Ya Allah, aku teringin ke Gaza, sekarang Kau dah hantar bau2 Gaza.

Dipendekkan cerita lagi, tak lama lepas tu beliau diperkenalkan dengan seseorang yang boleh bantu beliau ke Gaza.

Ust Nasrullah benar-benar sampai ke Gaza dalam satu misi bantuan. Subhanallah..

.

Pengajaran kisah ni, dengan bantuan dan izin Allah, yang kita nampak mustahil tu mudah sangat!

Tugas kita - punya keinginan, berdoa dan yakin dengan bantuanNya.

baca lagi
 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard