Tip Magnet Rezeki: Diari MRA : Minta Allah Beri Tempat Parking Kereta

Friday, March 24, 2017

Diari MRA : Minta Allah Beri Tempat Parking Kereta

Ada sekali tu saya dengar kuliah Ust Yusuf Mansur tentang anaknya yang inginkan kasut, lalu disuruh minta pada Allah. Tak lama lepas tu, anak beliau memang dapat kasut yang sama persis yang dia nak tu.


Saya pun apply la kat Muhammad. Bila dia nak apa2, saya suruh dia berdoa minta kat Allah. Macam-macam la, nak mainan, basikal, termasuk rumah ada kolam.. (Besor impian dia nii..)

P/s: Dia pernah dapat barang mainan 3 beg besar tau. Percuma pulak tu. Hmm..

Baru-baru ni, bawak dia gi makan char koew teow. Sampai kat kedai tu, ramai betul orang. Kereta pun banyak. Ummi dia spontan terkeluar ayat..

"Ala..ramainya orang mesti takdak parking ni"

Merungut. Belum habis cari dah kata takdak. Huhu

Muhammad kat belakang, dengan bergayanya tadah tangan sambil doa..

"Ya Allah, Muhammad nak makan char koew teow ni, kereta banyak, bagi la ada parking Ya Allah.."

Lantas mata ummi berkaca-kaca. Ada 2 sebab berkaca-kaca tu..

Pertama, rasa kepala macam kena hantuk kat cermin kereta. Adeih.. :D

Kedua, memang betul-betul ada parking kosong kat depan, tinggal nak luncurkan kereta masuk parking dan brake la takut langgar divider depan tu pulak kan. Hehe

Awalnya tak nampak parking tu sebab kereta sebelah agak gedabak saiznya dan parking agak terkebelakang dari kotak.

Muhammad dah seronok..
Ummi, Allah makbulkan doa Muhammad la.. Katanya. Mata umi masih berkaca. Hehe

Kisah ni nampak kecil, namun beri impak besar dalam meningkatkan keyakinan pada Allah. Janji Allah, doa pasti makbul, sama seperti yang kita nak atau lebih baik lagi. Pasti.

Anak kecil yakinnya luar biasa, tak macam kita2 ni, doa pun jarang2. Dah doa, tak yakin pulak tu. Boleh ke dapat ni, macam mana nak buat, siapa nak bagi.. Ehh siap apply 5W 1H la.. Huhu.

Saya pernah terbaca, bila doa, fokus pada hasil akhir yang kita nak. Vizualize dan rasakan kita dah dapat. Tak payah sibuk2 buat kerja Tuhan nak atur itu ini.

Bila yakin sepenuhnya, jalannya Allah ilhamkan, caranya Allah aturkan, kita tinggal lakukan saja sebaiknya.

P/s: Catatan dan peringatan untuk diri sendiri jua..

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard