Tip Magnet Rezeki: Dah doa, tingkatkan amal namun hidup makin sukar? Why??

Saturday, March 11, 2017

Dah doa, tingkatkan amal namun hidup makin sukar? Why??

Assalamualaikum. Sahabat buat apa hari sabtu ni? Moga semua baik-baik aja ya.

Baru-baru ni ada menonton video Ustaz Yusuf Mansur, ada diterangkan tentang perkara ni..

Makin taubat, makin banyak berdoa, tingkat amal ibadat, namun makin kuat pula diuji. Satu persatu ujian datang, seolah tiada ruang untuk bernafas!

Hari ni pun, ada sahabat yang kemukakan soalan yang hampir sama di support group untuk jemaah FTR.

Jadi, dalam post ni saya share input dari video Ustaz Yusuf Mansur dan tambahan input dari pengasas Formula Tarik Rezeki (FTR) sendiri, Pn Nora Yusof.


Saya yakin, ramai ada pengalaman macam ni kan, termasuk saya sendiri. Apabila makin buat baik, makin kuat diuji, kita mula persoalkan, kenapa macam ni..?

Lebih buruk lagi apabila kita mula berputus asa. Tidak lagi berusaha dekatkan diri dengan Allah, taubat dan amalan sunat mula kita jauhi. Astaghfirullah!

+

Mulai saat ini, mari betulkan semula persepsi kita terhadap hal ini. InsyaAllah lepas ni, kita rasa makin seronok dan bersedia bila ditimpa ujian demi ujian.

+

Hidup Ini Adalah Ujian

Hidup ini, setiap saat adalah ujian atau pelajaran dari Allah. Untuk jadikan kita hamba yang lebih baik, naik dari satu tahap ke tahap lebih tinggi.

Apabila kita taubat, berdoa untuk jadi lebih baik, tingkatkan amal ibadat, Allah telah makbulkan doa kita, malah dengan cara lebih baik lagi.

Allah pantaskan proses pembelajaran kita supaya kita jadi lebih baik, sesuai dengan doa kita. Sebab tu kita rasa ujian demi ujian datang pada kita.

+

Hadapi sahaja!

Bila berdoa untuk jadi lebih baik, kita seharusnya bersedia dengan ujian demi ujian. Itu normal, itu prosesnya.

Yakin sahaja, itulah Allah yang sedang 'ajar' kita cara jadi lebih baik. Usah risau kerana Allah takkan tinggalkan kita terkontang kanting dan terkapai-kapai. Berpautlah padaNya. BantuanNya datang tepat pada masanya. Pasti..

+

Ambil Pelajaran

Setiap ujian yang datang ada pelajaranNya, ambil dan kutip setiap hikmahnya. Peka dan teliti dengan apa yang Allah sampaikan melalui ujianNya.

Mohon pada Allah supaya ditunjukkan hikmah dan pelajaran atas setiap ujian tersebut.

+

Istiqamah

Dalam masa sama, istiqamah dengan apa yang kita dah lakukan. Tetap taubat setiap hari, berdoa dan lalukan amal ibadah lain dalam usaha kita mendekatiNya.

Saat itu, kita akan nampak satu persatu keajaiban yang datang. Hati makin tenang, jiwa tenteram walaupun diuji.

+

Ikhlas

Last but not least.. Walaupun point ni ditulis last sekali, ianya adalah yang PERTAMA harus disemak.

Segala amal ibadah yang kita lakukan, tujuannya apa?? Untuk selesaikan masalah kita atau kerana Allah?

Kata Pn Nora Yusof, jika kita ikhlas beramal kerana Allah tidak timbul persoalan,

Makin buat amal, namun hidup makin sesak, why???

Nah.. In the first place, dah nampak dimana keikhlasan kita. Ke laut dalam mungkin.. Astaghfirullah..

Boleh jadi, kita terus diuji kerana kita sendiri tidak ikhlas dalam ibadah. Itulah perkara pertama yang kita perlu pelajari.

Selagi kita tak belajar sesuatu dari ujian, kita tetap akan diuji dengan hal yang sama atau hampir sama.

Baca juga :
Masalah sama berulangkali? Mungkin ini sebabnya...

+

Saya doakan, sahabat yang setia membaca post ini hingga selesai, diperkuatkan iman, diteguhkan tauhid, bergantung hanya pada Allah dalam setiap hal. Alangkah ruginya jika kita berputus asa dengan Allah.

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard