Tip Magnet Rezeki: March 2017

Friday, March 24, 2017

Diari MRA : Minta Allah Beri Tempat Parking Kereta

Ada sekali tu saya dengar kuliah Ust Yusuf Mansur tentang anaknya yang inginkan kasut, lalu disuruh minta pada Allah. Tak lama lepas tu, anak beliau memang dapat kasut yang sama persis yang dia nak tu.


Saya pun apply la kat Muhammad. Bila dia nak apa2, saya suruh dia berdoa minta kat Allah. Macam-macam la, nak mainan, basikal, termasuk rumah ada kolam.. (Besor impian dia nii..)

P/s: Dia pernah dapat barang mainan 3 beg besar tau. Percuma pulak tu. Hmm..

Baru-baru ni, bawak dia gi makan char koew teow. Sampai kat kedai tu, ramai betul orang. Kereta pun banyak. Ummi dia spontan terkeluar ayat..

"Ala..ramainya orang mesti takdak parking ni"

Merungut. Belum habis cari dah kata takdak. Huhu

Muhammad kat belakang, dengan bergayanya tadah tangan sambil doa..

"Ya Allah, Muhammad nak makan char koew teow ni, kereta banyak, bagi la ada parking Ya Allah.."

Lantas mata ummi berkaca-kaca. Ada 2 sebab berkaca-kaca tu..

Pertama, rasa kepala macam kena hantuk kat cermin kereta. Adeih.. :D

Kedua, memang betul-betul ada parking kosong kat depan, tinggal nak luncurkan kereta masuk parking dan brake la takut langgar divider depan tu pulak kan. Hehe

Awalnya tak nampak parking tu sebab kereta sebelah agak gedabak saiznya dan parking agak terkebelakang dari kotak.

Muhammad dah seronok..
Ummi, Allah makbulkan doa Muhammad la.. Katanya. Mata umi masih berkaca. Hehe

Kisah ni nampak kecil, namun beri impak besar dalam meningkatkan keyakinan pada Allah. Janji Allah, doa pasti makbul, sama seperti yang kita nak atau lebih baik lagi. Pasti.

Anak kecil yakinnya luar biasa, tak macam kita2 ni, doa pun jarang2. Dah doa, tak yakin pulak tu. Boleh ke dapat ni, macam mana nak buat, siapa nak bagi.. Ehh siap apply 5W 1H la.. Huhu.

Saya pernah terbaca, bila doa, fokus pada hasil akhir yang kita nak. Vizualize dan rasakan kita dah dapat. Tak payah sibuk2 buat kerja Tuhan nak atur itu ini.

Bila yakin sepenuhnya, jalannya Allah ilhamkan, caranya Allah aturkan, kita tinggal lakukan saja sebaiknya.

P/s: Catatan dan peringatan untuk diri sendiri jua..
baca lagi

Wednesday, March 15, 2017

Allah Menjawab Al-Fatihah Yang Kita Baca

Kita sering tergesa-gesa dalam membaca al-fatihah terutamanya dalam solat. Jika kita fahami dan hayati penerangan di bawah, nescaya kita mampu solat dengan lebih baik seterusnya mencapai khusyuk dalam solat.

Saat kita selesai membaca satu ayat dari surah Al-Fatihah, ALLAH menjawab setiap ucapan kita.

Dalam Sebuah Hadits Qudsi Allah SWT ber-Firman:

"Aku membahagi al-Fatihah menjadi dua bahagian, untuk Aku dan untuk Hamba-Ku."

■ Ertinya, tiga ayat di atas "Iyyaka Na'budu Wa iyyaka nasta'in" adalah Hak Allah, dan tiga ayat ke bawahnya adalah urusan Hamba-Nya.

■ Ketika Kita mengucapkan "AlhamdulillahiRabbil 'alamin".

Allah menjawab: "Hamba-Ku telah memuji-Ku."

■ Ketika kita mengucapkan "Ar-Rahmanir-Rahim".

Allah menjawab: "Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku."

■ Ketika kita mengucapkan "Maliki yaumiddin".

Allah menjawab: "Hamba-Ku memuja-Ku."

■ Ketika kita mengucapkan “Iyyaka na’ budu wa iyyaka nasta’in”.

Allah menjawab: “Inilah perjanjian antara Aku dan Hamba-Ku.”

■ Ketika kita mengucapkan “Ihdinash shiratal mustaqiim, Shiratalladzinaan’amta alaihim ghairil maghdhubi alaihim waladdhooliin.”

Allah menjawab: “Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-Ku. Akan Ku penuhi yang ia minta.”

(HR. Muslim dan At-Tirmidzi)

■ Berhentilah sejenak setelah membaca setiap satu ayat.

Rasakanlah jawapan indah dari Allah kerana Allah sedang menjawab ucapan kita.

■ Selanjutnya kita ucapkan "Aamiin" dengan ucapan yang lembut, sebab Malaikat pun sedang mengucapkan hal yang sama dengan kita.

■ Barangsiapa yang ucapan “Aamiin-nya” bersamaan dengan para Malaikat, maka Allah akan memberikan Ampunan kepada-Nya.”

(HR. Bukhari, Muslim, Abu Dawud)

Jika post ini bermanfaat sila dikongsikan, sampaikan walau satu ayat.


baca lagi

Monday, March 13, 2017

14 Cara Jemput Rezeki Allah


Sebenarnya banyakk CARA JEMPUT REZEKI ALLAH. Kali ni dikongsikan 14 daripadanya yang dipetik dari FB Ustaz Iqbal Zain.

Jemput baca ya.. :)


1. Ada yang mengetuk pintu langit dengan cara setiap pagi memberi 40 nasi bungkus untuk orang miskin. Rutin dia lakukan.

2. Ada yang mengundang rezeki dengan cara mencium tangan ibunya lalu minta didoakan.

3. Ada yang mengundang rezeki, setiap minggu dia mendatangi anak-anak yatim, mengusap kepala mereka, membelikan sesuatu untuk keperluan mereka sebagaimana diajarkan Nabi SAW.

4. Ada yang mengundang rezeki, setiap pagi keluar ke tempat kerja dia rutin bersedekah kepada siapa saja.

5. Ada yang mengundang rezeki, tiap malam jumaat dia membahagi makanan kepada orang² yang tidur di jalanan. Doanya tembus ke langit!

6. Ada yang mengundang rezeki, setiap kali setelah solat subuh dia tidak tidur. Dia beristighfar 100 kali dan bertadarrus Al-quran hingga terbit fajar, lalu menatap langit langsung dan mengangkat tangan. Doanya tembus langsung kepada Tuhannya.

7. Ada yang mengundang rezeki, setiap Jumaat profit hasil jualannya 100% disedekahkan.

8. Ada yang mengundang rezeki, tiap bulan 20% dari total pendapatannya disedekahkan. Dia yakin Tuhan-nya MAHA KAYA.

9. Ada yang mengundang rezeki, seminggu sekali tengah malam didatangi rumah orang miskin. Dia angkat/pikul sendiri makanan untuk mereka.

10. Ada yang mengundang rezeki, tiap Jumaat dia tidak mahu dibayar upah untuk khidmatnya yang diberikan ke orang lain. Tiap titik keringatnya penuh pahala.

11. Ada yang mengundang rezeki dengan memperbaiki jadual solat 5 waktunya berjamaah di masjid dan Allah pun memudahkan segala urusannya.

12. Ada yang mengundang rezeki, tiap pagi dia solat dhuha & berdoa, ketika orang lain sudah sibuk dia memilih menghadap langsung ke Penciptanya.

13. Ada yang mengundang rezeki tiap 1/4 malam bangun solat tahajud berbisik pada bumi dan terdengar di langit. Allah redha, hidupnya pun berkat.

14. Ada yg mengundang rezeki dengan cara menanam pkok agar semua makhluk bumi boleh menikmati oksigen.

Rezekimu bukan dari bossmu atau pelangganmu.

Tapi dari Allah swt.

Jemputlah rezeki datang dengan cara-cara yang Allah Redhai.

Moga bermafaat sahabat..
baca lagi

Saturday, March 11, 2017

Dah doa, tingkatkan amal namun hidup makin sukar? Why??

Assalamualaikum. Sahabat buat apa hari sabtu ni? Moga semua baik-baik aja ya.

Baru-baru ni ada menonton video Ustaz Yusuf Mansur, ada diterangkan tentang perkara ni..

Makin taubat, makin banyak berdoa, tingkat amal ibadat, namun makin kuat pula diuji. Satu persatu ujian datang, seolah tiada ruang untuk bernafas!

Hari ni pun, ada sahabat yang kemukakan soalan yang hampir sama di support group untuk jemaah FTR.

Jadi, dalam post ni saya share input dari video Ustaz Yusuf Mansur dan tambahan input dari pengasas Formula Tarik Rezeki (FTR) sendiri, Pn Nora Yusof.


Saya yakin, ramai ada pengalaman macam ni kan, termasuk saya sendiri. Apabila makin buat baik, makin kuat diuji, kita mula persoalkan, kenapa macam ni..?

Lebih buruk lagi apabila kita mula berputus asa. Tidak lagi berusaha dekatkan diri dengan Allah, taubat dan amalan sunat mula kita jauhi. Astaghfirullah!

+

Mulai saat ini, mari betulkan semula persepsi kita terhadap hal ini. InsyaAllah lepas ni, kita rasa makin seronok dan bersedia bila ditimpa ujian demi ujian.

+

Hidup Ini Adalah Ujian

Hidup ini, setiap saat adalah ujian atau pelajaran dari Allah. Untuk jadikan kita hamba yang lebih baik, naik dari satu tahap ke tahap lebih tinggi.

Apabila kita taubat, berdoa untuk jadi lebih baik, tingkatkan amal ibadat, Allah telah makbulkan doa kita, malah dengan cara lebih baik lagi.

Allah pantaskan proses pembelajaran kita supaya kita jadi lebih baik, sesuai dengan doa kita. Sebab tu kita rasa ujian demi ujian datang pada kita.

+

Hadapi sahaja!

Bila berdoa untuk jadi lebih baik, kita seharusnya bersedia dengan ujian demi ujian. Itu normal, itu prosesnya.

Yakin sahaja, itulah Allah yang sedang 'ajar' kita cara jadi lebih baik. Usah risau kerana Allah takkan tinggalkan kita terkontang kanting dan terkapai-kapai. Berpautlah padaNya. BantuanNya datang tepat pada masanya. Pasti..

+

Ambil Pelajaran

Setiap ujian yang datang ada pelajaranNya, ambil dan kutip setiap hikmahnya. Peka dan teliti dengan apa yang Allah sampaikan melalui ujianNya.

Mohon pada Allah supaya ditunjukkan hikmah dan pelajaran atas setiap ujian tersebut.

+

Istiqamah

Dalam masa sama, istiqamah dengan apa yang kita dah lakukan. Tetap taubat setiap hari, berdoa dan lalukan amal ibadah lain dalam usaha kita mendekatiNya.

Saat itu, kita akan nampak satu persatu keajaiban yang datang. Hati makin tenang, jiwa tenteram walaupun diuji.

+

Ikhlas

Last but not least.. Walaupun point ni ditulis last sekali, ianya adalah yang PERTAMA harus disemak.

Segala amal ibadah yang kita lakukan, tujuannya apa?? Untuk selesaikan masalah kita atau kerana Allah?

Kata Pn Nora Yusof, jika kita ikhlas beramal kerana Allah tidak timbul persoalan,

Makin buat amal, namun hidup makin sesak, why???

Nah.. In the first place, dah nampak dimana keikhlasan kita. Ke laut dalam mungkin.. Astaghfirullah..

Boleh jadi, kita terus diuji kerana kita sendiri tidak ikhlas dalam ibadah. Itulah perkara pertama yang kita perlu pelajari.

Selagi kita tak belajar sesuatu dari ujian, kita tetap akan diuji dengan hal yang sama atau hampir sama.

Baca juga :
Masalah sama berulangkali? Mungkin ini sebabnya...

+

Saya doakan, sahabat yang setia membaca post ini hingga selesai, diperkuatkan iman, diteguhkan tauhid, bergantung hanya pada Allah dalam setiap hal. Alangkah ruginya jika kita berputus asa dengan Allah.

baca lagi

Doa dulu.. atau Usaha dulu baru doa?

Saya kongsikan tulisan Pn Nora Yusof (Penulis Ebook dan buku 111 Formula Tarik Rezeki - FTR) untuk tatapan sahabat tersayang Lillahi Taala.


......

Pn Nora Yusof:

Saya cukup marah kalau orang kata.. berusaha dulu baru berdoa... :3
.
.
Ianya Salah.
.
.
Sebetulnya, berdoa dulu baru usaha.
.
Tugas kita sebagai manusia ada dua iaitu

1) Hamba Allah. (DOA) (maksudnya kita ni bergantung pada ALLAH dulu apa-apa hal, berserah diri, tanda kita hamba yang lemah)

2) Khalifah. (USAHA) (maksudnya tugas kita memakmurkan alam)
.
Contoh kita naik kereta.
.
Kita sebagai Hambanya... Berserah diri dulu kepadaNYA baru kita berhati-hati bawak kereta.
.
.
Begini... Okey.. masuk kereta...
Kita berdoa dulu ke, gerak dulu baru kita doa?
.
.
Mesti kita doa dulu baru kita gerak kan? Itulah konsep hamba. Berserah, sebab kita tahu hanya dengan izin ALLAH baru kita boleh selamat dalam perjalanan atau sebaliknya kan?
.
.
Okey dah selesai doa, barulah kita berusaha. Iaitu menjalankan tanggungjawab kedua iaitu sebagai khalifah. Yang mana memakmurkan alam.

Maksudnya dari sudut bawak kereta ni.. iaitu dengan memakmurkan jalan raya tu dengan cara bawak kereta tu hati-hati, memandu berhemah, pandu cermat tak potong orang, tak hon orang. Tak langgar lampu isyarat. gituuu...
.
.
.
Konsep usaha dulu baru doa tak boleh pakai dah sekarang.
.
.
Dan lagipun kuasa doa tu mengatasi segala kuasa yang lain. Ada seorang miskin tu, rasanya ramai yang tahu kisah ni yang mana siang malam berdoa mengharapkan seorang doktor ternama datang ke rumah beliau untuk merawat ahli keluarganya yang sakit.

Dia orang miskin aje, mana mampu nak biayai doktor tu.. lagipun nak jumpa doktor tu jauh satu hal. Dia takdalah gigih pergi usaha cari doktor tu sampai tempatnya atau sana-sini.. Dia hanya berdoa pada ALLAH agar suatu hari nanti doktor tu boleh rawat penyakit yang dikatakan pakar merawat tu.
.
.
Hasil doa, ALLAH makbul permintaan dia, dengan menangguhkan penerbangan doktor tu, ribut petir bagai, dan dengan izin ALLAH, doktor tu bermalam dirumah si miskin tu tanpa tahu siapa sebenarnya doktor tu. iaitu orang yang dia duk sebut siang malam dalam doa. :3
.
Bila berdoa, in shaa ALLAH permintaan kita dimakbulkan. Dengan syarat mesti yakin dan penuh khusyuk. Jika berusaha, belum tentu kita dapat apa yang kita nak walaupun habis kederat. :3

Nampak tak kuasa doa? Jadi tunggu apa lagi? Berdoalah. :3

Dan jangan lupa... Doa dan usaha duanya sama penting. Tugas kita yang kedua iaitu khalifah adalah berusaha. Jadi seimbangkan doa dan usaha. :)
.
Boleh?
heeee :3

Nora Yusof.
Pengasas #111FTR

-----------------------

Bermanfaat? #Share dengan rakan. Mudah-mudahan menjadi saham akhirat kita bersama.

Boleh dapatkan ebook beliau disini:
111 Formula Tarik Rezeki (FTR)

Kalau sahabat nak tengok-tengok dulu review pembaca FTR klik sini ya >> Review Pembaca FTR

Terima kasih ya sahabat yang sudi baca sampai habis ni. Saya doakan supaya kita sama2 dapat amalkan dan ianya beri manfaat dunia dan akhirat kita. Aamin.
baca lagi

Thursday, March 9, 2017

Ditimpa masalah sama berulangkali? Mungkin ini sebabnya..

Pernah tak rasa macam ditimpa ujian yang sama atau hampir sama sahaja, berulang-ulang. Selesai satu masalah, satu lagi masalah hampir sama datang.

Saya ada belajar satu perkara baru dari Ebook dan buku Pn Nora Yusuf, 111 Formula Tarik Rezeki.

111 Formula Tarik Rezeki

Dalam salah satu topik tu tertulis tentang ujian. Allah tetap menguji kita sehinggalah kita belajar sesuatu dari ujian tu.

Selagi kita tak ambil pengajaran, selagi itu ujian yang sama datang.

Saya berikan satu ontoh;

Ada saja orang yang sakiti hati kita, dah pindah tempat kerja pun masih ada yang sakiti kita. Dimana-mana ada saja orang tak senang dengan kita.

Mungkin Allah nak ajar kita sabar. Selagi kita tak sabar dan memaafkan, perkara yang sama akan kita hadapi, berulangkali.

Perkara ni disokong oleh Ust Nasrullah dalam salah satu audio magnet rezeki beliau. Katanya, jika hati kita sakit disebabkan perbuatan orang lain, yang perlu disemak adalah hati kita sendiri.

Apa yang boleh disimpulkan dari contoh ni,
Jika kita disakiti, usah menghukum orang yang menyakiti itu, namun audit diri dalam-dalam, apa yang aku pelajari dari perkara ni. Apakah hikmahnya.

Terima seikhlasnya, redha, sabar dan maafkan semuanya. Minta pada Allah supaya diberi kesabaran dan kekuatan untuk memaafkan.

Allah datangkan ujian supaya kita kembali padaNya, meminta, mengadu HANYA pada Allah. InsyaAllah dengan izinNya kita lebih tenang, tiada lagi rasa sakit hati.

Gitew. Psst.. Sakit hati juga antara punca rezeki sempit dan semput. 😅

...
Ebook dan buku 111 Formula Tarik Rezeki boleh didapati melalui link >> 111 FTR.

Atau whatsapp 019-491 7769

Lihat review pembaca FTR >> ReviewPembacaFTR


baca lagi

Wednesday, March 8, 2017

Hilangkan Rasa Malas Dengan Istighfar

Pernah rasa tak, kekadang tu malas benor.
Nak buat apa pun rasa berat, dhuha 2 rakaat pun laju jer buat, nak habiskan cepat-cepat.

Saya pernah terbaca satu status Pn Nora Yusof (Pengasas FTR). Kata beliau, bila kita mula rasa malas, itu tanda kita makin jauh dari Allah.

Bencana paling besar kita sebagai hamba adalah apabila jauh dari Tuhannya. Bila malas, seolah tiada kekuatan untuk lakukan amal ibadat. Walau bagaimana pun, kita masih ada jalan keluar dari masalah ni

Caranya adalah, banyakkan istighfar kerana kita dah salah, kita makin jauh dari Allah. Jika dekat dengan Allah, kita takkan rasa malas dan lemah.

Rujuk surah Hud, ayat 52 :



Sama-sama kita beristighfar dan kembali taat pada Allah. Nescaya Allah berikan kekuatan pada kita. Usah di lupa, istighfar juga adalah salah satu kunci keajaiban rezeki.

Saya pernah baca, kita selalu terhalang dari rezeki akibat dari dosa-dosa yang kita lakukan. Kuncinya adalah taubat / istighfar.

Terima kasih, moga bermanfaat ya.

---
baca lagi

Tuesday, March 7, 2017

Punca Hidup Sukar, Rezeki Sempit.

Kenapa Hidup Jadi Sukar?
Semua tak kena.. Stress, tertekan.



Salah satunya adalah kerana...

Kita banyak sangat bantahan, di mulut kata redha, hati masih kecewa. Antara masalah harian yang sering dihadapi..

- Kenapa si A tak faham2.
- Kenapa si B perangai huduh macam tu.
- Si C tak sepatutnya buat begitu, sepatutnya begini begini.
- Kenapa si D suka menyakitkan hati, dia tak tahu ke benda tu salah.

Kekadang dah macam Tuhan pula kita nak atur begitu begini, nak orang tu jadi macam mana yang kita nak dan kita suka. Sahabat, kita takda kuasa nak beri hidayah kat orang lain.

Ini peringatan untuk diri sendiri jugak, yang seringkali lalai.

+

Solusinya?

Kalau perasan, semua bantahan kita melibatkan orang lain, di halakan ke luar, bukan ke dalam diri. Betul?

Allah hadirkan manusia yang pelbagai di sekeliling kita adalah sebagai ujian buat kita, adakah kita kembali pada Allah dalam setiap keadaan, susah atau senang.

KITA.. Bukan si A B C atau D.

+

Kembali pada Allah, bagaimana..?

Terima saja perasaan marah tu, adukan pada Allah.

(Ya Allah, aku marah, aku stress bila orang buat kat aku macam ni..)

Mohon bantuan Allah..

(Ya Allah bantu aku untuk sabar, tenang, memaafkan. Ya Allah bantu aku, berikan taufik dan hidayah padaku, pada saudaraku si A, B, C, D..) - beritahu Allah semuanya.

+

Apa saja...positif atau negatif, apabila kita rujuk dan kembalikan pada Allah, hasil yang kita terima akan jadi positif.

Kita bakal jadi sabar, tenang tenteram.. Walaupun masalah kita belum selesai. Bila dah tenang, insyaAllah Allah ilhamkan solusinya pula.

Cubalah 😊😊

+ + + + +

Jika sahabat perlukan bahan bacaan yang menenangkan, mencari kunci segala masalah, melihat masalah (terutama perihal rezeki) dari dimensi yang lain, saya sarankan sahabat miliki pakej ebook + buku 111 Formula Tarik Rezeki.

Ini antara review pembaca Formula Tarik Rezeki.


Yang bestnya, FTR dah ada support group melalui telegram untuk pembeli FTR. Bimbingan langsung dari penulisnya.

Lihat antara komen dari jemaah FTR.




Saya juga harapkan semua pembaca blog ni turut alami hal yang sama. Kaya dan berjaya dunia dan akhirat.

Jika ingin lihat lagi review pembaca FTR yang lain, boleh klik sini ya.


Terima kasih ya sahabat. Saya sentiasa doakan kejayaan kalian. Walau apa pun cabaran yang sahabat hadapi, mudah-mudahan sentiasa dalam pertolongan Allah.

Dapatkan sekarang:

>> 111 Formula Tarik Rezeki <<
>> 111 Formula Tarik Rezeki <<
>> 111 Formula Tarik Rezeki <<
baca lagi

Monday, March 6, 2017

Rezeki itu ibarat pokok - Bagaimana nak petik buahnya?

Baru-baru ni saya menonton video mengenai Rahsia Rezeki. Menarik perumpamaan yang ustaz bawa untuk terangkan mengenai rezeki.

InsyaAllah artikel ini akan buatkan anda makin jelas tentang konsep rezeki yang sebenar dan bagaimana caranya kita nak menambah rezeki kita.

Menurut ustaz yang menyampaikan ceramah, rezeki ibarat sepohon pokok yang rendang, lebat dengan buah. Ada yang berjatuhan di tanah, ada yang masih bergantungan di atas pokok.


Yang di bawah pokok, beliau ibaratkan seperti rezeki mutlak, rezeki yang dah tersedia. Sesiapa pun boleh milikinya. Memang Allah jadikannya untuk semua makhluk.

Namun, Allah memerintahkan kita ambil 'buah' yang baik dan berkualiti sahaja. Maknanya, ambil yang halal, tinggalkan yang haram. Jauhi rasuah, riba, pencurian, penipuan dll.

+

Bagaimana dengan rezeki di atas pokok?
Itu adalah rezeki ikhtiar. Nak dapatkannya kita perlu gunakan tangga. Tangga itu ialah ILMU.

Dengan gunakan tangga, kita mampu gapai lebih banyak buah. Dah ada tangga, lalu kita upgrade lagi, tambah tools, guna galah, lalu kita dapat lebih banyak buah dari dahan yang lebih tinggi.

Semakin kita upgrade ilmu, semakin tinggi pencapaian kita, semakin banyak rezeki yang kita boleh gapai.

+

Sama-sama kita sentiasa tambah ilmu ya, jangan pernah jemu untuk membaca, dengar dan tonton video ilmiah, hadiri majlis ilmu.

+

Terima kasih kerana sudi baca sampai habis. Mudah-mudahan artikel ini memberi manfaat buat dunia dan akhirat sahabat. Sama-sama kita belajar dan menerokai Rahsia Keajaiban Rezeki.

Jemput baca artikel-artikel lainnya dalam blog ini ya, khas buat anda.. :)
baca lagi

Sunday, March 5, 2017

5 Punca Rezeki Sempit

Punca Rezeki Sempit #1

Dah berusaha keras, namun rezeki masih tersekat-sekat. Sempit. Mungkin kita..

>> Kurang tawakal.

Dah usaha, namun usahanya disandarkan kepada selain Allah. Lebih mengharapkan manusia, bukan Allah.

“Barangsiapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya.”

Demikian janji Allah dalam QS Ath Thalaaq [63] ayat 3.

----------

Punca Rezeki Sempit #2

>> Dosa dan Maksiat.

Dosa adalah antara penghalang utama rezeki datang pada kita.

Sabda Rasulullah SAW:

“Sesungguhnya seseorang terjauh dari rezeki disebabkan oleh perbuatan dosanya.”
(HR Ahmad).

Sahabat, apabila dosa menyempitkan aliran rezeki, solusinya adalah #taubat.

Andai kita semak, doa minta hujan isinya adalah permintaan taubat, doa Nabi Yunus saat berada dalam perut ikan adalah permintaan taubat, demikian pula doa memohon anak dan Lailatul Qadar adalah taubat.

Karena itu, ayuh bertaubat setiap masa. Lazimi istighfar, solat taubat dan sentiasa kawal diri dari melakukan dosa.

Ya Allah, kami mohon, ampuni dosa2 kami, lapangkan jalan2 rezeki kami.

----------

Punca Rezeki Sempit #3

>> Ada Kesalahan Dalam Urusan Jemput Rezeki

Tanyakan soalan ini..

Adakah pekerjaan ini halal?
Ada berlaku penipuan dalam jual beli?
Jika berniaga, ada buat manipulasi dalam timbangan?
Ada guna testimoni yang mendedahkan aurat?
(Dan lain-lain kesalahan lagi)

+
Kadangkala, ada buat kesalahan pun, duit tetap masuk banyakk, cuma keberkatannya sudah hilang. Rahsia Keajaiban Rezeki adalah pada BERKAT nya rezeki itu.
Bila tiada keberkatan, hati tak tenang, duit yang masuk cepat keluar, digunakan untuk perkara sia-sia, jatuh sakit dll.

+
Jika ada lakukan kesalahan dalam urusan rezeki, kembali taubat. Allah Maha Menerima Taubat.

----------

Punca Rezeki Sempit #4

>> Ada Aktiviti Yang Melalaikan Kita Dari Allah

Adakah kita sibuk hingga lalai dalam solat?
Kita sibuk dan lupa berzikir?
Kita mula jarang baca Al-Quran?
Tiada masa hadiri majlis ilmu?

Sahabat,
Apa jua aktiviti / pekerjaan kita seharusnya mendekatkan kita pada Allah, bukan menjauhkan.

Kita boleh sibuk, namun usah sampai kesibukan kita hingga mengabaikan hak Allah.

Bencana terbesar dalam diri kita adalah apabila kita mula jauh dari Allah. Nau'zubillahiminzaalik.

----------
Ebook Magnet Rezeki

Punca Rezeki Sempit #5

>> Enggan Sedekah.

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya."

(QS Al Baqarah [2]: 261)

+
Subhanallah. Janji Allah itu benar, kenapa kita tak amal? Adakah kita tak yakin dengan janjiNya tentang Keajaiban Sedekah?

+
Macam mana nak sedekah jika kita sendiri pun kesempitan?

Pasti.. PASTI ada yang kita boleh sedekahkan. Ada sikit, sedekah sikit (walaupun rm1), ada lebih sedekah lebih.

Salah satu jalan keluar dari kesempitan adalah sedekah. Pastikan tiada hari berlalu tanpa sedekah.

+
Kata Ust Dr Khalid Basalamah, kunci kaya bukanlah menabung, kunci kaya adalah sedekah!

baca lagi
 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard